Saturday, December 11, 2010

Anak Ayam Belanda & Anak Itik Serati Untuk Dijual

Assalamualaikum semua pengunjung blog.

Sebelum saya membuat tawaran berkaitan dengan tajuk di atas, di sini saya update sedikit dengan pengujian inkubator model terbaru keluaran saya. Ianya diuji dengan dua jenis telor, ayam kampung dan ayam Belanda.

Ayam kampung dah selesai dengan 3 batch yang berlainan dengan keupayaan penetasan sehingga 100%.

Ini adalah batch kedua Ayam Belanda dalam muatan sekitar 140 biji. Telor saya ambil dari ladang bapa saudara saya di jutafarm, mukim Manir, daerah Kuala Terengganu.


Tanpa saya sedari, hari ni adalah hari ke 28 proses eraman dilakukan. Saya masukkan telor itu pada Khamis empat minggu yang lalu. Biasanya ayam belanda mengambil 28 - 30 hari untuk menetas (kalau mengikut pengalaman bapa saudara saya). Mungkin benar sekali pengalaman beliau.

Sedang saya sibuk membuat ujian PCB yang melambak, saya terdengar bunyi anak ayam. Baru saya perasan yang masanya telah tiba. Maknanya saya masih lagi memusingkan telor (auto turning) sehingga ke hari penetasan (hari dan saat ini). Yang lebih memeranjatkan lagi, ruang untuk menyimpan telur pada hari terakhir proses penetasan tidak mencukupi (belum terbuat hatcher set pun). Kerana mesin tetasan yang saya gunakan ialah model MI-103V2, 2-dalam-1 (Eraman dan Penetasan). Biasanya untuk proses penetasan, saya letak telur-telur tersebut di ruang bahagian bawah sekali (atas lantai inkubator). Akan tetapi, telurnya begitu banyak sekali melebihi had ruang yang disediakan, maka saya hanya mampu membiarkan ianya berada di dalam tray eraman sahaja. Sila lihat gambar di bawah.

Menetas dan sedang menebuk

Uniknya lagi, saya hanya meletakkan pada level paling bawah dengan hanya mematikan suiz auto-turning. Saya yakin ianya boleh menetas dengan baik sebab hampir keseluruhan telur telah pun mula ditebuk.

Masalahnya ialah, saya takut ianya terjatuh dari tray level paling bawah atau tersepit di celah-celah ruang antara dinding dan tray.

Masalah yang kedua ialah ruang brooding yang belum tersedia dengan kuantiti yang bakal ditetaskan.

Maka dengan ini, saya dengan rasa besar hati ingin menawarkan kepada sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan anak ayam belanda ini (DOC) bolehlah menghubungi saya. Saya mahu menjualnya semua sekali dengan syarat tidak ada sexing dilakukan.

Harganya kalau ikut pak saudara saya ialah RM7.00 seekor, namun saya mahu bagi murah2 saja dengan ambil sendiri di Kuala Terengganu. Harga RM5.50 sahaja. Tiada bekas/kotak disediakan.

Harus diingat, saya bukannya breeder yang tetap. Ini secara kebetulan sahaja.

Penjualan Anak Itik (DOD)

Saya juga mempunyai anak itik serati untuk dijual. Tawaran ini hanya untuk penternak di Pantai Timur sahaja dengan harga RM3.80 seekor. Tawaran hanya dibuat 1 bulan 1 kali dengan jumlah maksima sebanyak 1000 ekor sahaja. Bekalan boleh didapati pada hari Khamis, di Kuala Terengganu.





COMMENTS :

Don't Spam Here

3 comments to “Anak Ayam Belanda & Anak Itik Serati Untuk Dijual”

ada lg ke anak ayam belanda?

Anonymous said...
on 

saya baru tahu ada ayam belanda, seperti apa gambarnya..

syanur said...
on 

Itik Serati Muscovy Putih,Pekin Jualan d Terengganu & Kelantan..
RM7.00/kg(hidup) RM8.50/kg (proses)
Call: 013 333 7323

Putra Kemumin said...
on 

Post a Comment

 

Incubation Specialist. All Rights Reserved. Powered by Your Niche Incubator Near You