Thursday, August 26, 2010

Hatching Chicken & Duck eggs _ Just Ordinary Tips

Here are some tips of manually and personally caring about hatching assistance

Hatching Preparation


Before incubation, make sure that all of incubation equiptment is properly disinfected. Use a solution of water and any kind of Incubation Disinfectant to disinfect equiptment. Put the solution into a spray bottle and mist down the incubator, thermometers, the slats that hold the eggs, and new sponge for humidity.

Whenever you receive hatching eggs from another breeder, Please ALWAYS spray down the hatching eggs with some Incubation Disinfectant to kill any germs. Just to be extra cautious.

Temperature

When hatching the chicken or duck eggs, the temperature should be 99.5 for forced air incubators, and 101 for still air incubators (Reading in Celcius)

Humidity


Keep the humidity around 35% the first 18 days for the chicken eggs. The first 23 days (call eggs) or 26 days (mandarin eggs), keep it a little bit higher, around 40%. The last 3 days for chicken eggs please keep the humidity 65-70%. For duck eggs keep it around 75%. Both chicks and ducklings hatch out fine when the humidity was around 80% and couldnt get it any lower.


Turning

Turn the eggs an odd number of times a day, if you dont have an automatic turner. Stop the turing on day 18 for chicken eggs, day 23 for calls or day 26 for mandarins. Day 18, 23, or 26 (depending on the breed) is the day when the chicks start to get in position to hatch. Turing during this time will confuse the baby chick/duckling.

Hatching


On day 19-21 when the chicks begin to pip and hatch, you must not open the incubator. Call ducklings begin to pip and hatch on day 26-27, mandarins on day 29-30. Opening the incubator lets out the humidity and the chicks can become stuck in the shell. Let the chicks stay in the incubator for 24 hours until it fluffs up before moving it to the brooder.

Helping Call Ducklings Hatch

Some people are against helping, but it is good to do helps as well, especially with call ducklings. Call ducklings, especially the good quality ones, have round heads, short beaks, and short necks, which, contributes to difficulty during the hatch. Lets start from the beginning.


After putting the call duck eggs into the incubator, please wait 10 days, and then do the mist and cool the eggs daily. Cools the eggs for about 5 minutes each day, and mist them with lukewarm water sometime during that cool down period. Good to do this from day 10, up until the duckling pips through the air sac.

Once the duckling pips through the air sac, please wait around 14-18 hours, and if there is no pip through the shell, please make a small hole at the large end of the egg so that the duckling can breathe. The air hitting the membrane also stimulates the yolk sac to absorb, and the veins to dry up.

Then wait another 6-12 hours. If you hear the peeping of the duckling starting to slow down, or not pip as vigorously as it was, then you will help earlier. Then slowly, using fingernail or a toothpick, start to break off the large end of the egg. If you see any bright red blood, STOP. Put the duckling back into the incubator, and wait 3-4 hours before starting up again. Once you get the large end of the egg off, you will be able to see the membrane. If it looks rubbery and white, then take some q-tips soaked in warm water, and wet the membrane down. If the veins in the membrane look full with blood, put the duckling back, and wait another 3 hours. Keep repeating until the veins are almost all empty.

Once the veins are mostly gone, proceed to slowly stretch the membrane over the egg, so that the duckling is free from the membrane. Then slowly, and gently, take the ducklings head and pop it out of the shell. Then you stick the duckling, still in the shell, back into the incubator, for him to finish the hatching process himself.

Sometimes this is necessary, especially with show quality call ducklings. Since the ducklings have short necks, large round heads, and tiny beaks, sometimes the only thing that they can do is break the air sac, and then they need help getting the rest of the way out.


Do you feel confusing? Please read it again and again and please practice it. It SURELY worth doing.

Note: This is not my original article but it has been added here and there to suit the reading pleasure.

Wednesday, August 25, 2010

Bakteria Baik - Bisnes Sampingan


Salam berkunjungan sekali lagi. Makin lama makin ketandusan idea untuk menulis. Mungkin kerana kekurangan ilmu ditambah dengan kekurangan masa dan ditambahkan lagi dengan nafsu malas di bulan puasa ini. Operasi pengeluaran inkubator dihentikan seketika ini kerana "tukey" kabinet menumpukan kepada pembuatan kabinet dapur serta perkakasan yang berkaitan dengan hari raya. Tambah lagi di musim perayaan, rasanya elok juga diberikan tumpuan semoga hari raya tahun ini lebih bermakna kepada beliau dan pelanggan beliau.

*Sekadar untuk makluman: Untuk model yang terbaru ini, kami telah menggunakan khidmat pembuat kabinet dapur untuk membagunkan kotak inkubator, manakala kemasan, tray, elektrikal/mekanikal/elektronik/motor/kipas/alat pemanas dan kawalan dan pengujian dilakukan oleh kami di Niche Strategy Marketing.

Sebagai memberi sedikit keceriaan kepada blog ini, saya kuatkan semangat untuk membuat sedikit update terhadap perkembangan bisnes yang berkaitan kepada bisnes saya.

Saya juga sebagai penternak ayam kecilan, mempunyai masalah berkaitan dengan tumbesaran ayam serta perihal serangan penyakit yang mengakibatkan kematian. Lalu setelah mempelajari teknik-teknik membela ayam (kampung) dengan membuat rujukan secara terus kepada penternak yang mempunyai pengalaman yang agak luas, saya mula diperkenalkan kepada penggunaan "Bakteria Baik" yang fungsinya sama seperti EM atau Effective Micro-Organism. Seingat saya, saya belum lagi meggunakan produk EM yang Original samada EM.1 atau EMAS sehingga sekarang.


Walau bagaimanapun, setelah hampir setahun pengalaman menggunakan produk bakteria baik ini, hanya dua jenama sahaja yang pernah saya gunakan iaitu "Probac" keluaran sebuah syarikat bumiputra di Pahang. Menakjubkan! Ianya digandingkan dengan satu set produk yang diberi nama antibiotik organik.

Kedua-dua produk ini digandingkan untuk mendapatkan pertumbuhan anak/ayam yang sihat. Antibiotik digunakan untuk ayam DOC hinggalah berumur 5 hari dan setrusnya disambungkan penggunaan dengan Probac sehinggalah sebesar-besarnya tempoh umur ayam. Cara menggunkannya adalah dengan memberikan anak/ayam secara berterusan sebagai air minuman (air minuman ruji). Harga yang munasabah dengan campuran yang amat efektif telah menjadikan produk ini sesuai untuk dikomersialkan.

Hasilnya juga, produk ini bukan sahaja menampakkan kesegaran anak/ayam, malah lebih daripada itu, Probac ini juga tersangat mampu untuk menghilangkan pelbagai serangan penyakit ringan (saya tak tau pun apa penyakitnya) dengan hanya memberikan minuman Probac/Antibiotik secara pekat terus kepada hidung anak/ayam. Alhamdulillah, hanya dalam beberapa ketika sahaja (jika diizinkan Allah pastinya), anak/ayam akan menjadi cergas semula dan terlalu amat jarang berlakunya kematian. Akan tetapi, tindakan awal adalah perlulah diambil dengan tidak melewatkan rawatan tersebut.

Saya tidak kesaorangan menggunakan produk ini, Telah ramai juga yang menggunakannya, dan rata-rata ianya memberi respon yang amat positif. Jika dibandingkan dengan produk keluaran EM.1 yang asli, memang harganya agak mahal iaitu sekitar RM15.00/liter. Namun penggunaannya amat ringkas, tanpa melibatkan proses campuran komplikated. Biasanya, kita sering gagal membancuh mengikut sukatan yang disyaratkan, lantaran itu menjadikan EM.1 yang baik itu semakin tidak menjadi baik.

Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saya. Terlebih dahulu, saya minta maaf kerana produk ini tidak mempunyai katalog dan sticker. Hanya Jamianan BAGUS sahaja yang dapat saya berikan.

BAKTERIA BAIK YANG KE-2

Sebelum dari penggunaan Probac/Antibiotik organik yang dinyatakan di atas, saya juga pernah mencuba satu lagi produk keluaran bumiputra yang fungsinya sama juga dengan EM.1. Namun penggunaan di ketika itu adalah tertumpu kepada proses penilaian produk. Ianya juga amat bagus lantas, pengeluar telah menyatakan dia akan mengeluarkan produk "bakteria Baik" ciptaannya sendiri beberapa bulan kemudian. Dan sekarang produk yang ditunggu-tunggu ini telahpun berada di pasaran.



Harganya cukup murah dan penggunaannya cukup mudah. Hanya dicampurkan dengan air mineral (bukan air paip berklorin) sehingga 500 bahagian air. Produk ini juga mempunyai ketahanan pengkatifan yang jauh lebih lama berbanding dengan EM.1 atau EMAS yang asli. Sehingga 6 bulan dan harga yang ditawarkan ialah RM25.00/2 liter (didatangkan dalam peket 2L).


Produk ini telah pun berada dipasaran. Sekiranya berminat, anda boleh majukan pertanyaan kepada kami secara terus.

Friday, August 13, 2010

Penetasan – Ayam (Sebagai contoh)

Penetasan merupakan suatu proses mengeram yang meniru dari induk ayam dengan menggunakan mesin buatan berupa mesin selama 21 hari

A. Bahan dan alat, yang diperlukan berupa :
  1. Telur untuk tetas (mempunyai benih)
  2. Mesin tetas
  3. Alat Candling
  4. Air
  5. Desinfektan
  6. Fumigasi
  7. Egg tray
B. Tahap persiapan mesin tetas
  1. Mesin tetas seharusnya bersih dari kesan-kesan penetasan, dan apabila kotor harus dicuci dengan sabun@antiseptic dan dihapushamakan dengan desinfektan dengan cara pengelapan menggunakan kain yang lembut. Pemerksaan rapi pada alat-alat mesin tetas sebelum mesin tetas mesti dilakukan
  2. Setelah alat-alat itu bersih dan dipasang dengan baik pada tempatnya kemudian mesin tetas dihidupkan untuk memastikan fungsinya menepati spesifikasi alat-alat dalam mesin tetas.
  3. Sebaiknya mesin penetas dihidupkan sehingga ±2 hari agar suhu dan kelembapannya stabil dan konsistan.
  4.  Setelah suhu dan kelembapan mesin tetas stabil dan konsistan, seeloknya dilakukan fumigasi selama ± 15 minit.



C. Tahap Memasukkan telur bebenih dalam mesin tetas
  1. Telur berbenih yang sudah bersih dan sudah dilakukan pemilihan baik dari segi bentuk, abnormalitinya, warna serta beratnya ditempatkan pada eggtray untuk dimasukkan dalam setter pada mesin tetas.
  2. Setelah kelembapan dan suhu mesin tetas stabil dan konsistan, telur yang sudah terpilih dan ditempatkan pada eggtray setter siap dilakukan pengeraman
  3. Pemutaran telur dilakukan secara otomatik.
D. Tahap Pengeraman Telur Tetas
  1. Rekod penetasan dipersiapkan untuk membantu pengawalan suhu dan kelembapan.
  2. Setiap hari dilakukan pengawalan suhu dan kelembapan pada waktu pagi, tengahari dan petang hari dilakukan secara terus menerus selama 21 hari.
  3. Pengawalan air dalam besin dan/atau botol kecil mesti sentiasa mencukupi. Tambahkan air setelas paras berkurangan.
  4. Pada hari ke 7 masa pengeraman, dilakukan Candling tahap 1, yang infertile dikeluarkan dari setter mesin tetas, dan yang fertile diteruskan proses pengeraman.
  5. Pada hari ke 14 masa pengeraman, dilakukan Candling ke 2 untuk memisahkan telur tetas yang embrionya mati atau embrionya hidup.
  6.  Pada hari ke 19 masa pengeraman telur tetas yang berada pada setter dipindahkan dalam ruangan hatcher.
  7. Semasa proses pengeraman keadaan suhu dan kelembapan mesti dijaga dengan sebaik mungkin supaya ianya sentiasa stabil supaya sesuai dengan jangkamasa penetasan dan juga dijaga agar jangan terjadi goncangan yang terlalu keras/kasar.

E. Tahap pasca Pengeraman Telur Tetas
  1. Pada tahap ini telur tetas sudah pun berada dalam ruangan hatcher dan telur ditetapkan dalam posisi mendatar (horizontal) serta tidak perlu dilakukan apa juga bentuk pemusingan atau putaran.
  2. Telur yang berada dalam hatcher pada hari ke 19 hingga hari ke 21 sudah sedia untuk menetas.
  3. Cengkerang-cengkerang bekas telur yang menetas diambil serta dikumpulkan kemudian seeloknya dibakar. Jika ada telur yang sudah retak (belum sempurna menetasnya) perlu dibantu dengan cara dipaksa mengopek cengkerangnya untuk membantu pergerakan anak ayam yang bakal menetas.
  4. Telur tetas yang sudah menetas dengan keadaan tubuhnya masih basah (belum kering) jangan dikeluarkan terlebih dahului dan perlu dilakukan penghangatan untuk mengeringkan tubuhnya selama ±24 jam. Setelah anak ayam kering semua siap dikeluarkan.
  5.  Anak ayam yang sudah kering dalam hatcher sudah siap ditempatkan dalam kandang, dan sebelum ditempatkan dalam kandang di lakukan penimbangan, pemilihan untukmemastikan abnormalitiy.
  6. Paruh anak ayam mseti dipotong dengan peralatan yang standard iaitu sebelum mencapai umur 2 minggu.
  7. Anak ayam yang sudah ditimbang dan terpilih mesti ditempatkan di dalam kota-kotak perindukan sehinggalah tempoh matang anak-anak ayam iaitu sekitar 1 bulan – hingga 2 bulan.

F. Penentuan Jenis Kelamin (sexing)
  1. Feather Sexing : dilihat dari performance luar dari DOC yang menetas.
  2. Cloaca Methode : Cara Ini biasanya dilakukan dengan manual dan konvensional :
  • Cara manual adalah dengan melihat alat reproduksi melalui kloaka dengan cara membuka duburnya.
  • Cara Konvensional adalah dengan menggunakan alat berupa “CHICK TESTER” yaitu memasukkan alat tersebut ke dalam dubur DOC. Penandaan DOC jantan ataupun betina ditunjukkan menyalanya lampu pada alat.

G. Indikator Keberhasilan penetasan Telur :

Kriteria dari keberhasilan penetasan secara teknikal :
  1. Bila Kemampuan tetas lebih dari 80% ini menunjukkan bahwa penetasan ini berjalan baik.
  2. Bila Kemampuan tetas berada antara 50-80%, ini menunjukkan ada sesuatu yang harus diperiksa, antara lain :
  • Kebersihan Telur
  • Suhu dan kelembapan mesin tetas
  • Kebenaran pelaksanaan fumigasi
  • Nisbah kelamin di proses pembakaan
  • Nutrisi yang diberikan dalam proses pembakaan
Bila kemampuan tetas dibawah 50% sebagai menanandakan ada sesuatu yang tidak sempurna dan pasti ada yang salah dalam pelaksanaannya.



Thursday, August 12, 2010

Penghasilan Model Baru - Pentingnya R&D

Salam berkunjungan kepada semua pelawat blog medanusahawan sekelian. Dan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak yang dah pun bermula pada hari ini.
Lama sungguh saya tidak mengupdatekan blog saya ini. Bukannya tidak aktif tetapi terlalu sibuk dengan pelbagai tugasan yang tak pernah-pernah juga selesai. Entah di mana silapnya, target yang disetkan sentiasa berubah. Moving. Seolah-olah tiada kepuasan dalam mencapai sesuatu target!


Namun perasaan dan semangat kini telah kian pulih kerana sasaran yang disetkan sudahpun terhasil@tercapai dangan terbinanya model baru inkubator keluaran Niche yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama. Mungkin inilah hikmahnya kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Betul-betul kedatangan 1 Ramadhan telah mencabar kewibawaan kami, Niche Strategy Marketing semenjak penubuhannya tiga tahun yang lepas.

Manakan tidaknya, untuk menghasilkan sesuatu yang baik, ianya tidak ada proses sekadar tangkap muat. Maksud saya, tidak akan terhasil sesuatu produk yang baik kualitinya hanya dengan berdasarkan buat untuk seronok sendiri. Maka di sinilah perlunya kepada proses penyelidikan & Pembangunan produk.


Operasi syarikat sekecil Niche Strategy tidak terkecuali dari proses ini. Kami telah dan sentiasa membuat penambah-baikan kepada produk-produk keluaran kami dan sekarang ini telah bermula Versi Baru yang boleh dikatakan sebagai NICHE INCUBATOR V2.0 Ianya tidak semudah yang dijangka. Bermula dari model atau Versi awalan kami yang buatannya adalah 100% kepingan papanlapis 1/2", kini kami telah menempa satu kelainan yang kami rasakan bukan hanya sekadar kelihatan gah, malah model contoh yang kami hasil telahpun membuktikan peningkatan dari segi kadar penetasan serta bacaan parameter yang perlu. Selain dari itu, ianya direka-bentuk untuk lebih mudah dikawal-selia dalam pelbagai aspek.

Semuanya bermula dengan rasa dan keinginan untuk melihat perubahan setelah mengambil-kira pelbagai macam input samada input yang berbentuk komen-komen liar, saranan serta komplen dari pelanggan (bekas-bekas pelanggan pun banyak juga!) serta kawan-kawan yang prihatin. Kami kumpul kesemua itu dan kami adunkan untuk menjadi satu formula yang menjadi asas kepada sandaran produk baru kami seperti yang dapat anda semua saksikan.


Namun, dalam menghasilkan produk seperti ini, kami tidak kesaorangan. Niche Strategy Marketing telah dibantu oleh ramai rakan bisnes dengan memberi pelbagai idea yang tidak putus-putus. Berbulan juga kami perahkan otak untuk menghasilkan sesuatu yang belum lagi kami temui. Terima kasih yang tak terhingga kepada En Bilal yang merupakan seorang usahawan perabut kayu yang unggul dengan mempamirkan idea-idea yang sentisa bernas untuk direalisasikan. Sebagai seorang usahawan perabot yang telah pun mendapat nama di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu beliau adalah pencetus kepada menampilkan rekabentuk inkubator unggul yang langsungnya dinamakan sebagai "Model Peti Sejuk".

Seni Pesonareka adalah nama syarikat milik beliau yang beroperasi di Seberang Takir, Kuala Terengganu. Walaupun beliau hampir tidak menang tangan dalam menangani lambakan pesanan, namun beliau sanggup untuk membangunkan sebuah model asas khas untuk Niche Strategy Marketing. Kehadiran beliau dalam pembinaan model ini begitu membantu sekali setelah 3 syarikat pembuat perabut yang kami bincangkan gagal untuk menghasilkan kotak atau kabinet seperti yang terluah di dalam kotak pemikiran kami.

Kini semuanya telah selesai!


Pembuatan sekarang ini bukan lagi memfokuskan kepada urusan R&D, namun ianya lebih tertumpu kepada proses pengeluaran memandangkan telah banyak tempahan yang diterima terutamanya dari sektor kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri serta badan-badan berkanun seperti Pertubuhan Peladang Kawasan meliputi Sabah & Sarawak. Tempahan juga banyak diterima dari kalangan penternak persendirian. Pelbagai saiz yang ditempah dari yang sekecil-kecilnya 50 biji telor ayam hinggalah kepada kapasiti terbesar kami (mini inkubator) iaitu sekitar 1800 biji telur ayam. Tempahan untuk model V2.0 ini telah melebihi 80 set, pelbagai saiz.

Ramai juga dari kalangan penternak yang telah pernah menggunakan inkubator keluaran Versi 1.0 dulu, telah membuat tempahan semula (repeat order).

Pada ketika ini, saya sedang berada di Kelantan Darul Naim kerana menghantar 13 set inkubator dan juga hatcher pelbagai saiz kesemua 10 jajahan di Kelantan. Uniknya, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan meletakkan inkubator ini di Veterinar setiap daerah (jajahan) dengan mempelawa kepada penternak untuk menghantar telur-telur keluaran masing-masing untuk ditetaskan di Jabatan Veterinar Daerah.

Dengan cara yang sedemikian rupa, maka ini adalah selari dengan gelaran "INKUBATOR" intu sendiri. Tepat dan sesuai.


Selepas daripada ini kami akan bertolak semula ke Selangor@Puchong untuk merehatkan minda dan badan yang telah hampir 4 bulan bertungkus-lumus menghasilkan produk seperti yang seadanya. Kami akan mula memproses segala tempahan seawal seperdua bulan Ramadhan ini. Walaupun telah banyak tempahan yang kami terima, namun sebahagian besar penghantarannya akan dilakukan selepas bulan Ramadhan.

Semoga dengan kedatangan bulan Ramadhan ini akan lebih lagi memberi keberkatan dalam urusan perniagaan kami. Dan mengharapkan juga agar Ramadhan akan menyuntik semangat baru kami. InsyaAllah.

Egg Candler

Bagi sesiapa yang berkeinginan untuk mendapatkan Egg Candling ini, bolehlah berurusan dengan kami. Harganya adalah seperti yang tersenarai di bawah mengikut model.
1. Egg Lamp Standard.
Standard Egg Candling Lamp suitable for pale shell eggs such as chicken, duck, goose, etc
Sumber Tenaga : Bekalan Elektrik AC230V
Harga : RM210.00
2. Egg Lamp Battery Operated
Rechargeable Handheld Mobile Egg Candling (stronger light) suitable for all eggs including dark & thick shell egg such as Quail & Ostrich
Disediakan dengan Alat Pengecas Battery.
Ianya adalah senang untuk dibawa ke mana-mana untuk tujuan "inspection"
Harga : RM350.00
3. Egg Lamp With High Intensity Cool Lume
Harga : RM520.00
ANDA PERLUKAN
PENGERAM DAN PENETAS TELOR
YANG BERSAIZ BESAR?
BERKUALITI?
Kami ada jawapannya.
Pilih satu yang sesuai
dengan saiz penternakan
anda!
Tak perlu pandang ke
Kiri atau Kanan, lihat
di bawah ini!!!
AS 10 (S) Duck Egg Setter
Ukuran : 82.5 x 57.5 x 125 cm
Beart : 80kg
Kapasiti telor itik : 1,000 biji Harga : RM22,000.00
(Termasuk penghantaran,
pemasangan dan latihan) Jaminan : 1 tahun
__________________
AS 10(H) Duck Egg Hatcher
Ukuran : 82.5 x 57.5 x 112.5 cm
Berat : 70kg
Kapasiti telor itik : 1,000 biji Harga : RM16,500.00
(Harga termasuk kos
penghantaran dan latihan
Jaminan 1 tahun)
_______________________
Kami juga mempunyai
pelbagai model untuk
dipilih sesuai dengan
sebarang jenis telor.
Sila rujuk kepada katalog
untuk jenis produk yang
diperlukan!
Hot Deals From Brinsea
Mini Eco Eggs Incubator
(Manual Incubator - 10 eggs)
Harga : RM400.00
Mini Advance Eggs Incubator
(Automatic Incubator - 7 eggs)
Harga : RM750.00
_________________________
Octagen 20 Advance (24 eggs)
(Incubator with Autoturn)
Harga : RM 1,600.00
________________________
Octagen 20 Eco (24 eggs)
(Automatic Incubator)
Harga : RM1,350.00
______________________
Hatch Maker (36 eggs)
Incubator also suitable for
Reptile
Harga : RM1,160.00
__________________
Hygrometer
Pengukur Kelembapan Udara
Harga : RM 140.00
___________________
Infra-Red Light Chick Brooder
Suitable for Up to 50 Chicks or
ducklings
Harga : RM680.00
___________________
Octagon 40 DX (48 Eggs)
Automatic Incubator
Harga : RM2,400.00
____________________
Octagon 10 (10 Eggs)
Automatic Incubator
Harga : RM1,230.00
____________________
Spot-Check Digital Thermometer
Specially for Incubator usage
Temperature of 32 - 40 Deg C
Harga : RM170.00
____________________

What Other Bloggers Say.....

Muat Turun Katalog Umum

Katalog 1

Katalog 2


Katalog 3

RECENT COMMENTS

 

About Me

My Photo
Dilahirkan di awal tahun 60an, bersekolah rendah beratapkan nipah dan pernah menjejaki menara gading setinggi 14 tingkat di sekitar tahun 80an. Mahir dalam bidang elektronik dan juga mekatronik, pernah mencipta beberapa jenis robot untuk pembuatan. Kini, menumpukan sepenuh masa kepada Industri yang cukup berkait rapat dengan ilmu dan pengalaman. Bercita-cita ingin menjadi pengeluar MINI INKBUBATOR untuk telor unggas yang terulung di dunia

KATA-KATA PILIHAN

"Bila hati tak tenang, banyak masalah , akhlak kurang baik, emosi selalu tak menentu, maka banyakkalah membuat solat taubat.. itu mungkin jadi sebab kifarat dosa-dosa yang telah kita buat.. - wallahualam" "Timbunan harta bukan cagaran, wajah menarik bukan kebanggaan kerana bila mati hanya kain kapan, amalan dunia dibuat bekalan" "Jika ada majlis yang ada menyebut nama Allah (spt majlis ceramah dll) duduklah(sertailah), sekiranya Allah turunkan Rahmat dalam majlis itu kamu juga akan dapat" "Orang yang beriman adalah orang yang tenang dan gembira kerana ia percaya kepada Qada' dan Qadar Allah(perjalanan hidupnya telah di tentukan Allah)"
Supported by mba-online-program.com .

Incubation Specialist. All Rights Reserved. Powered by Your Niche Incubator Near You