Sunday, March 20, 2011

Menetaskan Telur angsa

Lamanya tak update blog.

Sebelum ini saya belum pernah mencuba untuk menetaskan telur angsa sendiri. Apa2 info adalah datang dari pengalaman kawan-kawan yang pernah mencuba dan berjaya menetaskannya. Samada menggunakan inkubator buatan saya mahupun jenama yg lain. Pelbagai jawapan dan pelbagai cara telah diberikan. Saya kurang pengetahuan kenapa cara-cara tersebut ada perbezaan.

Seperti sedia maklum, saya tjdak mempunyai baka itik/angsa, telurnya jauh sekali. Namun pada lebih sebulan yang lepas, ada sahabat yang tinggal berdekatan menghantar 2 batch telur untuk ditetaskan. Daripada 7 biji telur angsa, 5 ekor dapat ditetaskan dan 2 tiada benih. Namun, 1 ekor mati selepas beberapa hari menetas. Saya kurang pasti sebabnya.

Apa yg saya cuba perkatakan di sini ialah, mengenai tempoh yang diambil untuk menetas. Rata-rata sebelum ini ramai yang memberitahu bahawa angsa mengambil masa yag begitu lama untuk menetas sehingga ada yang mengatakan selama 42 hari. Ada yang mengatakan selama 35 hari,

Namun. Setelah saya mencuba buat kali pertamanya, realitinya agak berbeza. Batch yang pertama mengambil masa genap 30 hari untuk menetas dan batch yang kedua ialah antara 28 - 30 hari untuk menetas. Suasana penetasannya amat normal tanpa apa-apa bantuan selain dari mengawal kadar kelembapan semata. Menetaskan menggunakan inkubator/hatcher 2-dalam-1, model MI-103V2.

Tidak ada renjisan air diperlukan kerana inkubator keluaran saya mampu menghasilkan sehingga 70% kelembapan sekiranya tahu kaedah-kaedahnya.

Sebarang komen diterima.

COMMENTS :

Don't Spam Here

2 comments to “Menetaskan Telur angsa”

Apakah suhu yang tepat bagi pengeraman telur itik angsa ni ?

fadhzal shukry said...
on 

BAGUS ARTIKELNYA, SALAM KENAL GAN

MESIN PENETAS TELUR said...
on 

Post a Comment

 

Incubation Specialist. All Rights Reserved. Powered by Your Niche Incubator Near You