Showing posts with label Brinsea. Show all posts
Showing posts with label Brinsea. Show all posts

Projek Tahun Baru 2010

Ahlan Wasahlan. Tahun 2010.

Yup!, saya menunggu kedatangan tahun baru ini dengan penuh semangat dan kesungguhan. Berbeza dengan puluhan tahun yang lampau, tahun 2010 akan menjadi salah satu antara tahun-tahun yang istimewa bagi saya secara peribadinya. Belum pernah saya memasang azam sedemikian rupa malahan boleh dikatakan tiada pun azam yang secara bertulis sama ada di dalam buku mahupun dalam mana-mana diari. Akan tetapi, kali ini sungguh berbeza. Azam telah ditanam semenjak beberapa bulan yang lalu untuk saya jelmakan dalam bentuk yang fizikal yang pastinya tahun ini (seawal tahun) akan saya pastikan saya akan kembali ke negeri asal!

Akan saya pastikan kepulangan menjadi realiti. Namun saya juga akan pastikan yang kepulangan ke kampung bukanlah hanya sekadar mengharap belas ehsan sesiapa. Pulang ke kampung juga berbekalkan sedikit teknologi, pengalaman dan juga perancangan yang agak rapi. Mungkin sedikit berbeza dengan beberapa kenalan saya sebelum ini, mereka pulang ke kampung hanya semata-mata kerana kehilangan punca pendapatan atau dengan kata lainnya, mereka buntu dalam mencari jalan keluar disebabkan kehilangan perkerjaan atau kesempitan hidup di bandar-bandar besar yang penuh dengan pelbagai rintangan.

Tidak keterlaluan kalau dikatakan, yang sebab-sebab sedemikian tidak ada pada diri saya. Saya masih lagi mampu mendapatkan rezeki yang halal di kala sebahagian besar kenalan saya menghadapi ujian getir dari Allah s.w.t.  Syukur Alhamdulillah Allah masih memurahkan rezeki.

Saya akan tetap teruskan usaha untuk menjadi pembekal dan pembuat Inkubator seperti mana yang pernah saya "CHART"kan di dalam profil blog ini. Bagi saya, jarak sempadan bukanlah halangan mutlak untuk membolehkan saya kembali bermustautin di kampung halaman. Memang betul dari segi logistik ianya akan melibatkan pengurusan kos yang agak mahal terutama pengangkutan dan pengurusan masa sebahagian daripadanya. Akan tetapi ianya akan dikurangkan dengan agak selesa berbanding dengan kos sewaan, tenaga pekerja yang agak mudah dan murah serta harga sebahagian dari bahan-bahan pembuatan adalah jauh lebih murah. Kesemuanya ini, sekiranya dicampur-campur dan ditolak, sudah tentu akan dapat mengimbangi kos pengangkutan, seterusnya menjadikan Inkubator Niche masih lagi relevan kepada penternak-penternak.



Keduanya, selain membuat inkubator keluaran sendiri, kami juga telah memulakan program pemasaran barangan keluaran Brinsea yang memang mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan penternak di Malaysia. Syukur Alhamdulillah, belum pun sempat sebulan dilancarkan, telah terdapat ramai pelanggan yang membeli pelbagai produk keluaran Brinsea. Ini merupakan petanda yang bagus. Sementara itu, kedai atau premis perniagaan telah pun dikenal-pasti yang akan memuatkan sebahagian besar pelbagai produk yang berkaitan dengan keperluan penternakan.

Yang ketiganya, kami juga telah berjinak-jinak dengan sistem pembakaan Ayam Kampung dan juga sistem penetasan dan perindukan. Inilah antara perniagaan sampingan (buat masa sekarang) yang pastinya berkait rapat dengan pengujian secara "live" setiap daripada inkubator keluaran kami terutamanya dan juga dari Brinsea. Kesudahannya, kawasan telah pun dikenal-pasti dan reban adalah dalam proses pembinaan. Sebahagian dari baka-baka juga telah diperolehi secara berdeket-deket.

Tujuan lain sistem pembakaan ialah untuk kami bekalkan anak-anak tetasan kepada sebilangan besar penternak-penternak di sekitar Terengganu. Kerana kami sistem pembakaan "FLOCK" kami bukanlah nesar sangat, sekitar 200 ekor ibu ayam sahaja. Lagi pun seperti yang dikatakan tadi, ianya lebih bermatlamatkan untuk pengujian inkubator keluaran kami. Sudah tentu, dengan adanya sistem penetasan ini nanti, kami amat berharap untuk memperbaiki lagi mesin-mesin penetasan keluaran kami dengan mempertingkatkan lagi kualiti.

Moga-moga nanti akan adalah kawan-kawan serta teman-teman yang bermurah hati untuk memberi tunjuk-ajar kaedah-kaedah penternakan baka secara serius. Maklumlah, selama ini hanyalah sekadar melihat saja.


PARROT INCUBATORS - Breeders’ Choice

The decision to buy an incubator is increasingly being made by growing numbers of keepers and breeders of birds. There are clear, logical advantages to artificial incubation. Taking away eggs for artificial incubation causes the hen to lay more and so increases the seasonal yield of hatchlings. An incubator provides the breeder a second 'nest' in the event of illness or inexperience of the parent(s). The fascinating process of hatching and bringing a new life into the world is brought so close to the breeder.

It is hard to be indifferent to the sight of a hatchling emerging from an egg - it is a very human response to observe and marvel at such a dramatic natural event. When a parent bird broods and raises their own young it is often difficult to observe the incubation and hatching process. Parent birds are often aggressive and care must be taken to limit the stress and distress of human contact when nests are examined. By incubating eggs artificially, the breeder is able to observe much more closely and also take on the responsibility for the care of the eggs and the developing birds in the eggs. This 'parenting' role of the human surrogate means that the successful use of an incubator is a rewarding event and the interest is all the greater when the parent birds, with their particular personalities, are familiar to the breeder.

Brinsea Octagon 20 Advance EX
The Octagon 20 Advance EX incubator comes with a matching Humidity Pump module to maintain total control of the incubation humidity level and foam-lined egg dividers to protect fragile or damaged eggs and eliminate effects of jolts. The Humidity Pump effectively maintains the humidity level precisely at the level the user sets irrespective of changes in room humidity and so overcomes problems that can commonly lead to eggs failing to hatch – especially in the latest stages of incubation. The Humidity Pump includes an external water reservoir eliminating the chances of water in the incubator harbouring bacteria.







Kami Menawarkan Lebih Pilihan Untuk Anda

Selamat bertemu kembali pelayar laman ini sekelian!

Saya merasakan bahawa anda terlayar laman ini atas beberapa sebab;

  • Anda memang mencari sesuatu informasi berkaitan dengan alat penetasan

  • Anda ingin membuat perbandingan spesifikasi dan harga berkaitan dengan sistem penternakan unggas/mesin penetas telor

  • Anda memang sengaja melayari blog ini sebagai rutin

  • Anda memang menyumpah-nyumpah kerana tersilap melayari blog ini

    Apa pun asas anda, saya terima seadanya. Namun sekiranya anda memang tersilap, maafkan saya kerana anda merupakan pelayar baru blog saya. Namun apa yang pasti anda tidak perlu terburu-buru untuk keluar dari sini. SABAR dulu.....mungkin blog ini memberi sedikit ilmu kepada anda! Mana tau? kot-kot nanti ada sesiapa yang mencari alat penetasan, anda akan ada jawapannya.


    *Satu introduksi yang kurang mantap saya kira


    Seperti yang mungkin anda sudah ketahui, Pristine Omega Sdn Bhd, melalui anak syarikatnya Niche Strategy Marketing merupakan pengeluar inkubator berfungsi otomatik di Malaysia. Biarpun umurnya hanyalah setahun jagung, namun saya sebagai tuan punya syarikat ini telah berkecimpung di dalam bidang pengurusan mesin penetasan telor unggas hampir satu dekat yang lalu. Memang tidak dinafikan, sejak kebelakangan ini, pembuatan mesin penetas telor telah tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Namun, hampir keseluruhan pengeluar-pengeluar yang ada adalah merupakan pembuat inkubator operasi manual.

    Tidak ada salahnya dengan inkubator manual. Pertumbuhan pengeluaran inkubator ini menampakkan persaingan yang hebat, samada dari segi bentuk mahu pun harga. Sepengetahuan saya, hampir keseluruhan mesin pengeram/penetas telor manual ini mempunyai spesifikasi teknikal yang hampir sama antara satu sama lain, dan saya tidak menafikan, rata-rata penetas telor manual ini terlalu murah untuk dibandingkan dengan inkubator fungsi automatik.

    Sudah pasti ada kelebihannya dan ada kelemahan pada kedua-duanya. Namun bukan itu yang hendak saya bincangkan di sini. Rasanya pembaca sekelian sudah hampir sedia maklum akan hal-hal tersebut

    Saya, sebagai pembuat inkubator automatik tempatan juga ada masalah yang tersendiri yang tidak mudah untuk dihindarkan, apatah lagi baru sangat berkecimpung dalam pembuatan mesin ini. Masalah yang sering saya alami ialah berkaitan dengan "products range" yang amat terhad. Kekadang itu, para pelanggan yang berpotensi datang dari pelbagai "speciality". Antaranya ialah:
  • Yang berkehendakkan kepada mesin penetas telor yang sangat kecil jumlahnya, tetapi berfungsi secara automatik

  • Yang ingin menetaskan telor-telor unggas yang dari jenis eksotik dan unggas yang "special breed" atau "rare"


  • Yang ingin menetaskan telor-telor yang amat susah untuk ditetaskan seperti angsa, merak, burung kuang dan sebagainya.

  • Para penggemar pelbagai spesis burung tetapi mahu menetaskannya dalam inkubator yang sama serentak.

  • Kesemuanya itu saya tidak dapat memenuhinya sekurang-kurangnya dalam masa yang terdekat ini. Sehingga sekarang ini, saya baru sahaja mengeluarkan 3 jenis inkubator bersaiz mini, iaitu model MI-101, MI-103 dan Model MI-203. Saya sekarang di dalam proses menyiapkan beberapa unit untuk model yang sederhana besar iaitu Model MI-205 yang boleh memuatkan telor sehingga 1,500 biji telor ayam kampung ataupun sekitar 900 biji telor itik atau ayam belanda.

    Maka, di atas segala kesukaran itu, Allah telah memberi pertolongan kepada saya untuk menemukan saya dengan pengeluar inkubator yang terkemuka iaitu Brinsea. Di dalam posting yang lalu, saya telah menceritakan serba ringkas peranan saya sebagai "authorized dealer" di Malaysia. Saya merasakan, sebahagian dari masalah saya akan selesai dengan menggabungkan produk keluaran Brinsea dengan produk keluaran Niche Strategy Marketing bagi memberi pilihan yang lebih luas kepada penternak.

    Saya berkenyakinan penuh, ramai penternak dan juga penggemar-penggemar ternakan unggas eksotik amat mencari-cari mesin penetas yang memang 100% mampu menetaskan telor yang susah ditetaskan menggunakan kaedah eraman induk atau mesin buatan sendiri, namun dengan teknologi yang diberikan oleh Brinsea, ianya sudah pasti bakal menyelesaikan masalah yang telah sekian lama anda alami atau nantikan. Mungkin ramai yang beranggapan, produk keluaran Brinsea adalah mahal dan kurang munasabah, akan tetapi sekiranya dibandingkan dengan tahap kecekapannnya, itu bukanlah sesuatu yang pelik. Sinonimnya, sesuatu yang berkualiti itu mamang ada harganya, sama juga anda sebagai penternak burung eksotik. Sebab eksotik itullah yang menyebabkan ianya mahal.

    Akan tetapi, harus saya ingatkan di sini bahawa, setiap sesuatu harga yang dinyatakan di dalam blog ini adalah harga yang diselaraskan di seluruh dunia mengikut kadar tukaran wang asing tanpa membuat sebarang pindahan atau tambahan harga. Sekiranya anda membelinya di Singapura pun itu adalah harganya, di England pun itulah harganya, di Indonesia pun itulah harganya. Juga di lain-lain negara, tiada perbeazaan harga.

    Pada posting akan datang, saya akan cuba perjelaskan spesifikasi setiap satu mesin yang ditawarkan oleh Brinsea terutamanya kelebihan fungsi yang terdapat padanya dan kenapa anda WAJIB memilikinya.

    Bersambung lagi........

    We Are Now Authorized Dealer Of Brinsea Products In Malaysia

    Welcome back readers!

    Today, Niche Strategy Marketing has officially been appointed as An Authorized Dealer of Brinsea products in Malaysia. As you might well aware, Brinsea has its own Authorized Distributor in Singapore.

    Along with this new appointment, we will definitely provide a better service to the farmers in Malaysia by providing them with variety of choices related to the Egg hatching requirement. Before this, we at Niche Strategy Marketing tried very hard to push customers with a limited choice of products that we personally produced, here locally in Malaysia.

    With the full range of hatchery products lined-up by Brinsea, all we hope that, not only the most commonly used equipment that our regular customers, buyers and/or readers can rely on, but we are now able to provide superior supports to entertain several requests pertaining to the smaller size incubators which is not in our production lists.

    For a record, we received numerous requests to supply smaller size incubators that run with automatic turner. As you might well aware, there are numbers of smaller (I could called it as a super mini incubator) size incubator manufacturers in Malaysia, however, those incubators comes with purely manual operation.

    Of course, in these days, everything are within just a finger-tips. It is true enough. It is however, the product is hardly to be served locally. With this new appointment, not only customers have a better access, but also customer will get a better product services and supports inclusive of spare parts locally here in Malaysia. As far as the commitment is concerned, customers can rest assured, they will be served even better if any of the currently regular users of Brinsea deal with us.

    This is just the acknowledgement page/posting. Surely very litter information of the products is displayed here. We'll be coming back with more and accurate information with the full price lists as has been extended to us by the Brinsea Distributor.

    We'll keep updating to add more info about these new products range adding it to a more variety & choices to our current incubators' models.

    Stay tuned with us!.