Semua Model Baru Bakal Berada Di Pasaran Bulan Ogos '10
Assalamulaikum dan selamat sejahtera pengunjung blog medannusahawan sekelian. Semoga anda semua ceria selalu dan berada dalam kesihatan yang terbaik.
Saya pernah memberi sedikit keluhan perihal kemalasan untuk update blog dan dalam waktu yang sama sedikit waktu dulu, saya juga menyeru kawan-kawan blogger penternakan supaya lebih aktif untuk mengupdatekan blog perniagaan mereka. Kerana mudahnya ialah, melalui bloglah yang merupakan sebahagian dari instrument yang percuma untuk kita memasarkan produk kita.
Akan tetapi, ianya sudah semacam wabak atau epedemik yang menyerang hampir keseluruhan blogger. Banyak sekali yang telah menunjukkan prestasi yang begitu menurun, tak terkecuali saya juga. Mengapa? Saya tiada jawapannya. Dan sehingga ke saat ini, saya mengumpul segala kekuatan untuk meneruskan menulis bukan sekadar untuk menceriakan blog saya, malah lebih daripada itu ialah untuk menwar-warkan beberapa perubahan dalam pembuatan inkubator keluaran saya.
Kerana ini adalah merupakan satu kemestian bagi saya, maka tiada lagi alasan untuk saya berkata tidak. Ianya telah sampai ketahap wajib, kalau tidak masakan pelanggan dan bakal-bakal pelanggan saya mengetahui akan perubahan dan keluaran terbaru inkubator keluaran Niche Strategy marketing.
Berbalik kepada topik di atas, saya dengan ini mengumumkan bahawa bermula pada bulan Ogos 2010, syarikat kami akan mengeluarkan model-model baru menggantikan kesemua model yang sedia ada. Akan tetapi kami masih menetapkan sebahagian besar ciri-ciri, fungsi dan komponen utama inkubator keluaran Niche Strategy Marketing dikekalkan. Kerana ianya adalah "CORE" pembuatan inkubator automatik berkapasiti "MINI".
Kami masih lagi meneruskan kod-kod lama model inkubator kerana ianya senang difahami apabila kita membuat perbandingan dengan kapasiti dan saiz ukuran, Ini akan memudahkan pelanggan-pelanggan dalam membuat tempahan dan kiraan.
Perkara yang paling penting sekali yang terdapat dalam keluaran baru ini ialah dari segi stuktur binaan. Terdapat juga kemasan luaran dan dalam yang tampak lebih anggun dan kukuh. Dalam waktu yang sama, model-model baru ini mempunyai ketebalan yang lebih baik dari model-model yang sebelum daripada ini. Tidak terniat untuk tidak memaparkan gambar untuk model-model ini, akan tetapi oleh kerana ianya masih lagi di peringkat ujian terakhir, ianya membataskan tujuan untuk mempertontonkan.
Walaupun demikian, suka saya memberi tahu bakal-bakal pelanggan serta pelanggan yang sudah menempah, baik dari sektor kerajaan mahupun pemilik individu, anda semua akan dipastikan menerima kesemua model baru sepertimana yang ditempah.
Tidak ada katalog baru dikeluarkan lagi sehinggalah selewat-lewatnya minngu depan. (Katalog mungkin lewata sikit, tapi paparan gambar InsyaAllah ada)
2 comments:
tahniah abg bedin..terus maju...banen@bantak
Post a Comment