Assalamualaikum.
Hampir 1/2 tahun bertungkus-lumus dalam menghadirkan sesuatu yang agak berlainan dengan apa yang telah dikeluarkan sebelum ini. Ditambah pula memang terlalu ramai yang ingin mendapatkan inkubator bersaiz mini, yang kurang dari 50 biji muatan tetapi berfungsi automatik sepenuhnya.
Mengenangkan bertapa model terkecil kami sebelum ini MI-101V2 masih lagi bersaiz besar dan harga yang kurang kompetitif, maka kami bertungkus-lumus mencari idea2 yang baru. Terlalu ramai yang ingin mendapatkan sesuatu yang sangat "similar" dengan Brinsea - Octagen. Walaupun Octagen memang pernah dijual, namun harganya sangat kurang kompetitif berbanding dengan muatan.
Hasilnya, pada bulan April yang lepas, kami telah membina sesuatu yang amat bermakna untuk penggemar ternakan eksotik seperti
ayam serama, bantam, cochin, poland/buff, angsa, ayam turkey, api-api hatta ayam kampung. Kesemua spises itu telah diuji dalam tempoh lebih 3 bulan.
Sesuatu yang amat-amat menggembirakan bila mana boleh dikatakan kejayaan penetasan adalah 100% bagi kesemua telur tersebut. Yang paling banyak ialah kejayaan menetaskan Bantam silver dan bantam emas serta cochin (mini)
Kini, kesemua itu telah tersedia untuk dipasarkan dengan stok sedia ada. Harga yang kami tawarkan adalah jauh lebih kompetitif berbanding dengan model-model keluaran Brinsea, terutama Octagen Family.
Kami datangkan fungsi "auto-turn" yang sama dengan "Octagen Family" membolehkan semua penggemar Brinsea untuk mencuba sesuatu yang amat baru keluaran tempatan sepenuhnya.
Berbentuk empat segi, ringan dan kompak adalah diantara penambah-baikan yang telah kami lakukan khusus kepada mereka yang kurang mempunyai masa yang terluang. Ditambah dengan fungsi autoturn 1/240 rpm membolehkan kedudukan embryo tidak melekat ada sesuatu tempat. Ianya sentiasa berpusing tanpa henti.
Didatangkan dalam bentuk "forced-air heat and humidity transfer" dalam kawasan yang begitu kompak, menjadikan suasana suhu dalaman amat stabil jesteru menjamin kadar penetasan yang amat baik.
Disepanjang tempoh pengujian selama hampir 4 bulan, hampir keseluruhan telur menetas mengikut tempoh eraman yang sebenarnya. Sebagai contoh, ayam serama, bantam, cochin, poland, ayam kampung menetas lebih daripada 70% pada hari ke 21 manakala yang selebihnya ialah pada hari ke-20. Hampir tiada langsung telur ditetaskan pada hari ke 19.
Juga, penggunaan thermometer "analog" menggunakan "mercury" digandingkan dengan Jaeger/CAEM thermostat, telah menghasilkan ketepatan suhu yang sangat tinggi.
Harga yang kami tawarkan adalah sekitar RM850.00, iaiatu harga mampu milik bagi kebanyakan penggermar ternakan eksotik, tertakluk kepada jenis telor yang diramkan. Sebarang kemusykilan sila emelkan pertanyaan kepada
ptistrader@gmail.com ataupun menggunakan ruang pertanyaan yang disediakan (pada sidebar blog).