Probiotik EM (Effective Microorganism)


APLIKASI TEKNOLOGI EM DALAM TERNAKAN UNGGAS

Cara terbaik mengawal bau busuk yang terhasil daripada aktiviti penternakan adalah dengan mengawal proses pembusukan (putrefaction) atau penguraian bahan organik daripada berlaku. Probac menggalakkan pertumbuhan mikrob bermanafaat yang bertindak mengawal proses pembusukan ini dari berlaku.

Penternakan unggas berskala besar biasa diketahui menghasilkan paras ammonia yang tinggi. Paras gas ammonia sebegini boleh menyebabkan tekanan(stress), menyebabkan penyakit sistem pernafasan serta membakar tapak kaki, dada ternakan dan buta mata. Malahan dengan masalah yang berkenaan, Kadar Pertukaran Makanan(FCR) menjadi tidak cekap dan akhirnya merugikan penternak. Paras ammonia yang terlalu tinggi boleh menjadi toksik dan beracun kepada ternakan.

Secara purata penternakan unggas menghasilkan paras ammonia yang tinggi iaitu sekitar 25ppm.Langkah pertama bagi menghasilkan persekitaran yang sihat untuk ternakan adalah dengan menurunkan atau menghapuskan gas ammonia. Mikrob bermanafaat secara semulajadi bertindak secara langsung dalam menguraikan ammonia. Persekitaran rumah ternakan yang menggunakan Probac didapati berjaya mengurangkan paras ammonia terendah mencapai 0ppm dan bagi keadaan biasa adalah pada paras 5ppm.



Ammonia adalah bahan oksidatif yang merangsang pertumbuhan mikrob pathogen. Antioksidan yang dihasilkan Probac bertindak ke atas najis ternakan berupaya memberhentikan proses pembusukan seterusnya menghalang penghasilan gas berbahaya, mengurangkan lalat dan serangga serta menghalang peyebaran penyakit berbahaya.

Penggunaan Probac secara berjadual dengan mudah berjaya mengatasi pelbagai masalah.Ia meningkatkan pengeluaran, mengurangkan kematian, meningkatkan FCR dan seterusnya keuntungan. Penyemburan melalui nozzle(misting spray) secara layang tidak menyebabkan kebasahan dan menghilangkan bau busuk dan mengurangkan lalat secara serta merta.

Aplikasi kali pertama:

1) Bersihkan dan basuh reban.
2) Semburkan ubat antikuman(disinfectant) ke seluruh kawasan.
3) Biarkan reban dalam keadaan berudara minima 3hari dan sebaiknya 1 minggu.
4) Sembur atau basuh reban dengan Probac pada kadar 1:50( 1bah Probac:50 bah air tanpa klorin) setiap 7-10hari.
5) Spray Probac di atas habuk kayu (litter) atau tempat tidur ternakan(samaada lerai atau keras)
6) Penyemburan pada kadar 0.004liter(4ml)/kaki persegi kawasan reban.Jumlah air dibancuh sekadar untuk cukup penggunaan sahaja)
7) Jumlah Probac bergantung kepada saiz reban dan umur ternakan.

Aplikasi mingguan( maintenance)

1) Probac disembur menggunakan misting nozzle pada kadar 1:100-500.Kepekatan boleh ditingkatkan jika perlu.
2) Probac boleh diminum pada kadar 1:500-1000.
3) Probac boleh disembur pada apa-apa juga yang berkaitan dengan ternakan.
4) Bergantung kepada kes atau keadaan Dos Probac boleh ditingkatkan mengikut kesesuaian.

Pernyataan ini dipetik dari http://bakteriabaik.blogspot.com/


0 comments:

Post a Comment