Amalan Terbaik Berkaitan Penetasan Telor
Kaedah Penetasan Telor Yang Paling Praktikal
Pemilihan Baka Yang Berkesan
- Umur Ayam – Ayam muda mengeluarkan telor yang kecil. Ayam tua mengeluarkan telor yang lebih besar manakala ayam pertengahan umur mengeluarkan telor yang yang terbaik untuk pemeliharaan.
- Sentiasa memastikan pemakanan yang mencukupi bagi ayam baka dan juga ayam telor untuk pengeluaran.
- Pastikan semua baka mendapat Vaksin yang sama protokolnya. Sebaiknya protocol NPIP digunakan sebagai langkah awalan
Pengendalian Telor Terus Dari Ladang
- Telor-telor mestilah dikutip sekirang-kurangnya 2 kali sehari.
- Hanya menyimpan telor yang bersih
- JANGAN menyimpan telor lebih dari 7 hari
- Suhu sejuk mestidipastikanantara 65oF dan kelembapan adalah 75%
- Pastikan peredaran udara masuk adalah bersih (bertapis untuk mengurangkan pembiakan baktiria & kulat (fungus)
Penyimpanan Telor - Suhu
o Telor yang terlalu sejuk – menghadkan pembentukan embrio
o Mengurangkan pertumbuhan bakteria
Penyimpanan Telor
- Suhu penyimpanan Optima seharusnya dikurangkan berbanding dengan jangkamasa telor disimpan (makin lama telor disimpan, suhu semakin menurun)
- 10-12ยบ C (50-54 F) sekiranya melebihi dari 7 hari
Penyimpanan Telor - Kelembapan
- Stabilkan kelembapan antara 70%-80% untuk mengurangkan kehilangan kandungan air
- Kelembapan yang tinggi terdedah kepada pembentukan bakteria b
- Pergerakan udara mempunyai sedikit kesan sekiranya kehilangan air berlaku
Pemindahan Telor Dari Ladang Ke Reban Penetasan
- Sekiranya menggunakan kenderaan untuk tujuan pemindahan, kenderaan tersebut mestilah dilengkapi dengan alat penyejuk-bekuan supaya telor-telor tidak menjadi panas semasa proses pemindahan/pengangkutan
- Trak mestilah selalu dibasuh dan sentiasa dlam keadaan bersih bermula dari tempoh kutipan telor dari lading dan juga sehingga peminfahan telor ke reban penetasan dijalankan,
Persekitaran Kawasan Penetasan
Susun-atur Bagunan Penetasan
- Sesuatu mesti difikirkan terlebih dahulu berkaitan dengan bentuk pengangkutan dari kemasukan telor hinggalah pengangkutan ayam ke ladang
- Asingkan antara bilik simpanan sejuk, bilik singgahan, dewan, penetas, pepmproses ayam dan bilik pengangkutan ayam.
- Pastikan peredaran udara adalah betul iaitu kemasukan udara dari tempat paling bersih penetasan kepada tempat yang lain dalam bilik penetasan. Sentiasa pastikan tekanan udara adalah positif. Pastikan kemasukan udara adalah diasingkan antara Bilik penetasan dan juga bilik singgahan (setter)
Penetasan – Paten Kenderaan Yang Berurusan
- Telor yang masuk ke reban penetasan dari lading melalui kenderaan hingga ke bilik sejuk
- Telor dipindahkan ke Rak “setter”.
- Telor-telor kemudiannya diletakan dalam suhu bilik di bilik “setter” dan dikawal suhunya pada 75oF pada kelembapan 50%
- Telor-telor (ayam) akan dipindahkan kepada Rak “setter” untuk tempoh 17 – 18 hari
- Selepas dari tempoh itu, telor akan dipindahkan ke “Bilik Penetasan”dalam bilik/ruang yang berasingan dan dikawal suhunya pada 75oF dan kelembapan 50%
Penetas – Telor/Anak Ayam Paten Pengangkutan
- Anak ayam dibawa ke bilik pemprosesan yang berasingan di mana ianya akan diberi suntikan vaksin dan dibilang sehingga 102 ekor untuk satu-satu bakul/bekas
- Anak-anak ayam kemudiannya dibawa ke kawasan punggahan di mana ianyaakan diletakkan di dalam kenderaan yang dikawal suhunya sebelum dibawa ke sangkar perindukan atau terus ke lading.
Kebersihan – Perkara Paling Penting Mesti Diamalkan
Membuat Penilaian Terhadap Program Sanitasi
- Kadar penetasan
- Kadar kematian Embrio
- Kadar telor busuk (tembelang)
- Kadar kematian anak ayam selepas 4 hari penetasan Kesan dari bacteria atau fungus
1 comments:
maksud nye telur ayam boleh disimpan lebih dari 7 hari....kalau disimpan dalam suhu 12deg ....
mintak info sikit...
hachiroku
Post a Comment