Mesin Penetas Telor MI-103 Untuk JPV Ipoh

  1. Bertolak ke Ipoh se awal pukul 10 pagi dari Puchong khusus untuk membuat penghantaran 2 set inkubator/penetas telor model MI-103D. Seperti dijanjikan dengan pegawai yang menyelia pembelian ini, saya dijangka sampai pukul 2 petang. Yes! saya sampai di Veterinar Negeri sebelum pukul 2 petang disambut dengan senyum melebar En. Mawi. Alhamdulillah seperti yang dirancang oleh pehak Veterinar Negeri berjalan begitu lancar sekali walaupun salah seorang penerima inkubator itu telah datang se awal 11 pagi. Itu tidak menjadi masalah bagi saya.

    Ceritanya bermula begini.

    Sebelum bulan Ramadhan lagi sekitar bulan Ogos 2009, saya telah ditelefon oleh seorang Pegawai Veterinar (mungkin lah kot, kerana hanya sempat beramah sekejap sahaja) meminta saya membuat sebutharga untuk pembelian beberapa buah inkubator. Jadi saya pun memberilah harga pada kadar yang biasa termasuk kos pengangkutan dan kos "short training". Memendekkan cerita lagi, sebeutharga saya telah disenarai pendek dan tawaran untuk membekalkan 2 set (dahulu) melalui telefon telah dimaklumkan oleh En. Mawi di akhir Ramadhan. Memandangkan Hari Raya dan terlalu hampir, En Mawi telah bersetuju untuk membenarkan saya menghantar pada minggu kedua bulan Oktober.

    Untuk penghantaran kali ini tiada banyak bezanya dengan inkubator yang selalu saya bina kepada pelanggan-pelanggan saya sebelum ini. Cumanya saya telah mempertingkatkan lagi mutu peralatan dan komponen yang digunakan termasuklah keseluruhan Controller. Saya telah mengambil sedikit pembaharuan semenjak set pertama yang sapernah saya ubah-suaikan inkubator milik En. Zul Helmi (Branang) dengan menggunakan teknologi "Temperature Controller" dan juga Thermocouples (PT100).

    Pada asasnya saya selesa dengan menggunakan teknologi thermostat berjenama Rainbow malah itulah antara controller yang pertama saya bangunkan untuk tujuan komersial. Namun, selepas beberapa kali mengalami masalah keberkesanannya kepada sensitiviti suhu dan kelembapan untuk beberapa jenis telor unggas, maka saya telah membuat perubahan ini. Di sepanjang pengamatan saya berkaitan dengan penetasan (itik, puyuh, ayam kampung dan ayam belanda), kesemua jenis unggas itu tidak mempunyai spesifikasi yang sama antara satu sama lain. Ada jenis telor unggas yang sangat sensitif kepada kadar peningkatan suhu dan ada yang tidak berapa sensitif.

    Sebagai contoh, telor ayam kampung adalah paling natural sekali terhadap sebarang perubahan suhu yang mendadak dengan julat yang agak tinggi. Manakala Ayam Piru (Belanda) cukup sensitif dengan masalah suhu ( Memang boleh menetas dengan menggunakan teknologi Rainbow Thermosatat). Namun saya mengambil kira, inkubator keluaran saya adalah menggunakan teknolgi "fungsi automatik". Maka saya merasakan amat wajar untuk membina sesuatu yang setanding keseluruhannya kerana bagi saya pelanggan berhak untuk memiliki yang terbaik (win-win situation).

    Untuk mencapai matlamat ini saya telah menggunakan OMRON temperature Controller dan juga digandingkan dengan OMRON Thermocouple. Memang mahal tetapi, itulah kualiti yang kita dapat. Sekiranya ayam piru memerlukan suhu sekitar 37.5 - 38.5, gandingan ini bersedia untuk melakukannya. Cukup tepat! Namun reka-bentuk harus mengambil kira;

    - Saiz Inkubator
    - Saiz (Kuasa) Pemanas
    - Kuasa Kipas.

    Di penghujung penyerahan 2 set inkubator tersebut (pemilik ini cukup bertuah kerana telah mendapat "Grant" kerajaan) saya sempat berbual-bual dengan penerima inkubator tersebut. Mereka semua adalah merupakan penternak ayam kampung dan ayam piru yang telah sekian lama bertapak di Perak. Cumanya, masa sekarang ini mereka telah mula memiliki telor yang melebihi kapasiti mesin penetas kerana mesin penetas yang sedia ada ialah dari jenis "manual". Mereka dah seolah-olah tidak sanggup lagi untuk menggolek-golekkan telor saban hari untuk jumlah yang beratus biji. Lantaran itu mereka ini membuat permohonan dengan Jabatan Veterinar untuk membuat penambah-baikan penternakan mereka. Atas alasan sedemikianlah "mungkin"nya Allah telah mempertemukan rezeki saya yang memangnya tidak pernah terlintas lagi sebelum daripada ini.


Perlunya "Back-Up Power Supply"

"In my country, the electricity is only available for about 4 - 6 hours a day. Sometimes 3 hours only. But there were time where we have no electricity at all for the whole day! This normally happen in the area where the majority are Muslims. This is seldom happen on the other sides. This situation has been dragged for quite sometimes since the goverment changed!"


"We must need muslim food from muslim people. We must rare chicken of our own. But how can we rare chicken in huge quantity. I explored internet daily looking for incubator, now I know that incubator works with electricity. I wanted to buy but how can I use the incubator where the supply of electric is very inconsistant?"

Sahabat-sahabat sekelian. Itulah delima seorang insan yang pernah bertandang ke rumah saya. Pernah menetap di Malaysia dan sekarang sudah pulang ke Nigeria. Apabila mendegar sedikit sebanyak rintihan dan kepedihan yang dialami oleh penduduk-penduduk Islam di sana, hati ini sungguh hiba. Kekadang tu, saban hari insan tersebut "called" bertanya sedikit sebanyak untuk berkongsi idea, bagaimanakah untuk beliau meneruskan kerja dakwah mereka untuk menyediakan sumber makanan halal di negeri mereka yang kini di monopoli sepenunnya oleh warga buka Islam.

Lalu berceritalah insan ini untk memiliki satu set generator set yang bersaiz besar bukan sekadar untuk inkubator, malah untuk membekalkan elektrik keseluruh rumah mereka yang keluarga mereka yang berdekatan. Pening juga saya memikirkan kewajarannya memadangkan kosnya yang tinggi berbanding dengan kemampuan kewangan (hasil dari pemerhatian saya saja)

Namun, hakikat yang cuba saya sampaikan di sini dalam kontek kita penternak di Malaysia. Walaupun negara kita aman damai dan boleh dikatakan semenjak akhir-akhir ini, soal bekalan elektik terputus (di tempat saya di Puchong le) amat jarang berlaku hatta di waktu hujan lebat dan guruh petir sekali pun. Namun adakah ini satu gerenti yang bekalan elektrik tidak akan terputus? Saya tidak berfikiran demikian. Bila-bila masa saja boleh berlaku.

Sedikit kita imbau akan keperluan perternakan moden ini. Hampir kesemuanya memerlukan bekalan elektrik terutamanya penternakan ayam (unggas) khususnya diperingkat penetasan dan perindukan. Diperingkat ini, keperluan kepada bekalan elektrik adalah sesuatu yang WAJIB. Hatta dikatakan (kalau mengikut standard keluaran inkubator bersaiz mega), ketiadaan elektrik melebihi 1 jam sahaja sudah cukup untuk menyebabkan janin yang terhasil/terbentuk (embrio) akan rosak seterusnya akan menetaskan anak yang cacat kalau pun tidak mati.

Ini phenomena yang biasa berlaku. Mungkin ketiadaan bekalan elektrik berlaku disebabkan oleh litar pintas, mungkin juga disebabkan oleh terlebih bebanan (O/load) di sesuatu bahagian. Kesemuanya ini akan mengundang masalah kepada keseluruhan sistem penetasan dan perindukan. Jadinya apakah reslolusi sebagai seorang penternak? Membiarkan inkubator dan nurseri box tanpa bekalan elektrik adalah AMAT-AMAT membahayakan dan merugikan. Setelah melabur beribu ringgit dengan pelbagai persiapan ladang dan reban, kita kian terlupa akan bencana yang mungkin berlaku!

Seharusnya, sekiranya sesorang itu betul-betul mengushakan perusahaan yang melibatkan penetasan dan perindukan yang berskala komersial, peralatan untuk Bekalan Elektrik Tambahan mestilah diadakan diperingkat paling awal dan tidak perlu untuk dikompromi. Ini terlalu mengindang risiko yang diluar-jangka.

Untuk itu, adalah langkah yang paling bijak dengan mengusahakan sedikit modal untuk mendapatkan 1 set Generator yang agak sepadan dengan keperluan. Di pasaran sekarang ini, terdapat pelbagai jenama dan model untuk dibuat pilihan. Anda boleh memikirkan untuk mendapatkan generator set dari jenis electric starter atau menlalui manual starter. Bagi yang mempunyai bajet yang lebih, menggunakan generator set yang mempunyi sungsi electric starter adalah pilihan yang bijak.

Dengan memiliki electric starter generator set, anda berpeluang untuk menyediakan sepenuhnya satu set PENGERAMAN/PENETASAN & PERINDUKAN yang betul-betul berfungsi secara automatk sepenuhnya. Anda tidak perlu bimbang samada bekalan elektik TNB terputus atau pun tidak. Yang pastinya anda mempunyai bekalan tambahan bersumberkan Generator Set. Namun ianya memerlukan sedikit pengubah-suaian untuk menjadikan generator set anda berjalan secara automatik sekiranya bekalan TNB terputsus pada bila-bila masa.

Kaedah yang dinamakan sebagai remote start atau auto start adalah perkara yang biasa. Yang pentingnya ialah kewajaran untuk anda memiliki "BACK-UP POWER SUPPLY" adalah amat-amat perlu

Sedikit Update Berkaitan Dengan "Circuit Diagram"

Di sini saya updatekan sedikit berkaitan dengan "circuit diagram" atau rajah litar untuk kedua-dua jenis sistem pengawal yang saya gunakan. Tujuan sebenarnya ialah untuk keguanaan tuan punya (pemilik) inkubator yang pernah membeli dengan saya tetapi saya belum pun lagi memberikan mereka rajah litar ini.

Terdapat dua jenis litar yang sedikit berbeza antar kedua-dua jenis sistem pengawal yang saya gunakan. Perbezaan ini lebih tertumpu kepada perbezaan pengawal suhu yang digunakan. Ada sebahagian inkubator saya menggunakan RAINBOW thermostat sebagai alat pengawal suhu dan sebahagianya yang lain menggunakan "digital temperature controller" keluaran Omron.


Berikut adalah litar-litar yang dinyatakan di atas.

1. Rainbow Thermostat





2. Omron Digital Temperature Controller



Semoga dengan sedikit update ini daptlah kiranya pemilik-pemilik inkubator keluaran saya membuat sedikit pembacaandan sekiranya perlu, diharap litar ini membantu anda untuk mengatasi masalah berkaitan dengan litar.

Walaubagaimana pun litar ini juga adalah untuk sesiapa sahaja yang ingin bangunkan inkubator secara buatan sendiri. Ianya membantu kerana saya membuat perkiraan dari segi keselamatan faktor elektrik.




Inkubator Bersaiz Sederhana

Tiada apa yang boleh dikatakan melainkan memanjat sepenuh kesyukuran kehadrat Allah swt, kerana aku adalah seorang Islam. Yes! All because all the pains and hurdles all this while, though it is far from over, but a very significant improvement shown in terms of business growth is on the right track.

When I re-call the very first moment I ventured into this business (making an automatic eggs incubator), my tears almost drop instantly. I can still remember, during those time, with the physical and fitness that has happened to me, nothing much I could do except to rely on God (Allah). It was totally fate. I accepted all those with "redha" until one fine moment a friend of me insisted me to produce a Mini Incubator. I did it without asking. I was not gambling, merely hoping that one day I would become a reputable incubator's manufacturer.

Yes! it took me only more than a week to produce sample unit as part of my marketing plan. I told myself that I will widely publish the unit in the internet. And I did it!. Infact, I did not need to make an extra or huge effort to pusblish it. mudah.com is the only medium and until today, my ads in the the mudah.com still available. Thanks anyway to mudah.com.

Eventually, it took almost 8 months to give the very first order from the nice guy from Johor, named En. Nazri. He is the 1st customer. Not only one unit, but 3 sets all together including the hatcher purchased in one-shot. Thanks also to En. Nazri and brother in-law who continuously give me a lot of motivation despites several difficulties and dissatisfaction we both experienced. Merely due to the real "patience" shown by these 2 guys, not only the problems we managed to tackle, but I learnt a lot of basic things when dealing with small size incubators.

Remember that, all the models produced by us were made of plywood. It make a lot of differences between the steel incubator or other type of incubators that are using heat insulation material with the ones we produced. Certain considerations must be adhered! because it is a plywood based. No lamination and no insulation either!

Well!, now, numbers of NICHE incubators based model MI-103 has been produced and until today, the request is overwhelming. Thanks to the solid design and well rugged architecture and sturdy structure! Surely, if not because of the sample given, I may not be here today. It is a reality.

It is just over a year when I first involved in this business (producing small size incubators). Several different kind of customers I deallt with. Different behaviours but the same aims. They want to be success farmers by applying technology in their farming industries.

Thus, I have received the order from almost the same customers to supply them with extra size of incubators. There are customers who were requesting to produce up to 10,000 eggs capacity in one incubator's chamber. Though technically I can copy several designs of the best incubators around the world to meet the customers' demands, but I would still prefer to advice the potential customers for not taking the risk of having large size incubator. As a beginner in the farming industries where all limitation the have to face, I always insit them to have only several units of medium size that certainly protects their business. Explaination given!

I merely suggest them that, due to the reasons that I have received I can only start making the incubators with a capacity a of about double the size of the mini incubator. The most will be about triple the size of MI-103 model, which can load about 1,000 chicken eggs. So the 1st set of medium size incubators will be in the market soon, in less than a month from now!


For those who would eagerly want to have the medium size of incubator with a lot of extra features, don't forget to make a contact with me any moment from now! I know that some of my present customers has to purchase this kind of medium size any moment from now tho meet the drastic growth of their business.

I truly believe, having a fully automatic Incubator, especially the medium size with a lot of extra features deem neccessary as ones can't surely manage to shake every single piece of eggs all the times. Time were surely wasted! But all these are only good for a medium size of farmers.









Yet Again, I have Changed My Blog Template

Ever since I started blogging (few years ago), I have created numbers of blog with several blog titles depending on the situation as well as seasons. Threafter, I keep on searching the best approaches to suit my blogging styles. However, during those time I posed no special features in my blog as I did not have "good" products to display as well as to share the information.

I started blogging using with our very owned domain names and mastering FTP processes. Though I have long ago adopted the blogspot as part of my blogging technology, but I still found that using Wordpress is always much better and easier with a lot of features. Just because I am too sticky to the blogging style, I keep on searching the best option of using the blogspot speciality when I spotted several blogspots' bloggers displaying hinghly comparable features as compared to the Wordpress blogs. And Thanks God (Allah). I have found the real blogging features using the blogspot templates.


However, my searching for the best blogging were not stopping there. I always can't accept that, I have created the acceptable blog appearence if it is not the best still. Therefore I keep on searching again and again and until today I hardly can find the best option to suit my blogging needs.

And yet again, today I have changed my blogspot blogging templates and really don't know when will this searching be stopped! It's really ruin me! No joking! Though I it is not too difficult to complete the whole migration of the whole blogspot contents whithout missing any points from the previous blogging templates, it has consumed/used my precious times! This has really made me sick of thinking the habbit. I may now come to the stage of addicted!

If there are readers reading this "my special features", I hope ones may come forward and post some positive comments of how I can stop my blogging habbit which I can feel myself as "stupid". I really can't avoid it.

Thank you for reading! And comments please....!




Pemantauan Reban & Inkubator Melalui SMS/GPRS

Anda mempunyai telefon bimbit? Tapi sejauh manakah anda menggunakan segala macam fungsi yang tedapat di dalamnya? Anda terlalu biasa dengan SMS dan GPRS, namun saya cukup yakin hanya segelintir sahaja yang mampu mengetahui akan kepelbagaian fungsi telefon mudah-alih, bukan hanya sekadar menghantar mesej kepada rakan taulan atau sebagai alat penerima mesej dari rakan taulan. Tahniah kerana anda telah mampu menggunakan fungsi ini dan tidak sia-sialah pencipta SMS ini. Perkara yang sama juga berlaku kepada GPRS.

Tetapi dalam ruang yang agak terbatas ini (sebab tak ramai orang suka baca blog yang berjela-jela) saya ada sesuatu untuk dikongsikan bersama-sama dengan pembaca sekelian. Ianya juga berkaitan dengan SMS/GPRS tetapi khusus untuk tujuan pemantauan dan pengawalan sesuatu peralatan. Tetapi di sini akan saya cuba perkenalkan sesuatu yang sangat berkait rapat dengan penternakan/pertanian, iaitu penggunaan sistem SMS/GPRS dalam memantau dan mengawal reban atau ladang termasuk perkakasan & perlatan seperti inkubator, motor, pemanas, lampu dan sebagainya

Di sini saya mengambil contoh kaedah mudah sekiranya anda mengusahakan penetasan yang berkala sederhana dan besar.

Mengandaikan anda mempunyai beberapa buah mesin pengeram telor (dan juga mesin penetas), katakan juga sehingga 10 unit kesemuanya (tidaklah banyak sangat) dan berskala komercial yang saiz sederhana, sekitar muatan 5,000 ekor tetasan untuk setiap mesin. Namun saya kira jumlah itu sudah cukup untuk merimaskan anda dari segi pemantauan secara fizikal dan visual setiap masa kerana keadaan sedemikian itu akan memerlukan kehadiran anda di ladang atau reban-reban tersebut tanpa terkecuali. Walaupun anda mempunyai penjaga reban, peranan anda sebagai pemilik dengan pelaburan yang bersaiz agak besar itu memerlukan komitmen.



Jesteru itu, sistem yang bakal saya perkenalkan di sini, mampu mengurang dan seterusnya menjimatkan waktu anda dalam memastikan operasi mesin-mesin tersebut sentiasa berada dalam pemerhatian anda tanpa anda perlu untuk berada di reban sepanjang waktu.

Sistem ini di namakan sebagai Remote Control & Monitoring System Using GSM. Anda mungkin pernah mendengarnya. Antara fungsi utama yang boleh dimanfaatkan menggunakan kaedah ini ialah :



  1. Mengetahui perubahan suhu di dalam inkubator/hatcher

  2. Mengetahui perubahan kelembapan di dalam inkubator/hatcher

  3. Mengawal dan mematikan "alarm" sekiranya sesuatu ketetapan suhu dan kelembapan berada di luar dari tahap sebenar.

  4. Mematikan dan menghidupkan pemanas (heater), turner dan kipas.

  5. Mengaktifkan pam-pam dan juga motor-motor (sekiranya ada)


Kesemua fungsi di atas boleh didapati dengan menggunakan telefon mudah-alih dengan menggunakan "command" yang telah ditetapkan secara menaip sepertimana SMS yang lazimnya dan menghantar SMS tersebut ke nombor (SIM) yang telah dipasang pada reban.

Contoh-contoh di bawah adalah bukti kepada bertapa sebahagian dari perubahan yang terdapat pada inkubator dapat anda ketahui hanya dengan menghantar "Teks SMS khusus" dan hanya dalam beberapa ketika sahaja (sama seperti SMS yang lazim) anda akan mengetahui tahap atau kedudukan sebenar parameter-parameter yang anda perlukan.


Begitu juga dengan pengawalan sesuatu parameter; suhu, kelembapan, motor, pam dan sebagainya. Kaedah yang serupa digunakan dengan menaip Text SMS yang dikhususkan, dalam dalam beberapa ketika juga, anda akan menerima SMS (reply) yang memberitahu objek atau perkakasan yang anda hendak mati/hidipkan telah berlaku.


Untuk memastikan apa yang telah diaktifkan benar-benar berlaku, anda hanya taipkan SMS teks yang berkaitan. Anda aka dapat jawapannya.


Contoh yang lebih jelas lagi. Katakan anda telah membuat setting dengan suhu 38 darjah Celsius adalah suhu optima, 42 darjah Celcius adalah suhu untuk membunyikan "alarm" iaitu suhu tinggi. Maka sekiranya suhu betul-betul mencecah paras 42 darjah dan terus naik melebihi 42 darjah, maka dalam sekelip mata sahaja anda akan menerima SMS yang menyatakan suhu inkubator telah melebihi paras "over temperature". Dan diketika itu, anda sebagai pengurus reban yang tidak berada di lokasi dengan serta merta dapat mengarahkan pekerja-pekerja reban untuk meninjau dan seterusnya menagatasi masalah kenaikan suhu inkubator.

Dan dalam waktu yang sama, sekiranya pada peringkat awal, anda juga telah mengaktifkan beberapa orang pekerja anda dengan sistem ini, mereka juga seharusnya menerima mesej yang sama tanpa perlu anda mengarahkan mereka melakukan kerja yang memang menjadi rutin mereka setiap hari.

Seterusnya, fungsi-fungsi ini dikembangkan kepada elemen-elemen yang lain yang boleh diaktifkan seberapa yang banyak mengikut kepada muatan fungsi yang diminta.

Untuk menggunakan khidmat ini, ianya memerlukan:

  1. 1 set GSM Controller yang digabungkan dengan teknologi mikro-pemproses
  2. Elektronik Panel
  3. Satu set SIM
  4. Telefon mudah-alih (sekurang-kurangnya 1 unit)
  5. Perkakasan yang menggunakan konsep "Digital Input/Output" seperti digital Temperature controller, digital humidity controller dan sebagainya.

Aplikasi-aplikasi seperti ini juga dapat digunakan secara meluasnya kepada biadang pertanian yang lain yang berskala sedarhana dan besar. Ianya lebih cekap dan mampu memberi pulangan yang sepatutnya kepada pengusaha. Antara bidang-bidang pertanian & penternakan yang boleh mengguna sisem SMS ini ialah:

  1. Penternakan Unggas (Pembelaan untuk pedaging atau telor)
  2. Proses Perindukan (pengawalan suhu dan humidity secara berperingkat dari handphone anda)
  3. Proses penyaluran "EM" ke dalam reban atau ladang/kebun secara berkala.
  4. Proses penyiraman pokok2 dari handphoe sahaja.
  5. Boleh dinaik-taraf untuk kemudahan Kamera Web


    Dan banyak lagi fungsi untuk pengawalan (On/OFF) sesuatu litar serta proses pemantauan yang lain.




Harga Inkubator & Peralatan

Berikut disenaraikan harga-harga inkubator keluaran kami beserta dengan harga alat ganti (Kesemua pengeram/penetas telor yang dinyatakan di sini adalah menggunakan "fully automatic eggs turner")

1. Set Piawai (standard) dengan set pemanas keluaran khas


  • Model MI-103S

  • Muatan telor ayam kampung - 315 biji maksima

  • Tiga tingkat tray eraman

  • 1 tingkat ruang penetasan

  • 1 ruang penyimpanan bekas air

  • Menggunakan gandingan Rainbow Thermosat & Analog thermometer.

  • Cat kalis air luar dan dalam

  • Harga : RM2,100.00/unit tidak termasuk kos penghantaran (bergantung kepada bilangan unit yang ditempah serta lokasi)


2. Set Pertengahan

  • Model MI-103D

  • Muatan telor ayam kampung - 315 biji maksima

  • Pemanas yang dipertingkatkan (terkini)

  • Tiga tingkat tray eraman

  • 1 tingkat ruang penetasan

  • 1 ruang penyimpanan bekas air

  • Menggunakan gandingan Rainbow Thermosata & Digital Thermohygrometer.

  • Cat kalis air luar dan dalam

  • Harga : RM2,500.00/unit tidak termasuk kos penghantaran (bergantung kepada bilangan unit yang ditempah serta lokasi)


3. Set Professional

  • Model MI-103P

  • Muatan telor ayam kampung - 315 biji maksima

  • Tiga tingkat tray eraman

  • 1 tingkat ruang penetasan

  • 1 ruang penyimpanan bekas air

  • Menggunakan Omron Temperature Controller & PT100 temperature sensor.

  • Cat kalis air luar dan dalam

  • Harga : RM2,350.00/unit tidak termasuk kos penghantaran (bergantung kepada bilangan unit yang ditempah serta lokasi)


4. Set 1 Tingkat - Sesuai untuk penggemar pelbagai spises ayam/burung

  • Model MI-101S

  • 1 tingkat tray eraman

  • 1 tingkast ruangan penetasan

  • Muatan eraman sehingga 105 biji telor ayam kampung

  • Gabungan Rainbow Thermostat & Analog thermometer

  • 1 ruang penyimpanan bekas air

  • Menggunakan cat kalis air luar dan dalam

  • Harga RM1,400.00/unit tidak termasuk kos penghantaran


Nota :


  1. Kesemua jenis/model pengeram telor keluaran kami dipadankan dengan hanya satu set standard alat pengawal "tray turner" akan tetapi dipelbagaikan dengan alat ubah suhu yang pelbagai mengikut keupayaan pembeli.

  2. Tidak ada apa-apa perbezaan di antara model yang 3 tingkat dengan model yang 1 tingkat dari segi kefungsian akan tetapi hanya berbeza dari segi kapasiti telor sahaja.







Pentingnya Keseragaman Suhu Dalam Pengeraman

Di ketika ini, ramai lagi warga kota belum pulang lagi dari menyambut Hari Raya di kampung halaman masing-masing. Ini adalah berandaian dengan suasana yang terdapat di sekliling rumah aku di Puchong, masih ada lagi penghuninya menampakkan kelibat. Kalau tidak di kampung pun, mungkin di dalam perjalanan ke rumah masing-masing. Apapun, aku mendoakan semoga kalian selamat sampai ke destinasi masing-masing khususnya rumah kediaman masing-masing dengan selamat. InsyaAllah.

Alhamdulillah, aku baru sahaja selesai membuat penambah-baikan terhadap sebuah inkubator milik En. Zulhelmi di Branang Selangor. Puas juga aku berulang-alik ke rumah En Zul untuk mengenal-pasti serta membuat saranan terhadap ketidak-seragaman suhu tidak sepertimana yang dihajati oleh EN. Zul. Untuk makluman, En. Zul telah membeli sebuah inkubator keluaran saya, dengan sebahagian komponen inkubator tersebut menggunakan alat yang dibeli khas untuk inkubator, terutamanya sesuai untuk inkubator keluaran saya. Alat tersebut ialah "temperature controller" yang mana ianya dicipta khusus untuk inkubator, berjenama DutoStat (mungkin buatan Amerika kot!).


Sepanjang penggunaan DuroStat, En Zul begitu bersemangat dengan ketepatan suhu yang diberikan oleh DuroStat dan memang patut pun, berpadanan dengan harganya yang melebihi dari RM700.00 untuk "temperature Controller" sahaja. Keunggulan alat ini ialah aianya betul-betul dapat mengawal keseragaman suhu di dalam chamber dengan tepat sekali menepati "setting" yang dibuat. Dalam hal-hal yang sedemikian, saya cukup menghormati En Zul Helmi dalam membuat pemilihan yang pada saya amat wajar. Dia sanggup berbelanja lebih untuk mendapatkan sesuatu yang memang banyak manfaatnya. Seperti yang selalu saya perkatakan kepada pembeli mahupun bakal-bakal pembeli inkubator keluaran saya, keseragaman kelembapan (HUMIDITY) di dalam chamber adalah Tersangat penting dalam menghasilkan anak tetasan yang normal dan sihat. Humidity adalah berkadaran secara langsung dengan suhu dan juga kandungan air di dalam camber:


  1. Biasanya, kandungan air adalah tetap (melainkan ianya kering kontang)

  2. Maka, faktor suhu adalah merupakan faktor yang besar kepada kelembapan.


Dipendekkan cerita mengenai En. Zul, suatu hari DuroStat yang mahal dan amat berharga itu telah mengalami kerosakan (tak sempat nak selidik punca kepada kerosakan itu). Maka apa lagi, setelah berbincang denagn En Zul, saya mengarahkan En Zul untuk membeli Thermometer Digital dan juga Rainbow thermostat untuk membolehkan saya membaiki kerosakan inkubator En Zul yang sarat dengan telor-telor yang sedang dalam proses pengeraman. Diringkaskan cerita lagi, proses menggantikan DuroStat dengan gandingan "digital thermometer" & Rainbow thermostat selesai dipasangkan. Namun apa yang meresahkan En Zul, beliau telah tidak dapat menerima akan hasil daripada gandingan tersebut berbanding dengan apa yang diberikan oleh DuroStat. Suhu di dalam chamber inkubator meningkat begitu mendadak melepasi setting biasa sehingga melangakui 50 darjah Celsius, walaupun "setter" pada rainbow thermostat menunjukkan suhu yang amat rendah. Maka bersusah payah pulaklah En Zul dan Saya menggantikan dengan Analog thermo meter yang selalu saya gunakan. Ada sedikit kelaianan apabila menggunakan analog thermometer, suhunya tidak melangkaui seperti apa yang ditunjukkan oleh digital thermometer.

Sebagai rumusan untuk tatapan semua pembaca sekelian:


  1. Sekiranya anda menggunakan analog thermometer, anda mungkin terperangkap dengan kelemahan mekanisma pengukuran yang ditujukkan oleh "jarum" kerana pada hakikatnya suhu telah meningkat secara mendadak hasil dari pengesanan yang dibuat oleh Thermostat.

  2. Anda telah menggunakan dua elemen pengukuran yang berbeaza, iaitu menggunakan themperature controller dan pengukur suhu yang berbeza. Ini adalah sebahagian besar dari punca segala masalah, tambah-tambah lagi menggunakan barangan yang kurang berkualiti.

  3. Pada hemat saya, julat sushu yang diberi oleh temperature controller buatan Rainbow amat tinggi (telah disetkan secara "default setting" tanpa dapat diubah) iaitu +/- 5 darjah Celcius.

  4. Maka dengan sebab itu, sekiranya anda menggunakan digital thermometer yang pada saya "sensor"nya amat-amat sensitif ditambah pula dengan mekanisma pengukuran yang juga sensitif amat tidak sesuai digandingkan dengan Rainbow Thermostat yang terlalu perlahan dalam memberi respon kepada "cutting the circuit".

  5. Sebenarnya apa yang diukur oleh digital termometer adalah kesan dari kejutan atau "spike" suhu kerana naik turunnya amat pantas (kurang dari seminit untuk melepasi julat suhu yang dibenarkan. Namun sekiranya ini berlaku dalam kekerapan yang tinggi, sudah tentu ianya akan membahayakan janin-janin yang di dalam proses pengeraman.

  6. Di atas keadaan inilah saya selalu berpesan, walaupun pada hakikatnya saya menggunakan pengawal suhu Rainbow digandingkan dengan analog thermometer yang berkulaiti, namun, setelah sekian lama saya memerhatikan, terdapat kesan yang berbeza-beza terhadap telor yang berlainan jenis.

  7. Telor-telor yang bekulit nipis dan bersaiz besar amat kurang sesuai untuk menggunakan gandingan Rainbow thermostat dan analog thermostat, terutamanya mereka-mereka yang menetaskan telor ayam piru (belanda).

  8. Terbaik adalah menggunakan inkubator yang berbeza untuk telor yang berbeza jenisnya.

  9. Menggunakan thermohygrometer yang mempunyai memori suhu dan kelembapan adalah langkah yang terbaik dalam mengenal pasti rekod-rekod suhu dan kelembapan.Ini dapat membantu kita membuat statistik berkaitan dengan kecekapan di antara turun naik suhu dan juga kegagalan kadar penetasan

  10. Untuk telor-telor seperti telor ayam kampung/organik dan telor-telor itik, gandingan Rainbow thermostat dan analog thermometer amat kurang memberi kesan kepada "spike" suhu yang dicatat dan yang diberikan

Oleh yang demikian, sekiranya anda di luar sana, sebagai pembeli/pemilik atau bakal pembeli, berikut adalah saranan ringkas saya untuk anda membuat peilihan berkaitan gandingan yang mana lebih sesuai untuk ternakan anda.



  1. Pastikan kategori telor untuk tetasan (saiz telor, umur penetasan, ketebalan kulit telor dsb)

  2. Budget Anda -

  3. Risiko yang anda sanggup menghadapinya (dari segi kematian dan kecacatan)

  4. Pengalaman penetasan (sekiranya anda berpengalaman, gandingan apa pun kurang memberi masalah, malahan alat pengukur ada pra syarat untuk pengawalan sahaja).

  5. Boleh membuat penambah-baikan di kemudian hari akan tetapi tanggungan kos lebihan terpaksa dihadapi.

  6. Yang terbaik ialah menggunakan Temperature Controller yang tinggi mutunya digandingkan dengan temperature sensor/probe yang disambungkan secara terus kepada temperature controller yang menjadikan set yang ideal dalam pengawalan suhu. (Gandingan Rainbow dan analog atau digital thermometer/hygrometer tidak mempunyai kawalan secara langsung di antara alatan tersebut).


Kaedah Terbaik
Menggunakan kaedah dua-dalam-satu (2-in-1) adalah terbaik dalamana temperature controller dan monitor adalah set yang sama. Dalam erti kata yang lain ialah menggunakan set "DuroStat" adalah yang terbaik. Akan tetapi dengan kos yang melapau-lampau, saya yakin tidak ramai pengusaha yang mampu memilikinya.

Menggunakan Omron Temperature Controller (seperti gambar di sebelah) adalah paling sesuai kerana anda boleh mengubah setting suhu mengikut kesesuaian. Anda juga sudah tentu dapat membuat julat setting mengikut selera anda dari 0 darjah hinggalah semaksima mungkin. Dalam contoh yang saya gunakan untuk En Zul Helmi, saya setkan suhu ideal pada 37.5, suhu maksima 38.5 dan suhu minima ialah 36.5. Kesemua fungsi ini tidak terdapat pada Rainbow Thermostat. Anda juga boleh menggunakan beberapa jenama yang lain seperti Shinko dsb.

Jesteru itu, saya sudah sekian lama ingi memaklumkan kepada anda semua, menggunakan teknologi temperature controller & monitor seperti apa yang digunakan oleh En Zul Helmi adalah terbaik. Ianya tidak lah terlalu mahal seperti yang digambarkan berbading dengan keupayaan pengawalan suhu yang cukup-cukup mantap. Sabagai contoh, berikut adalah ringkasan HARGA inkubator keluaran saya berpandukan model-model sepintas lalu.



Punyai Kerjaya Cemerlang Namun Penternakan Adalah Pilhan

Selalunya apa yang dicari-cari dan yang dicita-citakan ialah perihal kerjaya yang cemerlang. Ya lah! Dengan kerjaya yang cemerlang sudah tentu kehidupan lebih tersusun dan selesa lebih-lebih lagi dalam suasana hari ini yang serba memerlukan kewangan.

Sebagai pembuat mesin penetas telor yang baru mula merangkak mencari tapak dalam medan yang terbuka ini, saya telah didatangi dengan pelbagai kelompok manusia yang mencari dan membeli mesin penetas telor. Apa yang cuba saya maksudkan di sini ialah perihal latar belakang seseorang bersabit dengan kenapa dan mengapa mereka itu memerlukan mesin penetas telor.

Ada dari kalangan mereka itu yang memang dah betul-betul mempunyai asas perniagaan atau perusahaan yang berteraskan penternakan unggas. Tinggal lagi mereka-mereka ini mencari kaedah yang terbaik dan sesuai dalam memaksimakan pengeluaran peroduk mereka. Ada pula yang sebahagiannya merupakan sebagai "hobby" menetaskan pelabgai spesis unggas untuk koleksi belaan mereka. Yang sebahagiannya pula semata-mata melakukan penternakan unggas sebagai jalan pintas untuk menjadi satu pekerjaan yang alternatif disebabkan masalah kekangan ekonomi yang melanda mereka. Dalam erti kata yang lain, mereka telah kehilangan punca pendapatan dan merasakan pekerjaan sebagai penternak bukan sekadar secocok malah itu sajalah pekerjaan yang paling praktikal berbanding dengan keperluan yang utama seperti tanah yang sesuai dengan penternakan.

Kesemua yang disebutkan di atas tidaklah menghairankan saya kerana dengan asas yang kukuh mereka telah memilih penternakan unggas sebagai kerjaya pilihan mereka. Namun demikian ada satu kelompok lagi yang pada saya merupakan sedikit pelik (bukan sangsi!) kerana memilih penternakan sebagai bidang yang perlu diterokai secara seirus sedangkan mereka ini telah mempunyai kerjaya yang cukup cemerlang (berbanding dengan saya lah kot yang tidak mempunyai gaji yang tetap). Terdapat beberapa orang sebagai contohnya "tokey" kepada JUTAFARM yang merupakan seorang yang bekerja sebagai specialist/inspector (kalau tak silap akulah) yang sering berurusan dengan bidang petroleum atau "offshore". Aku tidaklah mahu menyebutnya berapa pendapatan tahunannya, namum memang "lebat".

Ataupun ada seorang lagi pemilik baru Inkubator Mini Model MI 103D iaitu En. Razib dari Johor. Dia juga merupakan seorang yang amat baru dalam bidang penternakan malah beliau mengaku yang beliau mempunyai penagalaman yang amat tipis berkaiatan dengan penternakan unggas terutama ayam kampung. Namun beliau telah memasang tekad untuk menjadi penternak yang komited dan atas dasar tersebut beliau telah memulakan langkah dengan memiliki penetas telor model yang terbaik keluaran saya dengan memesan beberapa peralatan tambahan sebagai alat ganti. Beliau yang saya maksudkan mempunyai kerjaya yang cukup cemerlang juga bagi saya, bekerja sebagai pekerja "offshore" yang "bermustautin" di QATAR untuk sekian lamanya.

Beberapa contoh di atas telah membuatkan saya berfikir, kenapakah bidang penternakan unggas menjadi pilihan mereka? Adakah mungkin kerana mereka mempunyai modal asas yang mencukupi? Atau juga adakah kerana mereka mempunyai tanah yang sesuai yang tersedia ada tanpa perlu menyewa atau memajak? Atau adakah mereka ini mempunyai modal yang cukup untuk membiayai sebarang bentuk kos samada upah ataupun pembinaan ladang/reban?

Apapun persoalan saya, sudah barang tentu mereka ini mempunyai asas yang amat kuat untuk mereka membuat pilihan ini. Untuk itu saya mengucapkan syabas kepada mereka-mereka ini dan tak terkecuali juga pembeli-pembelia mesin keluaran saya yang lain-lainnya kerana anda telah memilih untuk manjadikan penternakan unggas sabagai satu bidang usahawan yang mesti diterokai secara berteknologi demi unutk mempertingkatkan lagi kadar pengeluaran selaras dengan pekembangan teknologi moden.

Semoga tekad anda semua membuahkan hasil yang cukup lumayan dan yang pastinya anda harus berniat melakukan kerja-kerja ini kerana ANDA adalah seorang MUSLIM dan melakukan kerja-kerja ini merupakan sebahagian dari tuntutan agama yang berpaksikan FARDHU KIFAYAH.

Mudah-mudahan usaha anda diberkati Allah swt.

Mencongak Peluang, Melebarkan Kesediaan Di Syawal Yang Mulia

Hari ini, 5 Ramadhan 1430 Hijrah. Aku sudah berada di Puchong setelah beberapa hari pulang berhari raya di kampung di Terangganu Darul Iman. Pada awalnya aku tidaklah terasa sangat untuk pulang awal menyambut ketibaan 1 Syawal, kerana agak terbeban dengan tugasan persendirian yang tidak berhabisan dicampur pula dengan tugas sebagai Ketua Penolong Amil untuk kariah Masjid As-Salam Puchong Perdana merangkap Setiausaha Masjid. Maklumlah, inilah kali pertama seumur hidup, aku dilantik dengan tugasan yang tidak pernah aku mimpikan disandarkan pula dengan bilangan amil-amil zakat fitrah yang teramai di dalam zon Daerah Petaling, iaitu seramai 16 orang Penolong Amil.

Dari awal lagi aku telah mengambil keputusan yang aku tidak akan membuat sebarang kutipan walaupun aku adalah ketua kerana aku lebih berminat untuk menguruskan dan memantau perjalanan kutipan zakat fitrah tahun berjalan lancar seperti yang diharapkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS). Dipendekkan cerita, hampir kesemua kupon dan buku resit yang diamanahkan kepada aku telah berjaya diagihkan sejak dari awal Ramadhan hinggalah di hari-hari terakhir Ramadhan kepada keseluruhan penolong amil dibawah seliaan aku. Dan Alhamdulillah, penolong-penolong amil telah menjalankan tugas dan amanah dengan penuh yakin dan cekap tanpa sebarang kecacatan.


Lantaran itu, aku merasakan cukup lega dan sekali gus perasaan telah mendesak aku disokong dengan permintaan anak-anak yang teramat sangat untuk sama-sama menyambut 1 Syawal di kampung aku (Isteri aku tak ada kampung, sebab orang Shah Alam). Maka kami sekeluarga pun memulakan perjalanan yang langsung tidak dirancangkan pada malam Jumaat 28 Ramadhan.

Seperti biasa, aku yang dah berusia 46 tahun ini, telahpun menghabiskan hampir setangah hayat aku bergiliran beraya diperantauan dan ini bukanlah sesuatu yang baru. Maka kegembiraan dapat meyambut 1 Syawal di kampung halaman sendiri bukanlah sesuatu yang dinanti-nantikan sangat. Raya aku adalah raya seperti biasa, sekadar menziarahi hampir keseluruhan sanak-saudara serta jiran-jiran dan juga kawan-kawan kepada arwah ayah aku (menziarahi kawan-kawan kepada arwah ayah kita adalah satu amalan yang amat dituntut di dalam Islam). Hari Raya pertama, kedua dan ketiga, segala urusan hari raya selesai.

Dalam waktu waktu yang terluang, aku sering menceritakan kepada kakak aku yang aku sekarang ini cukup-cukup berminat untuk melebarkan peluang untuk menjalankan perniagaan yang berteraskan penternakan, akan tetapi bukanlah ingin menjadi penternak sejati atau sepenuh masa. Penternakan yang aku maksudkan di sini ialah Penternakan Ayam Kampung. Masakan aku tidak teruja dengan kehendak yang mendadak-dadak di dalam sanubari aku sedangkan tanpa membuat persediaan yang khusus pun, antara sedar atau tidak, kakak aku mempunyai tidak kurang dari 100 ekor ayam kampung yang betul-betul dibela secara "free range" sahaja. Tidak ada batas sempadan kecualilah satu set reban untuk ayam berteduh di malam hari dan juga berlindung dari basahan hujan. Tiada makanan khusus disediakan. Ayam makan secara apa yang ada.

Samada aku kurang mengambil perhatian atau pun sengaja tidak mahu endah dengan persekitaran rumah peninggalan ayah aku, aku makin mendapat satu sentuhan untuk lebih mengintai-intai peluang untuk menabur bakti kepada beberapa bidang tanah hasil peninggalan orang tua (memang tanah-tanah tersebut telah difaraidkan sesama adik-beradik dan aku juga memiliki beberapa bidang tanah di sana). Secara kebetulan, tapak rumah kakak adalah bersebelahan dengan rumah peninggalan orang tua dan di belakang rumah memang ianya telah penuh dengan kebun-kebun "dara" terdiri dari dusun buah-buahan dan sayur-sayuran. Apatah lagi kebun-kebun tersebut bersempadanan agak jauh juga dengan rumah-rumah jiran.


Di situlah aku menghabiskan waktu-waktu yang terluang setelah penat berhari raya. Aku mencongak-congak dan menghitung akan kemungkinan-kemungkinan yang pelabagai sekiranya aku membuat keputusan untuk menabur bakti kepada tanah-tanah kampung milik aku yang cukup terbiar. Di situ jugalah aku mengimbau kenangan berpuluhan tahun yang dulu sewaktu aku di alam persekolahan rendah telah bersama dengan arwah ayah, arwah abang, mak dan kakak-kakak aku mengusahakan begitu banyak tanah milik kerajaan yang pada akhirnya tanah-tanah tersebut menjadi milik ayah aku secara yang sah melalui pemilikan tanah terbiar (teroka haram dalam kaedah sebenar - kita kena teroka dulu tanah-tanah tersebut dan barulah permohanan pemilikan tanah dibuat).


Dan di antara tanah yang banyak-banyak itu, sekarang ini (beberapa tahun yang dulu setelah pembahagian harta secara fara'id) ini telah secara sah menjadi milik aku. Hampir tergenang air mata aku memikirkan, apakah yang bakal terjadi kepada tanah milik aku itu, yang suatu waktu dahulu orang tua aku begitu bersusah payah untuk memilikinya, kini tanah-tanah tersebut hampir menjadi hutan rimba yang langsung tidak membuahkan hasil. Di sinilah mula berputiknya perasaan yang membuak-buak tanpa ada apa-apa tekanan dari mana-mana pihak keluarga terutama emak dan kakak aku untuk memikirkan akan kesudahan nasib aku dan tanah aku. Banyak tu tidaklah banyak, namun sekiranya aku benar-benar ingin berbakti kepada tanah untuk menzahirkan kehidupan yang serba sementara ini, ianya terlalu lebih dari mencukupi.


Itu aku. Sebahagian dari kehidupan aku telah aku habiskan dengan kehidupan kota. Berlumba-lumbar setiap hari mengejar waktu yang entah bila aku dapat menggapai sesuatu yang cukup kuat untuk sekurang-kurangnya berhenti rehat dan lenguh. Jauh sekali mungkinnya!. Saban hari terkejar-kejar tanpa ada nokhtah. Mungkin MATI itulah adalah satu-satunya nokhtah sekiranya inilah jalan yang aku pilih berbekal sangat sedikit DOA meminta padaNya moga-moga diberi kelapangan untuk mengimbangi antara dunia dan ukhrawi. Akan tetapi, kehidupan di kota kurang membenarkan manusia seperti aku untuk betul-betul mengingati akan MATI hatta telah dicamapakkan ke dalam diri ini suatu kesedaran dengan diberikan sesikit amanah sebagai "orang Masjid". Namun itu belum lagi teruja gamaknya. Masih belum sedar!. Masih belum percaya yang setiap sesuatu telah pun diatur oleh Allah melalui Malaikat-MalaikatNya yang tertenntu. Masih berdegil untuk mengatakan "Kuala Lumpur" adalah pemusatan segala macam rezeki kurniaan Allah.


Nauzubillah Minzaliq dan Astarfirullah....


Aku menanjatkan sebanyak-banyak kesyukuran kepada MU ya Allah kerana di bulan Syawal yang mulia ini, Engkau telah memberikan suatu hidayah mungkinnya untuk aku benar-benar memikirkan akan peluang-peluang yang begitu terdampar luas untuk aku terus menaburkan bakti kepada kampung halamanku amnya dan khususnya untuk aku sendiri. Kalau dulu niat itu telah terpahat sejak sekian lama untuk kembali ke kampung halaman, namun aku kurang nampak akan satu perkara pun yang membolehkan aku berpaut sebagai "batu loncatan" untuk aku bergantung harap. Kini, ianya kian menjadi nyata dengan berbekalkan pengalaman teknikal yang pada perkiraan aku sudah memadai, maka aku takan erus memasang tekad dan usaha untuk terus menggagahkan kesungguhan aku dalam mencapai apa yang pernah terhajat selama ini.


Kepulangan aku ke kampung halaman aku suatu hari nanti (sudah amat dekat rasanya), bukanlah untuk menjadi penternak sejati, namun akan akau jadikan penternakan itu sebagai sebahagian dari keperluan untuk aku melangkah lebih jauh dalam mengekploitasikan "teknologi terkini" dalam penternakan salaras dengan perkembangan terknologi-teknologi yang lainnya. Akan aku jadikan ianya sebagai contoh dan pemangkin kepada satu industri yang sihat yang amat kurang dipelopori oleh apa juga bidang penternakan dan pertanian yang lainnya.


Berbekalkan pelbagai rencah ilmu yang ada, elektrikal, elektronik, communication, komputer, mikro-komputer, thermo-dynamic dan serba sedikit dengan teknolgi IT (internet) akan aku peloporkan sebaik mungkin. Peluang terbentang luas untuk aku terus berbakti untuk dunia dan akhirat.

Teringat juga akan diri aku sewaktu di peringkat awal sekolah menengah dulu-dulu sehingga tingkatan 3, aku telah mengambil aliran Sains Pertanian dalam mana aku telah mencapai gred A2 di dalam subjek tersebut. Walaupun itu bukanllah asas kepada kejayaan untuk menjadi penternak, namun sedikit sebanyak ianya mempunyai asas yang kukuh buat diri aku bahawa Pertanian, khususnya penternakan sekarang ini memerlukan suntikan "TEKNOLOGI" untuk membolehkan sesuatu usahawan ternakan itu untuk berdaya saing dengan teknokrat luaran. Kita tidak mampu lagi untuk merasa selesa dengan cara konvensional yang masih dipraktiskan oleh kebanyakan pengusaha....


Semoga bulan Syawal yang sedang aku lalui ini menjadi medan untuk aku terus memuhasabahkan diri aku supaya Allah terus mencapakkan semangat yang berterusan sehinggalah memalingkan pemusatan aku dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu.