Pemantauan Reban & Inkubator Melalui SMS/GPRS

Anda mempunyai telefon bimbit? Tapi sejauh manakah anda menggunakan segala macam fungsi yang tedapat di dalamnya? Anda terlalu biasa dengan SMS dan GPRS, namun saya cukup yakin hanya segelintir sahaja yang mampu mengetahui akan kepelbagaian fungsi telefon mudah-alih, bukan hanya sekadar menghantar mesej kepada rakan taulan atau sebagai alat penerima mesej dari rakan taulan. Tahniah kerana anda telah mampu menggunakan fungsi ini dan tidak sia-sialah pencipta SMS ini. Perkara yang sama juga berlaku kepada GPRS.

Tetapi dalam ruang yang agak terbatas ini (sebab tak ramai orang suka baca blog yang berjela-jela) saya ada sesuatu untuk dikongsikan bersama-sama dengan pembaca sekelian. Ianya juga berkaitan dengan SMS/GPRS tetapi khusus untuk tujuan pemantauan dan pengawalan sesuatu peralatan. Tetapi di sini akan saya cuba perkenalkan sesuatu yang sangat berkait rapat dengan penternakan/pertanian, iaitu penggunaan sistem SMS/GPRS dalam memantau dan mengawal reban atau ladang termasuk perkakasan & perlatan seperti inkubator, motor, pemanas, lampu dan sebagainya

Di sini saya mengambil contoh kaedah mudah sekiranya anda mengusahakan penetasan yang berkala sederhana dan besar.

Mengandaikan anda mempunyai beberapa buah mesin pengeram telor (dan juga mesin penetas), katakan juga sehingga 10 unit kesemuanya (tidaklah banyak sangat) dan berskala komercial yang saiz sederhana, sekitar muatan 5,000 ekor tetasan untuk setiap mesin. Namun saya kira jumlah itu sudah cukup untuk merimaskan anda dari segi pemantauan secara fizikal dan visual setiap masa kerana keadaan sedemikian itu akan memerlukan kehadiran anda di ladang atau reban-reban tersebut tanpa terkecuali. Walaupun anda mempunyai penjaga reban, peranan anda sebagai pemilik dengan pelaburan yang bersaiz agak besar itu memerlukan komitmen.



Jesteru itu, sistem yang bakal saya perkenalkan di sini, mampu mengurang dan seterusnya menjimatkan waktu anda dalam memastikan operasi mesin-mesin tersebut sentiasa berada dalam pemerhatian anda tanpa anda perlu untuk berada di reban sepanjang waktu.

Sistem ini di namakan sebagai Remote Control & Monitoring System Using GSM. Anda mungkin pernah mendengarnya. Antara fungsi utama yang boleh dimanfaatkan menggunakan kaedah ini ialah :



  1. Mengetahui perubahan suhu di dalam inkubator/hatcher

  2. Mengetahui perubahan kelembapan di dalam inkubator/hatcher

  3. Mengawal dan mematikan "alarm" sekiranya sesuatu ketetapan suhu dan kelembapan berada di luar dari tahap sebenar.

  4. Mematikan dan menghidupkan pemanas (heater), turner dan kipas.

  5. Mengaktifkan pam-pam dan juga motor-motor (sekiranya ada)


Kesemua fungsi di atas boleh didapati dengan menggunakan telefon mudah-alih dengan menggunakan "command" yang telah ditetapkan secara menaip sepertimana SMS yang lazimnya dan menghantar SMS tersebut ke nombor (SIM) yang telah dipasang pada reban.

Contoh-contoh di bawah adalah bukti kepada bertapa sebahagian dari perubahan yang terdapat pada inkubator dapat anda ketahui hanya dengan menghantar "Teks SMS khusus" dan hanya dalam beberapa ketika sahaja (sama seperti SMS yang lazim) anda akan mengetahui tahap atau kedudukan sebenar parameter-parameter yang anda perlukan.


Begitu juga dengan pengawalan sesuatu parameter; suhu, kelembapan, motor, pam dan sebagainya. Kaedah yang serupa digunakan dengan menaip Text SMS yang dikhususkan, dalam dalam beberapa ketika juga, anda akan menerima SMS (reply) yang memberitahu objek atau perkakasan yang anda hendak mati/hidipkan telah berlaku.


Untuk memastikan apa yang telah diaktifkan benar-benar berlaku, anda hanya taipkan SMS teks yang berkaitan. Anda aka dapat jawapannya.


Contoh yang lebih jelas lagi. Katakan anda telah membuat setting dengan suhu 38 darjah Celsius adalah suhu optima, 42 darjah Celcius adalah suhu untuk membunyikan "alarm" iaitu suhu tinggi. Maka sekiranya suhu betul-betul mencecah paras 42 darjah dan terus naik melebihi 42 darjah, maka dalam sekelip mata sahaja anda akan menerima SMS yang menyatakan suhu inkubator telah melebihi paras "over temperature". Dan diketika itu, anda sebagai pengurus reban yang tidak berada di lokasi dengan serta merta dapat mengarahkan pekerja-pekerja reban untuk meninjau dan seterusnya menagatasi masalah kenaikan suhu inkubator.

Dan dalam waktu yang sama, sekiranya pada peringkat awal, anda juga telah mengaktifkan beberapa orang pekerja anda dengan sistem ini, mereka juga seharusnya menerima mesej yang sama tanpa perlu anda mengarahkan mereka melakukan kerja yang memang menjadi rutin mereka setiap hari.

Seterusnya, fungsi-fungsi ini dikembangkan kepada elemen-elemen yang lain yang boleh diaktifkan seberapa yang banyak mengikut kepada muatan fungsi yang diminta.

Untuk menggunakan khidmat ini, ianya memerlukan:

  1. 1 set GSM Controller yang digabungkan dengan teknologi mikro-pemproses
  2. Elektronik Panel
  3. Satu set SIM
  4. Telefon mudah-alih (sekurang-kurangnya 1 unit)
  5. Perkakasan yang menggunakan konsep "Digital Input/Output" seperti digital Temperature controller, digital humidity controller dan sebagainya.

Aplikasi-aplikasi seperti ini juga dapat digunakan secara meluasnya kepada biadang pertanian yang lain yang berskala sedarhana dan besar. Ianya lebih cekap dan mampu memberi pulangan yang sepatutnya kepada pengusaha. Antara bidang-bidang pertanian & penternakan yang boleh mengguna sisem SMS ini ialah:

  1. Penternakan Unggas (Pembelaan untuk pedaging atau telor)
  2. Proses Perindukan (pengawalan suhu dan humidity secara berperingkat dari handphone anda)
  3. Proses penyaluran "EM" ke dalam reban atau ladang/kebun secara berkala.
  4. Proses penyiraman pokok2 dari handphoe sahaja.
  5. Boleh dinaik-taraf untuk kemudahan Kamera Web


    Dan banyak lagi fungsi untuk pengawalan (On/OFF) sesuatu litar serta proses pemantauan yang lain.




1 comments:

junaidi @ Jerun Roku said...

aduh hai... abg bedin... tak terikut amber dgn teknologi ni...

Post a Comment