Mencongak Peluang, Melebarkan Kesediaan Di Syawal Yang Mulia
Dari awal lagi aku telah mengambil keputusan yang aku tidak akan membuat sebarang kutipan walaupun aku adalah ketua kerana aku lebih berminat untuk menguruskan dan memantau perjalanan kutipan zakat fitrah tahun berjalan lancar seperti yang diharapkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS). Dipendekkan cerita, hampir kesemua kupon dan buku resit yang diamanahkan kepada aku telah berjaya diagihkan sejak dari awal Ramadhan hinggalah di hari-hari terakhir Ramadhan kepada keseluruhan penolong amil dibawah seliaan aku. Dan Alhamdulillah, penolong-penolong amil telah menjalankan tugas dan amanah dengan penuh yakin dan cekap tanpa sebarang kecacatan.
Lantaran itu, aku merasakan cukup lega dan sekali gus perasaan telah mendesak aku disokong dengan permintaan anak-anak yang teramat sangat untuk sama-sama menyambut 1 Syawal di kampung aku (Isteri aku tak ada kampung, sebab orang Shah Alam). Maka kami sekeluarga pun memulakan perjalanan yang langsung tidak dirancangkan pada malam Jumaat 28 Ramadhan.
Seperti biasa, aku yang dah berusia 46 tahun ini, telahpun menghabiskan hampir setangah hayat aku bergiliran beraya diperantauan dan ini bukanlah sesuatu yang baru. Maka kegembiraan dapat meyambut 1 Syawal di kampung halaman sendiri bukanlah sesuatu yang dinanti-nantikan sangat. Raya aku adalah raya seperti biasa, sekadar menziarahi hampir keseluruhan sanak-saudara serta jiran-jiran dan juga kawan-kawan kepada arwah ayah aku (menziarahi kawan-kawan kepada arwah ayah kita adalah satu amalan yang amat dituntut di dalam Islam). Hari Raya pertama, kedua dan ketiga, segala urusan hari raya selesai.
Dalam waktu waktu yang terluang, aku sering menceritakan kepada kakak aku yang aku sekarang ini cukup-cukup berminat untuk melebarkan peluang untuk menjalankan perniagaan yang berteraskan penternakan, akan tetapi bukanlah ingin menjadi penternak sejati atau sepenuh masa. Penternakan yang aku maksudkan di sini ialah Penternakan Ayam Kampung. Masakan aku tidak teruja dengan kehendak yang mendadak-dadak di dalam sanubari aku sedangkan tanpa membuat persediaan yang khusus pun, antara sedar atau tidak, kakak aku mempunyai tidak kurang dari 100 ekor ayam kampung yang betul-betul dibela secara "free range" sahaja. Tidak ada batas sempadan kecualilah satu set reban untuk ayam berteduh di malam hari dan juga berlindung dari basahan hujan. Tiada makanan khusus disediakan. Ayam makan secara apa yang ada.
Samada aku kurang mengambil perhatian atau pun sengaja tidak mahu endah dengan persekitaran rumah peninggalan ayah aku, aku makin mendapat satu sentuhan untuk lebih mengintai-intai peluang untuk menabur bakti kepada beberapa bidang tanah hasil peninggalan orang tua (memang tanah-tanah tersebut telah difaraidkan sesama adik-beradik dan aku juga memiliki beberapa bidang tanah di sana). Secara kebetulan, tapak rumah kakak adalah bersebelahan dengan rumah peninggalan orang tua dan di belakang rumah memang ianya telah penuh dengan kebun-kebun "dara" terdiri dari dusun buah-buahan dan sayur-sayuran. Apatah lagi kebun-kebun tersebut bersempadanan agak jauh juga dengan rumah-rumah jiran.
Di situlah aku menghabiskan waktu-waktu yang terluang setelah penat berhari raya. Aku mencongak-congak dan menghitung akan kemungkinan-kemungkinan yang pelabagai sekiranya aku membuat keputusan untuk menabur bakti kepada tanah-tanah kampung milik aku yang cukup terbiar. Di situ jugalah aku mengimbau kenangan berpuluhan tahun yang dulu sewaktu aku di alam persekolahan rendah telah bersama dengan arwah ayah, arwah abang, mak dan kakak-kakak aku mengusahakan begitu banyak tanah milik kerajaan yang pada akhirnya tanah-tanah tersebut menjadi milik ayah aku secara yang sah melalui pemilikan tanah terbiar (teroka haram dalam kaedah sebenar - kita kena teroka dulu tanah-tanah tersebut dan barulah permohanan pemilikan tanah dibuat).
Dan di antara tanah yang banyak-banyak itu, sekarang ini (beberapa tahun yang dulu setelah pembahagian harta secara fara'id) ini telah secara sah menjadi milik aku. Hampir tergenang air mata aku memikirkan, apakah yang bakal terjadi kepada tanah milik aku itu, yang suatu waktu dahulu orang tua aku begitu bersusah payah untuk memilikinya, kini tanah-tanah tersebut hampir menjadi hutan rimba yang langsung tidak membuahkan hasil. Di sinilah mula berputiknya perasaan yang membuak-buak tanpa ada apa-apa tekanan dari mana-mana pihak keluarga terutama emak dan kakak aku untuk memikirkan akan kesudahan nasib aku dan tanah aku. Banyak tu tidaklah banyak, namun sekiranya aku benar-benar ingin berbakti kepada tanah untuk menzahirkan kehidupan yang serba sementara ini, ianya terlalu lebih dari mencukupi.
Itu aku. Sebahagian dari kehidupan aku telah aku habiskan dengan kehidupan kota. Berlumba-lumbar setiap hari mengejar waktu yang entah bila aku dapat menggapai sesuatu yang cukup kuat untuk sekurang-kurangnya berhenti rehat dan lenguh. Jauh sekali mungkinnya!. Saban hari terkejar-kejar tanpa ada nokhtah. Mungkin MATI itulah adalah satu-satunya nokhtah sekiranya inilah jalan yang aku pilih berbekal sangat sedikit DOA meminta padaNya moga-moga diberi kelapangan untuk mengimbangi antara dunia dan ukhrawi. Akan tetapi, kehidupan di kota kurang membenarkan manusia seperti aku untuk betul-betul mengingati akan MATI hatta telah dicamapakkan ke dalam diri ini suatu kesedaran dengan diberikan sesikit amanah sebagai "orang Masjid". Namun itu belum lagi teruja gamaknya. Masih belum sedar!. Masih belum percaya yang setiap sesuatu telah pun diatur oleh Allah melalui Malaikat-MalaikatNya yang tertenntu. Masih berdegil untuk mengatakan "Kuala Lumpur" adalah pemusatan segala macam rezeki kurniaan Allah.
Nauzubillah Minzaliq dan Astarfirullah....
Aku menanjatkan sebanyak-banyak kesyukuran kepada MU ya Allah kerana di bulan Syawal yang mulia ini, Engkau telah memberikan suatu hidayah mungkinnya untuk aku benar-benar memikirkan akan peluang-peluang yang begitu terdampar luas untuk aku terus menaburkan bakti kepada kampung halamanku amnya dan khususnya untuk aku sendiri. Kalau dulu niat itu telah terpahat sejak sekian lama untuk kembali ke kampung halaman, namun aku kurang nampak akan satu perkara pun yang membolehkan aku berpaut sebagai "batu loncatan" untuk aku bergantung harap. Kini, ianya kian menjadi nyata dengan berbekalkan pengalaman teknikal yang pada perkiraan aku sudah memadai, maka aku takan erus memasang tekad dan usaha untuk terus menggagahkan kesungguhan aku dalam mencapai apa yang pernah terhajat selama ini.
Kepulangan aku ke kampung halaman aku suatu hari nanti (sudah amat dekat rasanya), bukanlah untuk menjadi penternak sejati, namun akan akau jadikan penternakan itu sebagai sebahagian dari keperluan untuk aku melangkah lebih jauh dalam mengekploitasikan "teknologi terkini" dalam penternakan salaras dengan perkembangan terknologi-teknologi yang lainnya. Akan aku jadikan ianya sebagai contoh dan pemangkin kepada satu industri yang sihat yang amat kurang dipelopori oleh apa juga bidang penternakan dan pertanian yang lainnya.
Berbekalkan pelbagai rencah ilmu yang ada, elektrikal, elektronik, communication, komputer, mikro-komputer, thermo-dynamic dan serba sedikit dengan teknolgi IT (internet) akan aku peloporkan sebaik mungkin. Peluang terbentang luas untuk aku terus berbakti untuk dunia dan akhirat.
Teringat juga akan diri aku sewaktu di peringkat awal sekolah menengah dulu-dulu sehingga tingkatan 3, aku telah mengambil aliran Sains Pertanian dalam mana aku telah mencapai gred A2 di dalam subjek tersebut. Walaupun itu bukanllah asas kepada kejayaan untuk menjadi penternak, namun sedikit sebanyak ianya mempunyai asas yang kukuh buat diri aku bahawa Pertanian, khususnya penternakan sekarang ini memerlukan suntikan "TEKNOLOGI" untuk membolehkan sesuatu usahawan ternakan itu untuk berdaya saing dengan teknokrat luaran. Kita tidak mampu lagi untuk merasa selesa dengan cara konvensional yang masih dipraktiskan oleh kebanyakan pengusaha....
Semoga bulan Syawal yang sedang aku lalui ini menjadi medan untuk aku terus memuhasabahkan diri aku supaya Allah terus mencapakkan semangat yang berterusan sehinggalah memalingkan pemusatan aku dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu.
1 comments:
off white
russell westbrook shoes
jordan 1
jordan shoes
golden goose sneakers
bape
giannis shoes
off white
retro jordans
kevin durant shoes
Post a Comment