Digital Temperature Controller - Tidak Semuanya Sesuai.

Bersua kembali teman-teman seperjuangan dan yang bukan seperjuangan pun!
Alhamdulillah.....kesihatan akal dan fikiran yang Allah berikan kepada saya, maka mampulah pula saya ketukkan papan kekunci komputer saya ni. Dah agak kurang juga saya sekarang ni menulis. Banyak benda yang hendak diperkatakan, namun, keterbatasan waktu membuatkan saya agak ketinggalan.
Sibuknya seminggu dua ni bukan main lagi. Sibuk urusan dunia semata-mata. Semoga Allah berikan sedikit ruang untuk saya selepas ini memikirkan sibuk akhirat pulak. Mudah-mudahan.
Berbalik kepada tajuk di atas, ini juga merupakan sebahagian dari asbab yang menyebabkan saya agak sibuk ditokok dengan masalah hakiki yang lain. Masalah yang berkaitan dengan sesi penerangan secara tidak langsung melalui telefon.
Saya dapati masih terlalu ramai dari kalangan penternak unggas yang belum faham apakah yang dimaksudkan dengan INKUBATOR. Rata-rata berkefahaman adalah inkubator adalah adalah alat penetas telor. Kefahaman ini agak menyimpang dari segi kefahaman mutlak setelah mana mereka-mereka ini melakukan penetasan secara sendiri. Saya tidak lah arif sangat untuk men"translate"kan perkataan ini, namun suka saya mengatakan di sini ialah apakan proses yang perlu ada dalam tempoh untuk menetaskan anak ayam. Saya ringkaskan seperti berikut:
Setelah tempoh menegeram habis, maka telor mestilah melalui proses penetasan atau telor telah sedia untuk ditetaskan. Proses penetasan juga adalah berbeza berbanding dengan proses pengeraman. Sekiranya ada hanyalah suhu yang hampir sama semasa proses pengeraman dan proses penetasan. Oleh itu yang membezakan ilah HUMIDITY. Pastikan humidity dinaikkan sehingga sebagai contoh untuk Ayam kampung sehingga 65 -70 % manakala bagi telor itik ialah sebnayak 85% yang mana pada dasarnya adalah amat sukar untuk mencapainya sekiranya tiada sistem pemanas digunakan.
Dalam masa yang sama, semasa telor diletakkan di dalam ruang penetasan, sila pastikan telor tidak boleh sekali-kali dipusingkan lagi. Kebiasaannya telor akan dipindahkan dari Pusat Pengeraman (SETTER) ialah pada harga sekitar 3 - 5 hari sebelum tiba tempoh penetasan keseluruhan.
Mesin yang digunakan ialah untuk menetas dinamakan sebagai Hatcher.
Sekiranya anda telah memahami sedikit sebanyak proses proses penetasan, kerja penetasan telor unggas menjadi senang. Maka dengan itulah sebabnya kenapa penetasan berskala besar sentiasa menggunakan kemudahan inkubator dan peralatan yang khusus. ELAKKAN dari menggunakan kemudah 2-dalam-1 iaitu hatcher dan setter serentak. Ini adalah kerana anda telah menimbulkan konflik kepada proses-proses tersebut.
Anda hanya perlu memilih 1 antara 2, samada inginkan penegeraman yang baik atau penetasan yang baik. Kesemuanya bergantung kepada HUMIDITY.
Menjadi harapan saya agar anda di luar sana dapat mempraktikkan perkara ini
Bersua lagi pengunjung laman sekalian.... Mudah-mudahan anda dicucuri rahmahNYA.
Berbalik kepada topik posting, esok merupakan hari terakhir promosi khas pembelian produk Niche Inkubator yang menawarkan beberapa gadget penternakan yang saya kira amat perlu untuk menjamin penetasan yang stabil dan berkualiti sekiranya digandingkan dengan mana-mana niche Inkubator. Bermula dari esok iklan ini akan ditarik balik dan saya mengucapkan Ribuan Terima kasih di atas begitu ramai sekali penternak-penternak yang membeli gadget tersebut setelah mereka tahu akan kebaikannya.
The OvaView is a very effective low cost all purpose candling lamp ideal for identifying infertile eggs with pale, plain shells (most species of hen, duck, goose etc). Battery powered for convenience and uses high output, high efficiency LED illumination - so no bulbs to replace and no concerns about overheating the eggs during inspection. The OvaView is designed to either be hand-held or can be left on a work surface in use. Supplied with a flexible black ring to seal against the egg shell. Supplied with a set of 4 AA batteries. Can also be used with rechargeable AA batteries.
OvaView Hi Intensity - similar to the OvaView but with much higher light output from a higher spec LED. The greater power makes inspection of dark and mottled egg shells easier. Supplied with both the normal flexible black ring to seal against the egg shell plus a special version for smaller eggs. The larger power drain means that rechareable batteries are needed (Ref F195)
Oleh kerana telah terdapat pesanan yang lebih awal, dan memandangkan tempoh menyiapkan pengeluaran di atas sedikit memakan masa, maka saya gagahkan juga dengan mengeluarkan secara membuat sendiri kesemua tempahan di Puchong. Alhamdulillah, dengan menggunakan kaedah yang mudah dan bersistematik, proses pengeluaran tidaklah menghadapi banyak masalah. Hampir berjalan dengan lancar tanpa gangguan. Tambahan pula, dengan menggunakan komponen-komponen yang baru serta berkualiti, saya menjangkakan tidak akan berlaku masalah baik dari segi kualiti mahu pun fungsi.
Terkini (setetlah beberapa unit model MI-103 dikeluarkan), saya di datangkan oleh satu golongan orang muda yang memuncak-muncak semangatnya untuk menjadi penternak ayam belanda yang berskala besar. Dari apa yang saya nampak, memang golongan ini betul-betul serius. Saya reservekan dulu perihal perancangan rapi mereka dan siapa mereka sebenarnya. Tetapi memang menjadi kenyataan kerana sekian banyak deposit telah diletakkan (walaupun saya bukan meletakkan syarat dengan deposit yang melampau). Maka ditakdirkan, saya mengatakan tempahan mereka untuk mendapatkan 1 set inkubator (setter) model MI-203 dan 1 set hather model MH-105 akan siap sepenuhnya pada minggu ini. Dan saya mengotakan janji dengan menyiapkan hari ini.
Apapun, saya telah mempertingkatkan segala macam kualiti pembuatan dengan menggunakan komponen-komponen yang sesuai dan saya cukup berkeyakinan bahawa produk keluaran saya kali ini lebih berketrampilan dari segi kualiti binaan mahupun kefungsian.