Pengembaraan Sebuah Kehidupan - Manisnya Di Penghujung Usia.

Bersua lagi pengunjung laman sekalian.... Mudah-mudahan anda dicucuri rahmahNYA.

Memang tengah pening sekarang ini. Bukan pening soal bisnes. Namun, tidaklah saya katakan bisnes saya dah ok sangat pun. Masih lagi terkial-kial membuat asas ataupun binaan tapak, tapaknya dah ada, yang belum adanya ialah struktur binaan tu sendiri, maksudnya ialah bentuk dia.

Sebagai insan yang normal, sudah tentu kita punyai sesuatu untuk diluahkan, untuk dikongsikan, untuk dirahsiakan dan kadang-kala adanya sesuatu yang hendak kita padamkan. Kalau di era 15 dan 20 tahun yang dulu, orang menggunakan dairi untuk mencatat apa juga peristiwa kehidupan, temujanji dan pelabagai lagi rekod kehidupan. Namun, di era serba internet ini pelbagai cara anda boleh gunakan; blog, facebook, twitter dan macam-macam lagi. Tidak terkecuali saya. Mungkin ada yang mengatakan saya cuba ber"sentimental". Mungkin ada juga kebenarannya. Cumanya seperti blogger-blogger lain saya juga mempunyai cita-rasa yang tersendiri, hala-tuju yang tersendiri dalam mengabadikan peristiwa kalau pun bukan kenangan.

Sebahagian peristiwa adalah berkaitan dengan perniagaan. maka akan saya catitkan dengan gaya perniaagaan. Ada kalanya ianya berlegar dengan masalah kehidupan. Masalah kehidupanlah yang telah mematangkan perjalanan sebagai seorang insan. Setiap insan di dunia ini adalah berkelana, ibarat seorang pengembara. Maka sudah tentu, kembara itu mempunyai hala-tujunya yang tersendiri. Dalam hakikat hidup sebagai seorang Islam, kembara kita sudah tentu mencari sesuatu yang amat abadi iaitu menemui Pencipta.

Maka, diungkapkan satu kata-kata "keramat" seperti "berkerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun lagi, dan beramallah kamu seolah-olah kamu akan mati esoknya". Kepada yang memahami benar-benar akan maksud yang tersirat itu, maka fahamlah ia akan erti hakikat sebuah penghidupan seorang hamba Allah. Fitrah Kehidupan. Penghujungnya ialah MATI.

MATI! Yer! Mati. Tak akan terkecuali di antara kita, semuanya akan merasai. Maka apakah persediaan kita untuk kita menemui hari yang entah bila akan kunjung tiba. Sekiranya anda sihat pada hari ini dan hari2 sebelum daripada ini, ianya bukanlah satu jaminan yang esok akan masih menjadi milik anda. Maka bersediakan anda? Tidak kah anda merasa takut? Bukan setakat takut untuk menghadapi saat sakaratul-maut, tapi yang lebihnya ialah azab yang pertama iaitu azab kubur sebelum dibangkitkan di Padang Mahsyar nanti. Beruntunglah kepada para mukmin yang melepasi saat kedatangan sakaratuul-maut seolah-olah dipanggil-panggil untuk menikmati nikmat hari akhirat. akan tetapi terlalu amat malang sekiranya saat sakaratul-maut yang begitu dahsyat dengan pelbagai ujian yang didatangkan dengan pelbagai perasaan buruk yang tak pernah terfikir sewaktu nyawa masih dikandung badan. Dahaganya....dahaga yang teramat sangat, laparnya...lapar yang teramat sangat.

Jadi sahabat sekalian. Memang niat saya untuk memberi sedikit tazkirah atau peringatan di antara kita mudah-mudahan kita semua dilindungi oleh Allah swt dari ditimpa musibah sementara pintu taubat masih terbuka luas. Janganlah kita menjadi orang yang rugi, menjadi orang yang muflis di sisi Allah di Padang Mahsyar nanti. Maka dengan itu, carilah rezeki yang bertebaran di atas dunia ini dengan penuh keikhlasan yang kesemuanya adalah kerana Allah swt. Bertawakkallah selalu kepada Allah dalam apa juga keputusan. Baik buruknya ada hikmahnya yang tersendiri, mungkin buruk pada pandangan anda tetapi Allah maha mengetahui segalanya.

Sebagai insan atau hamba, kita hanya dituntut untuk mengusahakannya terlebih dahulu sebelum meminta Allah memberi itu dan ini. Setelah itu anda mesti Redha menerima ketentuanNya.

Saya bercerita sedemikian kerana saya sering juga ditanya bagaimana untuk mengatasi masalah resah, gundah, takut, marah dan pelbagai perasaan negetif setelah segala macam ikhtiar tidak juga terhasil. Ramai sekali dari kalangan rakan-rakan yang dihimpit pelbagai konflik kehidupan, baik yang berniaga dan baik yang makan gaji, swasta dan kerajaan. Terlalu sukar untuk saya mengupas soalan yang sedimikian rupa. Ini juga berbalik kepada suasana diri sendiri pun tidaklah jauh bezanya dengan mereka yang bertanya. Malah kehidupan saya jauh lebih teruk jika dibandingkan dari segi harta dan 'material" dengan kenbanyakan yang bertanya. Tidak perlu saya panjangkan apakah situasi sebenar kehidupan saya. Hanya saya dan Allah saja yang mengetahui bertapa senang dan susahnya untuk mengharungi kehidupan yang sementara ini. Sekiranya anda mengatakan saya bahagia, saya haya mengucapkan terima kasih dan Alhamdulillah!.

Andainya ada yang terperanjat melihat perbedaan yang terdapat pada saya berbanding dengan kehidupan beberapa tahun yang terdahulu, saya juga mengucapkan terima kasih dan Alhamdulliah. Sekurang-kurangnya ini akan menambahkan lagi muhasabah diri saya. Peluang membina kekuatan dalaman saya.

Sebenarnya saya tidak layak langsung untuk memberi tazkirah atau peringatan ini kerana sifat jahil saya berkaitan ilmu. Tapi saya memegang kata-kata bahawa sampaikan ilmu itu walaupun satu ayat. Hanya kerana ayat-ayat yang tertera di atas adalah antara yang amat saya ketahui, maka itulah yang layak saya sampaikan. Kepada yang pernah mendengarnya, aggaplah ianya betul-betul peringatan, tapi sekiranya yang pernah belum pernah (tapi rasanya tak mungkin) teriamalah nasihat ini dengan niat untuk bertaubat mudah-mudahan anda tidak terlewat. Muhasabah lah diri anda betul-betul. Ambillah sedikit waktu dari waktu-waktu emas anda untuk menghisab diri anda sebetul-betulnya. Tidak perlu pergi jauh.

Tanya diri anda dengan jujur, apakah 10 kebaikan yang anda telah lakukan dan berapa banyak pula kejahatan yang anda kerjakan dari 7 anggota pancaindera anda. Rasa-rasanya seawal anda membuka mata di pagi-pagi "yang cerah" (sepatutnya pagi yang gelap untuk menunaikan solat Subuh!), ada sudah gagal. Cuba cek betul-betul! Adakah anda pernah mengucapkan kesyukuran sekurang-kurangnya mengucapkan ALHAMDULILLAH sebagai rasa syukur kita kepada yang Maha Pencipta. Sekiranya anda ada melafazkannya, satu kejayaan untuk anda!

Dan saya cukup yakin, sekiranya anda meneruskan muhasabah anda, anda akan menjadi lebih takut dan gerun bahawa sesungguhnya terlalu banyak bongkak ada pada diri anda dan anda bukan dari kalangan orang yang tawaddu', lalu anda menjadi dari sebahagian orang yang dilaknat oleh Allah dan anda bakal menjadi orang kufur akan nikmat Allah. Maka haruskan anda teruskan lagi dosa-dosa anda di sepanjang hari atau anda perlu mencari PINTU TAUBAH! Hanya anda yang dapat menjawab.

Atau adakah anda menunggu saat-saat nyawa dihujung usia untuk memperbetulkan segala kesilapan di sepanjang kehidupan anda? Tanyalah pada diri anda sesujurnya dan selebihnya mintalah dariNya untuk diberi pentunjuk semoga anda tidak termasuk dari kalangan orang yang kufur. Panjatlah permohonan anda untuk Allah campakkan NUR dan hidayah untuk anda bangkit melakukan Taubat mudah-mudahan anda tidak TERLEWAT.

0 comments:

Post a Comment