Digital Temperature Controller - Tidak Semuanya Sesuai.

Assalamulaikum dan Selamat Menyambut Tahun Baru kepada warga Tionghua. Semoga belum terlewat lagi.


Sudah menjangkau 2 tahun lebih aku telah menceburi bidang pengeluaran inkubator secara sepenuh masa. Terlalu banyak kenangan pahit dan manis dilalui dalam mematangkan aku sebagai pengeluar inkubator, kalau pun tidak hebat dan tersohor di serata dunia, tetapi cukup sekadar untuk memenuhi beberapa permintaan dari pelanggan tempatan. Terima kasih yang tak terhingga kepada para pembeli baik yang bermaslah mahupun yang tiada langsung bermasalah.

Sebagai seorang yang cukup sifat dan pancainderanya, seseorang itu mesti menerima hakikat bahawa, aku ini hanyalah seorang insan yang biasa sahaja berbanding dengan orang-orang diluar sana. Sekiranyanya ada kelebihan itu adalah sekadar sifat yang sementara sahaja yang dipinjamkan oleh Allah kepada aku dan seharusnya tidak merasa takabur akan apa yang ada pada diri aku. Malahan aku tidak menganggap satu keistimewaan pun. Cukup sekadar dengan sedikit kemahiran yang ada ini untuk menunaikan tuntuan Fardhu Kifayyah.

Ya! Dalam mensyukuri segala macam nikmat yang dikurniakan, aku juga turut tidak ketinggalan dalam menginsafi akan segala macam kebejatan dan permasalahan yang timbul dalam mematangkan diri aku sebagai pengeluar inkubator. Tidak semua yang hadir dalam hidup ini adalah sesuatu yang indah dan baik-baik sahaja. Andainya itu yang dipinta dan dihadirkan, maka aku akan jadi seorang yang tidak proaktif dalam mendepani mehnah dan rintangan sebagai sengeluar.

Syukur Alhamdulillah, semuanya ditempuhi dengan tenang dan sungguh tabah. Mutakhir ini seolah-olah segala macam masalah yang mendatang, aku dapat "handle"nya dengan tenang. Bagi aku masalah itu ada pada sesiapa sahaja dan di mana sahaja. Sekadar muhasabah diri dan perasaan optimisik

Berbalik kepada cerita sebenarnya posting kali ini ialah berkaitan dengan permalahan menggunakan Digital Temperature Controller dalam pembikinanan Inkubator. Untuk kali yang keduanya, aku telah mendapat masalah yang hampir sama dengan apa yang pernah aku lalui bersama-sama dengan pelanggan aku yang berada di Branang Selangor, iaitu En. Zul Helmi. Suka aku memaklumkan kepada pelanggan bahawa, aku telah mengeluarkan lebih dari 20 set inkubator model MI-103D yang menggunakan Omron Digital Temperature Controller sebagai jantung kepada sistem pengawalan suhu dan kelembapan di dalam chamber inkubator. Sebelum daripada itu aku menggunakan Rainbow Thermostat digandingkan dengan beberapa jenis jangkasuhu. Tiada apa-apa perbezaan pun dalam pembikianan mahupun spesifikasi asas di antara kesemua 20 set lebih inkubator tersebut. Dan semenjak dari bulan November tahun lepas aku tidak lagi menggunakan Omron DIgital Temperature Controller sebagai alat kawalan suhu.

Namun, ditakdirkan inkubator kepunyaan En. Helmi telah mengundang 1000 macam macam masalah. Hampir 9 kali aku berulang alik ke Branang untuk menyelesaikan masalah, namun tidak juga selesai malah masalah telah berjangkit-jangkit walaupun masalah itu tiada langsung kaitannya dengan Omron. Nak kata aku tidak mahir, agak mustahil juga sebab bagi aku setakat Temperature Controller yang ciput itu adalah sesuatu yang mudah, malahan aku pernah berdepan dengan pelbagai controller yang jauh lebih sophisticated lagi. Tidak ada pun masalah. Lantas aku membuat kemsimpulan dangkal bahawa, sekiranya itu adalah Takdir Ilahi, walau macam mana pandai pun, ilmu aku tetap terbatas, aku hanya dapat menjangkakan sahaja, tetapi DIAlah yang menentukan.

Lantaran daripada itu aku telah bersetuju untuk menggantikan 1 set Inkubator yang serba baru kepada En. Zul Helmi. Ianya sudah hampir 3 bulan berlalu. Kini perkara yang sama berulang kembali. Benda yang hampir serupa berlaku kepada pelanggan aku yang jauh berada di Parit Buntar, Perak. Cuba anda sekelian bayangkan. Jaraknya yang begitu jauh!. Sudah 4 kali aku berulang-alik untuk mengatasi masalah pelanggan ini. Masalah asalnya ialah juga berkaitan dengan kegagalan fungsi Temperature Controller Omron, namun yang menjadi masalahnya bukan setakat Temperature Controller Omron, tatapi masalah yang tiada lagi hubung kait dengan Omron. Di setiap kali lawatan, aku tanpa gagal membuat "diagnosis" dalam mengenal pasti barangan yang perlu ditukar, dalam setiap lawatan untuk mengatasi masalah telah aku "standby" kesemuanya yang perlu tanpa tertinggal.

Namun setiap kali lawatan, ada sahaja sesuatu yang aku gagal untuk membawanya dan kesudahannya aku gagal untuk memabik-pulih mesin tersebut. Begitulah siri kegagalan yang aku alami dalam menangani masalah pelanggan di Parit Buntar. Hatta semalam, tanggal 14/02/10 merupakan kali terakhir aku membuat lawatan untuk selesaikan masalah tersebut. Tetap gagal disebabkan masalah yang sama iaitu "TERLUPA". Maka aku telah berjanji kepada pelanggan itu untuk aku gantikan dengan inkubator yang serba serbi baru sebagai membalas budi atas sifat kesabaran yang ditunjukkan. Aku telah berjanji untuk menghantarkannya seawal selepas 23/02/10 nanti dengan penghantaran menggunakan perkhidmatan pengangkutan lori. Mudah-mudahan tindakan kali ini akan berjaya. Dan yang pastinya juga aku tidak akan sekali-kali menggunakan Omron Digital Controller sebagai alat pengawalan suhu malah aku telah menetapkan kesemua inkubator, aku akan menggunakan gandingan Thermostat CAEM dan digital temperature meter sebagai gantinya.

Kesimpulan dari tindakan akau ini ialah, bukanlah hendak mengatakan Omron Itu tidak bagus, akan tetapi dalam mengadaptasikan penggunaan dalam konteks Circulated-Air Flow inkubator model kecilan seperti keluaran aku, dengan perubahan suhu yang amat "rapid/fast" membuatkan ketidak-sesuaian mengambil tempatnya. Bagi pelanggan yang tidak menghadapi masalah sehingga sekarang, saya menjangkakan memang ianya tidak akan memberi masalah untuk satu-satu masa yang agak lama. Namun sekiranya anda khuwatir untuk menukarkannya kepada sistem pengawalan yang baru, aku juga amat-amat mengalu-alukannya. Namun yang pasti kos pemasangan dan barangan mestilah di bayar dan ditanggung oleh pelanggan pelanggan sendiri.


6 comments:

bapak ayam said...

abang bedin....boleh jelaskan secara terperinci tentang omron temperature secara terperinci???masalah dari segi apa?? suhu?? ketidak ketepatan??

junaidi @ Jerun Roku said...

salam.. ini lah cabaran ... aku respek ke mung... tak pernah mengalah...

SERI BUMI TERNAK said...

rilek abg bedin.. dugaan tu.. hehehe

Al-fakirilallah said...

Hachi & Helmi....Hahahaha, bukan senang nak senang dan bkan susah nak susah serta bukan senang nak susah dan bukan susah nak senang....

Haru-haru dah campur kelabu....

TQ U for the support always....Stay tuned with more of my updates.

Al-fakirilallah said...

Bapak ayam!....Hhhmmmm too much to say. I dont blame Omron in this case. Cukup sekadar saya katakan, saya tidak akan guna lagi temperature controller dalam pembikinan inkubator mini saya.

U can have it to feel it....

Post a Comment