Penetasan Telor Ayam Belanda Dengan Mesen Penetas Telor MI-103

Tanggal 25hb Jun 2006, merupakan hari yang cukup bersejarah bagi saya sebagai pengeluar Mesen Penetas Telor Otomatik sepenuhnya. Kagum! Kaget! dan Puas! Itulah yang dapat saya simpulkan.

Semuanya hasil dari kejayaan yang dihadirkan kepada saya melalui perkongsian pengalaman oleh seorang penternak AYAM BELANDA yang semakin meningkat maju.

Beberapa bulan yang lalu, saya pernah menceritakan satu artikel berkaitan dengan seorang penternak dari Terengganu yang mula menceburkan diri dalam bidang penternakan Ayam Belanda. Kini setelah hamipir 3 bulan berlalu, Suhaimi Embong yang saya maksudkan telah melakar satu lagi sejarah apabila penglibatannya dalam penternakan Ayam Belanda telah menarik minat RTM untuk menerbitkan satu slot "peristiwa" berkaitan usaha gigih penternak muda ini.


Mula diperkenalkan kepada RTM oleh seorang pegawai Veterinar yang namanya hanya dikenali sebagai PAK Ungku, Suhaimi telah di"interview" khusus untuk slot tersebut bermula dari awal penglibatannya dalam penternakan yang terlalu jarang dipelopori oleh masyarakat setempat mahupun rakyat Malaysia.

Namun, dengan kesunggujan yang nyata, berbekalkan cita-cita yang UTUH dan juga hasil pengamatan yang telah sekian lama dibuat, kini Penternak muda ini telah mempunyai hampir 200 ekor Ayam Belanda dari pelbagai usia dan Spises.

Bercerita mengenai hala-tuju penternakan eksklusif ini, beliau yang dibantu oleh bapanya sendiri, Embong Yaakob menyatakan, beliau berhasrat untuk menjadikan dirinya sekurang-kurangnya sebagai pembekal yang memonopolikan pasaran untuk peringkat Pantai Timur dan dalam masa yang sama, beliau cukup optimistik bahawa pasaran bukanlah sesuatu yang beliau harus fikirkan buat masa sekarang.

Malahan, menjawab pertanyaan dari wakil RTM, beliau menyatakan bahawa perkara yang paling asas sekarang ini ialah, bagaimana untuk memastikan bahawa permintaan bekalan Ayam Belanda ini sentiasa mencukupi termasuk menggunakan kaedah-kaedah saintifik yang membolehkan peningkatan pengeluaran dapat dihadirkan.

Ini kerana, berasarkan pengalaman yang ada walaupun terlalu "BARU", namum beliau seolah-olah dapat menerima hakikat bahawa beliau harus sealiran dengan teknologi moden khususnya perihal berkaitan dengan pembiakan iaitu pengeraman, penetasan dan perindukan.
Kini setelah hampir 3 bulan mencebur diri dalam penternakan Ayam Belanda, beliau kini telah memiliki 2 set mesin penetas telor model MI-103. Menurut beliau, pertambahan mesin penetas telor ini adalah perlu memandangkan kebanyakan dari baka-baka yang dibiakkan ini akan mencapai tempoh matang untuk menghasilkan telor pada bila-bila masa sahaja. Sekarang ini sahaja, hampir 4 biji telor Ayam Belanda dihasilkan setiap hari dan beliau menjangkakan bahawa pada seawal bulan Oktober, peningkatan mendadak akan dirasai dengan kadar peneloran mencapai sehingga berpuluh biji sehari.


Pada sesi temu-bual dengan wartawan RTM tersebut, jelas tergambar dalam kotak pemikiran En. Suhaimi bahawa, pasaran bukanlah satu-satunya halangan bagi dirinya, malah beliau meletakkan target dalam masa 3 - 4 tahun lagi, beliau akan menjadi seorang penternak Ayam Belanda sepenuh masa. Bagi En Suhaimi, apa yang penting sekarang ialah untuk memastikan kejayaan yang ada sekarang walaupun sedikit namun dapat dikekalkan pertumbuhannya.


Jesteru, beliau sangat-sangat berterima kasih kepada semua pihat yang terlibat khususnya Jabatan Veterinar dan RTM kerana turut sama membantu untuk sekurang-kurangnya membuat promosi secara tidak langsung dan langsung. Dalam waktu yang sama beliau akan menggunakan kesempatan yang ada untuk mempelajari selok-belok penternakan Unggas ini termasuk teknik-teknik penetasan, perindukan dan pembiakan yang terbaik dan terkini.


Untuk En Suhaimi, saya merakamkan setingggi-tinggih tahniah di atas keberanian dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh beliau dan semoga Allah memakbulkan cita-cita murni beliau itu.

P/S : Penulis (blogger) adalah sepupu kepada En. Suhaimi Embong

3 comments:

Sendiri said...

salam...untuk ayam api bole tak...

Unknown said...

Salam..En Suhaimi, agaknya berapa jenis baka yang ada dalam simpanan/ penternakkan en...

Al-fakirilallah said...

Apa-apa jenis telor unggas adalah sesuai dengan menggunakan mesin ini. Kadar penetasan boleh mencapai sehingga 100% peratus sekiranya memenuhi procedur penetasan.

Boleh cuba sekiranya perlu.

Post a Comment