Ketekunan & Istiqamah Yang Menghasilkan Kejayaan

Slot ini menceritakan kisah seorang teman rapat penulis yang pernah sama-sama mendiami taman perumahan di Puchong. Malah, jauh daripada itu, teman yang saya maksudkan pernah sama-sama membantu saya dalam banyak hal dan urusan perniagaan terutamanya dalam saat-saat kesusahan yang pernah menimpa saya, iaitu kemalangan di lokasi tempat kerja.

Di waktu itu teman yang saya maksudkan iaitu En Azhan Ahmad, banyak sekali mengambil tugasan saya membantu menyelesaikan kerja-kerja tertangguh saya dengan pelanggan-pelanggan saya seperti Perodua & Proton.








Oleh kerana, menjalankan urusan perniagaan dengan Perodua dan Proton terutamanya dalam bidang yang berkait rapat dengan teknologi dan inovasi, En Azhan tidak dapat membantu saya dengan sepenuhnya. Dipendekkan cerita, lama-kelamaan perniagaan saya dengan Perodua terutamanya semakin berkurangan dan seterusnya gagal untuk mendapatkan sebarang "pelawaan sebutharga/tender" apatah lagi "order".

Bermula dari situlah, saya merasakan sahabat yang amat akrab dengan saya ini telah menampakkan bibit kesukaran untuk menguruskan pendapatan walaupun beliau cukup kuat melakukan sesuatu. Apa yang saya mampu lakukan sebagai seorang sahabat hanyalah bertanyakan khabar dari "atas katil" sahaja selama hampir 7 bulan bertongkat. Hari demi hari sahabat ini semakin dihimpit dengan masalah ekonomi kerana terpaksa menyara 5 orang anak yang masih kecil.



Lantaran itu, setelah pelbagai usaha dilakukan untuk menafikan permintaan keluarga (ayah) untuk memaksa beliau untuk pulang ke kampung (Sabak Bernam), akhirnya kekuatan dan ketahanan beliau pudar. Beliau terpaksa akur dan pasrah dengan takdir Ilahi, bahawa itulah kehendakNya pada akhirnya. Setelah hampir setahun dari saat saya mengalami kemalangan, Sahabat yang amat saya kagumi itu telah membuat keputusan untuk balik ke kampung halamannya dalam serba kepiluan dipihak keluarga tersayang terutamanya isteri beliau. PASRAH! Itulah kata beliau.

Kembalinya ke kampung halaman adalah untuk meneruskan kehidupan yang entah bila akan terjumpa penghujungnya. Namun, berbekalkan sedikit pengalaman dalam bidang industri, beliau menanam cita-cita untuk mendalami bidang perternakan dan pertanian. Pernah saya ingat, beliau mempunyai beberapa bidang tanah, namun cara mana beliau akan berbakti kepada tanah sedangkan beliau tidak pernah ada pengalaman langsung.



Sebagai seorang sahabat, yang pernah sama-sama membina dan menguji beberapa "mesin penetas telor" diperingkat awal penglibatan saya sewaktu saya terlantar sakit, maka saya hadiahkan sebuah mesin inkubator yang hampir siap. Saya cukup mengharapkan agar beliau dapat "membereskan" kerja-kerja akhir pembinaan penetas telor tersebut. Pernah satu ketika, sewaktu di dalam perjalanan balik dari Seberang Prai, saya sengaja singgah di rumah beliau, khusus untuk melihat sendiri inkubator yang saya maksudkan. Tapi di waktu itu (sekitar pertengahan bulan Jun), penetas telor tersebut belum siap sepenuhnya seperti jangkaan awal saya. Saya yakin bahawa kesusahan untuk mendapatkan "part" adalah puncanya. Namun, di waktu itu, saya cukup berkeyakinan yang beliau akan pasti dapat membinanya dengan jayanya.



Itulah En Azhan, seorang yang berusaha gigih dalam apa juga situasi. Tanpa mempunyai latarbelakang yang berasaskan teknikal sewaktu alam pembelajaran, namun semuanya itu dapat ditempuhi dengan tenang. Beberapa hari yang lepas, saya hanya menelefon beliau sekadar ingin bertanyakan khabar dan seterusnya ingin mengetahui akan perkembangan beliau khususnya perihal inkubator dan puyuh yang beliau usahakan dari awal kepulangan beliau ke Sabak Bernam.



Alhamdulillah! Cukup mengkagumkan. Hampir menitis air mata saya apabila mendengarkan semuanya telah berjalan seperti yang telah saya sama-sama rancangkan bersama-sama beliau (pandangan sahaja). Sekarang ini setiap hari beliau menetaskan 50 ekor anak puyuh malahan lebih dari itu berliau dapat menjual telor puyuh lebih dari 20 biji sehari lebihan dari kuantiti yang diramkan. Beliau juga menegaskan, kadar peneloran telah meningkat dengan mendadak dan kadar penetas yang amat memberansangkan dengan menggunakan MESIN PENETAS TELOR MI-103S. Penetasan hampir 100%. Menakjubkan!


2 comments:

junaidi @ Jerun Roku said...

erm.. cantik gak kalau buat pakai pvc ni.. tapi tang jarinng dia tu yg mahal .. semeter RM8 lah abg bedin... tak mampu nak buat byk2..
ermmmm

Anonymous said...

salam abg bedin kawan abg bedin yang bele puyuh kt sabak bernam nie...dok belah mane???
boleh bg no tepon die x???
saya nak g reban puyuh die la tolong ye tolong hantar no tepon die kt email
sdendiar@yahoo.com

Post a Comment