Berapa Lamakah Penternak Kecilan Mampu Bersaing

Mutakhir ini, saya sering sangat dihujani dengan pelbagai pertanyaan berkaitan dengan mesen penetas telor buatan saya sendiri samada melalui emel dan juga melalui telefon mmudah-alih. Terlalu sukar untuk saya merumuskan apakah bentuk artikel yang cuba saya sampaikan kerana kalau diikutkan pelbagai ragam soalan yang diajukan baik dari segi keberkesanan penetas telor, harga dan juga persoalan berkaitan dengan teknologi. Saya tidak mahu sangat membicarakan persoalan yang berkisar kepada penetas telor samada keluaran saya yang bersifat "fully-automatic" mahupun beberapa jenis penetas telor manual yang hampir bertebaran di pasaran sekarang ini.

Penulisan saya pada kali ini hanyalah berkisar kepada "Hala Tuju" penternak-penternak unggas yang tumbuh bagaikan cendawan di akhir-akhir ini. Susah juga hendak dikira samada pertumbuhan yang mendadak ini adalah disebabkan oleh betul-betul adanya permintaan untuk bidang tersebut atau pun mungkin penternakan merupakan sektor kerja pilihan bagi kebanyakan warga Malaysia yang terlalu dihimpit oleh kekusutan ekonomi yang melanda dunia.

Rata-rata yang datang menerjah emel saya berbincang persoalan untuk mendapatkan inkubator atas dasar ingin menambahkan pengeluaran anak ayam dengan cara yang lebih bersistematik dan kecekapan yang lebih tinggi berbanding dengan keupayaan menggunakan induk yang semulajadi. Masing-masing berlumba-lumba untuk mendapatkan kaedah penetasan yang terbaik setelah mengalami pelbagai rupa kesilapan berkaitan dengan penetasan samada secara manual mahupun menggunakan induk asli.

Sebenarnya saya tidak langsung mengambil kesempatan ini di atas perasaan melonjak-lonjak penternak untuk mendapatkan khidmat saya dengan membeli mesin penetas telor ini. Rasanya tidak salah kalau saya katakan terlalu ramai yang mampu untuk membeli inkubator otomatik ini disebalik serba kepayahan untuk mendapatkan dana. Ramai yang teruja dengan ketepatan mesin otomatik untuk mencapai matlamat mereka.

Tidaklah menjadi kepayahan apa-apa untuk saya meberi sedikit penerangan berkaitan dengan persedian awal sebelum keputusan membeli penetas telor otomatik ini. Namun dek kerana keghairahan yang teramat sangat untuk memilikinya, penternak-penternak ini lupa bahawa bukan penetas telor yang perlu dihadirkan akan tetapi yang paling afhdhal ialah mereka harus memikirkan bagaimanakah mereka mendapatkan bekalan telor untuk diramkan dan apakah cukup sekadar memiliki inkubator boleh menyelesaikan "kepayahan" menetaskan telor-telor tersebut?

Pada beberapa hari yang lepas, saya berpeluang berbincang secara tidak formal dengan pemilik penetas telor keluaran saya iaitu En. Waa Ramli. Beliau merupakan seorang usahawan yang baru menceburkan diri dalam bidang perternakan melalui perkongsian dengan beberapa kenalan beliau. Lokasi penternakan beliau ialah di Gua Musang. Pada saya, insan seperti Waa Ramli ini agak unik dalam "memasang" cita-cita beliau untuk memastikan bidang yang beliau ceburi ini betul-betul membuahkan hasil seperti yang beliau impikan. Waa Ramli merupakan seorang pengurus Restoran yang beroperasi di Ireland dan kini sedang bercuti sebelum kembali semula ke Ireland.

Dalam membicarakan isu-isu berkaitan dengan hala tuju penternak kecilan yang tumbuh bagaikan cendawan, beliau khuatir akan kekuatan yang ada pada penternak-penternak yang ramai ini dalam pelabgai aspek. Ramai sekali penternak yang ada sekarang ini bermasalahan dengan mendapatkan bekalan anak-anak tetasan untuk dibesarkan. Sering kali penternak ini dinafikan hak untuk mendapatkan bekalan yang lazimnya dipelopori oleh bangsa-bangsa yang bukan Melayu. Saya cukup bersetuju dengan luahan beliau.

Itu adalah apa yang berlaku dalam konteks mendapatkan bekalan anak-anak tetasan. Masalah yang sama juga berlaku dalam usaha untuk mengatasi masalah ubat-ubatan, makanan vaksin dan sebagainya.

Namun, yang paling asas kepada segala permasalahan ini ialah berkaitan dengan masalah pemasaran. Sering-kali penternak kecilan ini di"momok"kan dengan kegahairahan pasaran yang luas dan besar. Mereka dijanjikan itu dan ini dari bakal-bakal pembeli atau pelanggan yang entah dari mana datangnya.

Memang benar, sebagai contoh penternakan yang paling top sekarang ini iaitu penternakan AYAM KAMPUNG. Di mana-mana juga, penternakan spises ini jugalah yang mendapat tempat. Bagi saya secara peribadinya, asas kepada dakwaan ini amat kukuh. Manusia, baik dari orang Islam dan yang bukan Islam sudah mula sedar akan keburukan memakan terlalu banyak "ayam bandar".

Namun sekiranya dihalusi, dalam suasana permintaan yang tinggi ini, penternak terlepas pandang permasalahan untuk mendapatkan bekalan benih iaitu telor ayam kampung itu sendiri. Tahukah anda bahawa untuk mendapatkan telor yang bernas, telor-telor mestilah diperolehi melalui proses persenyawaan antara jantan dan betina. Inilah masalah paling pokok. Tidak ramai orang cuba mengusahakan bidang atau ruang ini, lantaran itu maka berlakulah apa yang dikatakan sebagai "peluang ke emasan" untuk menangguk di air keruh dari kalangan mereka yang tak berhati perut ini. Di sinilah penternak mula terjerat dengan pelbagai proses penipuan dari pembekal.

Penipuan yang "TERLATIH" ini antara lainnya ialah bersabitan mendapatkan bekalan benih yang tidak asli ataupun masalah jadual penghantaran yang langsung tidak menepati janji. Sedar atau tidak, terlalu ramai yang mengeluh sehinggakan ramai yang hampir "bungkus" akibat dari tindakan segelintir penipu terlatih ini. Mangsanya tidak lain dan tidak bukan ialah orang Melayu sendiri.

Itu baru perbincangan soal mendapat sebahagia dari mendapatkan bekalan benih. Seterusnya juga perkara yang sama berlaku kepada perbekalan yang lain. Dan yang terakhirnya sekali ialah penternak Melayu jugalah yang dianiayakan secara terang-terangan dari sudut pemasaran.

Jadi, dipusing-pusingkan masalah tersebut, saya amat bersetuju dengan persoalan pengusaha muda seperti En Waa Ramli yang ke manakah halatuju penternak-penternak khususnya Bangsa Melayu pada masa kini dan mendatang? Apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan baik dikalangan penternak individu, persatuan dan juga pihak berwajib. Berapa lama lagikah suasa yang sama akan berpanjangan tanpa nokhtah?

Dan di akahirnya yang sama-sama harus kita fikirkan ialah, siapakah yang bakal mencorakkan perubahan?

1 comments:

Man Ulu Lepar said...

Penternak kecil perlu mendampinggi penternak melayu yg besar serta berjaya agar mdpat bimbingan ,pemasaran & kaedah penternakan yg btul dpt d perturunkan. Penternak kecil perlu ada network .
Sistem Payung adalah cara termudah utk menjayakan penternak kecil.
SHABAS KPD melayu YG dh BERJAYA YG TAK LOKEK ILMU SERTA MAHU MEMBANTU BUMIPUTRA LAIN . www.unggasliasari.com 0122269119 0192299119

Post a Comment