Di Sebalik Berlakon, Dia Juga Bakal Menjadi Pentenak Ayam

Dua bulan yang lalu saya telah disapa melalui telefon oleh seseorang yang hanya diberi nama HAIRI. Seperti biasa, saya hanya sekadar bertanya dari mana asal pemanggil tersebut dan juga kekadang bertanya adakah mereka ini penternak unggas sepenuh masa atau sekadar hobi.

Setelah itu barulah saya bercerita serba sedikit perihal fungsi inkubator keluaran kami serta berdiskusi berkaitan dengan harga, penghantaran serta jaminan mutu produk kami. Biasanya diskusi yang meleret adalah berlegar dari segi fungsi dan harga. Saya selalu mengandaikan semua yang menelefon saya mempunyai asas yang kuat berbekalkan pengalaman mereka untuk mengusahakan produk yang makin popular mutakhir ini.

Setelah agak panjang perbulan kami, En. Hairi telah menyatakan kesediannya untuk bertandang premis saya di Puchong. Seperti biasa, saya tidak langsung berhiporkit untuk memberitahu, yang saya hanyalah pembuat inkubator yang berskala kecil-kecilan. Dan saya beroperasi dari rumah sahaja. Saya tidak mempunyai pejabat mahupun bengkel khusus seperti kebanyakan pengeluar.


Di samping faktor kewangan cukup membataskan dan mengekang perjalanan perniagaan kami, kami juga bersangkaan bahawa, dalam skala kuantiti kurang dari 10 unit sebulan, saya mampu melakukannya di"halaman rumah".

etelah membuat temu janji, En. Hairi pun menhadirkan diri di Masjid Puchong Perdana di mana saya menunggu En. Hairi dengan agak lama selepas solat Asar. Tiada kelibat insan yang bernama Hairi kerana kami tidak pernah memberi tahu antara sesama kita akan rupa paras, sehinggalah saya melihat seorang insan sedang melakukan panggilan telefon. Setelah itu saya hanya "menunda" En hairi kerumah saya yang sangat hampir dengan Masjid.

Setibanya saya didepan pintu pagar, terus saja anak perempuan saya memberitahu saya yang saya membawa pelakon ke rumah. Yang pertamanya saya memang rabun. Hanya apabila Hairi menghulur tangan, barulah saya bertanya yang beliau itu adalah Hairi pelakon tu ke. Jawapan ringkasnya ialah "YER". Sambil itu saya terus menjemputnya melihat sebuah inkubator dalam proses penyiapan.

Meringkaskan cerita, En Hairi telah membuat keputusan untuk membeli 1 unit inkubator model 103D dengan membayar deposit. Setelah bercerita sedikit antara beberapa isu semasa, En Hairi meminta diri untuk pulang dengan keputusan dia akan telefon saya kembali untuk mengesahkan bilakah dia akan turun kembali untuk mendapatkan inkubator yang sudah siap.

Kelmarin, En Hairi telah sekali lagi menunaikan janjinya untuk mendapatkan inkubator yang dipesan. Kami sekali lagi bercerita pasal kaedah penternakan ayam kampung yang terbaik kaedahnya.

Memang dari apa yang dibualkan oleh En Hairi, beliau telahpun membuat persiapan untuk menternak ayam. Pernah beliau menyatakan kepada saya inkubator yang beliau belikan ini hanyalah sekadar membantu adiknya untuk berdikari. Tetapi diakhirnya Hairi juga seakan mengaku bahawa penternakan unggas memang amat betpotensi sekiranya dilakukan secara yang berteknologi dalam serba serbi aspek termasuk, pembakaan, penetasan, perindukan.


Akhirnya, saya yakin dan percaya suatu hari, EN HAIRI OSMAN (klu tak silap saya) akan menjadi penternak ayam kampung yang disegani. Beliau cukup berminat berceritakan perihal penternakan ayam kampung. Semoga bidang yang selain dari lakonan ini akan merubah kehidupan EN Hairi ketahap yang lebih maju.

0 comments:

Post a Comment