DOC Dan Proses Nurseri
Saya telah mengikuti banyak perkembangan-perkembangan tentang permasalahan yang sering dihadapi oleh penternak-penternak ayam kampung, termasuk ayam piru (Belanda), puyuh, itik dan sebagainya dengan secara lebih dekat.
Sebagai pengeluar mesin penetas telor yang masih baru dalam pasaran Malaysia, saya banyak juga menjelajah keseluruh pelusuk tanah air. Kekadang, saya lebih suka menghabiskan sedikit wang sebagai "duit minyak" untuk saya sendiri menghantar penetas telor yang dipesan oleh penternak. Kekadang, jaraknya jauh sehinggalah ke Penang, Kedah, Johor, Terengganu dan sebagainya. Tujuannya ialah tiada lain dan tiada bukan, hanyalah untuk mendapat sedikit maklumat dan juga perkongsian pengalaman dan ilmu dengan penternak-penternak yang biasanya beroperasi di ceruk-ceruk kampung dan pendalaman.
Antara banyak-banyak masalah ialah yang berkaitan dengan penetasan dan perindukan atau nurseri - kata pinjaman dari Bahasa Inggeris.
Ya! Memang kekadang tu, penternak harus merasa lega, manakan tidaknya, kalau dulu mereka berhempas pulas dengan mengumpul ibu-ibu ayam untuk menetaskan telor, tapi Alhamdulillah, sekarang mereka telah mempunyai penetas yang otomatik. Ini secara langsungnya telah membantu mereka mengurangkan masa secara mendadak menjaga kerenah ibu-ibu ayam. Dan mereka bersyukur dengan adanya penetas otomatik ini, mereka mempunyai masa yang lebih untuk menumpukan perhatian kepada kerja-kerja yang lain. Tambah-tambah lagi penetasan menggunakan mesin penetas telor ini amat berkesan dari segi peratusannya.
Masalah penetasan selesai. Kalu dahulunya penternak sering mengalami kekurangan ibu untuk menelorkan, sekarang tempoh pusingan untuk bertelor seseekor ibu ayam sudah dapat dikurangkan dengan mendadak. Ini telah meningkatkan proses pengeluaran telor dan anak ayam.
Akan tetapi, polimik yang terbaru ialah masalah cara mana hendak menjaga anak-anak ayam yang baru tetas ini (DOC). Ini adalah anak ayam "YATIM". Maka di sinilah bermulanya polimik tersebut bilamana anak-anak ayam tersebut senang sangat mati. Pelbagai kekeliruan ditimbulkan dan pelbagai kaedah penyelesaian diperkenalkan, namun untuk mengurangkan kadar kematian anak ayam tetap tidak berubah. Umumnya penternak-penternak ini menghadapi masalah tiada "PERINDUKAN" yang stabil atau dalam kata lain perindukan secara tabi'e.
Masalah yang paling biasa ialah anak ayam mati kesejukan. Walaupun proses perindukan separa moden dilakukan, namun masih terdapt banyak lagi kekuranganya. Belum lagi kita bercerita perihal anak-anak ayam mati digigit semut, nyamuk, lipan, binatang-binatang liar yang lain. Apa yang saya perhatikan, kesemuanya itu tidak diambil kira sebagai sebahagian dari masalah kepada proses perindukan seperti mana ibu ayam melakukan kepada anak ayam secara tabi'e. Di waktu-waktu malam, keseluruhan anak-anak ayam dilindungi oleh ibu ayam bukan sahaja dari segi kepanasan/kelembapan, malah dari segi serangan anasir luar sekali. Ditutup rapat dengan kepak-kepak mereka demi menjaga keselamatan anak-anak mereka.
Sehubungan dengan itu, melalui projek generasi kedua saya yang sudahpun memulakan pembinaan beberapa unit mesin perindukan yang beroperasi secara otomatik sepenuhnya yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

- Proses pemanasan dalam chamber yang berfungsi secara otomatik.
- Perubahan kelembapan di dalam chamber mengikut peringkat umur secara harian
- Kawalan nyalaan lampu secara automatik berpandukan suasana atau cuaca persekitran
- Menggunakan teknologi EM dengan kaedah-kaedah terkini yang bersih, kampak dan tanpa bau.
- Menjana pendapatan tambahan dengan mengubah najis ayam kepada baja organik yang berkualiti tinggi
- Menghindarkan anak-anak ayam dari serangan nyamuk, semut dan binatang-binatang buas yang lain.
- Alat pengawal akan dilengkapi dengan sistem buzzer dan lampu amaran sekiranya berlaku ketidak-stabilan elemen dalaman.
Kesemua proses-proses di atas telah dimanipulasikan melalui pengamatan dan kajian yang agak menyeluruh berpandukan kepada rungutan yang disepakatkan penternak.
Adalah menjadi hasrat saya, disamping dengan sedikit ilmu yang dipinjamkan oleh Allah swt ini, saya cuba untuk mempermudahkan cara dan teknik demi untuk membantu para penternak ayam serta yang lainnya dari mengalami masalah kematian anak ayam yang berterusan.
0 comments:
Post a Comment