Bakul Atau Bekas Anak Tetas
Baru-baru ini saya berkunjung ke ladang milik Seri Bumi Ternak milik En Zul Helmi & keluarga di Branang Selangor. Tujuan ke sana ialah untuk membuat sedikit baik-pulih mesin penetas telor dan juga untuk berjumpa seseorang yang ingin melihat inkubator. Pelawat tersebut juga ke ladang En Zul Helmi untuk tujuan membeli serta berbincang dengan En Zul bagi mendapatkan bekalan beberapa ekor angsa dan ayam Piru (Peru) atau ayam Belanda samada anak tetas atau yang sudah dewasa.
Sewaktu bercerita dan memberi penerangan, pelawat yang datang bersama-sama isterinya telah membuat keputusan untuk mendapatkan 10 pasang anak ayam Peru ataupun dua pasang Ayam Peru dewasa, kalau tak silapnya yang dewasa itu umurnya dah menjangkau hampir setahun, sebab Zul berkata yang ayam peru itu sedang bertelor kebanyakannya.
Sesudah harga dipersetujui bersama, timbul sedikit masalah berkaitan dengan cara hendak membawa ayam tersebut (nak isi) ke dalam kereta yang secara kebetulannya ialah kerata yang dipinjamkan dari anak menantu beliau. Masalahnya ialah BEKAS untuk mengisi ayam-ayam tersebut.
Apa yang cuba saya perkatakan di sini ialah, pada pandangan saya lebih elok sekiranya tuan punya reban menyediakan bekas untuk isian anak ayam atau ayam dewasa dan mengenakan sedikit caj kepada pembeli untuk mendapatkan bekas yang dibuat khusus untuk tujuan tersebut. Bekasnya adalah amat ringkas sahaja. Saya pernah melihat bekas-bekas demikian di sediakan oleh pihak pembekal anak tetasan yang diperbuat daripada kayu (kepingan plywood nipis) dan dialaskan dengan keratan surat khabar.
Anak-anak ayam ini (itik) dimasukkan ke dalam bekas atau sangkar setelah proses "sexing" dilakukan. Anak tetasan tersebut dibiarkan di situ tanpa apa-apa makanan sehinggalah ke hari ketiga sekiranya tiada pihak yang menuntut untuk mendapatkannya. Bagusnya di sini ialah, sangkar tersebut kelihatan begitu simple dan senang untuk dibuat sendiri .
Kaedah ini telah lama dipraktikkan di Pusat Penetasan Itik Paya Jaras Selangor

1 comments:
off-white
off white
goyard
golden goose outlet
moncler
yeezy
off white
yeezy
supreme clothing
jordan shoes
Post a Comment