Berapa Kerap Anda Menuangkan Air?
Tajuknya sedikit pelik, namun itulah antara soalan dan rungutan sebilangan besar pembeli dan peminat inkubator saya. Kadang-kadang tu betul juga pandangan sebahagian dari penerima inkubator tersebut. Hanya berlainan sedikit jika dibandingkan dengan pemilik inkubator yang buat pertama kalinya menaik-tarafkan dari inkubator manual kepada automatik seperti keluaran saya ini. Pada pemilik-pemilik ini mereka sudah cukup senang hati bila mana mereka tidak lagi perlu memusingkan telor saban hari yang beberatus biji itu. Malahan bukan sekali, tetapi beberapa kali, kadang-kadang tu sampai 3 4 kali sehari. Huh! memang jenuh juga dan mengeluh juga mereka tu.
Alhamdulilah, kepada sebilangan kecil penternak yang mempunyai kemampuan untuk memiliki inkubator buatan saya, saya yakin mereka cukup selesa tanpa memerlukan tugasan tambahan untuk membalik-balikkan telor mereka pada jadual yang telah ditetapkan. Namun, mereka juga masih tertakluk kepada untuk setidak-tidaknya memastikan sekurang-kurangnya 1 kali sehari membuka pintu inkubator untuk memastikan air sentiasa mencukupi, dengan yang demikian itu kelembapan di dalam ruang pengeraman sentiasa terjaga.
Tidaklah menyusahkan sekadar untuk meluangkan masa kurang dari 5 minit mengisi air ke dalam takungan tetapi ianya akan menjadi lebih mudah sekiranya air dapat dialirkan secara automatik sepenuhnya ke dalam inkubator tanpa sedikit pun perlu membuka pintu inkubator. Kami ada kaedah tersebut dan ianya betul-betul dapat memastikan air akan sentiasa dialirkan walaupun anda terlupa untuk meninjau inkubator anda.
Suasana ini mampu membantu anda dan meringankan bebanan anda andainya anda betul-betul terlupa mungkin kerana tugasan luaran anda diluar sana lebih memerlukan.
Hubungi kami untuk mendapatkan khidmat tambahan ini khususnya untuk membantu dan menjamin bakal tetasan anda tidak menjadi tembelang pada akhirnya nanti.

0 comments:
Post a Comment