Produk & Keluaran Baru Niche Inkubator

Satu tahun setengah sudah berlalu dan masa berjalan begitu pantas sekali. Hampir selama itulah saya telah membuat pelbagai penambah-baikan terhadap satu-satunya inkubator keluaran saya yang mempunyai sedikit kelainan berbanding dengan inkubator keluaran tempatan yang lain samada inkubator yang beroperasi secara manual mahupun secara otomatik sepenuhnya. Dalam masa itu jugalah saya telah membuat sedikit pengamatan (saya tidak membuat kaji selidik sebab saya bukanlah orang yang berothoriti dan saya tidak pernah menyerahkan kepada sesiapa pun untuk meluluskan mahupun untuk membuat rumusan). Hanya sekadar menilai akan prestasi serta nilai-nilai komersial yang sepatutnya ada pada inkubator saya berpadanan dengan apa yang dikatakan "otomatik sepenuhnya".

Alhamdulillah, hasil dari sokongan kawan-kawan (saya menganggap kesemua pelanggan saya sebagai kawan. Hehehe...tak taulah pulak mereka semua tu mengaggap saya siapa!) produk keluaran saya telah mula mendapat tempat. Pun begitu bukanlah sesuatu yang amat senang, segala macam getir dan ranjau ditempuhi yang penuh liku yang memang tidak tergambar langsung pada awalnya. Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran kepada Allah swt. kerana telah memberikan saya pelanggan-pelanggan yang cukup-cukup hebat dari segi memberi semangat. Ianya adalah lumrah, tidak semua yang kita rangka itu menjadi kenyataan dan menghasilkan yang manis-manis sahaja. Ada sebahagian teman-teman walaupun dah beribu ringgit dihabiskan, tapi hasilnya tidaklah seperti mana. Alhamdulilah, hamba Allah ini cukup memahami apa yang diertikan sebagai "takdir". Hamba Allah ini cukup memahami yang mungkin dan hanya dia sahaja yang mengalami masalah yang bertimpa-timpa.

Namun atas sifat sabar yang Allah berikan, perhubungan kami kian rapat. Setiap masalah diatasi bersama.

Dimulakan dengan projek prototype yang nampak seperti gah (memang gah pun sebab guna material yang cukup mahal tu!), namun ianya hanyalah lebih kepada tujuan mempromosikan inkubator. Walaupun ianya berfungsi sepenuhnya, namum pada ketika itu saya sudah pun menanam hasrat untuk membuat keluaran komersial yang berlandaskan jenama import yang cukup popular. Kehebatan internet telah menemukan saya dengan pelanggan pertama saya. Sungguh diluar jangkaan saya. Pelanggan tersebut bukannya membeli satu malah beberapa unit/set beserta dengan penetas telor sekali.

Kini, berbekalkan sedikit keyakinan dengan ehsan kawan-kawan terdekat saya cuba mengorak langkah untuk maju beberapa tapak kehadapan secara berdeket-deket (ntah betul ke tidak ejaan aku ni!). Semua reka-bentuk secara "scaled-drawing" beserta dengan pelbagai model pilihan dan sistem kawalan telah hampir siap untuk dikomersialkan. Beberapa pendekatan berkaitan dengan penambah-baikan dan variasi produk keluaran kami akan mula diperkenalkan berperingkat-peringkat.

Antara penambah-baikan kepada produk-produk tersebut ialah:

  1. Kami memberi lebih pilihan kepada pelanggan untuk memilih kapasiti inkubator yang sesuai dengan keperluan saiz penternakan mereka.
  2. Menggunakan alat pengukuran yang lebih efisyen dan bertepatan dengan kehendak inkubator/penetas itu sendiri seperti menggunakan "thermohygrometer/controller" yang bukan sahaja mengawal suhu malah akan mengawal kelembapan di dalam "chamber" itu sendiri. Penggunaan "thermohygrometer/controller" ini adalah dipadankan dengan inkubator berskala sederhana iaitu untuk pengeraman telor yang menjangkau 1000 biji pada sesuatu masa atau lebih.

  1. Memperkenalkan penggunaan kombinasi antara OMRON Temperature Controller & thermocouple demi untuk memberi kecekapan dan ketepatan pengawalan sesuatu suhu. Ini akan dipasang pada setiap inkubator model mini.
  2. Kesemua inkubator/penetas telor keluaran kami akan dilengkapi dengan manual operasi yang standard untuk memudahkan pengguna membuat rujukan/panduan.

Antara model-model yang bakal diperkenalkan dalam masa yang terdekat ialah:

  1. Model MI-101S/D - iaitu berkapasiti 105 telor ayam kampung (Satu tingkat turner)
  2. Model MI-203S/D - iaitu berkapasiti 600 biji telor ayam kampung (saiz bekembar)
  3. Model EI - 204S/D - saiz medium berkapsiti 2000 biji telor ayam kampung
  4. Model EI -205S/D - Saiz medium berkapasiti 4000 biji telor ayam kampung.

Saya merasakan, dengan pilihan yang bakal diperkenalkan secara berperingkat-peringkat ini, ianya mampu untuk dimiliki oleh sebilangan besar penternak-penternak unggas yang kian membesar operasi penternakan mereka dalam kadar yang cukup pantas ini.




0 comments:

Post a Comment