Sebenarnya Ramai Juga Rakan Penternak Unggas Di Pantai Timur

Selamat berkunjungan ke Blog Medanusahawan teman-teman sekelian!

Eh! Anda memang nak ke site ini ke atau memang anda terlepas ni? Samada anda tak sengaja terdampar di laman ini atau memang anda sengaja menjengah, kedua-duanya saya terima. Meh sini kita kongsi apa yang patut!

Hahaha! Kali ini kita kongsi cerita pasal apa ek???...Pasal apa lagi kalau bukan pasal inkubator.

Saya sekarang berada di Terengganu Darul Iman. Semalam saya seharian berada di Kuantan, Pahang setelah bertolak seawal jam 8 pagi dari Puchong, Selangor. Maklumlah menaiki kereta murahan tidak sama dengan menaiki kereta berkelas Eksekutif seperti Mercedes, BMW atau Honda Accord. Jadi kena lah bertolak awal-awal, kalau tidak, mana dan nak jumpa pelanggan. Apapun, aku masih berterima kasih kepada cabut ini, dengan sebab cabutnyalah aku boleh pergi ke mana sahaja di seluruh Malaysia tanpa ragam. Tiada masalah.


Destinasi yang pertama ialah untuk bertemu seorang pembeli inkubator baru bernama En. Jamaludin yang berkerja di Sekolah Menengah Sains Kuantan. Tetapi semalam hari cuti, jadi terluanglah masa untuk bersembang2 pasal ternakan ayam. Sekali dilihat tidak pula macam penternak ayam En. JAmaludin ni. Hensem semacam jer, orang pejabat katakan! Yang herannya sempat pula dia menternak pelbagai ayam. Baru sahaja di menjual ayamnya berjumlah 400 ekor. Wow! Tulah kata orang bijak pandai. Dont just judge the book from the cover.

En. Jamaludin mempunyai ternakan hampir 2,000 ekor ayam, sebahagian besarnya ialah ayam kampung (orang luar panggil ayam sabung/laga). Tapi bagi kita di Pantai Timur ini, inilah ayang dikatakan sebagai ayam kampung. Ayam laga, tetap ayam laga juga. Hampir keseluruhan 2000 ekor ayam itu dilepas di kawasan yang berkeluasan hampir 3 ekar setengah. Cuma di akhir-akhir ini kata En Jamaludin (aku panggil Abang Din saja) berkata telor ayam sekarang ini susah sikit untuk menetas. Tak tau sebab sebenarnya. Akan tetapi dia telah terbuka hati untuk menggunakan penetas telor yang berfungsi automatik. Dia terjumpa blog medanusahawan setelah dia menyuruh anaknya membuat google search. Lantas dia melewati blog medanusahawan dan kami merancang untuk berjumpa di Jaya Gading.

Kenapa Jaya Gading Kuantan? Kerana aku ada seorang pemilik inkubator Niche MI-103 di situ iaitu En. Farizul. Jadi aku telah membuat temu janji untuk berjumpa Farizul sambil memperlihatkan kepada En Jamaludin inkubator yang sebenar. Terperanjat En. Jamaludin setelah dia melihat inkhbator MI-103 ini hanya diletakkan di dalam salah satu bilik tidur di rumah keluarga Farizul begitu bersahaja. Macam tak percaya En Jamaludin. Dia menjangkakan inkubator itu sesuatu yang komplikated, maka ianya akan disimpan di kawasan reban. Sebenarnya En. Jamaludin sudah menempah 2 set inkubator Model MI-103 dan aku berjanji untuk menghantar 2 unit tersebut pada hari Khamis 4hb Mac 2010. Penghantaran ini juga akan disekalikan dengan pesanan yang dibuat oleh En. Farizul sendiri iaitu 1 set inkubator model MI-203 dan satu set Hatcher Model HM-105.

Asalnyanya aku tiba agak awal di Jaya Gading. 2 jam lebih awal berbanding dengan masa yang aku janjikan iaitu sekitar jam 12:30 tengahari. Jadi aku pun pegi makan dahulu (sebab belum brekfast lagi), dan setelah itu berhenti untuk solat di Masjid Al-Makmur Kuantan. Bagus masjid tu, sejuk dan nyaman di dalamnya.

Semasa pertemuan tersebut, Farizul bertemankan adik bongsunya (form six student). Semuanya minat ayam. Orang tuanya tiada di rumah kerana menghadiri kenduri kahwin. Kami sempat bertukar2 fikiran dan pandangan berkaitan kebaikan, kelemahan dan juga perkara-perkara baru yang perlu untuk dibuat nilai tambah. Pelbagai! Kami juga secara sepintas lalu dan secara rawak berbincang beberapa pendekatan untuk kita saling mengenali antara penternak-penternak unggas yang berhampiran di sekitar Kuantan. Rupa-rupanya ramai lagi yang berkecimpung dalam bidang ini. Cumanya pendekatan mesti diambil dan diolah untuk membolehkan jaringan penternak unggas yang lebih tersusun.

Sering apabila kita berbincang ada saja sesuatu yang baru. Ada pihak sentiasa terlebih stok, manakala sebahagiannya pula sentiasa tidak cukup stok. Permintaannya agak tinggi dan sesetangahnya menghadapi maslah penjualan samada anak ayam atau ayam dewasa yang terlalu murah, iaitu di bawah harga pasaran. Perkara inilah yang mesti dikawal, supaya tiada elemen-elemen cantas mencantas antara satu sama-lain.

Tetapi siapakah yang akan mempedulikan perkara-perkara sedemikian?

Setelah pertemuan berjalan hampir 3 jam, masa untuk kami berpisah telah. Terasa segan pulak, dah Orang muda ni bersusah payah menjamu air untuk kami mebasahkan tekak, emak pula sibuk memasak mi goreng lagi untuk kami. Lepas itu En Farizul membawa kami melawat reban-reban yang terdapat di sekitar rumah orang tuanya. Orang tuanya pun ikut sekali. Bagus orang tua Farizul, suka sembang dan nampaknya sungguh memberi galakan kepada Farizul. Antara yang paling aku minati ialah melihat ayam-ayam Arab. Ayam-ayam Arab itu dibekalkan oleh Pak Teh. Itulah pertama kali aku kenal ayam arab. Jangkaan aku selama ini Ayam Arab tu besar saiznya. Ternyata meleset.

Aku dan En Jamaludin meninggalkan rumah Zul dan ayam-ayamnya dengan satu harapan. Harapan untuk melihat penternakan ayam kampung Farizul menjadi semakin hebat dan juga Fariuzl dapat membantu membuat jaringan penternak memandangkan Farizul terselah sekali dapat mengawal harga pasaran selaras dengan harga pasaran yang di luar sana. Barulah seimbang. Tidak seperti bapa saudara aku yang menjual harga ayam Belandanya dengan harga yang begitu murah.

Aku minta maaf. Bukan niat aku untuk memaksa penternak menjual dengan harga yang mahal-mahal, akan tetapi keselarasan harga. Sekiranya terlalu murah, bukan sekadar merosakkan harga pasaran, malah, dalam jangka masa panjang, penternak akan menghadapi masalah. Masalah ini tidak mungkin timbul diperingkat awalan.

Pun begitu, aku bersyukur juga, kerana aku telah melihat banyak pembaharuan minda telah berubah di kalangan penternak. Mereka telah membuat anjakan paradigma yang sepatutnya dalam mendepani pelbagai cabaran penternakan untuk mereka bersaing di pasaran terbuka. Sudah tentu menggunakan operasi automatik akan lebih meningkatkan produktiviti. Tambahan pula aku memang telah pun mempertingkatkan kualiti pembuatan mesin penetasan telor keluaran aku ke tahap yang cukup meyakinkan.

Yang pasti usaha aku tidak akan berhenti di sini. Akan aku pertingkatkan lagi usaha untuk lebih berinnovasi dan berteknologi. Aku sudah bariskan beberapa produk untuk diketengahkan kepada penternak. Hanya masa sahaja yang menentukan.

Aku kepenatan! Aku bersaorangan! Tapi sekurang-kurangnya penat aku semakin terubat setelah aku mempunyai seorang rakan yang boleh dipercayai yang membantu aku membina dan membuat inkubator ini. Sudah tentu isanya di Pantai Timur, di Terengganu

Bukan Semua Perbincangan Itu Menjurus Kepada Perniagaan

Assalamualaikum & Salam bahagia pengunjung blog sekalian. Semoga anda semua senang dan tenang dengan apa yang anda lakukan sekarang. Kalau ada rasa berserabut tu, bawak-bawaklah beristighafar banyak, tarik nafas panjang2. Bukannya apa, kekadang tu sebab kepenatan.

Saya ada sedikit cerita tentang beberapa peristiwa semalam dan nak digabungkan dengan sedikit peristiwa hari ini.

Semalam, pagi-pagi lagi aku telah dihubungi oleh seseorang yang menamakan ririnya sebagai "En. Zaki". En. Zaki pernah menghubungi aku beberapa bulan yang lalu, juga berkaitan dengan niatnya untuk membeli sebuah inkubator. Sewaktu perbualan dalam telefon, aku dapat mengagak En. Zaki memang seseorang yang sudah agak "berumur". Gaya tutur katanya agak lembut dan tersusun. Jarang dapat berinteraksi dengan manusia secara demikian. Aku pun tak tahu atas sebab apa yang sebenarnya En. Zaki telah menangguhkan untuk mendapatkan inkubator daripada aku walhalnya diperingkat awal dia agak berminat. Tapi aku tak kisah pun semuanya itu. Bukan perkara baru. Yang lebih pelik daripada itu pun ada di mana ada seorang pelanggan itu telah pun membayar deposit sebanyak RM500.00, namun sehingga hari ini dia belum pun menelifon aku untuk mendapatkan inkubatornya. Kadang2 aku heran juga. Pemurah sungguh mereka ini.


Berbalik kepada cerita En. Zaki. Semalam dia menelefon untuk berjumpa dengan aku. Aku memaklumkan yang aku tidak mempunyai stok untuk dipamirkan kerana baru sahaja aku menghantarnya ke Sabah dan ke Perak. Cuma yang adanya ialah benda2 lain dan Brinsea inkubator. Namun demikian, En Zaki masih juga ingin bertemu dan diringkaskan terjadilah pertemuan itu. Tak susah bagi En. Zaki untuk nak datang kerumah aku di Puchong, sebab memang dia pernah tinggal di KL satu waktu dahulu.

Maka, bermulalah sesi ta'aruf antara kami. En. Zaki datang dengan seorang teman. Kalau tak silap namanya ialah Irfan (maaf kalau aku tersilap). Rupanya En. Zaki ini seorang yang amat "Zuhud" orangnya. Beliau merupakan seorang Pensyarah di Universiti Malaysia Perlis, bertaraf Proffessor. Terasa segan sungguh aku kerana selama ini aku membahasakan dia hanya sebagai En. Zaki sahaja. Namun aku rasa aku tak silap sebab bukan aku berniat sedemikian. Prof Zaki yang mahukan situasi sedemikian. Katanya dia selesa dengan panggilan tersebut. Irfan merupakan seorang pelajarnya yang sedang menjalani Masters.

Agak lama juga kami bertiga berbual, banyak benda, dari inkubator meleret sampai ke isu-isu politik. Rupa-rupanya Prof Dr. Mohd Zaki Abdulmuin ialah antara orang yang pernah mendapat perhatian sewaktu ketika dulu di era tahun 2002 di mana beliau merupakan CEO TATI Terengganu yang dipecat dalam tempoh 24 jam notis sewaktu pemerentahan PAS. Hahaha..... aku gantung cerita ini !

Dalam perbualan itu, ternyata Prof Zaki juga sedang mencari-mencari satu penyelesaian untuk membantu niat beliau dan beberapa rakan yang lain untuk membangunkan sebuah sekolah Tahfiz di Perlis. Jadi beliau memikirkan untuk mendapat satu kaedah untuk menjana satu pendapatan untuk menampung sebarang kos berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran Sekolah Tahfiz tersebut. Maka antara produk yang beliau nampak ialah penternakan ayam. Di situlah gamaknya beliau memikirkan untuk mendapatkan inkubator.

Setelah Prof pulang, aku sempat membelek-belek beberapa laman sesawang dan juga laman web yang berkaitan dengan Prof Mohd Zaki. Huh!...banyaknya... Dan antara yang paling menarik ialah satu artikel berkaitan dengan kaedah pembuatan inkubator yang telah dilakukan oleh "TEAM" dari UniMaP. Di antara orang yang terlibat ialah Prof sendiri.

InsayaAllah Prof! Kiranya ada rezeki, kita akan bertemu semula dan kita boleh bincang pasal pelawaan Prof untuk mempelawa aku untuk membuat MASTERs. Banyak sinergi yang kami ada. Semoga Prof bersedia untuk berbincang apa saja demi untuk kebaikan.

Thank You Prof for taking your time to visit me!

Shipment Pertama Ke Seberang Laut

Assalamualaikum & Selamat sejahtera kepada pembaca sekelian. Sedikit kepenatan minggu ini, terlalu banyak, pelbagai kerja-kerja yang mencabar minda dan kesabaran; Kerjaya & Kehidupan. Numun aku panjatkan kesyukuran kerana Allah sentiasa meloloskan aku dari kesibukan dunia yang sementara ini. Alhamdullah, masih lagi bernafas seperti biasa dan kesihatan pancaindera yang lainnya memuaskan.

Diharapkan anda diluar sana pun sama juga dan sentiasalah berlapang dada sekiranya sesuatu keputusan itu tidak menyebelahi kita. Ada rahmah dan pasti ada hikmahnya.

Panjang juga aku punya pra-kata. Seperti biasalah. Sama juga dalam apa hal sekali pun. Itu kan doa tu....

Hari ini, sama juga seperti semalam dan juga sama seperti sebelum-sebelum ini. Sentiasa tidak pernah habis kerja. Aku yakin anda di luar sana pun sama. Tapi aku lega, kerana telah berjaya melakukan kerja yang tergendala dengan jayanya. Antaranya ialah berkaitan dengan penghantaran inkubator ke Kota Kinabalu, Sabah. Inkubator yang sepatutnya telah dihantar sebelum Raya Cina tempoh hari, namum atas pelbagai masalah dan rintangan, kelewatan yang teramat sangat ini sudah tentu merimaskan pembeli.

Sebahagian besarnya aku mempersalahkan diri aku kerana "take for granted" bahawa pilihan untuk menghantar unit pertama ini tidak akan menjadi masalah kerana banyak; bersepah-sepah perkhidmatan "courier Service" disekitar Puchong. Oleh kerana aku hanya telah menyiapkan inkubator hanya beberapa hari sebelum CNY, maka kesusahan untuk urusan pembungkusan cukup memeningkan kepala aku. Hampir ke semua kilang yang membuat pekrhidmatan pembungkusan telah cuti sedangkan kesemua pengusaha perkhidmatan kurier memerlukan pembungkusan yang piawai yang terbukti ketahanan dan keselamatan.

Bayangkan macammana tak harunya aku. Sewaktu bertanyakan melalui talian, bukan setakat harga sahaja yang boleh diterima, malah dari segi pembungkusan pun tidak menunjukkan sebarang keperluan. Mungkin cara aku menerangkan atau kefahaman mereka yang salah. Mana satu aku pun tak tau. Tak jadi aku menghantarkan melalui kurier (poslaju dan nationwide), sama sahaja. Aku tidak menyalahkan mereka, tapi.....Tak apalah...benda dah berlalu, dan kalau jadipun, kosnya mencecah hampir RM1000.00 Wow! Terkejut beruk aku apabila betul tarif yang diberikan kepada aku. Lantas aku mengambil keputusan untuk menggunakan "Sea Freight" setelah disarankan seorang teman yang pernah menghantar "engin kereta" melalui ejen perkapalan itu.

Aku terkena lagi. Aku hanya berurusan dengan agen pada awalnya. Namun aku telah dipanggil semula hari ini untuk memastikan bahawa pembungkusan aku itu selamat dan mereka tidak akan sama sekali menanggung sebarang kerugian sekiranya berlaku permasalahan semasa mengendalikan. Pada awalnya mereka menyuruh aku untuk membuat"crate atau pallet", namun sebenarnya pekerja-pekerja Bangla ni memang licik. Dalam diam-diam dia bantu aku membina pallte secara terus sehingga siap dan dia tidak menetapkan upah.Ianya nukan percuma. Bijak Bangla ni. Dia tidak meminta di dalam kawasan kilang, tetapi dia jumpa aku di luar.

Aku faham! Itu bukannya rasuah. Kalau aku buat di luar,tentu harganya mencecah Ratusan ringgit. Tak apalah. Itu rezeki dia dan aku halal caranya.

Hanya setelah siap, Bangla tersebut memangggil aku untuk ke Pejabat dan membuat bayaran sebanyak RM218.00 sahaja sehingga terus sampai ke destinasi (rumah pelanggan). Total ukuran ialah 0.7M3. Aku rasa amat berbaloi.

Adalah menjadi harapan aku agar inkubator pertama aku ke seberang laut selamat tiba dengan jayanya.



How Smart Is Your Right Brain?













The Heart Of Gratitude

A blind boy sat on the steps of a building with a hat by his feet. He held up a sign which said: "I am blind, please help." There were only a few coins in the hat.

A man was walking by. He took a few coins from his pocket and dropped them into the hat. He then took the sign, turned it around, and wrote some words. He put the sign back so that everyone who walked by would see the new words.

Soon the hat began to fill up. A lot more people were giving money to the blind boy. That afternoon the man who had changed the sign came to see how things were. The boy recognized his footsteps and asked, "Were you the one who changed my sign this morning? What did you write?"


The man said, "I only wrote the truth. I said what you said but in a different way."

I wrote: "Today is a beautiful day but I cannot see it."

Both signs told people that the boy was blind. But the first sign simply said the boy was blind. The second sign told people that they were so lucky that they were not blind. Should we be surprised that the second sign was more effective?


Moral of the Story: Be thankful for what you have.. Be creative. Be innovative. Think differently and positively.

When life gives you a 100 reasons to cry, show life that you have 1000 reasons to smile Face your past without regret. Handle your present with confidence. Prepare for the future without fear. Keep the faith and drop the fear.

The most beautiful thing is to see a person smiling…

And even more beautiful is, knowing that you are the reason behind it!!!

Enjoy your day with a heart of gratitude.


Kenapa Cepat Sangat Selesa!

Bertemu kembali teman-teman sekelian. Semoga anda semua berada dalam kerahmatanNya. Kalau yang sakit tu cepat-cepatlah pergi ke klinik. Pastu beristighafar banyak-banyak. Itu satu kaedah untuk penghapusan dosa-dosa tu!.

Apa cerita anda pada yang terakhir berkaitan dengan penternakan?

Cerita saya! Saya baru saja pulang dari satu siri jelajah hampir seluruh semenanjung. Dari Selangor, ke Perak, Kedah, Penang, Kelantan Terengganu, Pahang dan kini berada semula di Selangor. Dalam jelajah tersebut, ada perihal berjumpa pelanggan, berjumpa kawan-kawan, ada berjumpa bakal-bakal pelanggan (harap-harap lah) dan beberapa agensi Kerajaan persekutuan di negeri-negeri yang berkaitan. Alhamdulillah, dipanjatkan segala kesyukuran kerana dengan nikmayNya, kami telah melakasanakan apa yang dirancang dengan begitu baik sekali.


Sekadar untuk muhasabah diri, tidak mudah untuk dapat menyelesaikan jadual perjalanan secara 100% mengikut apa yang dirancang. Syukran sekali lagi.

Sekembalinya di Puchong ini, memang terlalu banyak sekali kerja-kerja yang perlu dilangsaikan, baik berlaitan dengan perkhidamatan selepas jualan mahu pun berjumpa dengan pelanggan-pelanggan baru. Semuanya perlu diatur dengan sebaik mungkin. Dengan tulang yang empat kerat ini, terlalu banyak halangannya berbanding dengan kemahuan dan angan-angan. Kenalah bertekad untuk melepasi halangan tersebut di samping jangan putus-putus untuk Allah mempermudahkan segala urusan. Itulah senjata kita sebagai Umat Islam. Doa!

Besok bermulanya siri rangka minggguan di Puchong. Banyak sekali. Menghantar barang (inkubator yang diganti) ke destinasi di Kedah dan yang jauh lagi ialah menghantar 1 set inkubator ke Kota Kinabalu Sabah. Selain dari itu melawat bakal pelanggan seorang Taukey Cina di Kota Raja Kelang dan banyak lagi termsuk membuat lawatan sambil mambaik-pulih kerosakan kecil inkubator dan juga yang terpentingnya ialah melawat JPV Paya Jaras yang sudah hampir sebulan aku tidak menjenguknya.

InsyaAllah minggu ini akan aku langsaikan sebelum aku kembali semula ke Pantai Timur di minggu yang berikutnya. Agak sibuk sekali. Tetapi seronok dan bersemangat.

Posting kali ini ialah berkaitan dengan perihal seorang pelanggan yang telah berjaya menjalankan ternakan ayam PERUnya dalam skala yang kecil. Saya yakin penternak ini mampu kedepan dengan langkah yang lebih bergaya seandainya apa yang beliau alami sekarang ini diteruskan lagi dengan membuat beberapa pembaharuan sesuai dengan pembesaran kapasiti ternakan beliau.

Kalau mengikut cerita beliau, pada bila-bila masa sahaja sekarang ini dalam tempoh kurang dari 2 minggu beliau sudah boleh membekalkan sehingga 200 ekor anak ayam Peru yang berumur 1 hari - 2 minggu. WOW! satu peningkatan yang amat bagus sekali. Kesemua penetasan tersebut menggunakan mesin pengeraman buatan Niche Strategy Marketing dan juga mesin penetas telor kelauran yang sama juga. Semenjak dari dulu hingga sekarang beliau hanya menggunakan mesin tersebut! Walaupun pada dulu-dulunya terdapat beberapa masalah. Pada saya itu adalah lumrah. Dalam tempoh pembelajaran, segala macam masalah perlu ditempuhi. Barulah ada kematangan dalam menyelesaikan peemasalahan. Kalau tidak,......lu pikir lah sendiri!!!! Pinjam kata-kata pelawak tempatan Nabil...

Itu adalah satu perkembangan yang cukup mengkagumkan. Apabila saya betanyakan lagi kepada penternak berkenaan, berapa peratuskah penetasan sekarang? Beliau mengatakan 70%. Lantas saya mengajukan persoalan lagi mengapa tidak menjadikannya 100% sedangkan ada kalanya penetasan boleh mencapai 100%? Katanya lagi, itu sudah memadai dan beliau sudah merasa seronok dengan pencapaian yang sedemikian.

Memang secara tak langsungnya beliau sudah merasa seronok. Manakan tidaknya. Bayangkan setiap 3 hari hampir 40 - 50 ekor anak ayam berjaya ditetaskan dan menjadikannya hampir 200 ekor setiap 2 minggu. Namu saya tidak pula bertanya berapakah purata harga anak ayam yang dipasarkan. Tetapi sempat saya bayangkan harga yang 2 minggu itu tidak kurang dari RM 12.00 seekor. Kekadang tu RM15.00.

Bagi penternak ini, ini merupakan satu kejayaan sebab ianya melakukan bersendirian secara separuh masa (bukan sepenuh masa). Besabit dengan pertanyaan saya mengapa dia tidak mencubanya untuk menetaskan sehingga keupayaan 100% dicapai? Di samping dia menjawap telah memadai, ada juga kebenaran untuk menyokong kepuasan beliau. Antaranya ialah bukan senang untuk bekerja bersaorangan dalam satu reban. Banyak hal yang perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Ini bermakana, beliau hanya menaruh keyakinan penuh terhadap kemampuan mesin-mesin penetas tanpa mengambil kira langsung akan ketulinan telor-telor yang diramkan. Bermakna juga beliau menaruh keyakinan penuh juga kepada mutu pemakanan yang diberikan kepada baka-baka PERU untuk menghasilkan telor yang terbaik kulaitinya.

Beliau cukup bernasib baik kerana, reban beliau dilengkapi dengan pelbagai setup yang cukup baik dengan prasarana yang kemas. Dilengkapi juga dengan bilangan mesin2 pengeram dan penetas yang mencukupi utnuk menampung keperluan peneloran dan pengeraman berbanding dengan baka-baka yang ada. Akan tetapi kalau mengikut pengamatan saya, beliau masih boleh betul-betul mendapat hasil tetasan hampir 100% kalau pun tidak sepenuhnya sekiranya beliau menggunakan segala kemudahan yang disediakan sebaiknya.

Antara perkara yang terpenting yang memang beliau sendiri mengakui tidak melakukannya ialah berkaitan dengan teknik-teknik "Candling". Beliau langsung gagal untuk melalukan candling terhadap telor-telor tersebut. Kalau mengikut kata-kata beliau, memang beliau faham dan tahu akan keperluan tersebut, namun kata beliau lagi masalah masa juga merupakan faktor terpenting bagi beliau kenapa beliau gagal melakukannya. Beliau terlalu kesuntukan masa. Untuk itu, saya akur dengan jawapan beliau. Memang tugasannya agak mencabar.

Teringat saya akan reban kawan-kawan lain yang tidak berapa terurus. Macam mana pula kerenahnya dan pencapaiannya. Bagi saya teramat banyak ruginya sekiranya teknologi yang diperolehi tidak dimanfaatkan secara keseluruhannya sedangkan pada satu ketika dulu kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan teknologinya. Soal ketidak-cukupan masa pada saya, merupakan satu faktor dinamik yang boleh dihindarkan. Kalau kena dengan teknik pengurusan ladang yang betul, masa adalah satu benda yang baerkait rapat dengan pengurusan waktu.

Mesti ada slacknya kalau kita sentiasa ketidak-cukupan waktu. Dan yang teruknya nanti ialah, kalau di peringkat awal lagi kita telah gagal untuk membereskan watu dengan sebaik dan seadilnya, maka apabila saiz ternakan kita mencapai tahap yang lebih besar, maka di kala itu, pengurusan waktu menjadi semakin rumit. Percayalah!.

Jadi, sebagai iktibar kepada kawan-kawan di luar sana, itu adalah sebahagian dari sikap kita sebagai usahawan Melayu (termasuk aku lah tu), kita sentiasa mudah untuk merasa selesa setelah kita hanya diuji dengan sedikit sahaja halnangan dan ujian dari Allah. Ujian yang kecil itu kita merasakan sudah cukup besar, lantaran apabila kita berjaya melepasinya, kita sudah hilang pedoman dan kawalan. Kita hanyut dibuai mimpi. Kita menjadi leka. Alpa. Wal halnya, terlalu banyak lagi rintangan yang bakal dihadapi untuk menjadi penternak yang berskala sederhana dan besar.

Semoga dengan sedikit coretan murahan ini, dapat kawan-kawan di sana memuhasabahkan diri dalam mencari kebenaran fakta atau ungkapan di atas.

Tips Penternakan Unggas Berskala Sederhana

Salam bahagia dan bertemu kembali dalam alam serba maya ini.

Bagaimanakah agaknya perkembangan penternakan unggas anda? Sekarang ini sudah tiba musim panas. Ramai di kalangan kita merungut mengatakan satu ketika dahulu di kala hujan turun tanpa henti. Itu adalah bulan tengkujuh. Kebanyakan anak ayam yang baru ditetaskan mati dalam beberapa hari saja selepas dipindahkan ke dalam "brooder". Katanya tidak seperti lazimnya, ayam-ayam begitu tahan akan perubahan cuaca. Malah tiada apa yang dipersalahkan kecualilah musim tengkujuh semata-mata. Anak ayam dikatakan tak tahan kepada susana dan persekitaran yang sejuk. Suasana tanah yang lembap. lecak dan berair juga dikatakan antara ayam-ayam dewasa dan tua cepat mendapat penyakit dan pelbagai kerugian lagi akibat cuaca sejuk yang melanda.



Entah! aku sendiri tak pernah ada ayam, maka aku tidak berpeluang untuk menjalankan ujikaji selain mengharapkan belas ehsan kawan-kawan untuk untuk berkongsi kesedihan. Maka dengan tibanya musim panas lagi berbahang ini, adalah diharapkan kegagalan penetasan sudah boleh di atasi kerana anak-anak tetasan sudah tidak lagi terdedah kepada perubahan cuaca yang sejuk yang mendadak, kalaulah cuaca sejuk menjadi faktornya.

Semoga kenyataan di atas merupakan satu stetement, yang betul dan tepat dan menjadi tanda ukur untuk kita sama-sama waspada dan bersiap sedia untuk menghadapi musim tengkujuh yang akan datang. Moga-moga ada kebenarannya.

Namum pada pandangan saya pula, sekadar mengharapkan suasana dan cuaca sahaja untuk menyebelahi kita untuk mendapat hasil yang memuaskan, saya rasa kemahuan itu agak tidak tepat. Mungkin itu adalah salah satu punca atau penyebab, akan tetapi kesedian pengusaha itu sendiri untuk berubah mesti ada. Setelah sekian banyak rekod dan catatan dibuat semasa ternakan dilanda musibah, saya kira sudah tentu penternak sudah membuat pelbagai perhitungan dengan mengambil kira pro dan kontranya. Saya kira langkah-langkah untuk mewujudkan nilai tambah kepada sistem penternakan yang sediaada mesti dipertingkatkan. Kegagalan musim yang lalu hanyalah elok diambil sebagai iktibar sahaja, tidak perlu untuk merasa runsing dan cemas.

Baiklah!

Jadi apakah langkah yang seterusnya? Kepada saya sebagai pembuat inkubator, sudah barang tentu saya hanya boleh berkongsi pendapat dengan teman-teman di luar sana dengan beberapa pendekatan berkaitan kefahaman dengan mesin-mesin dan peralatan yang terdapat di ladang atau reban anda. Sebagai contohnya ialah:

Membezakan antara Mesin Pengeram dan Penetas


Untuk mencapai kadar penetasan yang maksima (optima), elakkan dari menggunakan konsep 2-dalam-1 (2-in-1) di mana penetas dan pengeram mestilah diasingkan. Ini bermakana, untuk menetaskan telor, prosesnya ialah memerlukan kepada pengeraman terlebih dahulu dan diikuti dengan proses penetasan pada step yang seterusnya. Ini adalah kerana suasana kelembapan dan susu adalah jauh berbeza di antara keduanya.

Jadi sebagai penetas yang terbaik, adan mesti mempunyai mesin pengeram dan mesin penetas dalam unit yang berbeza.

Memusingkan Telor

Telor mestilah digerak-gerakan secara yang paling sekata dalam skala waktu yang tetap. Andainya telor tidak digerakkan atau dipusingkan, maka ianya akan mengakibatkan terlalu banyak komplikasi kepada pertumbuhan embrio di dalam telor. Dengan itu, kaedah yang terbaik dan paling mudah ialah menggunakan Automatic Egg Turner. Menggunakan kesemua jenis inkubator keluaran Niche Strategy Marketing, ianya telah dilengkapi dengan "automatic egg turner" sepenuhnya. Anda tidak lagi perlu untuk memikirkan waktu-waktu yang sesuai untuk memusingkan dengan tangan secara manual. Jimat masa, kos dan tenaga.

Candling

Perkara yang paling dipandang remeh oleh penternak ialah kegagalan membuat "scanning" kepada setiap telor yang sedang diramkan. Tempoh atau waktu terbaik untuk membuat "candling" ialah pada ketika telor telah diramkan pada 1/3 dari tempoh pengeraman yang sepatutnya. Terdapat 3 keputusan sahaja selepas sesuatu candling dibuat iaitu, telor yang mempunyai pertumbuhan embrio yang sihat, telor yang mempunyai embrio yang cacat atau mati dan telor yang tiada embrio lansung.

Pengawalan Kelembapan

Ini juga perkara yang selalu dipertikaikan oleh sebilangan besar penternak. Mereka sudah cukup selesa dengan memiliki CAEM thermostst yang cukup berkualiti digandingkan dengan jangkasuhu digital. Memang tidak dinafikan CAEM adalah yang terbaik untuk inkubator, akan tetapi untuk menetaskan telor, tetapan kelembapan adalah jauh lebih penting berbanding dengan keperluan suhu. Untuk itu, menggunakan sebuah Hygrometer yang mudah-alih adalah perlu untuk meningkatakan kadar penetasan. Ianya memang terbukti.
Jangkasuhu untuk perbandingan

Kadang-kadang sering kali kita bergantung harap kepada satu-satunya jangkasuhu yang dipasang pada inkubator milik kita. Kita kadang-kadang mengatakan suhu di dalam chamber adalah sejuk atau panas yang melampau sedangkan yang sebenarnya ialah jangkasuhu yang dipasang adalah telah rosak. Dan kadang-kadng juga mengatakan sistem pemanas yang rosak. Namun, sekiranya kita mempunyai satu jenis jangkasuhu yang mudah-alih, maka kita sudah tentu dapat membuat perbandingan sebelum kita membuat sebarang keputuasan. Untuk itu, menggunakan jangkasuhu seperti "Spot Check Thermometer" dari Brinsea ini adalah lebih praktikal.

Pemotong Paruh (Debeaker)

Berapa banyak kah ayam-ayam dewasa dan anak-anak ayam anda mati setiap hari? Yang pastinya anda sering kali menyalahkan asal-usul anak ayam atau baka ayam itu sendiri atau ada juga yang menyalahkan yang ternakan mereka itu kurang zat itu dan kurang zat ini. Yes! anda tentu gembira dari awal lagi kalau anda dapat tahu bahawa kesemua ayam-ayam di dalam reban itu bebas dari bentuk ayam laga atau spises ganaz yang suka patuk-mematuk juga anda memang bersedia untuk memberikan makanan yang mempunyai zat-zat tertentu yang membolehkan anda mengelakkan ayam dari berlaga dan mematuk! Tapi adakah anda pasti?

Yang terbaik ialah menggukan "debeaker" untuk memotong paruh-paruh anak-anak unggas semenjak dari umur beberapa hari sahaja. Debeaker keluaran Brinsea ini telah terbukti menghindarkan masalah-masalah yang diceritakan di atas.


Kesimpulan:

Semoga dengan sedikit pembahruan di dalam mempertingkatakan keupayaan menetaskan telor, perkara-perkara yang disarankan di atas mestilah diambil-kira. Anda sudah selalu membuat pelbagai bentuk usaha, tetapi usaha anda mungkinnya berkisar di dalam skop yang kecil dan limited. Perubahan Paradigma mesti dilakukan untuk membawa anda ke satu tahap yang lebih mantap di mana problem-problem yang lepas hanyalah bagus untuk diambil sebagai iktibar sahaja. Katakan kepada diri anda, sekali gagal bukanlah bererti untuk anda terus kuburkan matlamat anda yang telah anda tanamkan selama ini.

Kepada sesiapa yang berhajatan untuk mendapatkan khidmat atau peralatan di atas, bolehlah majukan terus pertanyaan kepada saya samada e-mel atau menelefon. Saya terlalu amat bersedia untuk berbincang. Ada sebahagian dari peralatan tersebut hanya sesuai untuk digandingkan dengan mesin keluaran Niche Strategy Marketing sahaja dana ada sebahagian darinya sesuai untuk semua.
Anda masih banyak lagi peluang. Cumanya, berbekalkan mental semata-mata kurang memadai. Fizikal pun perlu apatah lagi keperluan membuat sedikit anjakan modal untuk terus berjaya.

Semoga anda berada dipuncak kejayaan selepas daripada ini. Moga-moga diizinkan Allah!.
        


Digital Temperature Controller - Tidak Semuanya Sesuai.

Assalamulaikum dan Selamat Menyambut Tahun Baru kepada warga Tionghua. Semoga belum terlewat lagi.


Sudah menjangkau 2 tahun lebih aku telah menceburi bidang pengeluaran inkubator secara sepenuh masa. Terlalu banyak kenangan pahit dan manis dilalui dalam mematangkan aku sebagai pengeluar inkubator, kalau pun tidak hebat dan tersohor di serata dunia, tetapi cukup sekadar untuk memenuhi beberapa permintaan dari pelanggan tempatan. Terima kasih yang tak terhingga kepada para pembeli baik yang bermaslah mahupun yang tiada langsung bermasalah.

Sebagai seorang yang cukup sifat dan pancainderanya, seseorang itu mesti menerima hakikat bahawa, aku ini hanyalah seorang insan yang biasa sahaja berbanding dengan orang-orang diluar sana. Sekiranyanya ada kelebihan itu adalah sekadar sifat yang sementara sahaja yang dipinjamkan oleh Allah kepada aku dan seharusnya tidak merasa takabur akan apa yang ada pada diri aku. Malahan aku tidak menganggap satu keistimewaan pun. Cukup sekadar dengan sedikit kemahiran yang ada ini untuk menunaikan tuntuan Fardhu Kifayyah.

Ya! Dalam mensyukuri segala macam nikmat yang dikurniakan, aku juga turut tidak ketinggalan dalam menginsafi akan segala macam kebejatan dan permasalahan yang timbul dalam mematangkan diri aku sebagai pengeluar inkubator. Tidak semua yang hadir dalam hidup ini adalah sesuatu yang indah dan baik-baik sahaja. Andainya itu yang dipinta dan dihadirkan, maka aku akan jadi seorang yang tidak proaktif dalam mendepani mehnah dan rintangan sebagai sengeluar.

Syukur Alhamdulillah, semuanya ditempuhi dengan tenang dan sungguh tabah. Mutakhir ini seolah-olah segala macam masalah yang mendatang, aku dapat "handle"nya dengan tenang. Bagi aku masalah itu ada pada sesiapa sahaja dan di mana sahaja. Sekadar muhasabah diri dan perasaan optimisik

Berbalik kepada cerita sebenarnya posting kali ini ialah berkaitan dengan permalahan menggunakan Digital Temperature Controller dalam pembikinanan Inkubator. Untuk kali yang keduanya, aku telah mendapat masalah yang hampir sama dengan apa yang pernah aku lalui bersama-sama dengan pelanggan aku yang berada di Branang Selangor, iaitu En. Zul Helmi. Suka aku memaklumkan kepada pelanggan bahawa, aku telah mengeluarkan lebih dari 20 set inkubator model MI-103D yang menggunakan Omron Digital Temperature Controller sebagai jantung kepada sistem pengawalan suhu dan kelembapan di dalam chamber inkubator. Sebelum daripada itu aku menggunakan Rainbow Thermostat digandingkan dengan beberapa jenis jangkasuhu. Tiada apa-apa perbezaan pun dalam pembikianan mahupun spesifikasi asas di antara kesemua 20 set lebih inkubator tersebut. Dan semenjak dari bulan November tahun lepas aku tidak lagi menggunakan Omron DIgital Temperature Controller sebagai alat kawalan suhu.

Namun, ditakdirkan inkubator kepunyaan En. Helmi telah mengundang 1000 macam macam masalah. Hampir 9 kali aku berulang alik ke Branang untuk menyelesaikan masalah, namun tidak juga selesai malah masalah telah berjangkit-jangkit walaupun masalah itu tiada langsung kaitannya dengan Omron. Nak kata aku tidak mahir, agak mustahil juga sebab bagi aku setakat Temperature Controller yang ciput itu adalah sesuatu yang mudah, malahan aku pernah berdepan dengan pelbagai controller yang jauh lebih sophisticated lagi. Tidak ada pun masalah. Lantas aku membuat kemsimpulan dangkal bahawa, sekiranya itu adalah Takdir Ilahi, walau macam mana pandai pun, ilmu aku tetap terbatas, aku hanya dapat menjangkakan sahaja, tetapi DIAlah yang menentukan.

Lantaran daripada itu aku telah bersetuju untuk menggantikan 1 set Inkubator yang serba baru kepada En. Zul Helmi. Ianya sudah hampir 3 bulan berlalu. Kini perkara yang sama berulang kembali. Benda yang hampir serupa berlaku kepada pelanggan aku yang jauh berada di Parit Buntar, Perak. Cuba anda sekelian bayangkan. Jaraknya yang begitu jauh!. Sudah 4 kali aku berulang-alik untuk mengatasi masalah pelanggan ini. Masalah asalnya ialah juga berkaitan dengan kegagalan fungsi Temperature Controller Omron, namun yang menjadi masalahnya bukan setakat Temperature Controller Omron, tatapi masalah yang tiada lagi hubung kait dengan Omron. Di setiap kali lawatan, aku tanpa gagal membuat "diagnosis" dalam mengenal pasti barangan yang perlu ditukar, dalam setiap lawatan untuk mengatasi masalah telah aku "standby" kesemuanya yang perlu tanpa tertinggal.

Namun setiap kali lawatan, ada sahaja sesuatu yang aku gagal untuk membawanya dan kesudahannya aku gagal untuk memabik-pulih mesin tersebut. Begitulah siri kegagalan yang aku alami dalam menangani masalah pelanggan di Parit Buntar. Hatta semalam, tanggal 14/02/10 merupakan kali terakhir aku membuat lawatan untuk selesaikan masalah tersebut. Tetap gagal disebabkan masalah yang sama iaitu "TERLUPA". Maka aku telah berjanji kepada pelanggan itu untuk aku gantikan dengan inkubator yang serba serbi baru sebagai membalas budi atas sifat kesabaran yang ditunjukkan. Aku telah berjanji untuk menghantarkannya seawal selepas 23/02/10 nanti dengan penghantaran menggunakan perkhidmatan pengangkutan lori. Mudah-mudahan tindakan kali ini akan berjaya. Dan yang pastinya juga aku tidak akan sekali-kali menggunakan Omron Digital Controller sebagai alat pengawalan suhu malah aku telah menetapkan kesemua inkubator, aku akan menggunakan gandingan Thermostat CAEM dan digital temperature meter sebagai gantinya.

Kesimpulan dari tindakan akau ini ialah, bukanlah hendak mengatakan Omron Itu tidak bagus, akan tetapi dalam mengadaptasikan penggunaan dalam konteks Circulated-Air Flow inkubator model kecilan seperti keluaran aku, dengan perubahan suhu yang amat "rapid/fast" membuatkan ketidak-sesuaian mengambil tempatnya. Bagi pelanggan yang tidak menghadapi masalah sehingga sekarang, saya menjangkakan memang ianya tidak akan memberi masalah untuk satu-satu masa yang agak lama. Namun sekiranya anda khuwatir untuk menukarkannya kepada sistem pengawalan yang baru, aku juga amat-amat mengalu-alukannya. Namun yang pasti kos pemasangan dan barangan mestilah di bayar dan ditanggung oleh pelanggan pelanggan sendiri.


Mesti Mau Rajin Maaa...!!!

Assalamualaikum dan bersua kembali Semoga anda berada dalam kerahmatannya. Mudah-mudahan sekalian.

Tidak banyak untuk saya updatekan dalam posting ini. Ianya hanyalah sebagai menyudahkan niat yang tertangguh untuk membuat sedikit laporan sebagai iktibar dan juga pengajaran untuk kita semua. Ianya berkisar di dalam ruang-lingkup "USAHA".

Ini cerita perihal ketabahan seorang teman yang pernah saya ceritakan satu ketika dahulu. Saya pernah menghadiahkan inkubator 3/4 siap dan selebihnya saya mengharapkan dia menyiapkkan.
Tapi sahabat ini berbeza. Dia hanya mampu untuk membuat semi-automatik sahaja. Dia begitu tekun dan gigih dalam menjaga dan menambah-biakkan ternakan unggas mereka. Asalnya teman ini hanya membela beberapa ekor puyuh (kalau tak silapnya ialah 50 ekor) dibeli di Ipoh seawal bulan May tahun lepas. Berdeket-deket dari menetas beberapa biji sehari sehinggalah kepada hampir 200 ekor tetasan untuk setiap 4 hari. Kalau nak diikutkan kemampuan menetas, memang lebih daripada itu, akan tetapi, kemampuan inkubator hanyalah setakat itu sahaja.

My Training Lesson - A New Approach


Sudah banyak kali juga aku terlibat dengan penganjuran Seminar dan juga Bengkel berkaitan dengan Penternakan Unggas, terutamanya berkaitan dengan Penetasan. Terdapat pelbagai ragam peserta, terdapat pelbagai tempat dan suasana. Kesemuanya itu membuatkan perbedaan terutamanya hasil dari seminar atau penganjuran.

Ada yang dapat makan, ada yang dapat tidor dan ada yang dapat letih. Kesemua faktor di atas adalah penyumbang. Namun sekiranya kita menghalusi lagi, walaubagaimana berbeza sekali pun suasana keliling semasa sesuatu seminar atau latihan/bengkel diadakan, ianya amat bergantung sekali kepada Orang Yang Memberi Ceramah atau dengan kata lainnya ialah penceramah. Penceramah kena bijak untuk berinteraksi, bukan sahaja dengan audien, malah apa juga yang terdapat di sekeliling. Barulah menfaat itu dapat dirasai oleh perserta.

Maka, kerana memikirkan akan kebenaran petua-petua di atas, saya dengan rasa rendah diri mengaku yang saya adalah dhoif dalam ilmu yang cuba saya sampaikan, mungkin termasuk cara atau kaedahnya sekali. Ini kerana, saban hari setelah selesai sahaja sesuatu ceramah di adakan, pasti ada yang datang menanyakan pelbagai soalan. Walhal, pada perkiraan saya, saya baru sahaja menyampaikan apa yang ditanya.

Saya mengimbau kembali, di manakah silap saya sebenarnya sehinggakan tak kesemua yang disampaikan diterima dan difahami oleh semua orang.

Kesimpulanya ialah saya terikut-ikut dengan kaedah yang salah. Kaedah yang bakal saya gunakan nanti ialah seperti yang tertera di bawah ini.

Mungkin ini adalah penyelesaian kepada kesemua masalah ketidak-fahaman peserta. Peserta mahukan kesemuanya serentak! Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!


Masih Ada Yang Kurang Faham

Bersua kembali teman-teman seperjuangan dan yang bukan seperjuangan pun!

Alhamdulillah.....kesihatan akal dan fikiran yang Allah berikan kepada saya, maka mampulah pula saya ketukkan papan kekunci komputer saya ni. Dah agak kurang juga saya sekarang ni menulis. Banyak benda yang hendak diperkatakan, namun, keterbatasan waktu membuatkan saya agak ketinggalan.

Sibuknya seminggu dua ni bukan main lagi. Sibuk urusan dunia semata-mata. Semoga Allah berikan sedikit ruang untuk saya selepas ini memikirkan sibuk akhirat pulak. Mudah-mudahan.

Berbalik kepada tajuk di atas, ini juga merupakan sebahagian dari asbab yang menyebabkan saya agak sibuk ditokok dengan masalah hakiki yang lain. Masalah yang berkaitan dengan sesi penerangan secara tidak langsung melalui telefon.


Saya dapati masih terlalu ramai dari kalangan penternak unggas yang belum faham apakah yang dimaksudkan dengan INKUBATOR. Rata-rata berkefahaman adalah inkubator adalah adalah alat penetas telor. Kefahaman ini agak menyimpang dari segi kefahaman mutlak setelah mana mereka-mereka ini melakukan penetasan secara sendiri. Saya tidak lah arif sangat untuk men"translate"kan perkataan ini, namun suka saya mengatakan di sini ialah apakan proses yang perlu ada dalam tempoh untuk menetaskan anak ayam. Saya ringkaskan seperti berikut:

  1. Untuk menetaskan anak ayam secara bukan "tabie" atau bukan secara semula-jadi, telor-telor mestilah melalui proses "PENGERAMAN" terlebih dahulu, di mana dalam waktu ini, terdapat beberapa elemen yang perlu dititik-beratkan tanpa terkecuali. Antaranya ialah suhu dalam ruang pengeraman, kelembapan dalam ruang pengeraman serta pembalikkan telor dalam kadar masa yang tertentu. Tempat untuk mengeram telor dinamakan PENGERAM dalam Bahasa Melayunya dan dalam bahasa Omputih dinamakan sebagai "SETTER". Pernah dengar setter? OK, kerja mengeram itu adalah seperti berikut:
    • Suhu mestilah disetkan pada 37.4 darjah celcius (kekurangan dan kelebihan suhu bergantung kepada kaedah anda menyediakan peralatan. Terdapat kesan yang berbeza-beza sekiranya suhu tidak dapat dikawal dengan baik terutamanya bila isanya berada terlalu di atas atau terlalu di bawah paras yang di sarankan. Pada amnya suhu eraman untuk kesemua telor unggas adalah sama sahaja dan kalu berbeza pun cuma sekadar dalam beberapa "point" darjah sahaja.
    • Kelembapan - Ini adalah antara faktor yang penting dan inilah yang selalu dipandang terlalu remeh oleh kebanyakan penternak. Bukan itu sahaja, malah ramai yang tidak faham apa dan bagaimana kelembapan boleh berlaku dan seterusnya memang ramai rasa terkedu bila dikatakan kelembapan mesti diubah-ubah mengikut spises telor dan juga semasa proses menetas. Kelembapan semasa mengeram adalah jauh lebih rendah berbanding dengan semasa proses menetas. Tidak sama langsung.
    • Elemen yang ketiga yang juga sama pentingnya dengan step yang pertama dan kedua ialah keperluan untuk memusing-musingkan telor untuk beberapa kali sehari. Seminima yang mungkin ialah sebanyak 3 kali sehari, telor mesti dipusingkan semasa tempoh pengeraman berjalan. Sekiranya menggunakan kaedah Automatic Turner, kebiasaannya, kekerapan pemusingan telor ialah untuk setiap 1 jam satu kali. Method untukl pusingkan telor adalah pelbagai. Yang pentingnya ialah telor mesti DIUBAH kedudukan.
Setelah tempoh menegeram habis, maka telor mestilah melalui proses penetasan atau telor telah sedia untuk ditetaskan. Proses penetasan juga adalah berbeza berbanding dengan proses pengeraman. Sekiranya ada hanyalah suhu yang hampir sama semasa proses pengeraman dan proses penetasan. Oleh itu yang membezakan ilah HUMIDITY. Pastikan humidity dinaikkan sehingga sebagai contoh untuk Ayam kampung sehingga 65 -70 % manakala bagi telor itik ialah sebnayak 85% yang mana pada dasarnya adalah amat sukar untuk mencapainya sekiranya tiada sistem pemanas digunakan.

Dalam masa yang sama, semasa telor diletakkan di dalam ruang penetasan, sila pastikan telor tidak boleh sekali-kali dipusingkan lagi. Kebiasaannya telor akan dipindahkan dari Pusat Pengeraman (SETTER) ialah pada harga sekitar 3 - 5 hari sebelum tiba tempoh penetasan keseluruhan.

Mesin yang digunakan ialah untuk menetas dinamakan sebagai Hatcher.

Sekiranya anda telah memahami sedikit sebanyak proses proses penetasan, kerja penetasan telor unggas menjadi senang. Maka dengan itulah sebabnya kenapa penetasan berskala besar sentiasa menggunakan kemudahan inkubator dan peralatan yang khusus. ELAKKAN dari menggunakan kemudah 2-dalam-1 iaitu hatcher dan setter serentak. Ini adalah kerana anda telah menimbulkan konflik kepada proses-proses tersebut.

Anda hanya perlu memilih 1 antara 2, samada inginkan penegeraman yang baik atau penetasan yang baik. Kesemuanya bergantung kepada HUMIDITY.

Menjadi harapan saya agar anda di luar sana dapat mempraktikkan perkara ini

Seminar Penetasan & Perindukan Ternakan Unggas

Salam bahagia teman-teman sekalian!

Baru saja mencecah kaki di Puchong. Kat Selangor lah kira-kira ni.

Hampir 10 hari berada di luar kawasan, di Terengganu dan Kelantan. Pelbagai program dan perancangan telah pun diatur dengan beberapa rakan peniaga di Kuala Terengganu. Tak terduga sama sekali memang banyak sungguh peluang untuk menjalankan aktiviti perniagaan di Terengganu, khususnya di Kuala Terengganu. Memang tidak dinafikan bahawa, Kuala Terengganu, merupakan sebuah bandaraya yang pesat membangun terutamanya kawasan-kawasan persekitaran. Pelbagai, sukar untuk dinyatakan satu persatu.

Peluang begini bukannya baru kalau berdasarkan cerita-cerita yang saya perolehi dari beberapa teman perniagaan yang sedang meningkat maju. Sebenarnya pada warga penaiaga di Terengganu, mereka tidak sedikit pun heran, cuma manusia seperti saya ini yang takut pada bayang-bayang sendiri mungkin. Maklumlah, sudah sekian lama terjeruk di Negeri Selangor, seolah-olah Selangor lah segalanya. Apa pun, saya sepatutnya berterima kasih kepada Selangor yang selama ini telah memberi begitu banyak pengalaman pahit dan manis, sampai tak tertelan. Kalau diringkaskan ialah, seperti kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Sekarang saya dah mula mengenali beberapa teman, dan rasa cinta kepada negeri kelahiran saya telah mula berputik. Moga-moga putik2 ini akan mampu kembang mekar mengharum..... InsyaAllah.

Di antara satu-satunya projek awal hasil gabungan beberapa pendekatan, maka terhasillah satu peluang perniagaan untuk saya (mereka tu hanya memberi peluang untuk menggamit kedatangan saya), mereka bersetuju untuk mengadakan satu  seminar khusus kepada golongan miskin tegar di Terengganu melalui beberapa pendekatan yang mereka pernah lakukan sebelum dari pada ini. Cumanya, seminar kali ini, bidang yang akan dipelopori ialah berkaitan dengan sistem penetasan dan perindukan ternakan unggas secara bersepadu.

Kami semua telah bersetuju untuk memilih Ayam Belanda sebagai target produk manakala, Golongan Miskin Tegar merupakan golongan sasar manakala konsep bersepadu dalam bentuk yang mirip "contrak farming" adalah asas kepada sistem penternakan. Dengan yang demikian, peserta yang bakal menghadiri kursus ini tidak perlu lagi memikirkan soal-soal pelanggan dan jualan malah sistem yang dijalankan kelak tidak akan mengganggu tugas harian pemilik/peserta secara langsung, samada sebagai surirumah, buruh kasar, penoreh getah dan sebagainya

Tidaklah mudah untuk mengadakan seminar dan peluang menambah pendapatan sedemikan rupa. Bukannya senang untuk meyakinkan bakal-bakal peserta untuk menghadirkan diri kerana mereka juga maklum akan seminar sedemikian. Pada mereka, bendanya adalah benda yang sama, mungkin diubah kulit sahaja untuk menampakkan kelaianan. Tidak menjadi masalah sekiranya mereka melontarkan keresahan dan kekhuatiran mereka.

Saya berhentikan saja (gantungkan) buat sementara waktu dan selanjutnya seminar ini bakal diadakan di Pejabat baru kami di Ladang, Kuala Terengganu di sekitar pertengahan bulan 3. Dari semasa ke semasa, kami akan warwarkan pemberithauan ini dan yang pastinya ialah program ini program yang percuma yang akan berlangsungnya selama 3 hari 2 malam.

Hanya insan-insan terpilih sahaja yang bakal dijemput menghadiri seminar ini. Semoga mendapat keberkatan dari usaha yang secebis ini.

Pengembaraan Sebuah Kehidupan - Manisnya Di Penghujung Usia.

Bersua lagi pengunjung laman sekalian.... Mudah-mudahan anda dicucuri rahmahNYA.

Memang tengah pening sekarang ini. Bukan pening soal bisnes. Namun, tidaklah saya katakan bisnes saya dah ok sangat pun. Masih lagi terkial-kial membuat asas ataupun binaan tapak, tapaknya dah ada, yang belum adanya ialah struktur binaan tu sendiri, maksudnya ialah bentuk dia.

Sebagai insan yang normal, sudah tentu kita punyai sesuatu untuk diluahkan, untuk dikongsikan, untuk dirahsiakan dan kadang-kala adanya sesuatu yang hendak kita padamkan. Kalau di era 15 dan 20 tahun yang dulu, orang menggunakan dairi untuk mencatat apa juga peristiwa kehidupan, temujanji dan pelabagai lagi rekod kehidupan. Namun, di era serba internet ini pelbagai cara anda boleh gunakan; blog, facebook, twitter dan macam-macam lagi. Tidak terkecuali saya. Mungkin ada yang mengatakan saya cuba ber"sentimental". Mungkin ada juga kebenarannya. Cumanya seperti blogger-blogger lain saya juga mempunyai cita-rasa yang tersendiri, hala-tuju yang tersendiri dalam mengabadikan peristiwa kalau pun bukan kenangan.

Sebahagian peristiwa adalah berkaitan dengan perniagaan. maka akan saya catitkan dengan gaya perniaagaan. Ada kalanya ianya berlegar dengan masalah kehidupan. Masalah kehidupanlah yang telah mematangkan perjalanan sebagai seorang insan. Setiap insan di dunia ini adalah berkelana, ibarat seorang pengembara. Maka sudah tentu, kembara itu mempunyai hala-tujunya yang tersendiri. Dalam hakikat hidup sebagai seorang Islam, kembara kita sudah tentu mencari sesuatu yang amat abadi iaitu menemui Pencipta.

Maka, diungkapkan satu kata-kata "keramat" seperti "berkerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun lagi, dan beramallah kamu seolah-olah kamu akan mati esoknya". Kepada yang memahami benar-benar akan maksud yang tersirat itu, maka fahamlah ia akan erti hakikat sebuah penghidupan seorang hamba Allah. Fitrah Kehidupan. Penghujungnya ialah MATI.

MATI! Yer! Mati. Tak akan terkecuali di antara kita, semuanya akan merasai. Maka apakah persediaan kita untuk kita menemui hari yang entah bila akan kunjung tiba. Sekiranya anda sihat pada hari ini dan hari2 sebelum daripada ini, ianya bukanlah satu jaminan yang esok akan masih menjadi milik anda. Maka bersediakan anda? Tidak kah anda merasa takut? Bukan setakat takut untuk menghadapi saat sakaratul-maut, tapi yang lebihnya ialah azab yang pertama iaitu azab kubur sebelum dibangkitkan di Padang Mahsyar nanti. Beruntunglah kepada para mukmin yang melepasi saat kedatangan sakaratuul-maut seolah-olah dipanggil-panggil untuk menikmati nikmat hari akhirat. akan tetapi terlalu amat malang sekiranya saat sakaratul-maut yang begitu dahsyat dengan pelbagai ujian yang didatangkan dengan pelbagai perasaan buruk yang tak pernah terfikir sewaktu nyawa masih dikandung badan. Dahaganya....dahaga yang teramat sangat, laparnya...lapar yang teramat sangat.

Jadi sahabat sekalian. Memang niat saya untuk memberi sedikit tazkirah atau peringatan di antara kita mudah-mudahan kita semua dilindungi oleh Allah swt dari ditimpa musibah sementara pintu taubat masih terbuka luas. Janganlah kita menjadi orang yang rugi, menjadi orang yang muflis di sisi Allah di Padang Mahsyar nanti. Maka dengan itu, carilah rezeki yang bertebaran di atas dunia ini dengan penuh keikhlasan yang kesemuanya adalah kerana Allah swt. Bertawakkallah selalu kepada Allah dalam apa juga keputusan. Baik buruknya ada hikmahnya yang tersendiri, mungkin buruk pada pandangan anda tetapi Allah maha mengetahui segalanya.

Sebagai insan atau hamba, kita hanya dituntut untuk mengusahakannya terlebih dahulu sebelum meminta Allah memberi itu dan ini. Setelah itu anda mesti Redha menerima ketentuanNya.

Saya bercerita sedemikian kerana saya sering juga ditanya bagaimana untuk mengatasi masalah resah, gundah, takut, marah dan pelbagai perasaan negetif setelah segala macam ikhtiar tidak juga terhasil. Ramai sekali dari kalangan rakan-rakan yang dihimpit pelbagai konflik kehidupan, baik yang berniaga dan baik yang makan gaji, swasta dan kerajaan. Terlalu sukar untuk saya mengupas soalan yang sedimikian rupa. Ini juga berbalik kepada suasana diri sendiri pun tidaklah jauh bezanya dengan mereka yang bertanya. Malah kehidupan saya jauh lebih teruk jika dibandingkan dari segi harta dan 'material" dengan kenbanyakan yang bertanya. Tidak perlu saya panjangkan apakah situasi sebenar kehidupan saya. Hanya saya dan Allah saja yang mengetahui bertapa senang dan susahnya untuk mengharungi kehidupan yang sementara ini. Sekiranya anda mengatakan saya bahagia, saya haya mengucapkan terima kasih dan Alhamdulillah!.

Andainya ada yang terperanjat melihat perbedaan yang terdapat pada saya berbanding dengan kehidupan beberapa tahun yang terdahulu, saya juga mengucapkan terima kasih dan Alhamdulliah. Sekurang-kurangnya ini akan menambahkan lagi muhasabah diri saya. Peluang membina kekuatan dalaman saya.

Sebenarnya saya tidak layak langsung untuk memberi tazkirah atau peringatan ini kerana sifat jahil saya berkaitan ilmu. Tapi saya memegang kata-kata bahawa sampaikan ilmu itu walaupun satu ayat. Hanya kerana ayat-ayat yang tertera di atas adalah antara yang amat saya ketahui, maka itulah yang layak saya sampaikan. Kepada yang pernah mendengarnya, aggaplah ianya betul-betul peringatan, tapi sekiranya yang pernah belum pernah (tapi rasanya tak mungkin) teriamalah nasihat ini dengan niat untuk bertaubat mudah-mudahan anda tidak terlewat. Muhasabah lah diri anda betul-betul. Ambillah sedikit waktu dari waktu-waktu emas anda untuk menghisab diri anda sebetul-betulnya. Tidak perlu pergi jauh.

Tanya diri anda dengan jujur, apakah 10 kebaikan yang anda telah lakukan dan berapa banyak pula kejahatan yang anda kerjakan dari 7 anggota pancaindera anda. Rasa-rasanya seawal anda membuka mata di pagi-pagi "yang cerah" (sepatutnya pagi yang gelap untuk menunaikan solat Subuh!), ada sudah gagal. Cuba cek betul-betul! Adakah anda pernah mengucapkan kesyukuran sekurang-kurangnya mengucapkan ALHAMDULILLAH sebagai rasa syukur kita kepada yang Maha Pencipta. Sekiranya anda ada melafazkannya, satu kejayaan untuk anda!

Dan saya cukup yakin, sekiranya anda meneruskan muhasabah anda, anda akan menjadi lebih takut dan gerun bahawa sesungguhnya terlalu banyak bongkak ada pada diri anda dan anda bukan dari kalangan orang yang tawaddu', lalu anda menjadi dari sebahagian orang yang dilaknat oleh Allah dan anda bakal menjadi orang kufur akan nikmat Allah. Maka haruskan anda teruskan lagi dosa-dosa anda di sepanjang hari atau anda perlu mencari PINTU TAUBAH! Hanya anda yang dapat menjawab.

Atau adakah anda menunggu saat-saat nyawa dihujung usia untuk memperbetulkan segala kesilapan di sepanjang kehidupan anda? Tanyalah pada diri anda sesujurnya dan selebihnya mintalah dariNya untuk diberi pentunjuk semoga anda tidak termasuk dari kalangan orang yang kufur. Panjatlah permohonan anda untuk Allah campakkan NUR dan hidayah untuk anda bangkit melakukan Taubat mudah-mudahan anda tidak TERLEWAT.

Dulu Begitu, Kini Begini, Esok Macam Mana?

Bersua sekali lagi teman-teman perniagaan mahupun pelayar-pelayar yang tak jemu-jemu melabuhkan dayung mereka di laman yang tak seberapa ini.

Kalau dilihat dari tajuk sudah tentu, nampak berkecamuk isinya. Pun saya yakin, ianya memang berkecamuk. Maklumlah, blogger murahan seperti saya ini, terlalu banyak cerita murahan yang ingin dimuatkan untuk dikongsi dengan rakan-rakan pengunjung sekelian. Namun keterbatasan waktu telah menjarakkan saya dengan satu-satunya laman yang menceritakan segala macam hal berkaitan dengan saya, samada perilaku, peribadi mahupun perniagaan kecilan saya ini. Tak "hingin" juga saya tarik masa tuan-tuan sekelian agak panjang......

Kalau sesiapa pernah mengikuti blog saya dari dulu, pernah saya menceritakan hasrat saya untuk melakukan hijrah ke negeri asal saya, Terengganu. InsyaAllah dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik sekali dan yang terbaik lagi ialah Allah belum memusingkan lagi kemahuan dan kehendak yang ada dalam benak saya ini.

Terkini, saya telah memulakan operasi pengeluaran inkubator sekitar Marang Terengganu. Kerja-kerja ini telah dibantu oleh sahabat karib yang suatu ketika merupakan pembuat inkubator di Puchong Intan.

Keduanya, saya telah diminta oleh beberapa rakan-rakan penternak di sini untuk mengadakan Kelas atau seminar penetasan telor unggas di Kuala Terengganu.

Ketiganya, saya telah diperkenalkan oleh seorang usahawan muda di Terengganu yang cukup hebat untuk melibatkan diri dalam memohon "Geran" dari pihak kerajaan dalam mengeluarkan Inkubator yang bersifat INOVASI. Tindakan berani usahawan muda ini telah meyakinkan lagi bahawa sememangnya saya mampu untuk menghasilkan jauh lebih baik dalam semua aspek berkaitan dengan sistem penetasan telor berbanding dengan pengeluar-pengeluar inkubator tersohor di dunia ini.

Cumanya selama ini kami tidak disokong dengan kaedah dan cara yang betul. Kami hanya mampu melihat bertapa rakusnya peserta-peserta "membolot" pelbagai geran-geran yang disediakan oleh kerajaan. Saya pun cukup merasa hairan kenapa begitu kurang sekali peluang peluang yang disertai oleh golongan bumiputra.

Tak lama lagi saya cuba untuk memecahkan kebuntuan ini melalu penyertaan sulung saya dalam membangunkan produk yang penuh dengan imaginasi dan innovasi.

Dan yang keempatnya, saya berpeluang untuk bersama-sama menubuhkan sebuah pusat pentaulihan MLVK di Kuala Terengganu. InsyaAlah kita telah menyewakan lot-lot kedai.