Shipment Pertama Ke Seberang Laut
Assalamualaikum & Selamat sejahtera kepada pembaca sekelian. Sedikit kepenatan minggu ini, terlalu banyak, pelbagai kerja-kerja yang mencabar minda dan kesabaran; Kerjaya & Kehidupan. Numun aku panjatkan kesyukuran kerana Allah sentiasa meloloskan aku dari kesibukan dunia yang sementara ini. Alhamdullah, masih lagi bernafas seperti biasa dan kesihatan pancaindera yang lainnya memuaskan.
Diharapkan anda diluar sana pun sama juga dan sentiasalah berlapang dada sekiranya sesuatu keputusan itu tidak menyebelahi kita. Ada rahmah dan pasti ada hikmahnya.
Panjang juga aku punya pra-kata. Seperti biasalah. Sama juga dalam apa hal sekali pun. Itu kan doa tu....
Hari ini, sama juga seperti semalam dan juga sama seperti sebelum-sebelum ini. Sentiasa tidak pernah habis kerja. Aku yakin anda di luar sana pun sama. Tapi aku lega, kerana telah berjaya melakukan kerja yang tergendala dengan jayanya. Antaranya ialah berkaitan dengan penghantaran inkubator ke Kota Kinabalu, Sabah. Inkubator yang sepatutnya telah dihantar sebelum Raya Cina tempoh hari, namum atas pelbagai masalah dan rintangan, kelewatan yang teramat sangat ini sudah tentu merimaskan pembeli.
Sebahagian besarnya aku mempersalahkan diri aku kerana "take for granted" bahawa pilihan untuk menghantar unit pertama ini tidak akan menjadi masalah kerana banyak; bersepah-sepah perkhidmatan "courier Service" disekitar Puchong. Oleh kerana aku hanya telah menyiapkan inkubator hanya beberapa hari sebelum CNY, maka kesusahan untuk urusan pembungkusan cukup memeningkan kepala aku. Hampir ke semua kilang yang membuat pekrhidmatan pembungkusan telah cuti sedangkan kesemua pengusaha perkhidmatan kurier memerlukan pembungkusan yang piawai yang terbukti ketahanan dan keselamatan.
Bayangkan macammana tak harunya aku. Sewaktu bertanyakan melalui talian, bukan setakat harga sahaja yang boleh diterima, malah dari segi pembungkusan pun tidak menunjukkan sebarang keperluan. Mungkin cara aku menerangkan atau kefahaman mereka yang salah. Mana satu aku pun tak tau. Tak jadi aku menghantarkan melalui kurier (poslaju dan nationwide), sama sahaja. Aku tidak menyalahkan mereka, tapi.....Tak apalah...benda dah berlalu, dan kalau jadipun, kosnya mencecah hampir RM1000.00 Wow! Terkejut beruk aku apabila betul tarif yang diberikan kepada aku. Lantas aku mengambil keputusan untuk menggunakan "Sea Freight" setelah disarankan seorang teman yang pernah menghantar "engin kereta" melalui ejen perkapalan itu.
Aku terkena lagi. Aku hanya berurusan dengan agen pada awalnya. Namun aku telah dipanggil semula hari ini untuk memastikan bahawa pembungkusan aku itu selamat dan mereka tidak akan sama sekali menanggung sebarang kerugian sekiranya berlaku permasalahan semasa mengendalikan. Pada awalnya mereka menyuruh aku untuk membuat"crate atau pallet", namun sebenarnya pekerja-pekerja Bangla ni memang licik. Dalam diam-diam dia bantu aku membina pallte secara terus sehingga siap dan dia tidak menetapkan upah.Ianya nukan percuma. Bijak Bangla ni. Dia tidak meminta di dalam kawasan kilang, tetapi dia jumpa aku di luar.
Aku faham! Itu bukannya rasuah. Kalau aku buat di luar,tentu harganya mencecah Ratusan ringgit. Tak apalah. Itu rezeki dia dan aku halal caranya.
Hanya setelah siap, Bangla tersebut memangggil aku untuk ke Pejabat dan membuat bayaran sebanyak RM218.00 sahaja sehingga terus sampai ke destinasi (rumah pelanggan). Total ukuran ialah 0.7M3. Aku rasa amat berbaloi.
Adalah menjadi harapan aku agar inkubator pertama aku ke seberang laut selamat tiba dengan jayanya.
1 comments:
ggdb
hermes
supreme clothing
kyrie irving shoes
kyrie 5 spongebob
kobe
birkin bag
kyrie 7
bape clothing
kyrie spongebob
Post a Comment