Cara Mudah Mendapatkan Humidity Dalam Mesin Pengeram/Penetas Telor

Salam kembali. Dan syukran kehadrat Allah Azawajalla kerana dengan limpah kurniaNya, Dia telah mengizinkan saya, memberi ruang waktu untk saya berceloteh di hari yang sungguh baik ini. Alahamdulillah.

Di sini saya ingi kongsikan sedikit ilmu. Khusus berkaitan dengan elemen-elemen yang amat penting untuk penyediaan sebuah inkubator.


Tidak banyak elemennya, hanya satu sahaja.


  • Anda sudah cekap memungut telor di ladang dengan mengikut peraturan.

  • Anda mempunyai baka penelur yang mantap,

  • Pensenyawaan antara betina dan jantan adalah yang terbaik.

  • Inkubator anda mempunyai turner yang terbaik.

  • Anda mempunyai Thermometer buatan Jerman mungkinnya atau Jepun (Saya guna Japan dan juga France saja - tak mampu nak beli made in German)

  • ......Dan bla, bla, bla....

Memang cantik dah tu.

Kita sibuk membicarakan suhu "inkubator aku tinggi lah, rendah lah, dah cukup lah, cun dan ngam lah" dan serba macam perkataan lagi yang kita gunakan.

Sesetengah tu, memang dah sah suhu yang terbaik dicapai 24 jam sehari maintain sekitar 37 -  38 darjah C, seperti kata teori.

Tapi di akhirnya, tidak menetas juga. Yang terjadi adalah "blood ring". Yang terjadinya ialah anak ayam mati selepas 2 hari dalam inkubator (Walhal, setahu saya, sehingga 3 hari DOC/DOD/DOB boleh stay dalam tu tanpa makan/minum).

Kenapa semuanya itu terjadi sedangkan kesemuanya dah dalam keadaan tip top?

Kesemua kepada jawapan tersebut ialah tiada lain dan tiada bukan, hanyalah kerana "KELEMBAPAN atau HUMIDITY" sahaja. Kita sering sangat membicarakan soal suhu. Sebenarnya suhu adalah salah satu elemen atau alat untuk menjadikan HUMIDITY. Walaupun sebaik mana sekalipun suhu yang kita kekalkan di dalam inkubator kita, kita tidak akan mencapai penetasan yang terbaik seandainya kelembapan tidak diperolehi seperti yang dikehendaki.

Jadi apakah pasangan kepada suhu tersebut? Sebab kita mesti ketahui, untuk mendapatkan kelembapan, suhu sahaja tidak mencukupi. Jadi pasangan kepada suhu ialah sumber AIR (WATER).

Dalam kata yang mudah, sekiranya ada suhu dan sekiranya ada air, maka senang lah nak berlaku kelembapan. Manakala suhu tanpa air menjadikan sesuatu ruangan itu kering dan sebaliknya.

Namun demikian, ramai juga yang saya mengamati, kebanyakan dari kita salah untuk mentafsirkan kaedah mendapatkan kadar humidity. Keluasan permuakaan air yang berlainan akan menyebabkan berlakunya kelembapan yang berbeza.

Contoh diagram di bawah memberi kelembapan yang berbeza. Cotohnya Bekas A dan bekas B mempunyai isupadu yang sama tetapi mempunyai kadar kelembapan yang berbeza. Namun demkian, Bekas B dan bekas C adalah sama. Ini kerana, sekiranya suhu sesuatu ruang itu telah ditetapkan, tanpa perubahan apa-apa, maka sekiranya keluasan permukaan air berbeza-beza, maka humiditinya akan berbeza serta merta.


Oleh itu adalah disarankan supaya anda menggunakan humidity meter di samping tidak hanya menggunakan thermometer semata-mata. Anda boleh dapatkan kedua-dua gadget (meter) tersebut dengan merujuk kepada ruangan di sebelah.



Ini Baru Betul-Betul Ternak Ayam Kampung Komersial!

Selamat bersua kembali sahabat-sahabat sekelian. Semoga anda sentiasa berada dalam keceriaan selalu walaupun mengalami pelbagai tekanan kehidupan di sana sini. Syukur Alhamdulillah kerana masih lagi diberi ruang dan kesempatan untuk menulis apa yang patut!

Semalam 27hb Mac, Sabtu satu hari yang cukup baik, memuaskan dengan cuaca yang memang baik serta pemandangan di sekeliling yang cukup menakjubkan - ceria dan segar tanpa kelam-kabut. Saya telah membuat temujanji dengan seorang penternak ayam kampung melalui seorang teman yang juga seorang pengguna inkubator keluaran Niche, iaitu En Tarmizi. Sebelum terlupa, En. Tarmizi juga adalah seorang penternak ayam kampung yang juga beroperasi di sekitar Bandar Kuantan. Boleh tahan juga keluasan tanah kepunyaan En. Tarmizi.

(Berbaju oren ialah En Azlan dan berbaju biru adalah En Tarmizi) Penternak yang saya lawati tersebut ialah En. Azlan. Seorang yang bersahaja dan memang senang untuk diajak berbual. Apa sahaja. Bijak orangnya bertutur kata, boleh disesuaikan dengan pelbagai topic. Sejak awal perkenalan melalui telefon lagi beliau memang suka bersembang. Tapi sembang beliau sembang berisi. Beliau zahirkan kata-kata beliau dengan keujudan perniagaan beliau yang tak pernah lagi saya temui sebelum daripada ini. Penampilan Azlan memang berbeza dengan apa yang saya boleh bayangkan walaupun saya diberitahu beliau adalah seorang pengurus ladang milik PKNP, anak syariakt milik kerajaaan Negeri Pahang. Satu syarikat yang memang diujudkan khusus untuk penternakan ayam Pedanging untuk KFC Malaysia.

Beliau bijak menguruskan masa beliau. Walaupun beliau merupakan pekerja sepenuh masa dengan anak syarikat milik PKNP itu, tetapi beliau juga mampu menjalankan urusaniga penternakan ayam kampung ori secara besar-besaran, berskala komersial. Bukan calang-calang. Beliau kini telah memiliki 3 reban ayam kampung yang berkapsiti 5,000 ekor setiap satu reban. Konsep penternakan ayam beliau ialah sistem kurung sama seperti penternakan ayam pedaging. Namun yang amat menghairankan tetapi sesuatu yang menakjubkan juga ialah berkaitan dengan kebersihan reban ternakan beliau. Ternyata amat berbeda dengan kebanyakan reban-reban yang saya pernah lawati.

Persekitaran di dalam reban itu adalah amat bersih dan kering tanpa bau, di sepanjang masa. Anak-anak ayam hidup dalam situasi yang begitu segar sekali. Beliau memang cekap tetapi saya merasakan disebabkan kerana berliau bersifat amanah dalam melaksanakan tanggung-jawab tanpa sedikit pun rasa leka terhadap tugas beliau sebagai perkerja disebuah organisasi. Maka, kata beliau, setelah berunding ditambah pula memang hasrat PKNP untuk memajukan penternak bumiputra, maka beliau telah berjaya diberikan tapak kosong seluas lebih kurang 5 ekar kesemuanya secara percuma untuk tujuan penternakan (bukan milik kekal beliau). Lokasinya tidak jauh dari Ladang Milik PKNP yang berkapasiti 26,000 ekor ternakan ayam pedanging untuk setiap reban. Untuk rekod, sekarang ini anak syarikat PKNP ini telah mempunyai 10 reban "Close System" yang dapat menampung keluaran ayam daging untuk KFC sebanyak 260,000 sebulan. Malah PKNP akan menambah bilagan reban terbukanya dalam masa yang terdekat dan En Azlan adalah key-player dalam melaksanakan tugasan pengurus ladang milik PKNP.

(Di sebelah ialah reban ayam pedanging untuk KFC milik Anak Syarikat PKNP) Berbalik kepada cerita En Azlan. Dia sendiri tidak pernah memberikan saya apa-apa "name card" kepunyaan perniagaan beliau sendiri, melainkan yang diberikan adalah kad namanya sebagai pekerja di organisasi milik PKNP. Tetapi beliau sempat menceritakan kaedah bagaimana beliau boleh mencapai ketahap yang beliau ada sekarang. Di samping menggajikan pekerja sepenuh masa seramai 2 orang dengan disediakan rumah "kongsi", beliau mempunyai pandangan dan konsep perkongsian keuntungan dengan beberapa rakan perniagaan beliau. Cekap sungguh beliau dan memang praktikal kaedah yang beliau perkenalkan. Sesiapa yang nak tahu bolehlah bertemu beliau untuk khidmat nasihat percuma.

Kalau tak silap saya, kos untuk pembinaan reban tetap berstukturkan "mild-steel" yang berkeluasan 60 kaki x 100 kaki berjumlah RM20,000 (anggaran) termasuk bumbung dan pukat. Beliau menjangkakan sekiranya beliau dapat membuat 20 pusingan ianya sudah amat memadai kerana setiap pusingan hanya memerlukan sehingga 48 hari sahaja tempohnya. Kebiasaannya ialah 45 hari. Cukup singkat. Dalam sebulan, beliau dapat membuat  sekurang-kurangnya 6 - 7 pusingan. Cukup senang penjagaan yang beliau lakukan, semuanya hampir automatik sepenuhnya dengan air minuman yang mengandungi "EM" buatan sendiri yang memang betul-betul bagus dalam menghindarkan dan pencegahan bau & penyakit. Tidak nampak langsung najis tinja ayam di dalam reban. Kering sekali. Cuma sedikit rintangan yang beliau hadapi ialah berkaitan dengan kepayahan untuk mendapatkan bekalan air bersih. Tiada bekalan air paip yang standard.

Dari segi pemasaran, sehingga sekarang beliau tidak nampak apa-apa rintangan untuk memasarkan ternakan keluaran beliau. Malah beliau masih berupaya mendidik beberapa kenalan beliau di kawasan yang berlaianan termasuk membuat pemasaran sekali. Jelas dari apa yang beliau maksudkan ialah, beliau menghendakan kawan-kawan beliau juga bijak menguruskan aspek pemasaran sendiri dan belajar untuk mengurangkan kebergantungan kepada beliau semata-mata.

Cuma apa yang menjadi sedikit masalah kepada beliau ialah untuk mendapatkan bekalan anak-anak ayam kampung yang berkualiti dan harga yang terbaik. Untuk pembelaan sekarang ini, bekalan adalah diambil dari Negeri kedah termasuk untuk tempahan kawan-kawan beliau. Maka dengan yang demikian beliau berhasrat untuk melakukan penetasan sendiri dalam waktu yang terdekat ini menggunakan induk-induk keluaran beliau sendiri.

Semoga En Azlan menjadi penternak yang berjaya dalam bidang penternakan ayam kampung ori ini dan saya mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kerana memberi peluang untuk saya mempelajari sesuatu yang baru dalam penternakan ayam kampung secara komersial. Semoga juga hasrat beliau untuk menambah beberapa reban lagi akan menjadi kenyataan suatu hari nanti

Sempitnya Pandangan Aku....Rezeki Di Depan Mata...



Salam bahagia sekali lagi pengunjung sekelian. Mudah2an anda semua ceria di petang Jumaat yang mulia ini (Sewaktu posting ini dinukilkan). Saya sedang menikmati kemudahan wireless percuma di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan Pahang. Padahal saya punya Celcom ada, cuma mencuba ngetes kelajuan Free WiFi oleh MPK & Mc Donald.

Kenapa yang free macam ini jarang diperolehi di Lembah Kelang? Walhalnya kalau di Pantai Timur ni (dalam kawasan pekan lah) ianya amat senang diperolehi. Sebagai contohnya, di Daerah Kuala Terengganu sahaja, terdapat 26 masjid yang terpilih menyediakan khidmat wifi percuma. Hebat tu!

OK STOP PASAL itu. Hahaha...

Semalam hari terakhir saya berada di Kuala Terengganu setelah 2 minggu di sana. Semalam juga merupakan penghantaran terakhir batch pertama keluaran inkubator sulong dari Pantai Timur yang ke - 10. Penerima bertuah itu ialah saudara Tarmizi yang merupakan seorang peniaga kedai binatang ternakan (betul ke perkataan aku nih!). Orang putih kata "Pets Shop". Beliau mengusahakan Pets Shop di Kampung Tok Kaya, iaitu berhampiran dengan simpang Empat Jalan Utama Kuala Terengganu - Kota Bharu. Besar sungguh Pets Shop beliau.

Sebenarnya En. Tarmizi merupakan pembekal anak ayam dan makanan ayam kepada Jutafarm dulu dan sekarang. Maka Encik Tarmizi telah diperkenalkan kepada saya melalui Embong, Pengurus Jutafarm, yang juga merupakan Pak Saudara saya sendiri. Mungkin pada asalnya En Tarmizi merasa hairan. Pada 7 8 bulan yang lalu, Jutafarm adalah pembeli anak Ayam Belanda yang paling aktif dari Pets Shop En Tarmizi. Boleh dikatakan setiap minggu, Jutafarm mengangkut anak Ayam Belanda.

Akhirnya, beberapa bulan yang lalu, Jutafarm merupakan pembekal anak Ayam Belanda kepada Pets Shop milik Tarmizi. Kuantitinya pun agak banyak sekali, melebihi 200 ekor setiap minggu. Jadi atas kerana intu mungkinnya (aku tak pernah tanya Pak Sedara aku pun!) mula menaruh minat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan mesin penetas telor. Walhal, En Tarmizi memang sudah dan pernah memiliki mesin "penetas" telor yang "manual" yang di beli dari Kelantan katanya. Murah!

Cerita selanjutnya aku tidak mahu tokok tambah! Aku memang tak tau langsung. Hanya yang aku tahu, pada suatu hari En Suhaimi iaitu pemilik Jutafaram telah menelefon aku bertanyakan kesediaan aku untuk bercakap dengan En Tarmizi. Biasanya aku merenima sahaja sesiapa yang ingin bertanyakan. Tanpa bercakap panjang lebar, En Tarmizi terus sahaja menyuruh aku menghantar set inkubator secepat mungkin. Oleh kerana terbeban dengan jadual pemasaran, aku gagal menghantar kepadanya dalam waktu yang dijanjikan. Hampir seminggu terlewat, hinggalah semalam aku ada sedikit kelapangan. Lantas En Tarmizi menyuruh aku menghantarnya secepat mungkin, kerana pelanggan telah sedia menunggu.

Itulah dia, sedikit untuk renungan, di mana untuk pengetahuan rakan-rakan semua, Pets Shop En Tarmizi tiada beza dengan Pets Shop yang lain. Dia menjual pelbagai benda untuk penternakan. Aku pernah meninjau di sebuah kedai milik seorang peniaga Cina, tidak jauh dari situ. Tapi tuan kedai tersebut terang-terangan menolak mengatakan benda-benda macam ini jarang diperlukan oleh penternak.

Itulah orang kata, "Lain padang, lain belalang, lain orang lain cara dia merancang". Maka aku simpulkan, kalu hendak maju, mestilah rajin. Tetapi JANGANLAH hanya rajin meng"ANDAI"kan sahaja. Seperti yang telah aku lakukan kepada En Tarmizi. Aku mengandaikan dia tidak mahu kerana kedai Pets Shop yang lain tidak mahu membelinya.

Aku bukan mempelajari sesuatu yang baru, namun aku telah melaksanakan apa yang aku selama ini mengandaikan!

Semoga tidak akan menjadi manusia yang suka membuat andaian yang pelik-pelik.



Pejabat Baru.

Apa khabar teman-teman sekalian. Anda Sihat? Yes! Itulah yang selalu saya harapkan. Sekiranya kurang sihat, apa nak ditunggu lagi, silalah berjumpa pakar kesihatan dan pentingnya mintalah dari Allah.

Kali ini ringkas saja posting saya. Ianya berkisar dengan persiapan untuk memulakan Pusat Pentauliahan MLVK dan pusat Kursus serta Puast Seminar. InsyaAllah dalam tempoh sebulan lagi, maka beroperasilah Pusat Pentauliahan MLVK kami di Jalan Ladang Kuala Terengganu.

Aku tidak ada apa-apa peranan sangat di sini, cuma sebagai Pengurus Pusat Bertauliah sahaja. Gajinya pun belum tentu ada lagi mungkinnya. Tapi itu tidak membebankan aku kerana aku lebih menumpukan kepada urusan bisnes aku yang hakiki, iaitu sebagai pembuat Mesin Sistem Penetas Telor Automatik sepenuh masa. Kehadiran aku di sini adalah sebagai "penasihat" kepada anak saudara aku sahaja disamping menggunakan sepenuhnya peluang yang ada dari segi komunikasi dan pusat jaringan maklumat kerana ianya berada betul-betul di tengah bandaraya kecil Kuala Terengganu.

Selain daripada itu, kali ini aku benar-benar terlibat dalam proses membangunkan satu Pusat Pentauliahan bilamana selama ini aku hanya terlibat sebagai pembekal barangan keperluan kepada beberapa pusat pentauliahan di Sekitar Lembah Klang dan Melaka.

Syukur Alahamdulillah kerana kesemuanya telah hampir kepenghujung. Hanya menunggu lawatan terakhir pihak JPK sahaja. Sekadar maklumat awal juga, tempat ini juga akan dibuat sebagai tempat kemudahan untuk berseminar dan kursus jangka pendek yang dilengkapi dengan beberapa buah dewan kuliah serbaguna yang boleh menampung sehingga 50 orang peserta pada bila-bila masa.

Di sinilah juga beberapa seminar berkaitan dengan penternakan dan penetasan yang bakal berlangsung tidak berapa lama lagi. Beberapa modul telah dan sedang dikenal-pasti yang mana kami menggunakan saluran seperti ACER (Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur), KPLB, TESDEC, UPEN, INSKEN, PERKESO dan beberapa badan kerajaan yang lain lagi.

Kesemua program tersebut telah diatur sebaik mungkin melalui satu syarikat yang berpengaruh di Pantai Timur yang mana penggunaan Teknologi Penetasan ini akan menggunakan sepenuhnya sistem penetasan menggunakan inkubator ciptaan Niche. Sebahagian daripada seminar tersebut telah pun mendapat kelulusan beberapa pihak badan berkanun dari segi prosesnya.

Kami mempunyai "team" pemasaran yang cukup mantap, yang menggabungkan golongan muda yang professional dalam bidang pemasaran dan pentadbiran dengan kejayaan menganjurkan pelbagai bidang kursus keusahawanan di Zon Pantai Timur. Hanya mencetuskan minda dan idea yang sedikit berbeza melalui teknologi penetasan telor unggas ini, menjadikan "group" kami begitu diminati oleh hampir keseluruhan badan-badan berkanun yang disebutkan di atas.

Dalam skop yang lain pula, saya selaku pembekal teknologi ini, tidak begitu terikat dengan mana-mana individu atau parti dalam usaha mengenengahkan teknologi ini untuk diguna-pakai oleh sesiapa sahaja yang berminat. Semoga dengan sedikit usaha dari saya ini adalah merupakan pencetus kepada idea-idea keusahawanan yang berkarismatik dengan penggunaan teknologi betul-betul praktikal sepenuhnya.

Adakah anda mempunyai target atau golongan sasar yang tertentu untuk membantu? Hubungi kami untuk khidmat nasihat secara percuma sepenuhnya. Kami sedia berkongsi pengalaman dengan ANDA!




Mesin Penetas Telor Otomatik - Gandingan Optima

Assalamaulaikum dan selamat datang para pengunjung blog medanusahawan sekalian! Semoga anda semua sentiasa berada dalam kerahmatanNya. Syukur Alhamdulillah kerana denganNya saya masih lagi diberi kekuatan untuk bersama-sama menyumbang sedikit ilmu berkaitan dengan sistem penetasan telor yang terbaik melalui kaedah penetasan "artificial" atau "pseudo" menggunakan mesin.

Mutakhir ini, tiada lagi kejanggalan apabila kita menyebut perihal teknologi penetasan menggunakan mesin. Malah tidak keterlaluan sekiranya saya mengatakan puluhan penternak atau bakal pembeli membuat pertanyaan berkaitan mesin tersebut setiap hari. Ini menunjukkan bahawa terlalu ramai rakan penternak telah menyedari bertapa pentingnya menggunkan mesin penetas bukan sahaja untuk meringankan bebanan malah sekarang ini seolah-olah semacam ada satu inisiatif atau "drive" yang memacu sistem penternakan unggas di Malaysia. Saya masih belum pasti adakah ini sesuatu yang terjadi kerana memang permintaan produk berteraskan unggas telah tersedia ada dengan begitu banyak sekali atau hanya sekadar trend semasa seperti mana yang berlaku kepada penternakan lain suatu ketika dahulu.



Namun, walau apa juga yang berlaku, saya merasakan makanan berasaskan ayam adalah telah menjadi seakan-akan makanan ruji. Permintaan yang sentiasa kena ujud, di mana-mana kedai makan dan juga restoran. Jadi tiada kehairanan, malah yang menakjubkan lagi, lebih ramai pengguna telah mulai sedar akan kebaikan dan khasiat yang terkandung di dalam makanan seperti ayam kampung asli, kacuk dan lain-lain lagi.

Terlalu panjang pulak intro. Tapi tak apa lah kot. Bukan selalu boleh curahkan perasaan macam ni...

OK.

Sekarang saya nak menceritakan sedikit tentang perkara yang sama yang selalu saya ucapkan di dalam perbualan melalui telefon dan juga perbualan secara "live" berdepan dengan penternak atau bakal penternak. Ianya berkaitan dengan gandingan optima antara mesin pengeram dan mesin penetas.

Sebelum itu, harus saya menceritakan serba sedikit tentang keperluan kepada kefahaman berkaitan dengan perbezaan antara mesin pengeram dan mesin penetas. Sering kali apabila seseorang bertanyakan kepada saya perihal "inkubator", yang mereka maksudkan ialah mesin penetasan tanpa mengambil kira tentang elemen pengeraman. Bagi sesetengan penternak, menetas itu adalah mengeram dan mengeram itu adalah menetas. Lantaran daripada itu mereka kurang pasti kenapa telor digolek-golekkan dalam kadar waktu yang tertentu dan kenapa pula telor tidak boleh digolekkan.

Mungkin atas alasan tersebut, rata-rata bagi mereka yang kurang arif berkaitan dengan perbezaan tersebut, sering kali mendapati keadar penetasan telur adalah terlalu di luar jangkaan. Lalu mereka sering kali menyalahkan akan keelemahan mesin penetas atau disebabkan ketidak-aslian telor yang diramkan. Itulah rumusan mudah. Apapun, saya sedikit pun tidak menyalahkan penternak. Ini semua adalah asas kepada pembelajaran. Dari sinilah kita akan menimba pengalaman dengan syarat kita mesti ringan mulut untuk bertanya di samping bersabar yang lebih. Dan di atas rumusan tersebut maka saya cuba untuk berkongsi denga rakan-rakan pembaca sekelian mudah-mudahan kita lebih memahami.

Pertamanya : Semua orang kena memahami bahawa untuk menetaskan telor, terdapat 2 proses yang mesti dilalui iaitu :
  • Proses Pengeraman, dan,
  • Proses Penetasan
Secara paling ringkasnya, proses pengeraman memerlukan:
  1. Suhu yang terkawal di sepanjang tempoh pengeraman di mana tempoh pengeraman adalah bergantung kepada spesis unggas sepenuhnya. Sila rujuk di SINI (ringkasan sahaja)
  2. Kelembapan relatif (RH -Relative Humidity) yang terkawal di sepanjang tempoh pengeraman. Juga bergantung kepada spesis unggas. Kaedah untuk mendapatkan kelembapan relatif adalah bergantung kepada jenis mesin (rekabentuk). Pengeluar mesti membuat saranan yang tepat dan teknik juga mestilah praktikal dan mudah kendaliannya.
  3. Telor yang mesti digolek-golekkan (Sebenarnya tidak perlu digolek-golekkan dalam kaedah yang sebenar, cukup sekadar mengubah kedudukan telor dalam kedudukan yang tertentu sahaja)
Proses penetasan pula memerlukan perkara-perkara berikut:
  1. Suhu yang terkawal di sepanjang tempoh penetasan di mana tempoh tempoh penetasan yang dimaksukan ialah antara 3 - 5 hari sahaja selepas pemindahan telor dilakukan. Pada ammya hanya terdapat terlalu sedikit perbezaan tetapan suhu di antara proses pengeraman dan proses penetasan iaitu di sekitar 0.5 darjah celsius sahaja. Maka dengan kata lainnya tidak menjadi masalah sekiranya tidak melakukan apa-apa perubahan pada suhu
  2. Kelembapan relatif (RH -Relative Humidity) yang terkawal di sepanjang tempoh penetasan. Juga bergantung kepada spesis unggas. Akan tetapi, RH mestilah ditetapkan pada kadar yang lebih tinggi berbanding dengan kadar semasa pengeraman iaitu sekitar 15 - 20%. Kaedah untuk mendapatkan kelembapan relatif adalah bergantung kepada jenis mesin (rekabentuk). Pengeluar mesti membuat saranan yang tepat dan teknik juga mestilah praktikal dan mudah kendaliannya.
  3. Sewaktu proses penetasan, kesemua telor mestilah dibiarkan dalam keadaan tidak bergolek (free)
Keduanya : Sebagai penternak, seelok-eloknya kena memahami terlebih dahulu, kesemua telor mempunyai tempoh penetasan yang berbeza-beza. Maka dengan itu mencapur-adukkan telor di dalam satu mesin pengeram adalah satu kaedah yang PALING tidak sesuai. Ini adalah kerana RH adalah berbeza-beza. Saya BERANI mengatakan bahawa akan kedapatan telor-telor akan menjadi rosak atas sebab kematian janin (embrio) sebelum tempoh, atau penetasan akan berlaku dengan terlalu awal dan kebiasaannya anak  tetasan ini akan menjadi tidak normal (mati juga pada akhirnya)

Ketiganya : Jangan sekali mencapur-adukkan telor untuk mengeram dan menetas dalam satu mesin yang sama terutamanya apabila menggunakan mesin tetasan automatik. Ini kerana telor-telor yang diakhir proses penetasan akan menjadi rosak disebabkan ianya masih lagi dipusing-pusingkan (digerak-gerakkan).

Keempatnya : Sekiranya anda menggunakan mesin penetas otomatik seperti keluaran Niche, anda perlu mengetahui kapasiti kedua-dua jenis mesin penetas dan juga pengeram. Sebagai contohnya sekiranya anda menternak ayam kampung, gandingan terbaik ialah dengan memiliki 4 set mesin pengeram model MI-103 (kapasiti 300++) dengan 1 set mesin penetas (hatcher) model MH-105 (kapasiti 500++).

Berikut adalah ringkasan mesin keluaran Niche Strategy Marketing dengan kapasitinya (contoh bagi telor ayam kampung)

  1. Setter (Pengeram) Model MI-103 - kapasti 300++
  2. Setter (Pengeram) Model MI-203 - kapasiti 600++
  3. Setter (Pengeram) Model MI-205 - Kapasiti 1050++
  4. Setter (Pengeram) Model MI-305 - Kapasiti 1500++
  5. Hatcher (Penetas) MH-105 - Kapasiti 500++
  6. Hatcher (Penetas) MH-205 - Kapasiti 1000++
Dengan itu, anda buatlah saranan tersendiri berdasarkan kepada kiraan metamatik terhadap tempoh pengeraman, penetasan dan kapasiti setiap mesin secara terperinci. InysaAllah, satu gandingan mantap akan diperolehi dan penetasan yang mempunyai kadar yang tinggi akan diperolehi.

Penternak Veteran Yang Masih Bergiat Aktif

Apa khabar para penternak dan bakal penternak sekelian. Mudah-mudahan anda sentiasa berada dalam kerahmatan Allah swt hendaknya.

Kali ini, posting saya bermula di salah satu dari tempat saya selalu berkomunikasi melalui internet di Kuala Terengganu secara percuma, di "First Station" Jalan Ladang/Tanjung. Mengambil kesempatan kelajuan wireless Broadband TMnet yang tinggi di sini!

Sudah semakin seronok sekarang ini. Syukur Alhamdulillah, di dalam serba kepayahan pada awalnya untuk kembali ke kampung untuk mendirikan sebuah perniagaan serta mencari peluang baru kian jelas terhasil. Saya seakan-akan sudah nampak sinar di "hujung" sana. Sesungguhnya saya bersyukur yang tidak terkira. Mula terasa bertapa Kuala Terengganu sekarang ini memang sudah jauh berbeza dengan beberapa tahun terdahulu. Cumanya, pembangunan dari segi "material" nampak lebih menonjol berbanding dengan pembangunan kerohanian. Jelas sekali!

Saya tinggalkan dahulu cerita pasal pembangunan kerohanian di sini. Kita bercerita perihal peluang dan peristiwa yang berkait rapat dengan tujuan saya menulis ini.

Hari ini, saya berkesempatan untuk berkunjung ke rumah seorang penternak veteran. Veteran dari segi pengalaman dan juga veteran dari segi umurnya. Usia beliau telah menjangkau 65 tahun dan tinggal di dalam persekitaran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Seorang yang ceria dan mudah untuk berbual.

Pertemuan yang saya rancang seawal sebelum kepulangan ke Kuala Terengganu lagi, semasa persinggahan saya di Kuantan beberapa hari yang lalu. Tidak susah untuk saya membuat temujanji dengan beliau. Asalnya saya telah disapa melalui panggilan telefon oleh anak beliau yang tinggal di Lembah Kelang. Hampir juga dengan Puchong Indah. Huh! Kecil sungguh dunia ini, terasa tak kemana pun. Terima kasih Rozaita, anak ke 3 insan yang bertuah ini. Berkata Puan Rozaita kepada saya, dia ingin membeli inkubator otomatik ini kepada bapanya setelah dia diperkenalkan oleh En. Junaidi semasa membuat pameran produk di MAEP, serdang. Terima kasih juga kepada En Junaidi (Hahaha....orang kampung saya tu....asal Terengganu juga).

Itulah dia En. Atan bin Mohamad. Pertemuan kami bermula di kedai kopi yang tidak jauh sangat dari rumah beliau. Sebelum saya ke rumah beliau, saya agak sengaja mengorek rahsia Pak Su Atan (nama timangan beliau di situ kot!) berkaitan dengan perniagaan yang diceburi. Rupa-rupanya Pak Su Atan bukan sekadar penternak ayam. Pelbagai! Menternak kambing, pembekal daun pisang hidup, pekebun buah salak, pembuat air skrim dan yang terbaiknya ialah beliau juga aktif dalam perniagaan berasaskan koperasi. Koperasi yang beliau asaskan dulu, berjalan dengan aktif dan "hidup" dan merupakan antara ALP (ALK) yang sudah bertahun mengutip duit sewaan kedai milik koperasi sahaja.

Dalam kesempatan itu, saya menceritakan selok-belok untuk menjadi penetas telor unggas yang terbaik dan efektif. Saya cuba sedaya upaya menceritakan perihal elemen-elemen penting dalam sistem penetasan. Banyak juga saya dedahkan akan kekurangan yang sering dilakaukan oleh penternak-penternak yang cuba melakukan penetasan anak unggas secara menggunakan inkubator. Sedikit pun saya tidak menyalahkan penternak untuk menggunakan inkubator manual untuk mengeluarkan anak unggas. Saya juga membilang kepadanya bahawa, kemahuan penternak untuk menggunakan mesin penetas manual sudah merupakan satu peningkatan dari segi teknologi penternakan. Cumanya, oleh kerana ianya manual, memang tidak boleh lari dari menghadapi beberapa masalah dari segi peruntukan masa.

Jelas, dari apa yang saya terrangkan kepada beliau, nampak sekali bahawa bertapa beliau teramat memerlukan mesin penetas automatik yang sepenuhnya bagi meringankan bebanan masa yang beliau hadapi. Ini kerana di atas kesuntukan masa itulah, maka telah memungkinkan kadar penetasan adalah tidak seperti yang dijangkakan. Malahan lebih daripada itu, menggunakan mesin penetas manual, kapasitinaya adalah kecil berbanding dengan mesin penetas otomatik.

Setelah bercerita kurang lebih 1 jam (macam memberi kursus pulak rasanya), saya dan anak saya dibawa oleh Pak Su Atan ke rumah beliau dalam jarak 1 Km dari kedai kopi. Betul jangkaan saya bahawa, beliau telah mempunyai sejumlah ayam yang sudah banyak. Reban-reban beliau bertebaran di sekeling rumah beliau dengan sebilangan besar reban didiami oleh ayam-ayam yang sudah besar. Pak Su Atan juga telah mengasingkan antara ayam kampung asli dengan ayam kampung kacuk (kalau ikut aku dan Pak Su Atan lah - sila rujuk gambar).

Sehari, beliau telah dapat mengutip lebih dari 20 biji telor dan sebahagian besar sekarang ini ialah dihantar telor-telor tersebut ke kedai-kedai kopi yang sering digunakan sebagai telor untuk dimakan. Ini adalah kerana kapasiti inkubator manual yang dimiliki beliau adalah terhad.

Atas sebab-sebab yang demikianlah, di samping kesediaan dari segi pengalamn dan baka-baka yang ada, beliau telah memilih untuk membbuat permohonan ke Jabatan Veterinar Negeri untuk mendapatkan bantuan khusus bagi mendapatkan mesin penetas telor ini. Saya cukup berkeyakinan, sekiranya Jabatan Veterinar mempunyai pembiayaan sepenuh atau separuh, Pak Su Atan adalah antara mereka yang layak untuk diberi pembiayaan kerana kesemuanya telah tersedia ada.

Bagi mereka yang berothoriti, penternak-penternak yang sebegini mesitilah diberi peluang untuk memajukan penternakan beliau dengan pemberian mesin-mesin yang berteknologi yang membantu meringankan bebanan masa. Seterusnya mempertingkatkan produktiviti penternak terbabit.

Kepada Pak Su Atan, saya mengucapkan selamat maju jaya di dalam penternakan beliau dan besar harapan saya agar kemahuan Pak Su Atan untuk memiliki mesin penetas telor otomatik ini dipermudahkan oleh Allah swt.



Ramai Penternak Ayam Di Pantai Timur Sebenarnya!

Pantai Sepat, Pekan/Kuantan, Pahang.

2 minggu yang lepas, aku telah dihubungi oleh sesorang yang loghatnya aku sudah dapat mengagak, memang penternak ini berasal dari sebelah negeri Pahang. AKu juga dapat mengagak umurnya sekitar pertengahan 50an. Gaya dan lenggok bahasanya terasa senang untuk berinteraksi. Itulah En. Saifudin dari Penur, Pekan, Pahang. Bekerja sebagai seorang pemandu (aku rasa) di Sekolah Menengah berasrama penuh di Pahang, orangnya amat bersahaja, tapi kemas. Sekali pandang memang aku tidak yakin dia adalah penternak tegar di sekitar Pekan.

Di awal perbincangan, En Din ini terus menerus menyuruh aku menghantar 2 set inkubator model MI-103 ke Pekan. Hatta kerana terlalu berkehendakan sangat mesin penetas ini, soal harganya pun tidak diambil kira sangat. Terus sahaja dia menyuruh aku menghantarnya. Oleh kerana pada ketika itu operasi pengeluaran inkubator aku masih dalam peringkat awal pengeluaran di Kuala Terengganu, dan aku tidak mempunyai apa-apa stok di Kuala Lumpur, lantas aku menyarankan agar En. Din tidak perlu untuk tergopoh-gapah. Aku berjaya mententeramkan En Din sehinggalah aku berjumpa dengannya di rumah Farizul, di sekitar Kuantan. Maka bermula sesi suai kenal antara kami termsuklah Farizul. Diringkaskan ceritanya, aku menghantar 1 set inkubator model MI-103 kepada En Din.

Rupa-rupanya En Din bukanlah calang-calang penternak. Beliau baru saja menjual 2,000 ekor ayam kampungnya sekali gus pada bulan February yang lalu. Tergamam juga aku apabila mendengarkannya. Lantas terfikir oleh otak aku yang jahil ini, berapa besarkan saiz reban yang En Din ada. Itulah peliknya aku. AKu hanya melihat kepada batang tubuhnya sahaja. Asalnya aku kurang yakin sebenarnya, sebab tak nampak langsung En Din ini memiliki ciri-ciri penternak. Kemas dan bersahaja. Lagi pulak kerja sepenuh masa dengan "gomen". Itulah yang aku ter"demam' sekejap. Ini kerana, hampir di sepanjang kisah yang aku lalui, sekiranya untuk menternak 2,000 ekor ayam, aku kira, ianya memerlukan penglibatan sepenuh masa.

Aku menghantar inkubator ke lokasi ternakan En Din di tengah malam yang gelap gelita. Tak nampak langsung di sekelilingnya. Akan tetapi, akau dapat melihat dalam suasana yang sebam itu, reban ternakan ayam En Din adalah A++. Berpasir di serata tempat, kering dan tiada bau. Lalu, setelah membuat ujian fungsi mesin penteas pada malam itu, aku meninggalkan En Din dengan beberapa tips penetasan dan pengeraman. AKu bertekad dan berpesan kepadanya yang aku akan datang melawat rebanya semula pada hari ini (semalam).

En. Din tidak menghampakan harapan aku. Aku telah dipanggil ke lokasi. Seperti yang aku jangka, tanah yang hampir 3 ekar itu dilitupi hampir kesluruhannya dengan pasir sungai dan ditanamnya dengan pokok kelapa dan buahan. Manakala di sekeliling tanah yang 3 ekar itu, dipagarkan dengan pagar simen yang berkelas "banglow". Hatta pondok untuk beliau berehat pun, bagi aku adalah sebuah banglow (aku orang miskin, klu rumah itu berbanding dengan rumah orang tua aku kat kampung, hah jauh panggang dari api).

Pada awalnya En Din menternak ayam dengan membeli anak dari Johor Bharu. Tak tau dengan siapa. Dia mengatakan, pengalamannya sudah ada dalam mengharungi pelbagai karenah penternakan unggas. Lantaran itu beliau betul-betul ingin menjadikan bidang penternakan unggas ini sebagai kerjayanya yang khusus setelah pencennya bermula seawal bulan 1 tahun hadapan. Dan dengan itu, inilah tempoh yang terbaik untuk beliau mempelajari kaedah untuk menetaskan anak-anak ayam secara tersendiri tanpa bergantung lagi kepada sesiapa.

Beliau agak cekap menggunakan mesin penetas. Beliau sebelum ini telahpun memiliki beberapa mesin penetas manual. Namun oleh kerana kesibukan tugas sebagai penjawat awam, kesuntukan masa adalah merupakan antara faktor terpenting menyumbang akan kegagalan hampir keseluruhan penetasan. Peratusan yang amat rendah. Akan tetapi, aku berkongsikan pengalaman dan sedikit ilmu yang aku ada dengannya. Bukan sahaja masalah masa, malah terdapat beberapa elemen lagi yang menyebabkan peratus penetas adalah kurang.

Antaranya ialah kaedah pembelaan baka dan kaedah pengendalian telor untuk baka. Beliau seharusnya menggunakan sistem flock yang sepenuhnya, sesuai dengan kecanggihan persekitaran reban beliau. Beliau nampak akur dengan permasalahan yang ak cuba kongsikan. Beliau akan mempraktiskan, PASTI.

Di samping itu juga, kaadah operasi dan pengwalan suhu serta humidity langsung tidak pernah dinyatakan secara tepat walhal elemen itulah yang perlu diutamakan.

Aku berkesempatan melihat hanya sebilangan besar ayam-ayam muda sahaja ditinggalkan untuk dijadikan baka. Dalam 2 hingga 3 bulan lagi ayam itu akan bertelor untuk berkhidmat sebagai baka. Reban-reban yang sedia ada telah dikemas-kini dan sedang dalam proses penambah-baikan. Reban-reban ini bakal menyaksikan kemunculan En Saifudin dalam bidang penternakan unggas (ayam kampung dan ayam Peru) adalah sebagi penggalak dan pemangkin kepada jenerasi yang seterusnya. Banyak juga ilmu-ilmu baru yang dikongsi bersama.

Beliau, seperti saranan aku kepada beberapa usahawan ternakan kecilan dan sederhana besar yang, agar membuat 1 jaringan pernternakan unggas di kawasan yang sekitar atau di daerah yang berdekatan. Tidak perlu terlalu formal untuk membentuk persatuan. Cukup sekadar jarigan biasa, ianya tidak menyusahkan malah selesa tanpa terikat kepada mana-mana pelembagaan. Cumanya, jaringan seumpama ini kena lebih banyak dan mengutamakan keikhlasan.

InsyaAllah ada kejayaan. Saya mengucapkan selamat menternak kepada En Din dan semoga azam beliau menjadikan penternakan unggas ini satu realiti menjalang persaraan beliau yang tidak lama lagi.

Kisah Ram Telor Manusia Pulak

This photo taken at a fertility clinic in Encino, California shows a red vial containing human eggs. A British fertility clinic has said it is raffling off a human egg this week to promote its "baby profiling" service, which it insists is legal under law.

LONDON (AFP) - – A British fertility clinic said Sunday it was raffling off a human egg this week to promote its "baby profiling" service, which it insists is legal under UK law.



The winner can select the egg donor by education, upbringing and racial background.


The London Bridge Fertility, Gynaecology and Genetics Centre said the treatment actually takes place in the United States.

Women interested in having a baby by in vitro fertilisation are invited to attend a seminar on Wednesday, which is organised by Bridge's US partner, the Genetics and IVF Institute (GIVF), based in Fairfax, Virginia.

The winner gets 13,000 pounds (19,750 dollars, 14,350 euros) worth of free IVF treatment in Virginia.

The sale of eggs for profit is banned in Britain, and donors have to agree that they can be identified and then contacted by their offspring once they turn 18. Donors are in short supply as a result.

US laws allow women to sell their eggs, and can make up to 10,000 dollars a time, depending on the desirability of their profile.

GIVF egg donors are university students or graduates aged 19 to 32. Smokers and overweight women are not admitted.

"There is an increase in the number of women in Britain who are seeking alternative routes (to domestic IVF)," said Michael Summers, consultant in reproductive medicine at the Bridge Centre.

"And it's much more difficult to find donors in the UK because of the policies in place," he told AFP.

Asked whether he could guarantee that the service is legal, he replied: "Yes, because it's the choice of the patient. We only provide information on the services available.

"Donor sperm has been available for a long time, and its profiling as well, because it's much easier to provide a sample", he added.

Teknologi ICT Memang Amat Perlu Bagi Peniaga Kecil Seperti Aku

Assalamulaikum teman-teman penternakan dan juga pelayar blog medanusahawan sekalian. Bersua kembali untuk sama-sama kita kongsi apa yang patut, mudah-mudahan memberi manfaat hendaknya.

Seperti biasa, mutakhir ini aku sering sangat keluar dari kawasan (out station). Sesuatu yang memang banyak kelainan dengan corak kerja atau urusan perniagaan aku sebelum ini. Struktur atau juzuk perniagaan yang memang berbeza dengan perniagaan yang terdahulu, telak memaksa aku melipat-gandakan corak pemasaran. Kalau dulu, pelanggan perniagaan aku adalah hanya melibatkan Proton, Perodua dan sebahagian kecil Vendor-vendor kedua-dua pengeluar kereta Nasional itu, kini juzuk pelanggan perniagaan aku jelas sekali berbeza. Ianya bertebaran di merata tempat di seluruh pelusuk tanah air, termasuk Sabah & Sarawak.




Skop penerniagaan aku kali ini memang memerlukan aku banyak mengembara, tidak sahaja terhad kepada bandar-bandar seperti perniagaan yang lazimnya aku lakukan, malah aku sering kali meredah hutan dan kawasan-kawasan penempatan yang jauh-jauh di pendalaman. Bertambah seronok rasanya dapat melihat sendiri bertapa indahnya negara beriklim tropika ini. Baru terasa yang Malasyia ini indah. Walaupun berkembara bersaorangan, tetapi teknologi sekarang ini sedikit sebanyak telah mengurangkan keresahan dan keboringan. Teknologi ICT telah membolehkan aku "stay-up-todate" apa juga informasi.




Mutakhir ini, aku sentiasa pastikan gadget-gadget teknologi komunikasi diguna-pakai dengan sebaik mungkin. "Well-equipped"! Kena ada kamera digital, kena ada mobile broaband, kena ada wireless network, kena ada GPS dan juga mobile printer. Cuma yang aku kurang sekarang ini ialah "Ham Radio". Mana tau kot-kot di dalam hutan yang pekat, tiada langsung apa-apa frekuensi telekomunikasi untuk berhubungan.

Seronok juga menggunakan teknologi GPS terutama apabila mengembara. Kurang sikit menggunakan bil-bil mobile fon. Andaikata alamat yang diberikan adalah tepat dan kita sedikit "kena bijak" untuk membuat "entry search", maka untuk sampai ke destinasi adalah amat mudah! Terima kasih kepada Garmin Mobile XT. Terima kasih juga kepada mobile phone murah aku SAMSUNG OMNIA Pro! Walaupun murah, digandingkan dengan Windows Mobile 6.5, ternyata komunikasi menjadi lebih hebat tanpa memerlukan gadget GPS yang khusus. Cara kerjanya adalah sama seperti Blackberry!

Malahan selain dari dilengkapi dengan gadget GPS, Samsung OMNIA Pro juga dilengkapi dengan sistem kamera digital yang cukup canggih bagi aku. Kamera yang dilengkapi dengan "Smile features" cukup unik. Lepas ini, akan aku papaskan hanya "ayam-ayam" yang betul-betul senyum saja dimasukkan dalam blog ini. Sebabnya Smile photo ini emerlukan senyuman yang asli, bukannya senyuman yang dibuat-buat! Hahaha..boleh ke ayam senyum. Macam mana pulak rupanya kalau ayam yang tidak senyum!

Esok....akan aku sambungkan cerita pasal seorang pembeli inkubator di Nenasi Pahang yang sedang mempelajari selok belok teknolgi penetasan yang unggul.




Inkubator Untuk Burung Walit

Assalamualaikum!

Sedikit update sahaja.

Pada hari Ahad lepas, setelah pulang dari menghantar inkubator di Kuantan, aku bergegas ke lokasi membuat inkubator. Aku singgah sebentar di Jeti LKIM Marang, melihat Ayah Nazri dan awak-awak menaikkan sotong jarum dari bot. Huh! banyaknya sotong. Musim sotong sekarang ini kata peraih-peraih di situ. Aku kesitu seawal pukul 6:45 pagi setelah selesai solat subuh di Masjid Sultan Zainal Abidin (Masjid Putih). Siap berjubah lagi....

Setelah itu aku terus kerumah ayah Nazri di mana Nazri menggunakan premis ayahnya untuk sementara waktu sebagai tempat membuat inkubator. Memang sesuai pun. Lapang sungguh tempatnya. Tambah-tambah lagi, semua kelengkapan yang berkaitan ada di situ.

Aku pun membantu Nazri menyiapkan inkubator yang ditempah khusus untuk menetaskan burung walit. Cantik tray telornya. Satu tray boleh memuatkan sehingga melebihi 500 biji telor burung walit. Kemas sungguh buatan tray. Aku harus memujinya.

Setelah controllernya siap dipasang aku mengujinya untuk beberapa ketika. Waktu itu, En Omar dan Mr Goh, pelanggan yang datang untuk memiliki inkubator itu masih lagi di Kemaman dalam perjalanan dari Kuantan. Mereka bermalam di Kuantan.

Jam hampir menunjukkan pukul 1:30, En Omar dan Mr Goh pun sampai di Marang dan kami pun bersua muka buat pertama kalinya. Aku tanpa berlengah membawa mereka berdua mencuba mesin penetas burung walit. Pengakuan dari mereka berdua, inilah julung-julung kalinya penetasan burung walit menggunakan inkubator. Mengikut En Omar, dia merasakan tiada masalah langsung untuk menetaskan menggunakan mesin ini. Cukup sesuai katanya. Aku sendiri pun tak pernah tahu. Cumanya aku berpesan kepada mereka berdua. Sila dapatkan jadual suhu dan kelembapan untuk telor spises tersebut sebelum memulakan pengeraman.

Setelah memberikan penerangan dengan agak jelas dalam pelbagai aspek, En Omar dan Mr Goh pun pulang ke KL. Operasi penternakan burung Walitnya ialah di sekitar Pahang. Untuk seketika ini aku reservekan dulu lokasi sebenar sebab mereka tidak mahu menceritakannya dengan lebih lanjut.

Hari ini Mr Goh datang berjumpa aku di Puchong untuk mangambil 1 salian manual operasi mesin. Sedikit perbincangan berkisar kepada burung walit tercetus. Mr Goh terpaksa beredar untuk tujuan yang lainnya.

Aku mengharapkan inkubator pertama ini untuk burung walit akan membuka lembaran baru dalam sistem penetasan burung unggas dan aku juga mengharapkan agar mereka berdua dapat mengupdatekan kepada aku berkaitan dengan perkembangan yang seterusnya. Aku mengharapkan mereka berjaya melakukannya dengan sebaik mungkin.



Farizul - Usahwan Muda Yang Berkarismatik!

Assalamualaikum!

Penghantaran pertama inkubator keluaran Niche Strategy Marketing yang baru sahaja memulakan pengeluaran di Terengganu ialah ke Kuantan, Pahang. Ianya adalah seorang penternak muda, berusia dipertengahan 20han tahun. Sekiranya anda mengenali beliau secara melihat mukanya sahaja, anda mungkin tidak percaya beliau yang juga seorang penjawat awam yang berkedudukan juga dalam sektor awam di Putrajaya, tetapi mempunyai minat yang penuh di dalam sektor penternakan unggas. Seorang anak muda yang begitu fokus dalam membicarakan apa yang diminati.



Sekali imbas, seorang yang putih bersih, kemas, mana mungkin ingin terjebak dalam industri yang kurang diminati untuk diceburi oleh sebilangan besar orang muda. Manakan tidaknya, bergelumbang dengan tahi dan najis ayam, ayam-ayam mati/reput, telor-telor tembelang, berapa ramaikah yang sudi untuk menghampirinya. Teramat jarang sekali. Bagi kebanyakan graduan muda, buat apalah untuk bergelumbang dengan najis yang jijik dan kotor, sedangkan kerja-kerja pejabat bertebaran di mana-mana di Malaysia ini.

Tetapi, orang muda ini berbeza orangnya. Berkali-kali beliau menyatakan yang beliau begitu minat dengan penternakan ayam-ayam ini dan yang bagusnya lagi ialah, beliau sendiri tidak menyangka, minat beliau yang begitu mendalam ini mendapat galakan dan sokongan yang mendalam dari keseluruhan keluarga beliau, terutamanya ibu dan bapa beliau. Beruntung sungguh orang muda ini.

Satu teladan yang amat bagus kepada para siswazah atau graduan muda. Tidak mempunyai pekerjaan hanyalah sebagai satu simbolik kepada malasnya untuk berusaha. Lantaran itu, tiada kekosongan kerja menjadi alasan yang konkrit bagi kebanyakan graduan muda. Tapi memang berlainan dengan Farizul. Pada awalnya beliau sanggup bekorban untuk membeli 1 set inkubator keluaran Niche Strategy Marketing Model MI-103. Digunakannya dengan sebaik mungkin dan syukur Alhamdullah, usaha beliau membuahkan hasil disamping "kemantapan" kualiti inkubator Niche MI-103 itu sendiri.


Beliau telah mula menambah reban dan induknya sekali. Begitu tekun beliau melakukannya. Sehinggalah beliau pernah meluahkan secara terbuka untuk membesarkan operasi penternakan beliau dengan menambah bilangan inkubator. Beliau melakukanya dengan penuh yakin, hatta beliau menyatakan kepada saya secara sepontan yang beliau menggunakan hampir keseluruhan 2 bulan gaji beliau untuk memastikan pemilikan inkubator berjaya dilaksanakan. Dan ajaibnya, belaiau "melakukannya"! Beliau membeli 1 set inkubator MI-203 dan 1 set penetas MI-105. Terharu sungguh aku mendengar luahan hati beliau, dan aku sedikit menahan sebak seketika, bercampur kerana sedih dan terharu. Tersentuh sungguh aku dengan luahan beliau walaupan beliau nampak bersahaja.

Kata beliau lagi, kesemua pengorbanan beliau itu dizahirkan untuk adik-adik beliau yang tiga orang. Beruntung sungguh adik-adik beliau mempunyai abang yang amat peka dan perihatin. Beruntung sungguh ibu/bapa ini yang mempunyai anak yang tahu membalas jasa itu tanpa dipinta.

Semoga Farizul akan terus diberikan petunjuk oleh Allah swt dan semoga Allah mempermudahkan segala usaha beliau untuk menggapai kejayaan yang seterusnya.

Sila lawati blog Farizul
DI SINI untuk mengetahui perkembangan penternakan beliau yang selanjutnya.

Nota: Yag bercermin mata itu adalah En. Farizul.




Operasi Di Kuala Terengganu Bermula Sudah!

Assalamulaikum dan salam bahagia para pengunjung Blog Medanusahawan sekalian! Saya mendoakan semoga anda semua beroleh kesihatan yang terbaik dan moga-moga anda semua dapat mengharungi hari-hari mendatang dengan masalah yang paling kurang sekali. InsyaAllah!





Tidak banyak juga cerita menarik pada kali ini, namun sebagai usahawan kecilan seperti saya ini, saya cuba untuk menjadikan minat untuk ber"blogging" sebagai salah satu cara untuk menyampaikan maklumat berkaitan perniagaan saya. Maka dengan itu kekerapan untuk mengemas-kinikan blog merupakan antara tanggungung-jawap terpenting di dalam rutin kehidupan harian saya. Dan saya merasakan juga "blogger" seperti saya akan mempunyai banyak kelebihan seandainya kita mampu untuk mengekplotasikan kehebatan blog untuk kemajuan perniagaan. Tidak keterlaluan sekiranya saya katakan saya menjana pendapatan perniagaan saya menggunakan hampir 100% teknologi pemasaran secara ONLINE. I shall extend "Thank You" for blogger.com dengan kemudahan percuma yang diberikan.

Diharap anda di luar sana pun dapat mengekspoitasikannya dengan sebaik mungkin.

OK Now! We talk business - The Progress and The Hope! (Sori cakap Om Skit)

Sekiranya anda pernah mengikuti posting-posting saya sebelum ini, anda akan dapati saya telah pun memulakan operasi pebuatan inkubator keluaran Niche di Kuala Terengganu. Lokasinya, buat sementara waktu ini ialah di sekitar Marang Terengganu. Namun, anda semua tidaklah perlu untuk membayangkan saiz operasi yang besar-besar. Ciput sahaja. Yang besarnya adalah angan-angan saya untuk menjadikan pengeluaran inkubator yang sebenarnya akan bermula di sini, di Terengganu.




Kenapa di Terengganu. Hahaha......jawapannya senang saja. Sebab saya asal orang Terengganu dan saya mempunyai banyak juga tanah peninggalan orang tua yang sebelum ini hampir pasti akan menjadi "hutan dara" akibat telah diabaikan sebaik sahaja "orang tua" kembali ke Rahmatullah" 6 tahun yang lalu. Jadinya, untuk tidak menampakkan rasa "bongkak" aku kepada tanah peninggalan itu, maka aku tanamkan azam untuk membolehkan tanah-tanah tersebut membuat bakti kepada aku sama seperti ia berbakti kepada arwah peninggalan orang tua dulu. Tapi tanah yang mana satu?

Hahaha.....aku ditipu lagi. Operasi aku di Terengganu masih berlum beroperasi di lokasi seperti yang diharapkan. Namun aku bernasib baik kerana aku mempunyai seorang sahabat yang cukup perihatin untuk sama-sama memanjukan bidang pembuatan inkubator ini di premis milik sahabat ini yang tidaklah jaug sangat dari tempat kelahiran aku. Cumanya aku di utara Bandaraya Kuala Terengganu dan dia di selatan bandaraya. Yang bagusnya ialah kedua-dua aku dan juga sahabat ini tidak perlu untuk mengeluarkan modal yang banyak di peringkat permulaan untuk memulakan operai pembuatan ini. Dia menggunakan sepenuhnya premis kosong di rumah bapanya. Sekarang ini, sekali pandang, rumah bapanya sudah seperti sebuah kilang.

Pun, begitu, aku mengharapkan, premis ini hanyalah sebagai tapak sementara. Sudah tentu kami akan mencari satu tempat yang sesuai. Akan difikirkan!.

Penjantan Khaki Campbell Untuk Dijual

Assalamualaikum dan Salam bahagia pengunjung blog medanusahawan sekelian. Semoga anda sentiasa ceria dan terus menerus berusaha untuk ceria.

Agak lama juga tidak berposting. Ada sedikit masalah dengan Celcom Broadband. Ianya kecil tapi besar impaknya. Di mana-mana saja boleh connect sekiranya ada signal, namun sekiranya channel ditukarkan kepada EDGE, ianya cukup mengharukan, cukup menyedihkan dan pilu sungguh rasanya. Sedih kerana melihat pergerakan browsingnya terkenyut-kenyut. Connection tidak putus, tapi lembap. Ini telah mengganggu segala macam downloading & uploading material ke bolgger.com. Las-las, datang saja ke Kopitiam atau CC. Itu yang kurang selesa sikit tu.

Saya ingin memulakan perbicaraan berkaitan dengan "Penjualan Baka Itik" Khaki Campbell. Entah betul ke entah tidak aku eje tu.

Ini adalah spesifikasi detail:
  1. Umur itik Penjantan sekarang ini ialah 31 Minggu.
  2. anya diimport dari USA
  3. Ianya adalah baka asli iaitu Parent Stock (PS) yang dibeli dari US dengan harga melebihi RM100.00 seekor semasa DOC.
  4. Ianya penjantan yang kelebihan stock (bukan rejected secara terpilih).
  5. Sudah boleh mengawan untuk bertelur (pasanagan betina baru belajar bertelor)
  6. Harga boleh runding, bawah harga yang dibeli dahulu
  7. Stock dalam 120 ekor teramat sihat dan segar bugar
  8. Bagus untuk dikacukkan dengan baka tempatan untuk menghasilkan F1.
  9. Penghantaran : Ambil Sendiri di Puchong.



    Berminat boleh call saya di talian 019-311 940/018-3698691, Bila-bila masa.

    Stok terhad tertakluk kepada pesanan yang terdahulu