Mesin Penetas Telor Otomatik - Gandingan Optima

Assalamaulaikum dan selamat datang para pengunjung blog medanusahawan sekalian! Semoga anda semua sentiasa berada dalam kerahmatanNya. Syukur Alhamdulillah kerana denganNya saya masih lagi diberi kekuatan untuk bersama-sama menyumbang sedikit ilmu berkaitan dengan sistem penetasan telor yang terbaik melalui kaedah penetasan "artificial" atau "pseudo" menggunakan mesin.

Mutakhir ini, tiada lagi kejanggalan apabila kita menyebut perihal teknologi penetasan menggunakan mesin. Malah tidak keterlaluan sekiranya saya mengatakan puluhan penternak atau bakal pembeli membuat pertanyaan berkaitan mesin tersebut setiap hari. Ini menunjukkan bahawa terlalu ramai rakan penternak telah menyedari bertapa pentingnya menggunkan mesin penetas bukan sahaja untuk meringankan bebanan malah sekarang ini seolah-olah semacam ada satu inisiatif atau "drive" yang memacu sistem penternakan unggas di Malaysia. Saya masih belum pasti adakah ini sesuatu yang terjadi kerana memang permintaan produk berteraskan unggas telah tersedia ada dengan begitu banyak sekali atau hanya sekadar trend semasa seperti mana yang berlaku kepada penternakan lain suatu ketika dahulu.



Namun, walau apa juga yang berlaku, saya merasakan makanan berasaskan ayam adalah telah menjadi seakan-akan makanan ruji. Permintaan yang sentiasa kena ujud, di mana-mana kedai makan dan juga restoran. Jadi tiada kehairanan, malah yang menakjubkan lagi, lebih ramai pengguna telah mulai sedar akan kebaikan dan khasiat yang terkandung di dalam makanan seperti ayam kampung asli, kacuk dan lain-lain lagi.

Terlalu panjang pulak intro. Tapi tak apa lah kot. Bukan selalu boleh curahkan perasaan macam ni...

OK.

Sekarang saya nak menceritakan sedikit tentang perkara yang sama yang selalu saya ucapkan di dalam perbualan melalui telefon dan juga perbualan secara "live" berdepan dengan penternak atau bakal penternak. Ianya berkaitan dengan gandingan optima antara mesin pengeram dan mesin penetas.

Sebelum itu, harus saya menceritakan serba sedikit tentang keperluan kepada kefahaman berkaitan dengan perbezaan antara mesin pengeram dan mesin penetas. Sering kali apabila seseorang bertanyakan kepada saya perihal "inkubator", yang mereka maksudkan ialah mesin penetasan tanpa mengambil kira tentang elemen pengeraman. Bagi sesetengan penternak, menetas itu adalah mengeram dan mengeram itu adalah menetas. Lantaran daripada itu mereka kurang pasti kenapa telor digolek-golekkan dalam kadar waktu yang tertentu dan kenapa pula telor tidak boleh digolekkan.

Mungkin atas alasan tersebut, rata-rata bagi mereka yang kurang arif berkaitan dengan perbezaan tersebut, sering kali mendapati keadar penetasan telur adalah terlalu di luar jangkaan. Lalu mereka sering kali menyalahkan akan keelemahan mesin penetas atau disebabkan ketidak-aslian telor yang diramkan. Itulah rumusan mudah. Apapun, saya sedikit pun tidak menyalahkan penternak. Ini semua adalah asas kepada pembelajaran. Dari sinilah kita akan menimba pengalaman dengan syarat kita mesti ringan mulut untuk bertanya di samping bersabar yang lebih. Dan di atas rumusan tersebut maka saya cuba untuk berkongsi denga rakan-rakan pembaca sekelian mudah-mudahan kita lebih memahami.

Pertamanya : Semua orang kena memahami bahawa untuk menetaskan telor, terdapat 2 proses yang mesti dilalui iaitu :
  • Proses Pengeraman, dan,
  • Proses Penetasan
Secara paling ringkasnya, proses pengeraman memerlukan:
  1. Suhu yang terkawal di sepanjang tempoh pengeraman di mana tempoh pengeraman adalah bergantung kepada spesis unggas sepenuhnya. Sila rujuk di SINI (ringkasan sahaja)
  2. Kelembapan relatif (RH -Relative Humidity) yang terkawal di sepanjang tempoh pengeraman. Juga bergantung kepada spesis unggas. Kaedah untuk mendapatkan kelembapan relatif adalah bergantung kepada jenis mesin (rekabentuk). Pengeluar mesti membuat saranan yang tepat dan teknik juga mestilah praktikal dan mudah kendaliannya.
  3. Telor yang mesti digolek-golekkan (Sebenarnya tidak perlu digolek-golekkan dalam kaedah yang sebenar, cukup sekadar mengubah kedudukan telor dalam kedudukan yang tertentu sahaja)
Proses penetasan pula memerlukan perkara-perkara berikut:
  1. Suhu yang terkawal di sepanjang tempoh penetasan di mana tempoh tempoh penetasan yang dimaksukan ialah antara 3 - 5 hari sahaja selepas pemindahan telor dilakukan. Pada ammya hanya terdapat terlalu sedikit perbezaan tetapan suhu di antara proses pengeraman dan proses penetasan iaitu di sekitar 0.5 darjah celsius sahaja. Maka dengan kata lainnya tidak menjadi masalah sekiranya tidak melakukan apa-apa perubahan pada suhu
  2. Kelembapan relatif (RH -Relative Humidity) yang terkawal di sepanjang tempoh penetasan. Juga bergantung kepada spesis unggas. Akan tetapi, RH mestilah ditetapkan pada kadar yang lebih tinggi berbanding dengan kadar semasa pengeraman iaitu sekitar 15 - 20%. Kaedah untuk mendapatkan kelembapan relatif adalah bergantung kepada jenis mesin (rekabentuk). Pengeluar mesti membuat saranan yang tepat dan teknik juga mestilah praktikal dan mudah kendaliannya.
  3. Sewaktu proses penetasan, kesemua telor mestilah dibiarkan dalam keadaan tidak bergolek (free)
Keduanya : Sebagai penternak, seelok-eloknya kena memahami terlebih dahulu, kesemua telor mempunyai tempoh penetasan yang berbeza-beza. Maka dengan itu mencapur-adukkan telor di dalam satu mesin pengeram adalah satu kaedah yang PALING tidak sesuai. Ini adalah kerana RH adalah berbeza-beza. Saya BERANI mengatakan bahawa akan kedapatan telor-telor akan menjadi rosak atas sebab kematian janin (embrio) sebelum tempoh, atau penetasan akan berlaku dengan terlalu awal dan kebiasaannya anak  tetasan ini akan menjadi tidak normal (mati juga pada akhirnya)

Ketiganya : Jangan sekali mencapur-adukkan telor untuk mengeram dan menetas dalam satu mesin yang sama terutamanya apabila menggunakan mesin tetasan automatik. Ini kerana telor-telor yang diakhir proses penetasan akan menjadi rosak disebabkan ianya masih lagi dipusing-pusingkan (digerak-gerakkan).

Keempatnya : Sekiranya anda menggunakan mesin penetas otomatik seperti keluaran Niche, anda perlu mengetahui kapasiti kedua-dua jenis mesin penetas dan juga pengeram. Sebagai contohnya sekiranya anda menternak ayam kampung, gandingan terbaik ialah dengan memiliki 4 set mesin pengeram model MI-103 (kapasiti 300++) dengan 1 set mesin penetas (hatcher) model MH-105 (kapasiti 500++).

Berikut adalah ringkasan mesin keluaran Niche Strategy Marketing dengan kapasitinya (contoh bagi telor ayam kampung)

  1. Setter (Pengeram) Model MI-103 - kapasti 300++
  2. Setter (Pengeram) Model MI-203 - kapasiti 600++
  3. Setter (Pengeram) Model MI-205 - Kapasiti 1050++
  4. Setter (Pengeram) Model MI-305 - Kapasiti 1500++
  5. Hatcher (Penetas) MH-105 - Kapasiti 500++
  6. Hatcher (Penetas) MH-205 - Kapasiti 1000++
Dengan itu, anda buatlah saranan tersendiri berdasarkan kepada kiraan metamatik terhadap tempoh pengeraman, penetasan dan kapasiti setiap mesin secara terperinci. InysaAllah, satu gandingan mantap akan diperolehi dan penetasan yang mempunyai kadar yang tinggi akan diperolehi.

0 comments:

Post a Comment