Cara Mudah Mendapatkan Humidity Dalam Mesin Pengeram/Penetas Telor
Salam kembali. Dan syukran kehadrat Allah Azawajalla kerana dengan limpah kurniaNya, Dia telah mengizinkan saya, memberi ruang waktu untk saya berceloteh di hari yang sungguh baik ini. Alahamdulillah.
Di sini saya ingi kongsikan sedikit ilmu. Khusus berkaitan dengan elemen-elemen yang amat penting untuk penyediaan sebuah inkubator.
Tidak banyak elemennya, hanya satu sahaja.
Anda sudah cekap memungut telor di ladang dengan mengikut peraturan.
Anda mempunyai baka penelur yang mantap,
Pensenyawaan antara betina dan jantan adalah yang terbaik.
Inkubator anda mempunyai turner yang terbaik.
Anda mempunyai Thermometer buatan Jerman mungkinnya atau Jepun (Saya guna Japan dan juga France saja - tak mampu nak beli made in German)
......Dan bla, bla, bla....
Memang cantik dah tu.
Kita sibuk membicarakan suhu "inkubator aku tinggi lah, rendah lah, dah cukup lah, cun dan ngam lah" dan serba macam perkataan lagi yang kita gunakan.
Sesetengah tu, memang dah sah suhu yang terbaik dicapai 24 jam sehari maintain sekitar 37 - 38 darjah C, seperti kata teori.
Tapi di akhirnya, tidak menetas juga. Yang terjadi adalah "blood ring". Yang terjadinya ialah anak ayam mati selepas 2 hari dalam inkubator (Walhal, setahu saya, sehingga 3 hari DOC/DOD/DOB boleh stay dalam tu tanpa makan/minum).
Kenapa semuanya itu terjadi sedangkan kesemuanya dah dalam keadaan tip top?
Kesemua kepada jawapan tersebut ialah tiada lain dan tiada bukan, hanyalah kerana "KELEMBAPAN atau HUMIDITY" sahaja. Kita sering sangat membicarakan soal suhu. Sebenarnya suhu adalah salah satu elemen atau alat untuk menjadikan HUMIDITY. Walaupun sebaik mana sekalipun suhu yang kita kekalkan di dalam inkubator kita, kita tidak akan mencapai penetasan yang terbaik seandainya kelembapan tidak diperolehi seperti yang dikehendaki.
Jadi apakah pasangan kepada suhu tersebut? Sebab kita mesti ketahui, untuk mendapatkan kelembapan, suhu sahaja tidak mencukupi. Jadi pasangan kepada suhu ialah sumber AIR (WATER).
Dalam kata yang mudah, sekiranya ada suhu dan sekiranya ada air, maka senang lah nak berlaku kelembapan. Manakala suhu tanpa air menjadikan sesuatu ruangan itu kering dan sebaliknya.
Namun demikian, ramai juga yang saya mengamati, kebanyakan dari kita salah untuk mentafsirkan kaedah mendapatkan kadar humidity. Keluasan permuakaan air yang berlainan akan menyebabkan berlakunya kelembapan yang berbeza.
Contoh diagram di bawah memberi kelembapan yang berbeza. Cotohnya Bekas A dan bekas B mempunyai isupadu yang sama tetapi mempunyai kadar kelembapan yang berbeza. Namun demkian, Bekas B dan bekas C adalah sama. Ini kerana, sekiranya suhu sesuatu ruang itu telah ditetapkan, tanpa perubahan apa-apa, maka sekiranya keluasan permukaan air berbeza-beza, maka humiditinya akan berbeza serta merta.
Oleh itu adalah disarankan supaya anda menggunakan humidity meter di samping tidak hanya menggunakan thermometer semata-mata. Anda boleh dapatkan kedua-dua gadget (meter) tersebut dengan merujuk kepada ruangan di sebelah.
2 comments:
golden goose
golden goose sneakers
birkin bag
supreme t shirt
golden goose
off white outlet
supreme clothing
golden goose outlet
hermes
yeezy 700
Salam cik..untuk incubator bongdou blh tak humidity pling tinggi 80%..saya ada bli humidity meter ..kt humidity meter tu 70 %..kt incubator 80%.mana 1 lbh tepat? TQ cik
Post a Comment