Pejabat Baru.

Apa khabar teman-teman sekalian. Anda Sihat? Yes! Itulah yang selalu saya harapkan. Sekiranya kurang sihat, apa nak ditunggu lagi, silalah berjumpa pakar kesihatan dan pentingnya mintalah dari Allah.

Kali ini ringkas saja posting saya. Ianya berkisar dengan persiapan untuk memulakan Pusat Pentauliahan MLVK dan pusat Kursus serta Puast Seminar. InsyaAllah dalam tempoh sebulan lagi, maka beroperasilah Pusat Pentauliahan MLVK kami di Jalan Ladang Kuala Terengganu.

Aku tidak ada apa-apa peranan sangat di sini, cuma sebagai Pengurus Pusat Bertauliah sahaja. Gajinya pun belum tentu ada lagi mungkinnya. Tapi itu tidak membebankan aku kerana aku lebih menumpukan kepada urusan bisnes aku yang hakiki, iaitu sebagai pembuat Mesin Sistem Penetas Telor Automatik sepenuh masa. Kehadiran aku di sini adalah sebagai "penasihat" kepada anak saudara aku sahaja disamping menggunakan sepenuhnya peluang yang ada dari segi komunikasi dan pusat jaringan maklumat kerana ianya berada betul-betul di tengah bandaraya kecil Kuala Terengganu.

Selain daripada itu, kali ini aku benar-benar terlibat dalam proses membangunkan satu Pusat Pentauliahan bilamana selama ini aku hanya terlibat sebagai pembekal barangan keperluan kepada beberapa pusat pentauliahan di Sekitar Lembah Klang dan Melaka.

Syukur Alahamdulillah kerana kesemuanya telah hampir kepenghujung. Hanya menunggu lawatan terakhir pihak JPK sahaja. Sekadar maklumat awal juga, tempat ini juga akan dibuat sebagai tempat kemudahan untuk berseminar dan kursus jangka pendek yang dilengkapi dengan beberapa buah dewan kuliah serbaguna yang boleh menampung sehingga 50 orang peserta pada bila-bila masa.

Di sinilah juga beberapa seminar berkaitan dengan penternakan dan penetasan yang bakal berlangsung tidak berapa lama lagi. Beberapa modul telah dan sedang dikenal-pasti yang mana kami menggunakan saluran seperti ACER (Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur), KPLB, TESDEC, UPEN, INSKEN, PERKESO dan beberapa badan kerajaan yang lain lagi.

Kesemua program tersebut telah diatur sebaik mungkin melalui satu syarikat yang berpengaruh di Pantai Timur yang mana penggunaan Teknologi Penetasan ini akan menggunakan sepenuhnya sistem penetasan menggunakan inkubator ciptaan Niche. Sebahagian daripada seminar tersebut telah pun mendapat kelulusan beberapa pihak badan berkanun dari segi prosesnya.

Kami mempunyai "team" pemasaran yang cukup mantap, yang menggabungkan golongan muda yang professional dalam bidang pemasaran dan pentadbiran dengan kejayaan menganjurkan pelbagai bidang kursus keusahawanan di Zon Pantai Timur. Hanya mencetuskan minda dan idea yang sedikit berbeza melalui teknologi penetasan telor unggas ini, menjadikan "group" kami begitu diminati oleh hampir keseluruhan badan-badan berkanun yang disebutkan di atas.

Dalam skop yang lain pula, saya selaku pembekal teknologi ini, tidak begitu terikat dengan mana-mana individu atau parti dalam usaha mengenengahkan teknologi ini untuk diguna-pakai oleh sesiapa sahaja yang berminat. Semoga dengan sedikit usaha dari saya ini adalah merupakan pencetus kepada idea-idea keusahawanan yang berkarismatik dengan penggunaan teknologi betul-betul praktikal sepenuhnya.

Adakah anda mempunyai target atau golongan sasar yang tertentu untuk membantu? Hubungi kami untuk khidmat nasihat secara percuma sepenuhnya. Kami sedia berkongsi pengalaman dengan ANDA!




2 comments:

junaidi @ Jerun Roku said...

tahniah ... maju lagi selangkah... jgn lupa pada kengkawan yg masih kat bawah ni .. kalau duk tingkat atas tu .. intai2 lah kami kat bawah ni...

good luck..

Al-fakirilallah said...

InsyaAllah Tuan Junaidi. Saya akan cuba sedaya upaya saya. Semoga kata-kata tuan itu adalah lahir dari hati yang luhur dan menjadikan saya lebih bersemangat.

Di atas dunia ini, kalau tidak untuk kawan-kawan siapa lagi. Sebab kalu dah mati tiada lagi kawan. Betulkan?

Jadi, kalau nak menngecapi lebih cabaran, pulanglah ke K Trggganu. Sekarang begitu mencabar. Segalanya mahal. Bisnes pun mahal. Kedai pun mahal. Kalu kamu balik nanti aku tunjukkan "showroom" magic. Fantastic pricing!

Unbeleiveable! Super duper expensive.

Hahaha! meh la pulang sekejap! Air Asia to n fro jus less than RM100.00

Aku pick up kamu dekat SMIA. Just let me know.

Thanks. Brother n gud luck to u also.

Post a Comment