Selamat Hari Raya Korban 1430H

Hari ini, tanggal 27hb November 2009, merupakan hari kebesaran Umat Islam bersempena mengingati sejarah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim A.S bersama isteri dan anaknya Nabi Ismail A.S. Diringkaskan di sini, kita Umat Islam di Malaysia menamakan sebagai Hari Raya Qurban, mengambil keberkatan wahyu Allah swt yang menyuruh Nabi Allah Ibrahim menyembelih anak yang amat disayangi yang akhirnya digantikan dengan seekor binatang yang dinamakan Qibas.

Itulah sebenarnya salah-silah atau asal usul Qurban yang sering kali kita zahirkan atau jalani di Malaysia mahupun Umat Islam yang lain di seluruh dunia. Kepada yang memahami erti sebenar Hari Raya Qurban ini, mereka melakukan penyembelihan binatang seperti lembu, kambing, unta atau kerbau sebagaimana menunaikan perkara sunat yang amat dituntut oleh Allah swt disamping mengerjakan haji kepada yang mampu.

Lantaran itu, jika difahami dan dihalusi dalam skop yang lebih luas lagi ialah kita sanggup berkorban apa saja demi menegakkan hukum Allah di atas dunia ini dan jika dilebarkan lagi erti pengorbanan yang sebenarnya ialah melakukan apa saja yang mendatangkan manfaat kepada yang memerlukan.

Itulah apa yang cuba saya naytakan di sini. Pengorbanan itu datang dalam pelbagai bentuk selagi mana ianya tidak melangkaui nilai-nilai syara' termasuklah mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit demi untuk mengecapi sedikit kemanisan di dalam kehidupan seharian. Dan ianya berlaku terhadap diri saya insan yang kerdil ini yang menjalani proses kehidupan sebagai Pembuat Inkubator Automatik secara kecilan di Puchong.

Bagaikan perlakuan yang dirancangkan, saya telah didatangi sedikit permasalahan yang memerlukan sumbangan masa, keringat dan kewangan yang boleh diringkaskan lagi sebagai "Pengorbanan". Bibit-bibit pengorbanan yang berlaku adalah berkaitan dengan kerja-kerja perkhidmatan selepas jualan kerana ini adalah sesuatu yang termaktub dalam sebahagian terma yang dinyatakan dalam perjanjian samada lisan atau tertulis. Antara pengorbanan yang agak besar sepanjang saya menjadi pembuat inkubator ialah:

  1. Menggantikan 1 set inkubator yang baru kepada Seribumi Ternak di mana inkubator asal seringkali gagal berfungsi dan setelah pelbagai cara dibuat untuk mengatasi masalah yang sama sahaja sejak dari awal pembelian inkubator dari saya. Kejadian yang unik ini hanyalah berlaku kepada En. Zul Helmi sahaja dan bagi saya adalah sesuatu yang agak luar biasa. Manakan tidaknya, hampir benda yang sama sahaja yang mendatangkan masalah kepada saya iaitu masalah thermostat dan temperature controller.
  2. Saya baru sahaja pulang dari Tangkak, Johor untuk mengambil anak pulang ke Puchong untuk berhari raya di Puchong. Anak merupakan seorang pelajar di sebuah institusi di Tangkak. Kehabisan tiket bas telah menyebabkan saya melakukan "pengorbanan" untuk mengambil anak. Dalam waktu yang sama jugalah, En Mazuan dari Tangkak telah membuat aduan berkaitan dengan masalah ketidak-satabilan suhu dalam inkubator beliau. Dan di sinilah saya membuat sedikit pengorbanan untuk membuat pemereksaan ke atas masalah yang diajukan kepada saya dan ternyata memang "Rainbow" thermosatat merupakan punca kepada masalah ini. Diringkaskan cerita, thermostat Rainbow telah ditukar baru (Rainbow juga) dan ianya telah berfungsi dengan baik sekali.

Nota:


Dalam satu posting yang terdahulu, saya pernah menyatakankan bahawa ada kekurangan sekiranya kita menggunakan thermostat Rainbow berbanding dengan ketepatan suhu yang diberikan oleh Temperature Controller. Malah bukan saya sahaja menyatakan demikian, ramai lagi pengalaman yang pernah diberikan oleh ahli-ahli Bicara Jutawan yang menyatakan perkara yang sama. Antara masalah yang pernah dihadapi oleh pengguna Rainbow khususnya dalam pembuatan penetas telor ialah berkaitan dengan julat suhu. Terdapat sebahagian thermosatat itu memberikan sehingga melebihi 10 Darjah Celcius berbanding dengan suhu sebenar yang kita setkan. Keadaan ini sering berlaku dan kebanyakannya ialah di sekitar 4 hingga 5 darjah di atas dan di bawah paras suhu yang disetkan.

Namun apa yang berlaku kepada En. Mazuan adalah sedikit berlaianan dengan apa yang saya sangkakan. Walaupun ianya berkaitan dengan Rainbow, tetapi bukan setakat masalah julat suhu yang tinggi diberikan, tetapi suhu menjadi "gila" apabila suhu di alam chamber berubah-ubah dalam kadar waktu yang tidak mengikut ragam yang sepatutnya. Kejap julat tinggi melebihi 50 darjah dan sebaliknya.

Dari apa yang saya perhatikan, memang tahap kualiti thermostat Rainbow adalah kurang sesuai untuk digunakan sebagai alat pengawal suhu sesuatu inkubator. Ini adalah kerana "inconsistancy" dari thermostat tersebut. Berbeza2. Ada yang OK dan ada yang kurang OK. OK dalam ertikata yang sebenarnya, ia tidak mendatangkan masalah langsung setelah sekian lama digunakan. Dan dalam waktu yang sama, ianya cukup memberi masalah kepada pengguna bukan sekadar ketidak-tepatan julat suhu yang diukur, malah kemampuannya menjalankan kerja. Sekejap OK dan sekejap tidak OK. Ini lah yang terjadi kepada Inkubator yang dipasang pada En. Mazuan, Tangkak.

Walaupun demikian, saya tidak lah sampai memberi "rating" teruk yang melampau kerana dengan thermostat Rainbow jugalah saya telah menjadi pengeluar inkubator fungsi otomatik kecilan. Dan telah ramai juga pelanggan saya telah memilih untuk menggunakan Rainbow thermostat. Hanya jumlah yang terpencil sahaja yang mendatangkan masalah.

Akan tetapi atas sifat yang terpencil itulah saya terpaksa "BERKORBAN" untuk memberi perkhidmatan yang sepatutnya kepada pelanggan-pelanggan saya supaya setiap sen yang dilaburkan akan dimanfaatkan secukupnya. Jesteru itu, saya mengorbankan masa dan keringat, malahan duit semata-mata untuk memastikan kepuasan pelanggan. Cumanya, saya sebagai pembuat ingin memaklumkan bahawa kekadang saya tidak mampu melangsaikan satu-satu permasalahan itu dalam waktu-waktu tertentu seperti dikehendaki oleh pelanggan. Dan saya rasa itu adalah sesuatu yang biasa dan harus diterima disebabkan masalah keterbatsan jarak dan sempadan.

Semoga, pelanggan-pelangan saya yang pernah bermasalah, merasa selesa dengan perkhidmatan yang pernah dan akan diberikan.

Lawatan PPK Kuala Selangor

Kesibukan saya masih belum reda lagi. Tambah-tambah musim tengkujuh. Walhal, pada lazimnya musim tengkujuh selalunya melibatkan negeri di Pantai Timur dan Utara Semenanjung sahaja. Namun pada tahun ini agak berlainan sedikit. Taburan hujan di Seluruh Malaysia meningkat. Jadi, terkenalah negeri-negeri yang lainnya termsuklah Selangor menerimahujan yang agak banyak. Mudah-mudahan hujan itu adalah rezeki untuk hamba Allah keseluruhannya dan bukan di sebaliknya.

Dalam suasana yang sentiasa mendung ini, "kilang inkubator" saya telah menerima pelawat baru dari Pertubuhan Peladang Kuala Selangor. Saya telah dihubungi oleh En Ubaidillah sejak beberapa hari yang lepas. Kedatangan beliau dengan "Boss" beliau, Puan Roziemah Md Diah beserta dengan bakal pemilik inkubator (maaf saya lupa untuk mencatit nama) tiba sekitar jam 12 tengahari seperti yang dijanjikan.
Alhamdulillah, tanpa membuang masa, saya memberi sedikit penerangan berkaitan dengan peranan dan fungsi inkubator keluaran saya. Saya bersyukur kerana, pada ketika kedatangan rombongan PPK Kuala Selangor tersebut, memang tanpa dirancang, namun suasana di premis saya ini penuh dengan unit-unit inkubator yang telah siap ditambah pula dengan stok-stok bahan utuk binaan inkubator yang agak berselerak. Maksud saya di sini ialah, saya bukan melakukan pemasangan secara seorang diri tetapi dibantu oleh seorang rakan saya.

Kekadang agak sukar untuk menyatakan sesuatu yang pada pekiraan seseorang bahawa, kerja-kerja sedemikian agak mustahil untuk dilakukan di rumah-rumah terutamanya di dalam kawasan taman. Seperti yang saya katakan pada posting yang sebelum ini, di dalam serba kepayahan ini, saya cuba kuatkan semangat untuk berkompromi dengan "rumah" bertukar menjadi "pejabat" untuk seketika waktu sahaja sehingga keadaan mengizinkan saya melakukannya kerja-kerja pembuatan inkubator ini di premis yang sewajarnya.

Kalau dulu saya rasa agak kekok untuk menyatakan keadaan sedemikian namu sekarang sudah menjadi sebati, namun tidaklah sampai saya menjadikan suasana ini berkekalan. Apa yang pasti, saya sentiasa berterus terang dengan semua pelanggan dan bakal pelanggan saya untuk menyatakan sesuatu yang HAK. Tidak ada "kekhilafan". InsyaAllah!

Memendekkan cerita, setelah penerangan ringkas (secara sepintas lalu) diberikan, Encik Ubaidillah, Puan Roziemah serta bakal pemilik inkubator akan menghala ke Beranag untuk melawat "Ladang Seri Bumi Ternak" milik En. Zul Helmi. Hajat untuk melawat ladang tersebut telah di sampaikan kepada En Zul, bahawa kedatangan rombongan PPK Kuala Selangor tersebut adalah sekadar meninjau kaedah-kaedah penternak ayam-ayam kampung & Belanda serta ayam mutiara. Sehingga ke saat posting ini ditulis, saya kurang pasti apakah perkembangan seterusnya dari Ladang Seri Bumi Ternak.

Harap-harap En Zul Helmi membantu dan memberi kerjasama yang baik dengan rombongan tersebut.


Progres Pengeluaran Inkubator

Bersua kembali teman-teman sekelian! Agak lama saya juga tidak menulis. Kebiasaanya, saya menulis selang 2 atau 3 hari saja di antara satu-satu posting. Disebabkan sedikit kekalutan dalam urusan pengeluaran inkubator yang agak banyak pada sebulan ini, maka saya memberi sedikit tumpuan kepada aspek-apsek pengeluaran seperti urusan pembelian komponen, pengawalan kualiti dan juga urusan pembuatan. Maklumlah, syarikat kecik, belum berkemampuan untuk membayar gaji pekerja. Baru setahun jagung!

Maka, setiap frasa proses pengeluaran akan dipastikan keberkesanannya.
Ditambah pula beberapa penambah-baikan dilakukan kepada:

  1. Controller system - membangunkan semula CIP Pemproses Mikro yang lebih efisyen dan teratur dengan mengambil-kira komen-komen dan komplen yang membina dari pelanggan-pelanggan.
  2. Menambah sebuah lampu (filament bulb) pada bahagian dalam chamber inkubator untuk tujuan tinjuan yang lebih praktikal terutamanya pada waktu-waktu malam dan gelap.
  3. Mempertingkatkan kapasiti (muatan) telor di atas satu-satu set bekas telor dengan menambah bilangan jalur tray daripada 7 jalur kepada 8 jalur yang pada umumnya boleh memuatkan sebanyak 120 biji telor ayam kampung untuk setiap tray. Dengan yang demikian, untuk MODEL MI-103S/D boleh memuatkan sehinggan 360 biji telor ayam kampung dan MODEL MI-203S/D boleh memuatkan sehingga 720 biji telor dalam satu satu masa. Kapasiti ini jauh lebih memanfaatkan penternak berbanding dengan hanya 315 biji dan 630 biji telor pada sebelum dipertingkatkan bentuk tray telor.

Sekarang ini, rumah saya hampir menjadi seperti kilang pemproses inkubator. Kepada yang belum pernah mengetahui, saya hanya beroperasi dari rumah saja. Janganlah pula mengandaikan saya mempunyai kilang atau workshop pengeluaran seperti pembuat-pembuat kita yang lain. Akan tetapi, jaminan harus saya berikan bahawa, kualiti buatan adalah setanding kalau pun tidak melebihi pembuat-pembuat inkubator ternama terutamanya dari negara asal seperti USA.

Untuk menangani harga yang lebih baik dan kompetitif kepada para pelanggan pada masa akan datang (tempahan komponen dah pun dibuat), saya telah membuat dalam bentuk kuantiti yang agak berskala sederhana iaitu sekitar 50 set berbanding dengan sekitar 10 set untuk setiap tempahan. Dengan tempahan yang kuantitinya agak besar, sudah tentu harga yang ditawarkan adalah jauh lebih rendah dan kita mempunyai "purchasing power". Saya begitu berhasrat, ada beberapa kelainan dalam skop penawaran produk saya kepada para pelanggan yang bakal membeli inkubator NICHE dalam waktu yang terdekat.

Antaranya ialah:

  1. Penawaran harga yang jauh lebih baik daripada apa yang ada sekarang dengan kualiti produk yang tidak tergugat malah akan dipertingkatkan.
  2. Penambah-baikan fungsi yang asas sebagai sebahagian daripada keperluan operasi harian penetasan.
  3. Tawaran untuk menjual komponen-komponen penting yang dikhususkan kepada tuan punya inkubator MANUAL untuk mereka membuat pengubah-suaian kepada model "AUTO TURNER" sepenuhnya. Ini dinamakan "value-added". Dengan hanya mebeli dan memasang komponen ini, sesuatu inkubator akan mempunyai auto-turner. Konsep yang diperkenalkan ialah konsep "plug & play". Boleh disesuaikan dengan sebarang bentuk inkubator manual!

Nantikan akan ketibaan tawaran yang istimewa ini dalam waktu yang terdekat!

Sibuknya Aku Seminggu Ini!

Masa terus berlalu begitu pantas. Pejam celik, pejam celik dah nak masuk akhir tahun 2009. Nampak gayanya, azam yang aku angan-angankan untuk menzahirkan apa yang terhajat mungkin terpaksa ditangguhkan lagi. Tidaklah sampai terbatal. Semuanya itu berkait rapat dengan kapasiti aku sendiri. Aku ingatkan, aku dah boleh berlari, rupanya masih belum lagi. Bertatih pun belum sempurna!

Yup! itulah kehidupan. Banyak mana sekali pun yang akal kita mampu terfikir, namun ianya mesti diuji dengan kekuatan fizikal juga. Barulah sealiran, barulah sepadan. Kena juga berpijak pada bumi yang nyata. Kekadang, hati ini terlalu berdegil untuk tidak mahu menerima hakikat bahawa terlalu banyak keterbatasannya apa yang mampu kita capai sekiranya hanya berpandukan kepada logik akal semata-mata.

Aku tidak mahu bercerita panjang lebar. Aku bercerita perihal pengalaman aku sendiri. Petang ini aku terjumpa kawan lama di Proton. Kawan itu terkejut bila mana dia melihat aku sendiri yang melakukan kerja-kerja yang pada suatu ketika dahulu, kerja itu merupakan kerja "pekerja". YES! itu dahulu pada era aku berada dipuncak kejayaan. Namun berbeza dengan sekarang. Aku diuji dengan begitu hebat oleh Allah swt hatta segala macam milik aku (walhal itu hanya pinjaman dari Allah swt sahaja) disentap dengan begitu senang sekali walaupun kehilangan tersebut merupakan musibah berunsur kecederaan melalui kemalangan di tempat kerja. Itu semua adalah "Kifarah" atau tubusan "CASH" atas segala macam dosa di atas dunia ini. Syukur! aku masih terus bersabar dan atas kesabaran itulah aku masih berada di sini, di Proton sekarang ini melangsaikan peringkat akhir satu "projek".

Bukanlah menjadi satu hajat yang besar untuk aku melakar kembali sejarah kegemilangan bisnes dengan Proton, akan tetapi sebagai menghormati pertolongan dan ihsan seorang teman di Proton yang tak sudi melihat aku dihimpit dengan kesusahan yang berlarutan. Maka dipelawanya aku untuk mengambil satu bahagian tender dan berjayalah aku mendapatka projek tersebut.

Huh!, tidak kusangka, rupa-rupanya kerja tersebut hampir menjerat aku dengan pelbagai keterbatasan terutamanya dengan masalah "staffing". Aku bekerja sebatang kara. Tiada siapa yang menolong aku kecuali "rakan kongsi" aku yang juga merupakan rakan sehidup-semati aku, iaitu isteri aku yang memang merupakan "shareholder" syarikat sendirian berhad milik aku iaitu "Pristine Omega Sdn Bhd atau Pristine". Tanpa isteri aku, mungkin segalanya gagal agaknya. Aku menggunakan khidmat kepakaran beberapa rakan lama aku untuk membantu aku melangsaikan kerja-kerja aku. Namun ia tetap tidak seperti yang dirancangkan. Terdapat kepincangan dalam menjayakannya. Mungkin kerana sinergi yang kurang berbanding dengan pekerja yang dibayar gaji.

Ditambah pula aku sudah semakin sibuk dengan tugasan membina inkubator yang hampir pasti akan menjadi produk asas perniagaan aku sejurus selepas aku menamatkan kerja-kerja di Proton. Ku tabahkan hati. Akan aku cuba langsaikan kerja yang masih berbaki sekitar 10 -15% sahaja lagi. Dan dengan jumlah kerja yang berbaki sebanyak itu, aku mungkin mampu tersenyum seandainya aku dapat menyiapkan dalam tempoh kurang dari 2 minggu dari sekarang. Sudah cukup untuk aku memodalkan sebagai sebahagian dari modal asas untuk aku terus berdampingan sebagai pembekal inkubator fungsi automatik sepenuhnya yang terunggul di Malaysia. Itu lah sebahagian dari cita-cita aku yang hampir mencapai umur setengah abad hanya beberapa tahun sahaja lagi.

Sekarang aku dalam proses menyiapkan sekurang-kurangnya 16 biji inkubator model MI-103D daripada Jabatan Veterinar Perak dan juga pelbagai tempahan dari orang persaorangan termasuklah 2 set kepunyaan Dato' Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang ditempah melalui seorang sahabat di Putrajaya.

Semoga Allah mempermudahkan urusan aku segalanya dengan membuka lebih banyak ruang perniagaan yang menjurus kepada perlakuan IBADAH. Bukanlah niat aku untuk meninggalkan peluang bisnes di Proton, tetapi, sebagai pembuat inkubator, aku juga tidak meninggalkan kemahiran yang ada pada diri aku di mana pembuatan inkubator juga memerlukan ilmu dan pengalaman yang cukup berkaitan dan sama sahaja dari segi konsep. Ianya masih tetap memerlukan kemahiran "sistem automasi dan integrasi" yang merupakan teras kepada konsep asas perniagaan aku.
Dan semoga Allah memakbulkan cita-cita aku! Aminnn!




Seminar Untuk OKU

Semalam, tanggal 8/11/2009, saya telah dijemput untuk memberi ceramah pendek aka seminar ringkas berkaitan dengan peluang-peluang penternakan yang boleh diterokai oleh warga OKU khususnya berkaitan dengan penetasan telor unggas. Seminar tersebut telah dianjurkan oleh Persatuan OKU Negari Melaka, bertempat di Pejabat Rasmi mereka di Masjid Tanah, Melaka. Seminar yang bermula kira-kira pukul 9 pagi itu tamat sekitar jam 12 tengahari.


Seminar yang dikhususkan kepada warga OKU itu telah dihadiri oleh ramai OKU sendiri termasuk penjaga-penjaga kepada OKU yang berdaftar dengan persatuan. Di samping itu, terdapat juga peserta dari kalangan orang-orang biasa yang dijemput oleh Persatuan OKU. Juga terdapat wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang turut hadir.

Seperti yang dirancang, tujuan seminar pendek ini ialah untuk memberi pendedahan kepada golongan OKU khasnya bahawa di dalam bidang penternakan ini ada sesuatu yang dapat dikongsikan kepada mereka yang betul-betul mempunyai kecacatan FIZIKAL yang mana kehidupan mereka ini terlalu bergantung harap kepada para penjaga mereka samada ibubapa, kakak, abang atau saudara mara mereka. Namun, kesemua itu bukanlah menjadi satu halangan untuk membolehkan OKU itu untuk turut serta dalam bidang penternakan secara langsung.
Apa yang saya diminta untuk memperjelaskan ialah di manakah fungsi OKU ini dapat diserlahkan. Saya telah memberi pendedahan berkaitan dengan proses penternakan unggas secara sepintas lalu bermula dari proses pemeliharaan baka (pembiakan baka), proses penetasan, proses nurseri (perindukan) sehinggalah pemeliharaan ayam.

Setelah itu saya memberi penekanan terhadap peluang terbaik untuk mereka menerusi program Penetasan Telor Unggas yang mempunyai ciri-ciri fungsi automatik sepenuhnya di mana, warga OKU ini hanya memerlukan sedikit sangat usaha untuk menjayakan program ini. Menceritakan ini ialah melalui pendekatan mirip kepada "contract farming" yang bakal dipelopori dan diseliakan oleh Persatuan OKU itu sendiri.

Dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Persatuan OKU ini, yang mana persatuan ini mempunyai pertalian dan jaringan yang cukup mesra dengan JKM, adalah menjadi harapan keseluruhan warga persatuan OKU supaya JKM khususnya dapat mengenal-pasti akan kesinambungan dari program yang rata-rata diminati oleh golongan OKU yang terbabit. Hatta, sebelum program seminar ringkas ini diadakan, Persatuan OKU ini telah pun memulakan langkah bijak mereka dengan membuat survey dan diikuti dengan pengesahan kehadiran ramai sekali warga OKU pada seminar tersebut.

Adalah menjadi harapan yang amat besar, golongan OKU selepas ini (bagi mereka-mereka yang berdaftar dengan persatuan) agar pihak berwajib seperti JKM dan yang lain-lainnya menilai seterusnya tampil memberi bantuan khusus untuk menjayakan program ini. Mereka merasakan seolah-olah mereka tidak hanya perlu diberi "umpan" semata-mata malah lebih daripada itu golongan OKU ini memerlukan "pancing" sekali dengan lubuk-lubuk yang bakal disediakan oleh pihak persatuan.

Persatuan juga, di akhir seminar semalam jelas mengharapkan, seminar semalam hanyalah satu langkah permulaan yang mana mereka akan menganjurkan lebih banyak siri-siri penerangan yang berbentuk seminar pendek ini kepada seluruh wawga OKU Melaka. Mereka juga menwar-warkan agar lebih ramai lagi golongan OKU mendaftarkan diri dengan Persatuan dari semasa ke semasa. Peserta juga telah dijamukan dengan sedikit jamuan ringan bagi memeriahkan suasana dan majlis berjalan begitu lancar dan mendapat kerjasama yang cukup baik dari peserta dengan respon-respon dan soal-balas dari peserta.





Katalog Untuk NICHE Inkubator

Sebagaimana yang disarankan oleh ramai pengunjung blog, maka saya paparkan di sini katalog khusus berkenaan dengan senarai inkubator keluaran kami dengan menampilkan sedikit penerangan dari segi kefungsian dan sistem yang diguna-pakai. Dalam masa yang sama, disertakan juga spesifikasi umum untk keseluruhan inkubator keluaran kami demi untuk memudahkan anda sekelian membuat rujukan sekiranya perlu.

Katalog yang disediakan di sini adalah dalam bentuk image yang mana anda boleh "copy" & "save" dan bukan sekadar web page. Ini bermakna anda boleh muat turun dan membuat cetakan jika perlu.


Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang perihatin semoga dari semasa ke semasa saya akan cuba sedaya upaya untuk memperelokkan produk keluaran saya bukan sahaja dari segi mutu barangan itu sendiri, malah juga perkhidamatan selepas jualan dan juga perkhidmatan atas talian seperti ini.


1. Muat-turun Katalog NICHE Inkubator


2. Muat-turun Spesifikasi Umum NICHE Inkubator






Katalog Produks

Senarai Produks Yang Dikeluarkan Oleh Niche Strategy Marketing





Senarai Produk Dari Brinsea







Kami Tawarkan Konsep Penetasan Terbaik

Assalamulaikum & Salam Sejahtera

Posting kali ini agak berkait rapat dengan posting yang dibuat semalam. Ianya masih berkisar kepada kenapa & mengapa anda harus malah kekadang itu sampai ke tahap MESTI untuk memilih Mesin Pengeram/Penetas Telor Fungsi automatik sepenuhnya. Saranan yang bakal menyusul adalah berdasarkan kepada hujah-hujah yang disokong oleh pengalaman saya sebagai pembekal mesin yang kerap berinteraksi dengan pelbagai kelompok penternak kecilan dan juga penternak sederhana besar.

Di dalam mengejar arus kemajuan yang berteraskan teknologi, penternak kecilan yang rata-ratanya adalah penternak Melayu selalu dihimpit dengan masalah penguasaan teknologi dalam mendepani persaingan dengan penternak bersakla sederhana dan besar. Bukan sekadar persaingan dari segi harga yang perlu ditawarkan, malah ianya berkait rapat dengan masalah kecekapan pengeluaran samada telor, anak ayam atau ayam dewasa. Kegagalan yang utama yang dikenal-pasti adalah bermula dari peringkat penetasan lagi di mana terdapat sebilangan besar masyarakat penternak yang masih menggunakan kaedah konvensional dalam proses penetasan iaitu menggunakan ibu ayam. >

Walaupun tidak dapat dinafikan, itu adalah proses semula jadi, namun di dalam menjalankan perniagaan, penggunaan ibu ayam adalah kaedah paling kurang cekap dan merugikan waktu berbanding dengan menggunakan mesin penetas. Ia menyebabkan ibu ayam kurang cekap dalam mengeluarkan telor kerana sebahagian besar masanya dihabiskan untuk menetaskan telor dan seterusnya mengawal anak-anak ayam selepas satu-satu proses penetasan. Jelas satu pembaziran waktu.

Kenapa Perlunya Kepada Penetas Telor

Selain dari faktor-faktor yang pernah diperjelaskan sebelum daripada ini dan juga dari kupasan di atas, amat jelas bahawa penggunaan inkubator dapat mengelakkan pembaziran waktu seterusnya meningkatkan sebahagian dari keupayaan dan kecekapan pengeluaran penternakan ayam. Namun, dewasa ini pendedahan kepada penggunaan mesin pengeram telah terbahagi kepada dua kelompok iaitu Mesin Pengeraman automatik dan mesin pengeraman operasi manual.

Anda sudah dikirakan telah melepasi sebahagian dari pembaziran waktu seandainya anda menggunakan mesin penetas operasi manual namun ianya juga masih mempunyai beberapa kelemahan yang tidak sepatutnya. Dari kefahaman "MANUAL" itu sendiri telah bermaksud ianya masih memerlukan tenaga dan usaha manusia untuk memastikan mesin itu untuk beroperasi dan menghasilkan apa yang dihajati. Maka di sinilah nanti ujudnya pelbagai kemungkinan dan kelemahan bersabit dengan proses "disiplin" yang sudah barang pasti kita sebagai seorang manusia yang bersifat lemah dalam banyak urusan akan menjadi alpa, leka, lalai, terlupa dan selalu tiada "masa" untuk melaksanakan tugas yang diperlukan oleh mesin.

Sehubungan dengan itu, kemampuan untuk memiliki mesin penetas berfungsi automatik sepenuhnya akan menyebabkan kecekapan keseluruhan operasi sistem meningkat semaksima mungkin. Ianya memerlukan sedikit sangat usaha penternak dalam merialisasikan "tugas" atas sifat automatiknya itu. Anda tidak lagi perlu untuk memusingkan telor-telor dengan jari-jemari anda bagi mengubah kedudukan telor dalam tempoh proses pengeraman.

Sudah tentu proses menggolek-golekkan telor merupakan satu proses yang memerlukan masa dan tumpuan. Dan proses inilah yang akan membebankan penternak malah penternak sudah pasti tidak mampu untuk melakukan kerja-kerja sedemikian seandainya kuantiti telor yang hendak digolekkan adalah banyak.

Yang demikian juga akan menyebabkan inkubator anda terdedah kepada proses aliran haba keluar dan ini jelas mengundangkan kerosakan kepada telor-telor yang dalam proses pengeraman.

Ciri-Ciri Utama Niche Inkubator

Berlainan dengan mesin pengeram/penetas telor jenis manual, Niche Inkubator menawarkan keunggulannya yang tersendiri yang menampilkan ciri-ciri "automatik" sepenuhnya yang menjadikannya menghampiri suasana proses pengeraman/penetasan semulajadi atau tabie. Antaranya ialah:


  1. Dilengkapi dengan sistem pemusing telor yang automatik sepenuhnya. Telor-telor akan diubah kedudukannya dari satu posisi ke satu posisi yang lain dalam kadar waktu yang berkala, iaitu setiap 1 jam 1 kali.

  2. Menggunakan gabungan teknologi antara sistem pemanas yang lasak (menggunakan heater yang direka khusus) dan teknologi pengawalan suhu secara digital bagi membekalkan ketepatan suhu yang stabil di dalam ruang pengeraman dan/atau penetasan.

  3. Menggunakan gabungan antara kipas berkelajuan tinggi, pemanas, sistem kawalan suhu yang unggul dan air untuk membekalkan kelembapan yang stabil di dalam ruang pengeraman dan atau penetasan.

  4. Kaedah menstabilkan kelembapan dalaman dan juga membekalkan udara (oksigen) yang bersih untuk menampung proses pernafasan janin-janin dengan memebekall udara dari luar.

  5. Menyahkan Karbon Dioksida keluar dari ruang penetasan menggunakan teknologi "circulated air".

  6. Penggunaan konsep yang paling terbaik di dalam industri penetasan telor adalah dengan menggunakan "Circulated Air System" untuk membolehkan peredaran udara panas, kelembapan, penyahan CO2 yang sekata dalam keseluruhan ruang pengeraman/penetasan

Keberkesanan

Dalam usaha membantu penternak-penternak kecilan dan sederhana ini, kami menampilkan beberapa model yang sesuai dengan keperluan pelbagai peringkat. Malah keupayaan kami untuk mengeluarkan satu-satunya inkubator fungsi otomatik untuk kegunaan pelbagai jenis unggas telah membuatkan populariti Niche Inkubator meningkat. Malah telah ramai di antara pembeli menyatakan kekadang, Niche Inkubator mampu untuk memberikan kecekapan 100% penetasan.

Harus diingat dan ditekankan juga bahawa, seseorang penternak bukan sahaja perlu berbangga atau berpuas hati dengan penetasan yang tinggi, malah, apa yang lebih perlu ialah mendapatkan anak tetas yang baik mutunya yang mempunyai kecekapan fizikal yang mantap.

Kekadang mereka lupa, anak ayam yang tetas sebelum waktunya akan menjadikan ianya tidak sihat dan mungkin akan mati hanya beberapa hari selepas menetas. Ini adalah ekoran dari permasalahan faktor kelembapan dan kestabilan suhu yang tidak baik. Pelbagai faktor pula yang menjurus kepada mengapa sesuatu inkubator itu tidak mempunyai kecekapan suhu dan kelembapan yang kurang stabil, antaranya ialah:

  1. Menggunakan thermostat yang tidak berkualiti
  2. Menggunakan pengukur suhu yang kurang berkualiti
  3. Menggunakan sistem pemanas (heater) yang lemah
  4. Tidak menggunakan kaedah pengaliran udara keluar/masuk
  5. Tidak mempunyai sistem edaran udara/kelembapan dalaman samada Circulated Air atau sekurang-kurangnya Forced-Air
  6. Kotak eraman yang ringkas yang tidak kedap udara (ketirisan haba berlaku)
  7. Konsep edaran udara yang tidak sesuai dan SALAH

Jesteru itu, kami sebagai pembuat inkubator otomatik ini cukup yakin dengan bautan yang boleh dikatakan "professional" kerana kami mampu menyediakan inkubator yang sesuai untuk kesemua kalangan penternak dengan kualiti yang setimpal dengan buatan dari negara luar.






Ciri-Ciri Yang Perlu Ada Pada Inkubator

Salam Mengunjung!

Setelah Sekian banyak posting-posting telah kami lancarkan, kami seolah-olah terlupa akan menceritakan definasi kasar berkaitan dengan apa yang dimaksudkan dengan penetas telor. Walaupun ianya berbahasa Melayu Tulin (rasanya la kot walaupun pada asalnya mungkin dari perkataan Sanskrit), dan ianya mungkin mudah difahami oleh ramai pengunjung laman blog ini, tetapi sedikit definasi ringkas secara teknikalnya perlu diterangkan juga. Adalah diharapkan kepada semua pengunjung, samada bakal mencari sesuatu jenis penetas telor yang terbaik atau pun sekadar melayari blog ini untuk mendapatkan sedikit maklumat (andainya berkaitan), mungkin definasi ini janggal atau sesuatu yang baru. Sekiranya anda sudah pernah mendengarnya di mana-mana, anggaplah ini sekadar peringatan biasa sahaja. Tidak lebih daripada itu.

Apakah Makna Umum Penetas Telor


Inkubator dan penetas telor adalah dua benda yang berbeza jika dilihat dari perspektif yang lebih dekat. Ramai di antara kita menyebut inkubator, dan ada pula yang menyebut penetas telor. Itu adalah kurang tepat seandainya ia menganggap itu adalah dua benda yang sama. Inkubator dalam konteks ini dimaksudkan dengan "Alat Pengeraman" manakala "Penetas Telor" pula dimaknakan dengan "Hatcher" atau dipermudahkan dalam Bahasa Melayunya ialah Hacheri (apa yang pernah & selalu saya lihat di Pusat Penetasan Itik Paya Jaras). Telor-telor ayam perlulah diramkan terlebih dahulu sebelum ianya boleh ditetaskan oleh samada melalui proses tabie atau proses buatan iaitu melalui alat penetas telor.

Ditambah pula, terdapat sedikit perbezaan di antara kedua-dua proses tersebut di mana sebagai contohnya, ayam kampung hanya memerlukan 18 hari tempoh pengeraman dan 3 hari tempoh penetasan (pada lazimnya sekiranya penetasan itu bersifat normal).

Elemen-Elemen Yang Perlu Dikawal

Di dalam suasana pengeraman, elemen-elemen di bawah mestilah diambil kira atau mesti diadakan samada memalui induk asli ataupun melalui proses ciptaan/buatan:

  1. Suhu yang terkawal
  2. Kelembapan (%RH) yang terkawal
  3. Kekerapan Pemusingan Telor (Menggerakkan Telor) Yang Sekata
  4. Edaran Udara Segar
  5. Penyahan Karbon Dioksida

Manakala sewaktu proses penetasan iaitu setelah tempoh 18 hari proses pengeraman berlalu, elemen-elemen berikut hendaklah diadakan:

  1. Suhu Yang terkawal
  2. Kelembapan (%RH) yang terkawal
  3. Edaran Udara Segar
  4. Penyahan Karbon Dioksida

Jelas di sini bahawa sewaktu proses penetasan, menggolek-golekkan telor atau menggerakkan telor adalah amat tidak diperlukan sama sekali. Dengan kata lain, telor-telor mestilah diletakkan di satu tempat yang rata dengan hanya membiarkan telor-telor mengalami proses pengawalan 4 perkara yang dinyatakan di atas sahaja. Secara logik akalnya juga, sewaktu proses pengeraman dilakukan, telor-telor mestilah digolekkan dalam kekerapan yang tertentu untuk mengelakkan dari lapisan luar embrio terlekat pada kulit telor (sebab utamanya lah). Ini kerana sekiranya telor dibiarkan berkedudukan pada satu-satu posisi sahaja di dalam tempoh pengeraman (dalam julat waktu yang lama), kebarangkalian embiro terlekat pada kulit adalah tinggi terutamanya untuk telor-telor yang baru diramkan.

Melekatnya embrio (selaput) pada kulit telor akan menyebabkan terbantutnya proses tumbesaran embrio yang seterusnya sehingga boleh mengakibatkan kematian janin di dalam telor. Proses inilah yang paling banyak berlaku pada hampir keseluruhan Pengeram Telor Manual seandainya telor-telor tidak digerakkan pada kadar (kekerapan) yang secukupnya. Ini aalah kerana bukanlah sesuau yang mudah bagi mendisiplinkan diri menguruskan usaha untuk memusing dan membalikkan setiap biji telor tepat pada waktunya berada pada kedudukan yang sebenarnya (akan diterangkan lagi selepas daripada ini). Dan ini juga merupakan delima yang terbesar dihadapi oleh kebanyakan penternak-penternak kecilan.

Memperjelaskan lebih terperinci sedikit, menggunakan Pengeram Telor bermakana anda akan cuba untuk menetaskan telor-telor unggas tersebut bukan secara tabie lagi kerana penetasan yang normal dan tabie ialah menggunakan ibu-ibu unggas itu sendiri (induk asli) untuk mengeramkan telor-telor tersebut terlebih dahulu. Maka di dalam proses pengeraman inilah setiap sesuatu elemen pengawalan bagi membolehkan telor-telor melalui proses eraman yang betul-betul menyerupai induk asli perlu dikawal sepenuhnya. Sekurang-kurangnya elemen-elemen seperti yang tertera di atas adalah amat perlu untuk dihadirkan MENYERUPAI atau MENYAMAI apa yang dapat diberikan oleh induk-induk asli ketika melakukan proses pengeraman

Selepas daripada ini, anda akan diberi sedikit penerangan berkaitan perkara-parkara di bawah.



When The Thing Goes Wrong!

Did I Make The Mistake?

Yes! This time it really ruins me! It started when everything goes not as per planned. Was it me? Or was it the supplier?

Last 3 days I made an inquiry via the online services provided by the system. The services were excellent in addition to the personal asistance provided by the online voice telecommunication. This is the best part we received when we dealth with a prominent multi-national company. Very well explained, technologically assisted and knowledgeable. But still, why must the mistakes happened/occured?

Everything goes well even when I personally went to the counter to make the cash payment with the expectation that I would get the goods instantly. My guess was wrong. The ex-stock as mentioned by the online sales personnel was referred to the ex-stock in the Singapore office. Huh! I felt a bit shock as I fed with some mis-information. Why in the first place, the online sales personnel did not tell me the real situation instead expecting me to understand their standard operation? To me, when someone refer to the ex-stock, it should be here in Kuala Lumpur and definitely not in the other country.

Do They Aware Of Their SOP?

Well, it was still okay when the ctounter sales assistant told me that it shall take less than 3 days to arrive in Malaysia, the best still the goods will be delivered up to my door-step! Though at that time, I have prepared to refuse the offer by the counter sales asistant as I can get the stock here in Kuala Lumpur with the ex-stock basis, but with a little bit expensive in terms of the price; I then agreed to make the full payment by cash. The payment has been done when the counter sales assistant pronounced once only and I "heard" it was correct. Without asking or re-confirming (that was probably the mistake happened), I took the hand-written sales confirmation receipt and left the counter.

Partly I salute for the fast and prompt services provided by this company. The ordereds' goods arrived exactly 24 hours from the time I made the payment in KL office whereby the goods were delivered deirectly from the Singapore office. Dammed excellent! I was really happy hence dropping my blood-pressure down back to normal, really. I feel relief. NEVERTHELESS, it turned the other way around when I started looking for the packaging. My heart has started fast beeping, as the packaging looked very ambiguous to me. It was exactly as what I first impressed. It was the WRONG part arrived!

Whose Mistake Then?

So, whose mistake was really there! Me? Yes probably and partly and the counter sales asistant as well. This is a daily and rutine job for her and she should be well-informed about her smart duty. It was ok to me! I learnt new lesson in this chaptor. In the past, when my company setup were lined-up with a complete staff and personnel, I had little chance to learn the flows and now I have to scoop up myself. Indeed, it is a pretty good lesson. Not that expensive but good enough!

I have nicely put up my plan to produce several sizes of my incubators' ranges based on very good respond from the Internet viewers which I received numbers of calls daily. This has added my confident when several customers has confirmed their orders by depositing the sum of money to my account. Though I still can anticipated that there should not be any problem with the due dateline given, it is however halted the progress for few days.

So, for the customers who has placed their booking, please do not worry. Your goods will be ready to be delivered within the specified time given.