Progres Pengeluaran Inkubator

Bersua kembali teman-teman sekelian! Agak lama saya juga tidak menulis. Kebiasaanya, saya menulis selang 2 atau 3 hari saja di antara satu-satu posting. Disebabkan sedikit kekalutan dalam urusan pengeluaran inkubator yang agak banyak pada sebulan ini, maka saya memberi sedikit tumpuan kepada aspek-apsek pengeluaran seperti urusan pembelian komponen, pengawalan kualiti dan juga urusan pembuatan. Maklumlah, syarikat kecik, belum berkemampuan untuk membayar gaji pekerja. Baru setahun jagung!

Maka, setiap frasa proses pengeluaran akan dipastikan keberkesanannya.
Ditambah pula beberapa penambah-baikan dilakukan kepada:

  1. Controller system - membangunkan semula CIP Pemproses Mikro yang lebih efisyen dan teratur dengan mengambil-kira komen-komen dan komplen yang membina dari pelanggan-pelanggan.
  2. Menambah sebuah lampu (filament bulb) pada bahagian dalam chamber inkubator untuk tujuan tinjuan yang lebih praktikal terutamanya pada waktu-waktu malam dan gelap.
  3. Mempertingkatkan kapasiti (muatan) telor di atas satu-satu set bekas telor dengan menambah bilangan jalur tray daripada 7 jalur kepada 8 jalur yang pada umumnya boleh memuatkan sebanyak 120 biji telor ayam kampung untuk setiap tray. Dengan yang demikian, untuk MODEL MI-103S/D boleh memuatkan sehinggan 360 biji telor ayam kampung dan MODEL MI-203S/D boleh memuatkan sehingga 720 biji telor dalam satu satu masa. Kapasiti ini jauh lebih memanfaatkan penternak berbanding dengan hanya 315 biji dan 630 biji telor pada sebelum dipertingkatkan bentuk tray telor.

Sekarang ini, rumah saya hampir menjadi seperti kilang pemproses inkubator. Kepada yang belum pernah mengetahui, saya hanya beroperasi dari rumah saja. Janganlah pula mengandaikan saya mempunyai kilang atau workshop pengeluaran seperti pembuat-pembuat kita yang lain. Akan tetapi, jaminan harus saya berikan bahawa, kualiti buatan adalah setanding kalau pun tidak melebihi pembuat-pembuat inkubator ternama terutamanya dari negara asal seperti USA.

Untuk menangani harga yang lebih baik dan kompetitif kepada para pelanggan pada masa akan datang (tempahan komponen dah pun dibuat), saya telah membuat dalam bentuk kuantiti yang agak berskala sederhana iaitu sekitar 50 set berbanding dengan sekitar 10 set untuk setiap tempahan. Dengan tempahan yang kuantitinya agak besar, sudah tentu harga yang ditawarkan adalah jauh lebih rendah dan kita mempunyai "purchasing power". Saya begitu berhasrat, ada beberapa kelainan dalam skop penawaran produk saya kepada para pelanggan yang bakal membeli inkubator NICHE dalam waktu yang terdekat.

Antaranya ialah:

  1. Penawaran harga yang jauh lebih baik daripada apa yang ada sekarang dengan kualiti produk yang tidak tergugat malah akan dipertingkatkan.
  2. Penambah-baikan fungsi yang asas sebagai sebahagian daripada keperluan operasi harian penetasan.
  3. Tawaran untuk menjual komponen-komponen penting yang dikhususkan kepada tuan punya inkubator MANUAL untuk mereka membuat pengubah-suaian kepada model "AUTO TURNER" sepenuhnya. Ini dinamakan "value-added". Dengan hanya mebeli dan memasang komponen ini, sesuatu inkubator akan mempunyai auto-turner. Konsep yang diperkenalkan ialah konsep "plug & play". Boleh disesuaikan dengan sebarang bentuk inkubator manual!

Nantikan akan ketibaan tawaran yang istimewa ini dalam waktu yang terdekat!

1 comments:

Anonymous said...

mintak senarai harga inkubator ke emai arbiha55@yahoo.com

Post a Comment