Sibuknya Aku Seminggu Ini!
Masa terus berlalu begitu pantas. Pejam celik, pejam celik dah nak masuk akhir tahun 2009. Nampak gayanya, azam yang aku angan-angankan untuk menzahirkan apa yang terhajat mungkin terpaksa ditangguhkan lagi. Tidaklah sampai terbatal. Semuanya itu berkait rapat dengan kapasiti aku sendiri. Aku ingatkan, aku dah boleh berlari, rupanya masih belum lagi. Bertatih pun belum sempurna!
Yup! itulah kehidupan. Banyak mana sekali pun yang akal kita mampu terfikir, namun ianya mesti diuji dengan kekuatan fizikal juga. Barulah sealiran, barulah sepadan. Kena juga berpijak pada bumi yang nyata. Kekadang, hati ini terlalu berdegil untuk tidak mahu menerima hakikat bahawa terlalu banyak keterbatasannya apa yang mampu kita capai sekiranya hanya berpandukan kepada logik akal semata-mata.
Aku tidak mahu bercerita panjang lebar. Aku bercerita perihal pengalaman aku sendiri. Petang ini aku terjumpa kawan lama di Proton. Kawan itu terkejut bila mana dia melihat aku sendiri yang melakukan kerja-kerja yang pada suatu ketika dahulu, kerja itu merupakan kerja "pekerja". YES! itu dahulu pada era aku berada dipuncak kejayaan. Namun berbeza dengan sekarang. Aku diuji dengan begitu hebat oleh Allah swt hatta segala macam milik aku (walhal itu hanya pinjaman dari Allah swt sahaja) disentap dengan begitu senang sekali walaupun kehilangan tersebut merupakan musibah berunsur kecederaan melalui kemalangan di tempat kerja. Itu semua adalah "Kifarah" atau tubusan "CASH" atas segala macam dosa di atas dunia ini. Syukur! aku masih terus bersabar dan atas kesabaran itulah aku masih berada di sini, di Proton sekarang ini melangsaikan peringkat akhir satu "projek".
Bukanlah menjadi satu hajat yang besar untuk aku melakar kembali sejarah kegemilangan bisnes dengan Proton, akan tetapi sebagai menghormati pertolongan dan ihsan seorang teman di Proton yang tak sudi melihat aku dihimpit dengan kesusahan yang berlarutan. Maka dipelawanya aku untuk mengambil satu bahagian tender dan berjayalah aku mendapatka projek tersebut.
Huh!, tidak kusangka, rupa-rupanya kerja tersebut hampir menjerat aku dengan pelbagai keterbatasan terutamanya dengan masalah "staffing". Aku bekerja sebatang kara. Tiada siapa yang menolong aku kecuali "rakan kongsi" aku yang juga merupakan rakan sehidup-semati aku, iaitu isteri aku yang memang merupakan "shareholder" syarikat sendirian berhad milik aku iaitu "Pristine Omega Sdn Bhd atau Pristine". Tanpa isteri aku, mungkin segalanya gagal agaknya. Aku menggunakan khidmat kepakaran beberapa rakan lama aku untuk membantu aku melangsaikan kerja-kerja aku. Namun ia tetap tidak seperti yang dirancangkan. Terdapat kepincangan dalam menjayakannya. Mungkin kerana sinergi yang kurang berbanding dengan pekerja yang dibayar gaji.
Ditambah pula aku sudah semakin sibuk dengan tugasan membina inkubator yang hampir pasti akan menjadi produk asas perniagaan aku sejurus selepas aku menamatkan kerja-kerja di Proton. Ku tabahkan hati. Akan aku cuba langsaikan kerja yang masih berbaki sekitar 10 -15% sahaja lagi. Dan dengan jumlah kerja yang berbaki sebanyak itu, aku mungkin mampu tersenyum seandainya aku dapat menyiapkan dalam tempoh kurang dari 2 minggu dari sekarang. Sudah cukup untuk aku memodalkan sebagai sebahagian dari modal asas untuk aku terus berdampingan sebagai pembekal inkubator fungsi automatik sepenuhnya yang terunggul di Malaysia. Itu lah sebahagian dari cita-cita aku yang hampir mencapai umur setengah abad hanya beberapa tahun sahaja lagi.
Sekarang aku dalam proses menyiapkan sekurang-kurangnya 16 biji inkubator model MI-103D daripada Jabatan Veterinar Perak dan juga pelbagai tempahan dari orang persaorangan termasuklah 2 set kepunyaan Dato' Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang ditempah melalui seorang sahabat di Putrajaya.
Semoga Allah mempermudahkan urusan aku segalanya dengan membuka lebih banyak ruang perniagaan yang menjurus kepada perlakuan IBADAH. Bukanlah niat aku untuk meninggalkan peluang bisnes di Proton, tetapi, sebagai pembuat inkubator, aku juga tidak meninggalkan kemahiran yang ada pada diri aku di mana pembuatan inkubator juga memerlukan ilmu dan pengalaman yang cukup berkaitan dan sama sahaja dari segi konsep. Ianya masih tetap memerlukan kemahiran "sistem automasi dan integrasi" yang merupakan teras kepada konsep asas perniagaan aku.

Dan semoga Allah memakbulkan cita-cita aku! Aminnn!
0 comments:
Post a Comment