Tempahan Inkubator Untuk JPV Ipoh
Semalam, seperti yang telah dijanjikan kepada Jabatan Veterinar (JPV) Ipoh, kesemua stok atau tempahan Inkubator untuk Veterinar Ipoh yang berjumlah 9 set telah sedia untuk dihantar. Persetujuan asal dengan JPV Ipoh, penghantaran awal sepatutnya berlaku pada tanggal 25hb November, 2009. Namum pada tarikh tersebut telah agak hampir dengan tarikh hari Raya Korban yang mana saya selaku Setiausaha Masjid As-Salam Puchong Perdana agak sibuk dengan program penyembelihan Qurban Perdana yang berjumlah 14 ekor lembu, maka dengan itu saya telah meminta kebenaran JPV Ipoh untuk menangguhkan penghantaran tersebut ke satu tarikh yang baru iaitu esok 1hb. Desember 2009. Dan permintaan saya itu dipersetujui oleh pegawai JPV Ipoh yang berkaitan. Dalam pada itu sempatlah juga saya menyiapkan apa yang patut bagi memastikan penghantaran itu tiada cacatnya.
Penghantaran kali ini mungkin sedikit berbeza dengan pengantaran yang sebelum ini, di mana kesemua 9 unit inkubator model MI-103 yang ditempah itu akan dihantar ke JPV Ipoh terlebih dahulu dan barulah kemudiannya saya ke Sri Iskandar untuk memberi penerangan kepada bakal penerima inkubator tersebut. Khabarnya terdapat 3 individu yang bakal menerima inkubator Model ini yang berfungsi secara otomatik memusingkan telor untuk tetasan.
Penghantaran kali ini mungkin sedikit berbeza dengan pengantaran yang sebelum ini, di mana kesemua 9 unit inkubator model MI-103 yang ditempah itu akan dihantar ke JPV Ipoh terlebih dahulu dan barulah kemudiannya saya ke Sri Iskandar untuk memberi penerangan kepada bakal penerima inkubator tersebut. Khabarnya terdapat 3 individu yang bakal menerima inkubator Model ini yang berfungsi secara otomatik memusingkan telor untuk tetasan.
Tidak ada banyak perbezaan dari segi spesifikasinya melainkan saya menambahkan satu lagi "nilai tambah" kepada fungsi yang sedia ada iaitu Lampu di dalam ruang penetasan. Lampu ini berfungsi untuk menyuluh sekiranya tuan punya inkubator ingin meninjau apa sahaja yang berlaku di dalam ruang pengeraman dan penetasan walaupun dalam persekitaran yang gelap.
Selain daripada itu, terdapat sedikit perbezaan warna pada badan inkubator, akan tetapi kesemua spesifikasi bahan yang digunakan adalah sama sahaja. Memang semenjak dari awal lagi, saya tidak menghadkan warna untuk membezakan antara model-model inkubator keluaran saya. Sebahagiannya ialah untuk mengurangkan kos binaan inkubator yang sememangnya saya menempah dari kilang pembuat perabut. Maka dengan itu seharusnya bagi mengurangkan kos binaan, maka saya membenarkan inkubator itu dicat dengan cat lebihan kabinet. Akan tetapi, sekiranya jumlah yang ditempah oleh pelanggan adalah dalam kuantiti yang banyak, maka saya akan cuba untuk seragamkan warna-warna tersebut.
Kepada bakal-bakal pembeli yang lain, sekadar makluman sahaja bahawa, sekiranya anda berhajat untuk membeli inkubator keluaran kami, tempoh yang paling awal yang dapat saya siap/hantar ialah dalam tempoh 2 minggu dari tarikh terimaan wang cagaran.
Kami yakin dengan beberapa nilai tambah yang telah dilakukan dari semasa ke semasa termasuk rekabentuk alat pengawal akan menjadikan Inkubator keluaran kami bertambah mesra pengguna dan terima kasih saya yang tidak sudah-sudah kepada pengguna-pengguna yang telah mengesyorkan beberapa penambah-baikan.
2 comments:
saya berminat sgt dgn mesin pengeram telor.. saya dh berkali2 telefon pihak syarikat tetapi tiada jawapan.. saya harap sila maklum balas pada saya secepat mungkin
taufiq
019-4616962
fiq880@yahoo.com
a bathing ape
yeezy 350
giannis antetokounmpo shoes
kd 12
jordan 12
jordan shoes
curry 8 shoes
golden goose
off white hoodie
kd shoes
Post a Comment