Kenapa Tak Menetas?

Sudah tentu sebagai orang baru dalam bidang penternakan unggas, tambah-tambah lagi sekiranya penternak itu berusaha untuk menetaskan anak-anak unggas secara tersendiri, maka tiadalah yang paling gembira apabila mendapati usaha mereka selama ini telah berhasil. Berhasil kerana inkubator milik mereka telah berjaya menetaskan anak. Namun apalah pula perasaan sekiranya keputusan adalah disebaliknya? Kecewa bukan?

Itulah delima sebagai seorang pengusaha penetasan. Apa yang diharapkan ialah anak-anak ditetaskan dengan jaya tanpa menggunakan khidmat ibu unggas. Di sinilah bermulanya segala macam keperluan baik dari segi ilmunya, usaha/tenaganya, pengalamannya dan juga mesin penetas serta baka-baka atau telor-telor untuk tetasan. Elemen-elemen tersebut tidak dapat dikecualikan. Kecacatan atau kekurangan dari salah satu faktor tersebut akan merencatkan kadar penetasan yang terbaik.

Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai mesin penetas yang terbaik, nombor 1 di dunia, namun penetasan adalah berkemungkinannya menjadi 0% seandainya telor yang digunakan bukan dari baka yang sihat.

Begitu juga sekiranya anda telah adakan mesin yang terbaik, telor dari baka yang terbaik,tetapi sekiranya usaha anda kurang untuk memastikan semua kerja-kerja telah mengikut spesifikasi dan piawai, maka sudah barang tentu kekecewaan juga yang bakal melanda dan seterusnya anda akan menjadi phobia kalau pun tidak menjadi trauma.

Apatah lagi sekiranya anda mempunyai mesin penetas yang cukup "BASIC" dari segi spesifikasi teknikalnya, sudah tentu anda tidak perlu untuk merasa risau untuk melihat tidak akan ada anak yang bakal ditetaskan sekiranya tiada usaha langsung untuk membuat penambah-baikan kepada tahap yang lebih bagus.

Begitulah juga seterusnya, kita sebagai penggiat baru dalam bidang penetasan atau penternakan unggas, kesabaran yang tahap dewa amat wajar diterapkan di dalam minda. Sabar untuk melihat kepustusan yang mungkin gagal, sabar dalam menghadapi kerenah dan mehnah mesin, persekitaran, suasana, ineteraksi dengan manusia  dan lain-lain lagi mesti dipahat se dalam-dalamnya. Ini bermakna, anda tidak perlu merasa risau melihat kejayaan orang lain yang saban hari mengeluarkan anak-anak tetasan walhal anda masih terkial-kial mencari punca permasalahan. Ghalibnya, anda mungkin tidak mengetahui bahawa, pesaing anda itu telah mempunyai episod kegagalan yang lebih tragis dari apa yang anda alami. Maka dari sinilah keluarnya peribahasa yang mengatakan, jauh perjalanan luas pemandangan, lama hidup banyaklah lah pengalaman. Sudah tentu, sekiranya sesuatu masalah itu kita tidak sedikit pun mahu mengambil sebagai iktibar, maka tunggulah akan kegagalan yang berikutnya.

Sedikit yang ingin saya sentuhkan di sini ialah berkaitan dengan salah satu kaedah untuk menjamin kadar penetasan yang terbaik (bukan bermakna mesti tetas!). Antaranya ialah :
  1. Anda harus membuat penambah-baikan kepada sistem penetasan yang ada dan tidak hanya bergantung kepada peralatan basic yang dipasang pada inkubator anda.
  2. Anda mesti berani mencuba sesuatu yang baru berpandukan kepada rujukan samada melalui pembacaan adatau rujukan daripada yang lebih pakar.
  3. Memahami betul-betul bahawa, PENGERAMAN & PENETASAN itu adalah dua benda yang berbeza.
  4. Bersedia untuk menerima kegagalan, namun "post-morterm" mestilah dilakukan akan sebab dan asbab berlakunya sesuatu kejadian atau permasalahan.
  5. Kena berkompromi dengan masa. Sekiranya terlalu dihadkan masa untuk melihat kejayaan, mungkin yang hadir nanti ialah kekecewaan.
  6. Anda mesti mempunyai modal yang cukup untuk betarung dengan masalah yang bakal melanda. Sekiranya tiada, itu adalah bermakna bonus untuk anda!
  7. Bersedia dari segi spiritual dan dan fizikal, kena seimbang. Maksudnya di sini ialah, kita telah melakukan yang terbaik namun ada satu lagi kuasa untuk kita bergantung harap, maka berikhtiar itu wajib dan berdoa juga wajib, dan terserahlah kepadaNYA akan segalanya. 
Maka yang sebenarnya tidak ada apa yang harus kita rasa risau dan rimas sekiranya kita benar-benar faham apa yang tersirat di dalam hal yang ke-7 di atas.

Wallahua a'lam




4 comments:

junaidi @ Jerun Roku said...

huh ..memang ayat seorang pencipta incubator... tahniah...

Al-fakirilallah said...

Hahaha..Geng! Itu karangan orang sedang dilanda duka dan nestapa tu. Masa buat karangan tu, sedang bergolek-golek atas lantai pukul 3:30 pagi memohon restu dari Pencipta. Iman tak bagus, waraknya kurang, itu sahaja yang dapat saya nukilkan.

Terima kasih kerana memberi galakan! Pujian itu sewajibnya dipulangkan kepada DIA.

peja said...

haha..bagus bagus..banyak yang lebih suka menuding jari kat orng lain bile berlaku kekecewaan tapi tak ramai yang ingin mmuji biler berlaku kejayaan,..

Al-fakirilallah said...

Peja....Thanks for giving a comments. Itu adalah adat atau tabiat sebagai seorang manusia.

Tak pe...tak perlu risau kerana tidak mendapat pujian dan jangan terlalu berharap sangat akan pujian yang sementara itu.

Malah anda seharusnya mengekori dengan Maha Suci Allah, segala pujian hanyalah untuk MU.

Habis di situ dan kita menjadi manusia yang Redha.

Ke guana....ayam sabung kamu sihat ker? Saya selalu juga berulang alik ke Kelantan sehari dua. Lalu di Besut, Jertih, Permaisuri dan jalan2 tepi pantai.

Ruma kamu kat mana?

Post a Comment