Spot Check Digital Thermometer - Kehabisan Stock

Begitulah hebatnya sebahagian dari produk keluaran Brinsea ini. Kami sebagai pengedar yang sah di Malaysia ini, cuba sedaya upaya dengan kapasiti yang tak seberapa ini untuk memasarkan keseluruhan produk milik kami, samada buatan tempatan mahupun luar negara. Selagi mana ianya memberi manfaat, wajar kami ketengahkan.

Mungkin sukar bagi kami untuk menjual inkubator-inkubator keluaran Brinsea, namun ada juga orang ingin memilikinya. Mungkin disebabkan peranan jenama dan kualiti. Sebahagian dari kita amat terpengaruh dengan jenama. Lazimnya, jenama yang terkenal memang mempunyai asas untuk mempunyai kualiti yang terbaik, jesteru itu juga, mereka menawarkan harga yang agak tinggi. Padanlah dengan usaha mereka untuk capai ke tahap tersebut.

Ghalibnya senang saja. Cuba kita bandingkan komputer IBM dengan komputer Cap Ayam pada satu ketika dulu. Jauh bezanya. Cuma sekarang saja, cap ayam dengan cap IBM, harga hampir sama sebab buatannya adalah dari sumber yang sama.


OK...itu satu hal....Hal yang seterusnya ialah perihal Spot Check Digital Thermometer. Punyalah kecik barangnya (Klu tengok gambar nampak macam besar). Tetapi itulah yang cuba saya bayangkan kepada pembaca sekelian. Kecik-kecik cili padi. Memang berkualiti dan amat sesuai untuk digunakan bagi sistem penetasan telor unggas. Memang berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Seolah-oleh ianya menjadi "Master Thermometer", tidak perlu lahiuntuk ditentu-ukurkan (calibration). Memang tepat.

Lagi satu, setiap pembelian, diselitkan manual ringkas, kenapa dan bagaimana menggunakan thermometer untuk pelbagai jenis incubator yang berlainan jenis, forced air, circulated air and still air. Sekali imbas, kita hanya menggunakan dengan teknik pengukuran yang biasa sahaja. Bagi sesiapa yang pernah membelinya, sila pastikan anda membaca "kertas kecik" itu dan praktiskan.

Kami baru sangat wnjadi pengedar kepada produk ini. Namun di atas permintaan yang sangat baik, batch yang pertama kami import telah terjual semuanya. Hatta, Brinsea Singapore pun telah kehabisan stok. Jadi sebagai makluman awal, kepada sesiapa yang telah menempah Spot Check Digital Thermometer hanya akan ada di pasaran pada sekitar awal Mac 2010.


1 comments:

Post a Comment