Selingan - Kisah Orang Tua & Perangai

Sudah agak lama juga tidak buat posting. Terlalu sibuk dengan pelbagai hal dan masalah. Bertindih-tindih antara masalah duniawi dan ukhrawi. Kedua-duanya ada masalah pada diri saya.

Sejak dari awal tahun 2010 lagi dah memulakan azam baru dengan perancangan jangka panjang iaitu untuk pulang ke Kampung. Alhamdulliah! Langkah pertama ke arah itu telah pun dimulakan. Dan untuk tahun ini saja aku dah balik ke KT sebanyak 3 kali. Tak pernah dibuat-buat sebelum ini. Akan tetapi kepulangan ke KT bukanlah atas sifat bisnes semata-mata, malah ianya lebih kepada masalah "kekeluargaan". Kerenah untuk memahami perangai orang "tua". Baru kini aku mengetahui bahawa orang tua cepat merajuk. Ini terjadi kepada "orang tua aku" yang berada di Kelantan. Nasib baiklah di sana ada beberapa pelanggan yang membeli mesin penetas telor dan juga perkakasan yang berkaitan.

Jadi tidaklah bersahaja ke Kelantan untuk "melihat" kerenah "merajuk giler". Kekadang nak gelak pun ada, kekadang tu nak "ternangis" pun ada.

Entahlah.....aku memang tak faham. Mungkin ini lah yang dikatakan oleh pakar. Kebanyakan lelaki apabila memasuki usia EMAS, maka mereka-mereka ini cepat sensitif, tambah-tambah lagi macam orang tua aku nih yang dah berumur dipenghujung usia, 67 tahun. Tak faham aku, pelbagai cara dah aku lakukan untuk memahami dan mengembalikan suasana kembali kepada normal.


Las-las aku juga yang terpelanting. Dicampakkannya aku jauh-jauh dari lubuk hatinya. Baginya aku dan keluarga aku sudah tiada apa-apa hubungan lagi......Kan pening tuh.

Tapi...ramai juga yang aku bertanyakan kepada warga EMAS akan hal ini. Semua sepakat mengatakan memang rasa sensitif tu ujud dan senang sangat berlaku kepada warga EMAS lelaki. Hampir kesemua yang aku bertanyakan hal ini ialah yang berumur 65 tahun ke atas. Ada yang mengatakan, sestengah itu hanya nak tunjuk "MACHO" sahaja walhal dalam hati bergelodak pilu apabila sesekali perasaan tersinggung. Pada kita yang muda ini, perkara itu amat biasa. Manakan tidaknya, aku tak pernah pulak tinggal sorang-sorang sepanjang masa. Berlainan pula dengan orang tua lelaki aku ni. Memang bersaorangan sudah beberapa tahun, 5 tahun kot. Selama ini tidak pulak menunjukkan sifat-sifat suka merajuk, cumanya kali ini saja apabila betul-betul berjauhan dari aku dan juga cucu-cucu, dea memang menunjukkan sifat yang begitu berlainan. Merajuk sahaja kerja nya.

Kekadang tu memang malas nak layan. Tapi tak kena juga. Rasanya lepas ini aku kena kahwinkan dia, barulah boleh padam rasa sedih dia...

Aku aku ikhtiarkan untuk kali yang keseterusnya. Mudah-mudahan menjadi.






0 comments:

Post a Comment