Apakah Tujuan Anda Ber"blogging"?
Assalamualaikum dan salam bahagia teman-teman seperjuangan sekalian. Saya mendoakan anda beroleh kesihatan sentiasa dan kesejahteraan, sentiasa dalam kerahmatanNya. Sihat segalanya; fizikal dan juga mental (spiritual). Apalah gunanya diberi kesihatan fizikal tapi minda bercelaru, fikiran sering terganggu....haru biru.
Melihat kepada tajuk posting kali ini, tidaklah sangat relatif kepada bidang penetasan atau penternakan unggas seperti yang lazimnya saya lakukan. Namun saya ingin memberi sedikit pandangan berkaitan dengan tujuan mengapa perlunya anda "BIJAK" ber"blogging". Di era serba digital ini, perihal berblogging adalah terlalu lumrah, pelbagai golongan. Tak terkecuali, muda dan tua, lelaki dan wanita. Akhir-akhir ini telah teimbul pelbagai bentuk digital information seperti facebook yang sedikit sebanyak mengimbangi populariti blog. Namun, walaupun tujuannya sama, akan tetapi saya sebagai seorang usahawan kerdil masih tetap memilih untuk berblogging untuk satu tujuan khusus, iaitu untuk MENJANA PENDAPATAN.
Mengimbau kembali saat-saat saya menceburi bidang penulisan digital ini diera tahun 2007, saya begitu teruja dengan kata-kata seperti "How To Make Mony From Blogging". Terlalu banyak spam mel yang mendatangi "inbox" saya. Di ketika itu, saya tidak jemu2 untuk menelaah pelbagai emel. Semua emel menjanjikan pendapatan yang sungguh lumayan. Hatta saya pernah menghadiri seminar keusahawanan berkaitan dengan "blogging".
Lalu saya menghadiri satu kursus khas untuk menjadi seorang "programmer" berkaitan dengan pembikinan laman web. Berbaloi juga pada saya sebagai seorang yang tidak pernah langsung mengetahui kaedah-kaedah menjaga domain dan hosting. Hatta sewaktu saya terlentang sakit hampir 1 tahun, peranan saya sebagai seorang web programmer amat membantu kehidupan saya sebagai ketua keluarga. Saya mempelopori sungguh-sungguh sehinggakan telah banyak laman-laman web yang saya bangunkan. Kesemuanya adalah untuk syarikat-sayarikat SMI dan individu yang mempromosikan produk masing-masing.
Saya seterusnya mempelajari selok belok teknik apa yang dikatakan fenomena di tahun 2005 - 2007 di mana menjana pendapatan melalui penjulan e-book adalah sesuatu yang amat realistik. Bijak sungguh "manusia" membuat duit dengan hanya memberi buah fikiran secara maya sahaja. Hatta saya sendiri terpedaya. Namun dalam banyak-banyak promosi dan/atau "ajakan" saya hanya tertarik dengan beberapa kaedah "MENJANA PENDAPATAN" secara digital melalui web site dan blog; iaitu melalui "Google Adsense". Namun kesemuanya itu hanyalah indah khabar dari rupa bagi saya. Walaupun saya tidak menafikan bahawa telah ramai manusia yang memanupulasikan populariti Google Adsense, saya tetap mengatakan bukanlah sesuatu yang mudah untuk menjana pendapatan hanya sekiranya kita mengharapkan untuk mendapat pendapatan pasif melalui contextual Ads seperti tersebut itu.
Walaupun saya beberapa kali pernah menerima cek dari Google sendiri. Namun untuk menjalani kehidupan besandarkan kepada pengkilanan melalui google bukanlah sesuatu yang menakjubkan, malah meleset. Jadinya saya masih mencari kaedah-kaedah tertentu dengan memikirkan bahawa mesti ada kehebatan sekiranya seseorang itu mahir berblogging. Lantaran itu saya sempat mencipa beberapa e-book dan mempromosikan e-book di dalam beberapa blog percuma saya. Walaupun ada penjualan namun, tidak juga memadaai. Semuanya itu dilakukan di kala saya terlantar sakit. Mahu-tidak mahu saya mesti mencari jalan keluar untuk mengatasi masalah kesempitan hidup akibat daripada kecederaan fizikal yang saya alami.
Setelah membuat rujukan di kebanyakan web site, rata-rata membuat kesimpulan bahawa untuk benar-benar kita mencapai matlamat menjana pendapatan melalui blog, kita mesti mempunyai produk tersendiri yang ada fizikalnya, dan bukan sekadar "digital products". Berulang kali saya memikirkan apakah produk yang mesti saya hadirkan dalam keadaan saya yang masih belum lagi pulih dari kecedaan.
Akhirnya, Allah telah menganugerahkan kepada saya satu idea iaitu satu produk apa yang sedang saya lakukan sekarang ini iaitu Pembuatan Inkubator, bersesuaian dengan kemahiran dan sedikit ilmu yang dipinjamkan oleh Allah kepada saya. Maka sejak dari itu bermulalah secara "REALITI"nya PENJANAAN PENDAPATAN melalui blog. Maka bagi saya inilah yang sebenar-benarnya kaedah yang boleh saya guna-pakai dalam menjana pendapatan. Tetapi ianya bukanlah pendapatan pasif seperti pengiklanan "Google Adsense".
Namun saya berjaya mengubah persepsi saya sendiri bahawa penjanaan pendapatan melalui internet ini terlalu luas skopnya. Hatta setelah hampir 9 bulan dari hari pertama saya lancarkan promosi MINI INKUBATOR ini di dalam internet, barulah ada seorang pelanggan membeli produk tersebut walaupun agak banyak juga penghantar emel bertanyakan berkaitan dengan inkubator tersebut.
Dari itu bermulalah satu motivasi diri dalam melebarkan lagi populariti blog di samping terus menerus meninggalkan kegiatan membangunkan laman web yang semakin lama semakin agak ketinggalan. Untuk rekod, di peringkat awal promosi, saya menggunakan kaedah web site yang menggunakan domain berbayar serta "hosting" berbayar.
Dengan teknologi free blog yang dipopularkan oleh google, maka dengan kemahiran programming html, php, cgi dan beberapa lagi menyebabkan saya makin yakin bahawa, menggunakan blog sebagai platform pemasaran adalah terlalu amat berkesan. Bukan untuk merasa riak atau lebih-lebih lagi bukan untuk menunjukkan kemalasan, akan tetapi saya terlalu amat jarang membuat promosi menggunakan kaedah fizikal atau "flier" untuk mempromosikan produk Mini Inkubator ini. Hampir ke semua jualan adalah tempahan melalui internet, termasuklah pembayaran.
Sekadar peringatan kepada diri saya dan juga kepada sahabat-sahabat sekalian, sekiranya untuk lebih berjaya mempromosikan produk keluaran kita melalui maya (internet), maka apa yang boleh saya sarankan ialah, kita mestilah rajin untuk mempromosikan blog kita. Pelbagai cara. Anda buatlah sedikit kajian melalui "Google". Akan tetapi yang terpenting sekali ialah anda MESTIlah rajin membuat "Update" pada blog anda dengan membuat posting-posting ygng berkaitan dengan skop produk anda sendiri.
Selebihnya, anda jangan ada rasa hangat-hangat tahi ayam dalam mempopularkan blog anda. Anda jangan hanya rajin bila mana blog anda adalah baru. Kena Istiqamah. Kena rajin dan selalu kena memotivasikan diri anda untuk sekurang-kurang membuat update blog purata dalam 3 - 5 hari untuk setiap posting. Ini kerana "Google Crawl" akan melakukan kerja mereka untuk menjadikan blog anda lebih popular dan sentiasa berada di atas untuk setiap "keyword" yang dicari oleh pelayar.
Selain daripada itu, anda mestilah mempunyai minat yang cukup mendalam untuk menjadi "penulis" yang setia kepada blog anda!
Semoga anda menjadi seorang blogger yang berjaya!
0 comments:
Post a Comment