Penternakan Ayam Belanda


Ayam Belanda atau Turkeys amat jarang di dapati secara sebegitu sahaja kecualilah kita terpaksa ke ladang ternakan khusus ataupun sekiranya kita ke kedai-kedai burung di samping kita berkunjung ke Zoo. Sudah barang tentu di Zoo paling tidak pun, kita dapat ketemui beberapa pasang atau ekor Ayam Belanda ini.

Namun, aku agak bernasib baik. Sebagai seorang yang berkecimpung penuh di dalam pembuatan mesen penetasan telor Unggas, aku mendapat banyak peluang untuk melihat secara lebih dekat penternakan pelbagai spises unggas. Bersesuaian dengan penetas telor keluaran aku adalah sesuai untuk semua jenis unggas, aku telah diketemukan dengan seorang penternak Ayam Belanda berskala sederhana.


Yang peliknya, penternak tersebut adalah merupakan sepupu aku sendiri! MasyaAllah.

pada minggu lepas aku pulang ke kampung atas kemahuan sepupu aku untuk membeli sebuah mesin penetas telor ayam belanda. Baru itulah aku tahu yang sepupu aku telah pun betul-betul menceburkan diri dalam penternakan ayam belanda.

Aku agak kagum dengan persediaan rapi yang telah dilakukannya hatta menjurus kepada terbinanya satu saiz ladang yang sederhana besar. Kata sepupu aku, ianya bermula hanya dengan membeli tiga (3) ekor ayam belanda dari Kelang Selangor beberapa bulan yang lalu. Kini baru masuk 3 bulan, bilangan ayam belanda belaannya telah menjangkau melebihi ratusan ekor.

Malah sekrang ini pun, beberapa ekor daripadanya telah menghasilkan telor melalui proses pensenyawaan jantan dan betina ayam belanda. Untuk betul-betul memastikan telor yang dikeluarkan adalah subur, maka untuk pertama kalinya sepeupu aku menggunakan kaedah pengeraman ibu tumpang dengan menggunakan ibu ayam kampung. Dri sembilan biji telor yang diramkan,terdapat 6 biji daripadanya telah berjaya menetas.

Atas sebab-sebab inilah sepupu aku telah memesan 1 set standard penetas telor. Alhamdulillah kesemua telah dibuat dan dihantar. Setelah segala ujian dan penerangan berkaitan dengan pengendalian mesin penetas tersebut, aku menyerahkannya kepada 'pekerja" ladang Ayam Belanda kepunyaan sepupu aku itu.

Amat jelas aku melihat kepuasan terpancar dari wajah "pekerja" tersebut yang juga merupakan bapa saudara aku sendiri memandangkan mereka telah pun menampilkan satu tahap kehadapan berbanding dengan penternak kebanyakan yang lainnya dengan memiliki set penetas telor yang jarang-jarang dimiliki oleh kebanyakan penternak unggas. Ditambah pula dengan pelbagai masalah kegagalan yang pernah dialaminya hasil dari kesilapan membeli penetas yang "tiada kualiti" yang telah pun menyebabkan kerugian 59biji telor Ayam Belanda yang gagal menetas.


Aku bertekad kepada sepupu aku yang aku akan kembali ke kampung hanya untuk melihat pembesaran ladang ternakan Ayam Belandanya sentiasa mengikuti perancangan yang telah dihamparkan buat kesekelian kalinya. Semoga sepupu aku menjadi penternak Ayam Belanda yang berjaya suatu hari nati hendaknya. Mudah-mudahan

6 comments:

BangDon - Servis Buat Blog Ala Website said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

pls call 019-2421748 VENU
or sms me ur no. i will call u

Anonymous said...

sy ternak ayam belanda gak tp kecik2 je..anak baru 50 ekor..alhamdulilah arini baru menetas 12 ekor drp ibu tumpang(ayam kampung)..xtau cara nak perbesarkan ternakan ni..ada sape2 bleh tlg cter pgalamn2 kat sy x? nak tau gak..hehe

Anonymous said...

saya mencari ayam belanda. berapa harga untuk 1 ekor ayam belanda. email me at hikedo2002@yahoo.com sitizurin@ymail.com

BangDon - Servis Buat Blog Ala Website said...

dapatkan tips dan panduan ternak ayam belanda di sini, http://ternakayambelanda.blogspot.com

terima kasih

Post a Comment