Showing posts with label Masalah Penetasan. Show all posts
Showing posts with label Masalah Penetasan. Show all posts

Incubation Troubleshooting : Enhanced Info

Poor hatching results are frustrating and often confusing due to the large number of factors involved. The most common are given below.
It is important to glean as much information from the hatching results as possible to enable the problem to be analysed in detail. Record dates that eggs are set, incubator settings, dates of hatches, weight losses and the number and condition of hatchings. Candle or break open unhatched eggs to estimate the extent of embryo development.
Some general guides:

As can be seen from the table, most of the symptoms listed above are caused by

a small number of problems.


Temperature - Always follow the manufacturers' guidelines: different incubators will require the thermometers to read different temperatures depending on their design. If in doubt replace the thermometer to check accuracy of the readings.



Infection - If you are getting poor results it is particularly important to maintain good hygiene within the incubator. Thoroughly clean the inside of the cabinet and all parts with a disinfectant solution. Again, follow the manufacturers' guidelines and make sure electrical parts are kept dry.
Humidity - Ideally weigh the eggs to monitor weight loss. Aim for about 13-15% (or more for some altricial species) loss during incubation and alter the humidity level to compensate for too much or too little weight loss.
Egg viability - When eggs do not hatch consistently the incubator or incubation technique is usually blamed but it is essential that the eggs set are viable. The parent birds must be healthy, not too young, old or in-bred if good hatch rates are going to be achieved.

Cara-Cara Mengawal Kelembapan (Untuk Niche Inkubator)

Artikel yang bakal dicoretkan di sini adalah khusus untuk pengguna-pengguna inkubator keluaran Niche Strategy Marketing sahaja. Namun secara amnya kepada pemilik inkubator yang lain pun boleh mendapat sedikit maklumat untuk dikongsi bersama, walaupun tidak dapat dipraktikkan sepenuhnya pada inkubator masing-masing.
Umumnya, semua pemilik inkubator, apa jenis dan jenama sekali pun, perlu mengetahui bahawa, elemen pengeraman, bukan sahaja setakat mengawal suhu di dalam ruang pengeraman dan penetasan sahaja, malah ada satu fator yang amat penting, melebihi dari suhu itu sendiri, iaitu kelembapan. Tidak sama kaedah penggunaan dan keperluan kelembapan berbanding dengan peranan suhu di dalam satu-satu proses pengeraman dan penetasan. Secara keseluruhannya, bagi inkubator-inkubator bersaiz kecil, kita sering kali gagal untuk mengambil tahu bahawa pengawalan kelembapan yang baik dan bersistematik adalah tersangat penting. Ini juga mungkin, reka-bentuk inkubator itu sendiri tidak mempunyai mekanisma untuk membolehkan perubahan kelembapan dilakukan.
Saban hari, pengguna-pengguna inkubator khususnya keluaran saya sendiri, membuat pertanyaan kenapa dan mengapa kadar penetasan terlalu kurang malah menjurus kepada kegagalan penetasan langsung. Kadang-kadang terkejut pun ada juga bila dapat mengetahui tahap penetasan yang teramat kurang. Dan menambahkan kegusaran saya ialah pertanyaan itu dari orang muda-muda dan yang memang pun sudah mempunyai pengalaman menternak ayam (apa-apa jenis ayam sekali pun). Ini kerana, terdapat dari kalangan warga veteran yang dapat menetaskan telor dengan begitu efisyen sekali hampir 100%. Tambah lagi, warga veteran ini hanyalah menggunakan penetas telor otomatik keluaran Niche yang paling asas (basic).

Dari sinilah saya mengandaikan (sebab saya pun baru mengeluarkan inkubator ini) bahawa kefahaman seseorang itu berbeza antara tua dan muda, berpelajaran atau tidak, tangkas atau lembap, peka atau tidak peka, gelojoh atau penyabar sifatnya. Ini adalah kerana, saya tidak pernah membezakan reka-bentuk inkubator keluaran saya, dan kalau ada pun hanyalah dari segi alat pengawalan suhu sahaja. Maka yang demikian itulah, saya sering memberi penerangan yang cukup jelas berkaitan dengan sistem pemanasan dan kelembapan yang sesuai lagi terbaik sebelum pelanggan membuat keputusan membeli.
Setelah dari itu juga saya selalu memberi penerangan berkaitan dengan kaedah dan keperluan penetasan yang paling baik apabila menggunakan inkubator keluaran saya.
Seperkara lagi, sering saya melihat, terlalu ramai yang takut-takut untuk membuat perubahan suhu di dalam ruang penetasan masing dan terlalu bergantung kepada setting awal yang dibuat. Sifat-sifat takut yang sedemikianlah yang sering memberi keputusan yang amat mencurigakan dan merugikan. Perlu diingat bahawa, pengguna mestilah melakukan setting yang tersendiri berpandukan kepada yang antara lainnya ialah jenis telor yang digunakan. Telor yang berbeza mempunyai ciri-ciri penetasan yang berbeza-beza.
Maka, setelah mengenal pasti akan jadual penetasan, maka hendaklah diambil kira faktor-faktor ringkas yang disebutkan di bawah ini sebagai satu langkah yang wajib:

  • Setkan suhu di dalam chamber ketahap yang paling stabil dengan pemantauan yang paling baik

  • Jangan masukkan telor terlebih dahulu sehingga kedua-dua elemen penetasan sudah berada pada tahap yang stabil.

  • Kenal pasti jenis apakah telor yang bakal diramkan.

  • Pastikan telor yang bakal dimasukkan ke dalam inkubator dicatat tarikhnya

  • Pastikan air yang mencukupi berada di dalam inkubator untuk tujuan proses kelembapan terhasil.

  • Pastikan pintu inkubator bertutup dengan baik dan kurangkan kebocoran udara panas/lembap kecuali melalui dua lubang yang dikhususkan (udara masuk dan keluar)

  • Kurangkan kekerapan membuka pintu inkubator kecuali terpaksa.

  • Amalkan proses "scanning" atau "egg candling" ke atas setiap biji telor untuk memstikan hanya telor-telor yang mempunyai janin yang sihat sahaja diteruskan proses pengeraman/penetasan. Untuk pengetahuan, tempoh yang paling terbaik untuk membuat "candling" ialah pada hari ke "1/3" dari tempoh penetasan setiap jenis telor. Contohnya, telor ayam ialah pada hari ke-7, telor itik pada hari ke-10, telor puyuh pada hari ke-6 dan sebagainya. Harus dingat juga, telor-telor tersebut tidak perlu untuk di"candle"kan beberapa kali. Sekali untuk setiap telor adalah memadai.

  • Dan yang terakhirnya, kawalah kelembapan suhu di dalam chamber mengikut rajah-rajah yang disediakan dibawah ini:







  • Kami Tawarkan Konsep Penetasan Terbaik

    Assalamulaikum & Salam Sejahtera

    Posting kali ini agak berkait rapat dengan posting yang dibuat semalam. Ianya masih berkisar kepada kenapa & mengapa anda harus malah kekadang itu sampai ke tahap MESTI untuk memilih Mesin Pengeram/Penetas Telor Fungsi automatik sepenuhnya. Saranan yang bakal menyusul adalah berdasarkan kepada hujah-hujah yang disokong oleh pengalaman saya sebagai pembekal mesin yang kerap berinteraksi dengan pelbagai kelompok penternak kecilan dan juga penternak sederhana besar.

    Di dalam mengejar arus kemajuan yang berteraskan teknologi, penternak kecilan yang rata-ratanya adalah penternak Melayu selalu dihimpit dengan masalah penguasaan teknologi dalam mendepani persaingan dengan penternak bersakla sederhana dan besar. Bukan sekadar persaingan dari segi harga yang perlu ditawarkan, malah ianya berkait rapat dengan masalah kecekapan pengeluaran samada telor, anak ayam atau ayam dewasa. Kegagalan yang utama yang dikenal-pasti adalah bermula dari peringkat penetasan lagi di mana terdapat sebilangan besar masyarakat penternak yang masih menggunakan kaedah konvensional dalam proses penetasan iaitu menggunakan ibu ayam. >

    Walaupun tidak dapat dinafikan, itu adalah proses semula jadi, namun di dalam menjalankan perniagaan, penggunaan ibu ayam adalah kaedah paling kurang cekap dan merugikan waktu berbanding dengan menggunakan mesin penetas. Ia menyebabkan ibu ayam kurang cekap dalam mengeluarkan telor kerana sebahagian besar masanya dihabiskan untuk menetaskan telor dan seterusnya mengawal anak-anak ayam selepas satu-satu proses penetasan. Jelas satu pembaziran waktu.

    Kenapa Perlunya Kepada Penetas Telor

    Selain dari faktor-faktor yang pernah diperjelaskan sebelum daripada ini dan juga dari kupasan di atas, amat jelas bahawa penggunaan inkubator dapat mengelakkan pembaziran waktu seterusnya meningkatkan sebahagian dari keupayaan dan kecekapan pengeluaran penternakan ayam. Namun, dewasa ini pendedahan kepada penggunaan mesin pengeram telah terbahagi kepada dua kelompok iaitu Mesin Pengeraman automatik dan mesin pengeraman operasi manual.

    Anda sudah dikirakan telah melepasi sebahagian dari pembaziran waktu seandainya anda menggunakan mesin penetas operasi manual namun ianya juga masih mempunyai beberapa kelemahan yang tidak sepatutnya. Dari kefahaman "MANUAL" itu sendiri telah bermaksud ianya masih memerlukan tenaga dan usaha manusia untuk memastikan mesin itu untuk beroperasi dan menghasilkan apa yang dihajati. Maka di sinilah nanti ujudnya pelbagai kemungkinan dan kelemahan bersabit dengan proses "disiplin" yang sudah barang pasti kita sebagai seorang manusia yang bersifat lemah dalam banyak urusan akan menjadi alpa, leka, lalai, terlupa dan selalu tiada "masa" untuk melaksanakan tugas yang diperlukan oleh mesin.

    Sehubungan dengan itu, kemampuan untuk memiliki mesin penetas berfungsi automatik sepenuhnya akan menyebabkan kecekapan keseluruhan operasi sistem meningkat semaksima mungkin. Ianya memerlukan sedikit sangat usaha penternak dalam merialisasikan "tugas" atas sifat automatiknya itu. Anda tidak lagi perlu untuk memusingkan telor-telor dengan jari-jemari anda bagi mengubah kedudukan telor dalam tempoh proses pengeraman.

    Sudah tentu proses menggolek-golekkan telor merupakan satu proses yang memerlukan masa dan tumpuan. Dan proses inilah yang akan membebankan penternak malah penternak sudah pasti tidak mampu untuk melakukan kerja-kerja sedemikian seandainya kuantiti telor yang hendak digolekkan adalah banyak.

    Yang demikian juga akan menyebabkan inkubator anda terdedah kepada proses aliran haba keluar dan ini jelas mengundangkan kerosakan kepada telor-telor yang dalam proses pengeraman.

    Ciri-Ciri Utama Niche Inkubator

    Berlainan dengan mesin pengeram/penetas telor jenis manual, Niche Inkubator menawarkan keunggulannya yang tersendiri yang menampilkan ciri-ciri "automatik" sepenuhnya yang menjadikannya menghampiri suasana proses pengeraman/penetasan semulajadi atau tabie. Antaranya ialah:


    1. Dilengkapi dengan sistem pemusing telor yang automatik sepenuhnya. Telor-telor akan diubah kedudukannya dari satu posisi ke satu posisi yang lain dalam kadar waktu yang berkala, iaitu setiap 1 jam 1 kali.

    2. Menggunakan gabungan teknologi antara sistem pemanas yang lasak (menggunakan heater yang direka khusus) dan teknologi pengawalan suhu secara digital bagi membekalkan ketepatan suhu yang stabil di dalam ruang pengeraman dan/atau penetasan.

    3. Menggunakan gabungan antara kipas berkelajuan tinggi, pemanas, sistem kawalan suhu yang unggul dan air untuk membekalkan kelembapan yang stabil di dalam ruang pengeraman dan atau penetasan.

    4. Kaedah menstabilkan kelembapan dalaman dan juga membekalkan udara (oksigen) yang bersih untuk menampung proses pernafasan janin-janin dengan memebekall udara dari luar.

    5. Menyahkan Karbon Dioksida keluar dari ruang penetasan menggunakan teknologi "circulated air".

    6. Penggunaan konsep yang paling terbaik di dalam industri penetasan telor adalah dengan menggunakan "Circulated Air System" untuk membolehkan peredaran udara panas, kelembapan, penyahan CO2 yang sekata dalam keseluruhan ruang pengeraman/penetasan

    Keberkesanan

    Dalam usaha membantu penternak-penternak kecilan dan sederhana ini, kami menampilkan beberapa model yang sesuai dengan keperluan pelbagai peringkat. Malah keupayaan kami untuk mengeluarkan satu-satunya inkubator fungsi otomatik untuk kegunaan pelbagai jenis unggas telah membuatkan populariti Niche Inkubator meningkat. Malah telah ramai di antara pembeli menyatakan kekadang, Niche Inkubator mampu untuk memberikan kecekapan 100% penetasan.

    Harus diingat dan ditekankan juga bahawa, seseorang penternak bukan sahaja perlu berbangga atau berpuas hati dengan penetasan yang tinggi, malah, apa yang lebih perlu ialah mendapatkan anak tetas yang baik mutunya yang mempunyai kecekapan fizikal yang mantap.

    Kekadang mereka lupa, anak ayam yang tetas sebelum waktunya akan menjadikan ianya tidak sihat dan mungkin akan mati hanya beberapa hari selepas menetas. Ini adalah ekoran dari permasalahan faktor kelembapan dan kestabilan suhu yang tidak baik. Pelbagai faktor pula yang menjurus kepada mengapa sesuatu inkubator itu tidak mempunyai kecekapan suhu dan kelembapan yang kurang stabil, antaranya ialah:

    1. Menggunakan thermostat yang tidak berkualiti
    2. Menggunakan pengukur suhu yang kurang berkualiti
    3. Menggunakan sistem pemanas (heater) yang lemah
    4. Tidak menggunakan kaedah pengaliran udara keluar/masuk
    5. Tidak mempunyai sistem edaran udara/kelembapan dalaman samada Circulated Air atau sekurang-kurangnya Forced-Air
    6. Kotak eraman yang ringkas yang tidak kedap udara (ketirisan haba berlaku)
    7. Konsep edaran udara yang tidak sesuai dan SALAH

    Jesteru itu, kami sebagai pembuat inkubator otomatik ini cukup yakin dengan bautan yang boleh dikatakan "professional" kerana kami mampu menyediakan inkubator yang sesuai untuk kesemua kalangan penternak dengan kualiti yang setimpal dengan buatan dari negara luar.






    Pentingnya Keseragaman Suhu Dalam Pengeraman

    Di ketika ini, ramai lagi warga kota belum pulang lagi dari menyambut Hari Raya di kampung halaman masing-masing. Ini adalah berandaian dengan suasana yang terdapat di sekliling rumah aku di Puchong, masih ada lagi penghuninya menampakkan kelibat. Kalau tidak di kampung pun, mungkin di dalam perjalanan ke rumah masing-masing. Apapun, aku mendoakan semoga kalian selamat sampai ke destinasi masing-masing khususnya rumah kediaman masing-masing dengan selamat. InsyaAllah.

    Alhamdulillah, aku baru sahaja selesai membuat penambah-baikan terhadap sebuah inkubator milik En. Zulhelmi di Branang Selangor. Puas juga aku berulang-alik ke rumah En Zul untuk mengenal-pasti serta membuat saranan terhadap ketidak-seragaman suhu tidak sepertimana yang dihajati oleh EN. Zul. Untuk makluman, En. Zul telah membeli sebuah inkubator keluaran saya, dengan sebahagian komponen inkubator tersebut menggunakan alat yang dibeli khas untuk inkubator, terutamanya sesuai untuk inkubator keluaran saya. Alat tersebut ialah "temperature controller" yang mana ianya dicipta khusus untuk inkubator, berjenama DutoStat (mungkin buatan Amerika kot!).


    Sepanjang penggunaan DuroStat, En Zul begitu bersemangat dengan ketepatan suhu yang diberikan oleh DuroStat dan memang patut pun, berpadanan dengan harganya yang melebihi dari RM700.00 untuk "temperature Controller" sahaja. Keunggulan alat ini ialah aianya betul-betul dapat mengawal keseragaman suhu di dalam chamber dengan tepat sekali menepati "setting" yang dibuat. Dalam hal-hal yang sedemikian, saya cukup menghormati En Zul Helmi dalam membuat pemilihan yang pada saya amat wajar. Dia sanggup berbelanja lebih untuk mendapatkan sesuatu yang memang banyak manfaatnya. Seperti yang selalu saya perkatakan kepada pembeli mahupun bakal-bakal pembeli inkubator keluaran saya, keseragaman kelembapan (HUMIDITY) di dalam chamber adalah Tersangat penting dalam menghasilkan anak tetasan yang normal dan sihat. Humidity adalah berkadaran secara langsung dengan suhu dan juga kandungan air di dalam camber:


    1. Biasanya, kandungan air adalah tetap (melainkan ianya kering kontang)

    2. Maka, faktor suhu adalah merupakan faktor yang besar kepada kelembapan.


    Dipendekkan cerita mengenai En. Zul, suatu hari DuroStat yang mahal dan amat berharga itu telah mengalami kerosakan (tak sempat nak selidik punca kepada kerosakan itu). Maka apa lagi, setelah berbincang denagn En Zul, saya mengarahkan En Zul untuk membeli Thermometer Digital dan juga Rainbow thermostat untuk membolehkan saya membaiki kerosakan inkubator En Zul yang sarat dengan telor-telor yang sedang dalam proses pengeraman. Diringkaskan cerita lagi, proses menggantikan DuroStat dengan gandingan "digital thermometer" & Rainbow thermostat selesai dipasangkan. Namun apa yang meresahkan En Zul, beliau telah tidak dapat menerima akan hasil daripada gandingan tersebut berbanding dengan apa yang diberikan oleh DuroStat. Suhu di dalam chamber inkubator meningkat begitu mendadak melepasi setting biasa sehingga melangakui 50 darjah Celsius, walaupun "setter" pada rainbow thermostat menunjukkan suhu yang amat rendah. Maka bersusah payah pulaklah En Zul dan Saya menggantikan dengan Analog thermo meter yang selalu saya gunakan. Ada sedikit kelaianan apabila menggunakan analog thermometer, suhunya tidak melangkaui seperti apa yang ditunjukkan oleh digital thermometer.

    Sebagai rumusan untuk tatapan semua pembaca sekelian:


    1. Sekiranya anda menggunakan analog thermometer, anda mungkin terperangkap dengan kelemahan mekanisma pengukuran yang ditujukkan oleh "jarum" kerana pada hakikatnya suhu telah meningkat secara mendadak hasil dari pengesanan yang dibuat oleh Thermostat.

    2. Anda telah menggunakan dua elemen pengukuran yang berbeaza, iaitu menggunakan themperature controller dan pengukur suhu yang berbeza. Ini adalah sebahagian besar dari punca segala masalah, tambah-tambah lagi menggunakan barangan yang kurang berkualiti.

    3. Pada hemat saya, julat sushu yang diberi oleh temperature controller buatan Rainbow amat tinggi (telah disetkan secara "default setting" tanpa dapat diubah) iaitu +/- 5 darjah Celcius.

    4. Maka dengan sebab itu, sekiranya anda menggunakan digital thermometer yang pada saya "sensor"nya amat-amat sensitif ditambah pula dengan mekanisma pengukuran yang juga sensitif amat tidak sesuai digandingkan dengan Rainbow Thermostat yang terlalu perlahan dalam memberi respon kepada "cutting the circuit".

    5. Sebenarnya apa yang diukur oleh digital termometer adalah kesan dari kejutan atau "spike" suhu kerana naik turunnya amat pantas (kurang dari seminit untuk melepasi julat suhu yang dibenarkan. Namun sekiranya ini berlaku dalam kekerapan yang tinggi, sudah tentu ianya akan membahayakan janin-janin yang di dalam proses pengeraman.

    6. Di atas keadaan inilah saya selalu berpesan, walaupun pada hakikatnya saya menggunakan pengawal suhu Rainbow digandingkan dengan analog thermometer yang berkulaiti, namun, setelah sekian lama saya memerhatikan, terdapat kesan yang berbeza-beza terhadap telor yang berlainan jenis.

    7. Telor-telor yang bekulit nipis dan bersaiz besar amat kurang sesuai untuk menggunakan gandingan Rainbow thermostat dan analog thermostat, terutamanya mereka-mereka yang menetaskan telor ayam piru (belanda).

    8. Terbaik adalah menggunakan inkubator yang berbeza untuk telor yang berbeza jenisnya.

    9. Menggunakan thermohygrometer yang mempunyai memori suhu dan kelembapan adalah langkah yang terbaik dalam mengenal pasti rekod-rekod suhu dan kelembapan.Ini dapat membantu kita membuat statistik berkaitan dengan kecekapan di antara turun naik suhu dan juga kegagalan kadar penetasan

    10. Untuk telor-telor seperti telor ayam kampung/organik dan telor-telor itik, gandingan Rainbow thermostat dan analog thermometer amat kurang memberi kesan kepada "spike" suhu yang dicatat dan yang diberikan

    Oleh yang demikian, sekiranya anda di luar sana, sebagai pembeli/pemilik atau bakal pembeli, berikut adalah saranan ringkas saya untuk anda membuat peilihan berkaitan gandingan yang mana lebih sesuai untuk ternakan anda.



    1. Pastikan kategori telor untuk tetasan (saiz telor, umur penetasan, ketebalan kulit telor dsb)

    2. Budget Anda -

    3. Risiko yang anda sanggup menghadapinya (dari segi kematian dan kecacatan)

    4. Pengalaman penetasan (sekiranya anda berpengalaman, gandingan apa pun kurang memberi masalah, malahan alat pengukur ada pra syarat untuk pengawalan sahaja).

    5. Boleh membuat penambah-baikan di kemudian hari akan tetapi tanggungan kos lebihan terpaksa dihadapi.

    6. Yang terbaik ialah menggunakan Temperature Controller yang tinggi mutunya digandingkan dengan temperature sensor/probe yang disambungkan secara terus kepada temperature controller yang menjadikan set yang ideal dalam pengawalan suhu. (Gandingan Rainbow dan analog atau digital thermometer/hygrometer tidak mempunyai kawalan secara langsung di antara alatan tersebut).


    Kaedah Terbaik
    Menggunakan kaedah dua-dalam-satu (2-in-1) adalah terbaik dalamana temperature controller dan monitor adalah set yang sama. Dalam erti kata yang lain ialah menggunakan set "DuroStat" adalah yang terbaik. Akan tetapi dengan kos yang melapau-lampau, saya yakin tidak ramai pengusaha yang mampu memilikinya.

    Menggunakan Omron Temperature Controller (seperti gambar di sebelah) adalah paling sesuai kerana anda boleh mengubah setting suhu mengikut kesesuaian. Anda juga sudah tentu dapat membuat julat setting mengikut selera anda dari 0 darjah hinggalah semaksima mungkin. Dalam contoh yang saya gunakan untuk En Zul Helmi, saya setkan suhu ideal pada 37.5, suhu maksima 38.5 dan suhu minima ialah 36.5. Kesemua fungsi ini tidak terdapat pada Rainbow Thermostat. Anda juga boleh menggunakan beberapa jenama yang lain seperti Shinko dsb.

    Jesteru itu, saya sudah sekian lama ingi memaklumkan kepada anda semua, menggunakan teknologi temperature controller & monitor seperti apa yang digunakan oleh En Zul Helmi adalah terbaik. Ianya tidak lah terlalu mahal seperti yang digambarkan berbading dengan keupayaan pengawalan suhu yang cukup-cukup mantap. Sabagai contoh, berikut adalah ringkasan HARGA inkubator keluaran saya berpandukan model-model sepintas lalu.