Pentingnya Keseragaman Suhu Dalam Pengeraman
Di ketika ini, ramai lagi warga kota belum pulang lagi dari menyambut Hari Raya di kampung halaman masing-masing. Ini adalah berandaian dengan suasana yang terdapat di sekliling rumah aku di Puchong, masih ada lagi penghuninya menampakkan kelibat. Kalau tidak di kampung pun, mungkin di dalam perjalanan ke rumah masing-masing. Apapun, aku mendoakan semoga kalian selamat sampai ke destinasi masing-masing khususnya rumah kediaman masing-masing dengan selamat. InsyaAllah.
Alhamdulillah, aku baru sahaja selesai membuat penambah-baikan terhadap sebuah inkubator milik En. Zulhelmi di Branang Selangor. Puas juga aku berulang-alik ke rumah En Zul untuk mengenal-pasti serta membuat saranan terhadap ketidak-seragaman suhu tidak sepertimana yang dihajati oleh EN. Zul. Untuk makluman, En. Zul telah membeli sebuah inkubator keluaran saya, dengan sebahagian komponen inkubator tersebut menggunakan alat yang dibeli khas untuk inkubator, terutamanya sesuai untuk inkubator keluaran saya. Alat tersebut ialah "temperature controller" yang mana ianya dicipta khusus untuk inkubator, berjenama DutoStat (mungkin buatan Amerika kot!).
Sepanjang penggunaan DuroStat, En Zul begitu bersemangat dengan ketepatan suhu yang diberikan oleh DuroStat dan memang patut pun, berpadanan dengan harganya yang melebihi dari RM700.00 untuk "temperature Controller" sahaja. Keunggulan alat ini ialah aianya betul-betul dapat mengawal keseragaman suhu di dalam chamber dengan tepat sekali menepati "setting" yang dibuat. Dalam hal-hal yang sedemikian, saya cukup menghormati En Zul Helmi dalam membuat pemilihan yang pada saya amat wajar. Dia sanggup berbelanja lebih untuk mendapatkan sesuatu yang memang banyak manfaatnya. Seperti yang selalu saya perkatakan kepada pembeli mahupun bakal-bakal pembeli inkubator keluaran saya, keseragaman kelembapan (HUMIDITY) di dalam chamber adalah Tersangat penting dalam menghasilkan anak tetasan yang normal dan sihat. Humidity adalah berkadaran secara langsung dengan suhu dan juga kandungan air di dalam camber:

- Biasanya, kandungan air adalah tetap (melainkan ianya kering kontang)
- Maka, faktor suhu adalah merupakan faktor yang besar kepada kelembapan.
Dipendekkan cerita mengenai En. Zul, suatu hari DuroStat yang mahal dan amat berharga itu telah mengalami kerosakan (tak sempat nak selidik punca kepada kerosakan itu). Maka apa lagi, setelah berbincang denagn En Zul, saya mengarahkan En Zul untuk membeli Thermometer Digital dan juga Rainbow thermostat untuk membolehkan saya membaiki kerosakan inkubator En Zul yang sarat dengan telor-telor yang sedang dalam proses pengeraman. Diringkaskan cerita lagi, proses menggantikan DuroStat dengan gandingan "digital thermometer" & Rainbow thermostat selesai dipasangkan. Namun apa yang meresahkan En Zul, beliau telah tidak dapat menerima akan hasil daripada gandingan tersebut berbanding dengan apa yang diberikan oleh DuroStat. Suhu di dalam chamber inkubator meningkat begitu mendadak melepasi setting biasa sehingga melangakui 50 darjah Celsius, walaupun "setter" pada rainbow thermostat menunjukkan suhu yang amat rendah. Maka bersusah payah pulaklah En Zul dan Saya menggantikan dengan Analog thermo meter yang selalu saya gunakan. Ada sedikit kelaianan apabila menggunakan analog thermometer, suhunya tidak melangkaui seperti apa yang ditunjukkan oleh digital thermometer.
Sebagai rumusan untuk tatapan semua pembaca sekelian:
- Sekiranya anda menggunakan analog thermometer, anda mungkin terperangkap dengan kelemahan mekanisma pengukuran yang ditujukkan oleh "jarum" kerana pada hakikatnya suhu telah meningkat secara mendadak hasil dari pengesanan yang dibuat oleh Thermostat.
- Anda telah menggunakan dua elemen pengukuran yang berbeaza, iaitu menggunakan themperature controller dan pengukur suhu yang berbeza. Ini adalah sebahagian besar dari punca segala masalah, tambah-tambah lagi menggunakan barangan yang kurang berkualiti.
- Pada hemat saya, julat sushu yang diberi oleh temperature controller buatan Rainbow amat tinggi (telah disetkan secara "default setting" tanpa dapat diubah) iaitu +/- 5 darjah Celcius.
- Maka dengan sebab itu, sekiranya anda menggunakan digital thermometer yang pada saya "sensor"nya amat-amat sensitif ditambah pula dengan mekanisma pengukuran yang juga sensitif amat tidak sesuai digandingkan dengan Rainbow Thermostat yang terlalu perlahan dalam memberi respon kepada "cutting the circuit".
- Sebenarnya apa yang diukur oleh digital termometer adalah kesan dari kejutan atau "spike" suhu kerana naik turunnya amat pantas (kurang dari seminit untuk melepasi julat suhu yang dibenarkan. Namun sekiranya ini berlaku dalam kekerapan yang tinggi, sudah tentu ianya akan membahayakan janin-janin yang di dalam proses pengeraman.
- Di atas keadaan inilah saya selalu berpesan, walaupun pada hakikatnya saya menggunakan pengawal suhu Rainbow digandingkan dengan analog thermometer yang berkulaiti, namun, setelah sekian lama saya memerhatikan, terdapat kesan yang berbeza-beza terhadap telor yang berlainan jenis.
- Telor-telor yang bekulit nipis dan bersaiz besar amat kurang sesuai untuk menggunakan gandingan Rainbow thermostat dan analog thermostat, terutamanya mereka-mereka yang menetaskan telor ayam piru (belanda).
- Terbaik adalah menggunakan inkubator yang berbeza untuk telor yang berbeza jenisnya.
- Menggunakan thermohygrometer yang mempunyai memori suhu dan kelembapan adalah langkah yang terbaik dalam mengenal pasti rekod-rekod suhu dan kelembapan.Ini dapat membantu kita membuat statistik berkaitan dengan kecekapan di antara turun naik suhu dan juga kegagalan kadar penetasan
- Untuk telor-telor seperti telor ayam kampung/organik dan telor-telor itik, gandingan Rainbow thermostat dan analog thermometer amat kurang memberi kesan kepada "spike" suhu yang dicatat dan yang diberikan
Oleh yang demikian, sekiranya anda di luar sana, sebagai pembeli/pemilik atau bakal pembeli, berikut adalah saranan ringkas saya untuk anda membuat peilihan berkaitan gandingan yang mana lebih sesuai untuk ternakan anda.
- Pastikan kategori telor untuk tetasan (saiz telor, umur penetasan, ketebalan kulit telor dsb)
- Budget Anda -
- Risiko yang anda sanggup menghadapinya (dari segi kematian dan kecacatan)
- Pengalaman penetasan (sekiranya anda berpengalaman, gandingan apa pun kurang memberi masalah, malahan alat pengukur ada pra syarat untuk pengawalan sahaja).
- Boleh membuat penambah-baikan di kemudian hari akan tetapi tanggungan kos lebihan terpaksa dihadapi.
- Yang terbaik ialah menggunakan Temperature Controller yang tinggi mutunya digandingkan dengan temperature sensor/probe yang disambungkan secara terus kepada temperature controller yang menjadikan set yang ideal dalam pengawalan suhu. (Gandingan Rainbow dan analog atau digital thermometer/hygrometer tidak mempunyai kawalan secara langsung di antara alatan tersebut).
Kaedah Terbaik
Menggunakan kaedah dua-dalam-satu (2-in-1) adalah terbaik dalamana temperature controller dan monitor adalah set yang sama. Dalam erti kata yang lain ialah menggunakan set "DuroStat" adalah yang terbaik. Akan tetapi dengan kos yang melapau-lampau, saya yakin tidak ramai pengusaha yang mampu memilikinya.
Menggunakan Omron Temperature Controller (seperti gambar di sebelah) adalah paling sesuai kerana anda boleh mengubah setting suhu mengikut kesesuaian. Anda juga sudah tentu dapat membuat julat setting mengikut selera anda dari 0 darjah hinggalah semaksima mungkin. Dalam contoh yang saya gunakan untuk En Zul Helmi, saya setkan suhu ideal pada 37.5, suhu maksima 38.5 dan suhu minima ialah 36.5. Kesemua fungsi ini tidak terdapat pada Rainbow Thermostat. Anda juga boleh menggunakan beberapa jenama yang lain seperti Shinko dsb.
Jesteru itu, saya sudah sekian lama ingi memaklumkan kepada anda semua, menggunakan teknologi temperature controller & monitor seperti apa yang digunakan oleh En Zul Helmi adalah terbaik. Ianya tidak lah terlalu mahal seperti yang digambarkan berbading dengan keupayaan pengawalan suhu yang cukup-cukup mantap. Sabagai contoh, berikut adalah ringkasan HARGA inkubator keluaran saya berpandukan model-model sepintas lalu.
2 comments:
air jordan
supreme
steph curry shoes
supreme
yeezy shoes
kyrie shoes
chrome hearts outlet
golden goose sale
kobe shoes
off white outlet online
golden goose sneakers
kyrie 9
curry 9
ggdb outlet
birkin bag
a bathing ape
kyrie 6 shoes
off white jordan
jordan outlet
golden goose online
Post a Comment