Kami Tawarkan Konsep Penetasan Terbaik

Assalamulaikum & Salam Sejahtera

Posting kali ini agak berkait rapat dengan posting yang dibuat semalam. Ianya masih berkisar kepada kenapa & mengapa anda harus malah kekadang itu sampai ke tahap MESTI untuk memilih Mesin Pengeram/Penetas Telor Fungsi automatik sepenuhnya. Saranan yang bakal menyusul adalah berdasarkan kepada hujah-hujah yang disokong oleh pengalaman saya sebagai pembekal mesin yang kerap berinteraksi dengan pelbagai kelompok penternak kecilan dan juga penternak sederhana besar.

Di dalam mengejar arus kemajuan yang berteraskan teknologi, penternak kecilan yang rata-ratanya adalah penternak Melayu selalu dihimpit dengan masalah penguasaan teknologi dalam mendepani persaingan dengan penternak bersakla sederhana dan besar. Bukan sekadar persaingan dari segi harga yang perlu ditawarkan, malah ianya berkait rapat dengan masalah kecekapan pengeluaran samada telor, anak ayam atau ayam dewasa. Kegagalan yang utama yang dikenal-pasti adalah bermula dari peringkat penetasan lagi di mana terdapat sebilangan besar masyarakat penternak yang masih menggunakan kaedah konvensional dalam proses penetasan iaitu menggunakan ibu ayam. >

Walaupun tidak dapat dinafikan, itu adalah proses semula jadi, namun di dalam menjalankan perniagaan, penggunaan ibu ayam adalah kaedah paling kurang cekap dan merugikan waktu berbanding dengan menggunakan mesin penetas. Ia menyebabkan ibu ayam kurang cekap dalam mengeluarkan telor kerana sebahagian besar masanya dihabiskan untuk menetaskan telor dan seterusnya mengawal anak-anak ayam selepas satu-satu proses penetasan. Jelas satu pembaziran waktu.

Kenapa Perlunya Kepada Penetas Telor

Selain dari faktor-faktor yang pernah diperjelaskan sebelum daripada ini dan juga dari kupasan di atas, amat jelas bahawa penggunaan inkubator dapat mengelakkan pembaziran waktu seterusnya meningkatkan sebahagian dari keupayaan dan kecekapan pengeluaran penternakan ayam. Namun, dewasa ini pendedahan kepada penggunaan mesin pengeram telah terbahagi kepada dua kelompok iaitu Mesin Pengeraman automatik dan mesin pengeraman operasi manual.

Anda sudah dikirakan telah melepasi sebahagian dari pembaziran waktu seandainya anda menggunakan mesin penetas operasi manual namun ianya juga masih mempunyai beberapa kelemahan yang tidak sepatutnya. Dari kefahaman "MANUAL" itu sendiri telah bermaksud ianya masih memerlukan tenaga dan usaha manusia untuk memastikan mesin itu untuk beroperasi dan menghasilkan apa yang dihajati. Maka di sinilah nanti ujudnya pelbagai kemungkinan dan kelemahan bersabit dengan proses "disiplin" yang sudah barang pasti kita sebagai seorang manusia yang bersifat lemah dalam banyak urusan akan menjadi alpa, leka, lalai, terlupa dan selalu tiada "masa" untuk melaksanakan tugas yang diperlukan oleh mesin.

Sehubungan dengan itu, kemampuan untuk memiliki mesin penetas berfungsi automatik sepenuhnya akan menyebabkan kecekapan keseluruhan operasi sistem meningkat semaksima mungkin. Ianya memerlukan sedikit sangat usaha penternak dalam merialisasikan "tugas" atas sifat automatiknya itu. Anda tidak lagi perlu untuk memusingkan telor-telor dengan jari-jemari anda bagi mengubah kedudukan telor dalam tempoh proses pengeraman.

Sudah tentu proses menggolek-golekkan telor merupakan satu proses yang memerlukan masa dan tumpuan. Dan proses inilah yang akan membebankan penternak malah penternak sudah pasti tidak mampu untuk melakukan kerja-kerja sedemikian seandainya kuantiti telor yang hendak digolekkan adalah banyak.

Yang demikian juga akan menyebabkan inkubator anda terdedah kepada proses aliran haba keluar dan ini jelas mengundangkan kerosakan kepada telor-telor yang dalam proses pengeraman.

Ciri-Ciri Utama Niche Inkubator

Berlainan dengan mesin pengeram/penetas telor jenis manual, Niche Inkubator menawarkan keunggulannya yang tersendiri yang menampilkan ciri-ciri "automatik" sepenuhnya yang menjadikannya menghampiri suasana proses pengeraman/penetasan semulajadi atau tabie. Antaranya ialah:


  1. Dilengkapi dengan sistem pemusing telor yang automatik sepenuhnya. Telor-telor akan diubah kedudukannya dari satu posisi ke satu posisi yang lain dalam kadar waktu yang berkala, iaitu setiap 1 jam 1 kali.

  2. Menggunakan gabungan teknologi antara sistem pemanas yang lasak (menggunakan heater yang direka khusus) dan teknologi pengawalan suhu secara digital bagi membekalkan ketepatan suhu yang stabil di dalam ruang pengeraman dan/atau penetasan.

  3. Menggunakan gabungan antara kipas berkelajuan tinggi, pemanas, sistem kawalan suhu yang unggul dan air untuk membekalkan kelembapan yang stabil di dalam ruang pengeraman dan atau penetasan.

  4. Kaedah menstabilkan kelembapan dalaman dan juga membekalkan udara (oksigen) yang bersih untuk menampung proses pernafasan janin-janin dengan memebekall udara dari luar.

  5. Menyahkan Karbon Dioksida keluar dari ruang penetasan menggunakan teknologi "circulated air".

  6. Penggunaan konsep yang paling terbaik di dalam industri penetasan telor adalah dengan menggunakan "Circulated Air System" untuk membolehkan peredaran udara panas, kelembapan, penyahan CO2 yang sekata dalam keseluruhan ruang pengeraman/penetasan

Keberkesanan

Dalam usaha membantu penternak-penternak kecilan dan sederhana ini, kami menampilkan beberapa model yang sesuai dengan keperluan pelbagai peringkat. Malah keupayaan kami untuk mengeluarkan satu-satunya inkubator fungsi otomatik untuk kegunaan pelbagai jenis unggas telah membuatkan populariti Niche Inkubator meningkat. Malah telah ramai di antara pembeli menyatakan kekadang, Niche Inkubator mampu untuk memberikan kecekapan 100% penetasan.

Harus diingat dan ditekankan juga bahawa, seseorang penternak bukan sahaja perlu berbangga atau berpuas hati dengan penetasan yang tinggi, malah, apa yang lebih perlu ialah mendapatkan anak tetas yang baik mutunya yang mempunyai kecekapan fizikal yang mantap.

Kekadang mereka lupa, anak ayam yang tetas sebelum waktunya akan menjadikan ianya tidak sihat dan mungkin akan mati hanya beberapa hari selepas menetas. Ini adalah ekoran dari permasalahan faktor kelembapan dan kestabilan suhu yang tidak baik. Pelbagai faktor pula yang menjurus kepada mengapa sesuatu inkubator itu tidak mempunyai kecekapan suhu dan kelembapan yang kurang stabil, antaranya ialah:

  1. Menggunakan thermostat yang tidak berkualiti
  2. Menggunakan pengukur suhu yang kurang berkualiti
  3. Menggunakan sistem pemanas (heater) yang lemah
  4. Tidak menggunakan kaedah pengaliran udara keluar/masuk
  5. Tidak mempunyai sistem edaran udara/kelembapan dalaman samada Circulated Air atau sekurang-kurangnya Forced-Air
  6. Kotak eraman yang ringkas yang tidak kedap udara (ketirisan haba berlaku)
  7. Konsep edaran udara yang tidak sesuai dan SALAH

Jesteru itu, kami sebagai pembuat inkubator otomatik ini cukup yakin dengan bautan yang boleh dikatakan "professional" kerana kami mampu menyediakan inkubator yang sesuai untuk kesemua kalangan penternak dengan kualiti yang setimpal dengan buatan dari negara luar.






1 comments:

Post a Comment