Ingin Mencari Kedamaian Yang Alternatif - Cuba Ini

Selamat berkunjungan sekali lagi kepada pelayar blog ini dan seperti biasa saya sentiasa mendoakan agar kesihatan yang baik dan akal fikiran yang waras diberikan kepada anda semua oleh Pencipta Sekelian Alam ini.

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda berkaitan dengan sesuatu yang agak baru kepada saya dalam bidang penternakan ini.

Lama kelamaan, rupanya kerja menghadap anak-anak ayam setiap hari; pagi, petang malah waktu malam, ianya dapat menghilangkan rasa "stress" kerja di sepanjang hari. Terasa semacam ada aura "kedamaian jiwa" setelah begitu asyik melihat gelagat anak-anak ayam yang membesar begitu cepat setiap hari.

Pernah satu ketika dahulu samasa saya di Puchong, saya didatangi oleh seorang "bakal pembeli" inkubator yang begitu bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sebuah inkubator. Setelah mendatangi saya, maka berceritalah HambaAllah itu bertapa sebenarnya dia tidak pernah terniat untuk memilihara ayam dan itik kerana beliau adalah seorang kontraktor ternama ketika itu. Disebabkan bisnesnya jatuh merudum disebabkan sesuatu hal yang diluar jangkaan, maka dia mula menjinakkan diri dengan penternakan melalui adik beliau. Hari-hari kerja beliau hanyalah "bercakap" dengan ayam dan itik. Beliau begitu asyik melihat gelagat dan telatah binatang peliharaan itu.

Sebenarnya beliau membawa diri jauh dari kesibukan kota yang selama ini baru beliau tahu yang beliau terlalu tertekan dengan kehidupan di bandar besar dengan saban hari dikelilingi oleh "pemiutang". Bukan niat untuk tidak hendak membayar katanya, tetapi bisnes "lingkup" kerana "kerajaan" memberhentikan pakej pembinaan jalan dalam kadar yang serta-merta. Rugilah beliau bermilion-million ringgit.

Setelah tercampaknya ke kampung, maka menjadilah beliau seorang penternak untuk seketika waktu bersama dengan adik beliau yang dah agak berjaya dalam bidang penternakan unggas ini.

Maka tempahan secara lisan untuk membeli inkubator dibuat. Dan semenjak dari perjumpaan pertama kali itu, beliau selalu menghubungi saya "mengudpdate" sesuatu yang baru berkaitan dengan keseronokan berternak. Hari-hari beliau menelefonnya. Seronok sungguh beliau sehingga beliau menyatakan yang beliau tidak akan lagi menetap di Kuala Lumpur selepas daripada itu. Beliau dah berjumapa dengan cara hidup yang sebenar! Beriaya-iya sekali ungkapan beliau!

Maka hari-hari berlalu dengan rutin yang sama. Kalau dulu setiap hari beliau menelefon, lama kelamaan semakin jarang. Dalam kotak pemikiran saya, tiada lain selain saya memikirkan bahawa beliau tentu sekali sibuk dengan ternakan beliau. Sesekali saya menelefon beliau. Beliau menjawab seperti biasa, peliknya beliau sedikit pun tidak mengambil tahu samada saya telah membuat inkubator yang beliau pernah pesan/tempah. Dan saya pun tidak bertanya.

Lalu, setelah sekian lama tidak berhubungan lebih dari 3 bulan, maka saya terasa ingin menghubungi beliau. Lalu saya menelifon beliau. Seperti biasa saya memulakan perbualan dengan bertanyakan khabar. Seperti biasa saja jawapannya. Cuma setelah saya bertanya berkaitan perkembangan ternakan beliau, beliau mengatakan yang beliau telah tidak lagi berternak. Beliau telah mulakan kembali menjalankan bisnes lama beliau iaitu kerja kontak pembinaan.

Terperanjat saya! Dalam masa kurang lebih 4 bulan beliau telah boleh kembali semula ke bidang yang satu ketika beliau begitu jemu untuk meneruskannya. Tanya saya lagi, di mana beliau pada ketika itu. Jawabnya biliau sedang asyik "menebas" bola golf di padang golf. Terperanjat sungguh saya. Hampir tak percaya.

Maka bertanyalah saya, macam mana dia boleh melakukan "turning over" dalam waktu yang singkat. Katanya, sebenarnya beliau masih lagi dibelenggu dengan bebanan hutang yang sama, akan tetapi setelah sekian lama dapat "bercakap-cakap" dengan ayam itik, maka beliau telah diberi dengan ganjaran ketenagan yang membolehkan beliau berfikir secara tenang dan waras. Tambahnya lagi, pada awal dulu, beliau begitu tertekan lantas, beliau sering kali membuat kesilapan dalam membuat perhitungan terhadap sesuatu tindakan. Akhirnya ternakan unggas juga menjadi pemangkin kepada beliau dalam membuat keputusan yang wajar dan seimbang setelah fikiran terasa tenang.

Maka menjadilah beliau kini seorang kontraktor yang dalam masa yang sama menggunakan ternakan unggas CIPTAAN ALLAH ini sebagai sesuatu yang abadi di dalam hidup beliau.

Anda bagaimana? Adakah peluang yang sama berlaku kepada anda? Teringat saya akan satu ketika saya suka membela ikan hiasan di dalam rumah. Memang ianya memberi ketenangan akan tetapi kerana sikap malas, maka ketenangan pun tidak kekal, maka ikan yang menjadi mangsa....mati...



Adakah CAEM Thermostat Terbaik?

Apa khabar teman-teman sekelian. Saya mengharap dan mendoakan anda semua sihat walafiat dan mendapat kerahmatanNya sentiasa. Saya Alhamdulillah, sihat cuma ditambah sedikikit dengan tekanan semasa menyebabkan "suhu darah meningkat". Leher/tengkok asyik lenguh2 dan sakit - petanda "pressure is mounting". Apapun masih gagahkan juga usaha untuk mengupdatekan blog yang dah sekian hari tertinggal.

Kali ini saya hendak bercerita berkaitan dengan thermostat.

Di awal penglibatan saya dalam pembikinan inkubator, saya menggunakan Rainbow thermostat. Itulah thermostat yang ada pada ketika itu dan yang terbaik pada saya sebagai orang yang berkecimpung dalam bidang elektronik. Itu cerita di awal tahun 2007. Menggunakanlah thermosat itu untuk beberapa ketika dengan terjualnya hampir juga kepada 30 set inkubator "fully automatic" saya ke beberapa lokasi di seluruh Malaysia. Saya tidak ada banyak pilihan ketika itu.

Setelah beberapa bulan menggunakannya, maka problem mula mendatangi saya satu persatu, hanya berkaitan dengan suhu kenapasan yang terlampau dan sejuk yang terlampau. Bukan semua Rainbow thermostat, tetapi sebahagiannya. Ini menjadikan julat suhunya begitu melebar langsung menyebabkan kadar penetasan menjadi kurang berkesan (saya rasalah). Namun digagahkan juga kudrat yang ada ini sedaya upaya untuk memastikan inkubator pelanggan beroperasi seperti seadanya. Mejelajahlah saya keberapa tempat (bagi inkubator yang thermostatnya bermasalah saja).

Oleh kerana jarak yang membataskan, maka saya memikirkan tiada kesudahannya kalau saya tidak mencari alternatif lain. Lalu saya disarankan oleh seorang pemilik inkubator agar saya menggunakan "Temperature Controller". Lalu saya tanpa berfikir panjang menggunakan terus "Omron temperature controller", yang bagi saya sesuatu yang amat biasa saya gunakan. Cumanya saya terpaksa menaikkan sedikit harga kerana harga komponen telah juga meningkat.

Maka terpasanaglah inkubator saya sehingga berjumlah 22 set semuanya menggunakan "Omron Temperature Controller".

Siapa kata pisang tidak berbuah 2 kali. Saya sekali lagi mengalami trauma yang kedua dengan beberapa buah inkubator keluaran saya menghadapi masalah kepanasan yang melampau. Asalnya saya sedikit tersilap kerana tidak menggunakan "relay" atau contactor. Namun sesudah itu saya membuat penambah-baikan yang sepatutnya. Akan tetapi, yang cantik dan yang sofistikated tidak menjanjikan yang terbaik kepada semua. Pengguna inkubator datangnya dari pelbagai peringkat usia dan tahap ilmunya. Di sinilah letaknya masalah saya berkaitan dengan "temperature Controller". Bukan sebab brandnya, akan tetapi kerana kekurangan ilmu dan kerana terlalu janggal dengan benda-benda yang sedemikian. Lansungnya kegagalan kali kedua.

Namun ada hikamhnya. Saya mula mencari pengganti kepada Temperature controller dan terjumpalah saya dengan CAEM thermostat. Seingat saya, tidak kurang dari 80 biji thermostat CAEM saya order dan sebahagian besarnya ada untuk kegunaan sendiri selain terlalu sedikit saya menjualnya.

Pada batch pertama pesanan dibuat, semuanya OK. 20 set. Tak ada masalah rasanya. Maka ditambah pula dengan 20 set lagi pesanan yang baru dan saya mula membuat iklan untuk menjual secara online sepertimana yang terdapat di dalam blog saya ini satu ketika dulu. Namun pada batch yang kedua ini saya mula merasa curiga akan keupayaan sebenar CAEM. Inkubator saya tidak menunjukkan kenaikan suhu yang sepatutnya. Terlalu rendah. Maka komplen pun dibuat, akan tetapi diringkaskan ceritanya pembekal mengatakan saya tidak tahu menggunakannya. Wiring salah katanya. Nauzubillah!. Manakan salahnya. Hanya 2 wire (pole) saja digunakan. Lagi pun pada saya, wiring inkubator saya ini terlalu simple untuk saya yang berkecimpung di dalam bidang "robotik". Akan tetapi oleh kerana inginkan gantian barangan, saya mengiyakan sahaja.

Seterusnya batch yang ketiga saya tempah dengan bilangan 40 set. Sedihnya pada batch yang kedua lagi, pelanggan telah mula mendatangi saya mengatakan inkubator mereka tidak boleh dilaraskan suhunya. Dalam waktu yang sama juga, inkubator yang sedang diuji oleh saya juga mengahadapi masalah yang sama. Saya pada ketika itu masih mengatakan itu adalah masalah terpencil. Dan saya sekali lagi saya membuat komplen kepada pembekal. Masih juga pembekal mengatakan saya tidak faham berkaitan dengan wiring. Peliknya, kalau dah lebih 40 set saya menjualkannya, bukannya semua yang gagal. Ini menandakan produk itu tidak konsisten.

Sekarang saya sedang membina lebih dari 40 set inkubator keluaran saya dengan model yang serba baru, baik dari segi bahan binaan mahu pun dari segi komponen elektroniknya (elektrikal)

Yang pasti, saya tidak lagi menggunakan CAEM thermostat.

Persoalannya : MENGAPAKAH CAEM YANG DIBANGGA-BANGGAKAN OELH SEKIAN BANYAK PEMBUAT IKUBATOR TIDAK MEMBEKALKAN THERMOSTAT BERKUALITI?

Peliknya Cop dari Neara luar ada persijilan TUV, CE dan pelbagai lagi. Sekiranya saya dipersalahkan kerana "kebodohan dan kedangkalan" ilmu saya, saya menyimpan begitu banyak tehrmostat CAEM yang bermasalah untuk dipertontonkan bersama.

Mungkinkah ada PENDUA CAEM dalam pasaran? Apakah yang saya perolehi ini adalah produk "CIPLAK".

Untuk rekod, sebelum saya membeli batch pertama 20 set, saya pernah buat pesanan beberapa set sebagai percubaan.

Semoga anda di luar sana lebih berhati-hati dalam memilih thermostat terutamanya CAEM. Brand lain termasuk Rainbow tidak termasuk dalam kategori yang mencurigakan saya.

Kepada tuan punya inkubator keluaran saya, seandainya anda mempunyai masalah berkaitan "heating", besar kemungkinannya ialah kerana CAEM. InsyaAllah saya akan gantikan dengan produk yang lebih baik kualitinya untuk anda semua.




Musim Percutian & Kematian.....

Asssalamualaikum kepada semua pengunjung blog medanusahawan yang beragama Isalm dan yang lainnya selamat datang saya ucapkan.
>
Hari ini Ahad, 20hb Jun 2010, merupakan hari terakhir cuti sekolah semester pertama. Setelah hampir 2 minggu genap, kesemua famili saya telah bercuti dan mengambil kesempatan tinggal bersama-sama di premis yang disewa sebagai kedai/opis dan juga tempat tinggal. Tidak luas, tetapi sekadar "boleh tinggal" bagi menampung seramai 7 orang dalam satu-satu masa. Apa pun, syukur yang tak terhingga kerana percutian mereka kali ini memberikan satu kelaianan berbanding dengan yang sebelum daripada ini.

Rata-rata anak-anak cukup seronok dengan seuasana serba baru dan berbeza. Kalau di Puchong saya sekadar membuat/memasang inkubator, tetapi di Kuala Terengganu, saya tambah satu lagi bidang iaitu penetasan anak ayam. Inilah yang membuatkan anak-anak rasa tidak "sunyi" kerana saban hari lagi setelah selesai solat subuh, mereka semua berkerumun berama-ramai di depan inkubator dan juga kotak perindukan melihat gelagat anak-anak ayam. Suka betul mereka dengan anak-anak ayam tersebut.

Hatta, sampai tak terasa nak balik ke Kuala Lumpur pun kerana terlalu seronok dengan melihat anak-anak ayam. Akan tetapi, tugasan sebagai pelajar belum lagi habis. Anak-anak tetap pulang ke Kuala Lumpur. Di dalam kesempatan ini juga saya menjadi pemandu mereka untuk menghantar mereka pulang ke Kuala Lumpur. Jelas sekali kepulangan ke Puchong bukan sekadar untuk menghantar mereka pulang akan tetapi saya juga mengambil kesempatan untuk menghantar 1 unit mini inkubator model MI-101S kepada seorang penternak angsa di Paya Jaras Selangor.

Saya bertolak pada hari Jumaat dan dalam rasa berat hari meninggalkan anak-anak ayam yang hampir kesemuanya 150 ekor yang telahpun diletakkan di dalam kotak perindukan yang berbeza. Umur anak ayam ketika itu dah ada yang mencecah 4 hari. Saya terpaksa menggunakan "khidmat" pekerja saya untuk menjaga "kebajikan" anak-anak ayam. Dalam kekhuatiran itu, saya terpaksa tinggalkan juga. Sudah berulang kali memberi tahu perkara yang sama, saya cuma mengharapkan mereka melakukan seperti yang diarahkan.

Itulah namanya pekerja. Ianya berbeza dengan kita sebagai tuan punya bisnes. Bukan mereka tak lakukan kerja, akan tetapi kesungguhan dan pengalaman dalam mengendalikan sesuatu. Bukanlah hendak mengatakan saya ini cerewet dan "perfect", jauh sekali. Cuma sekadar perkongsian sahaja. Sebagai operator bisnes yang terlalu kecil saiznya, saya mengambil kira kesemua aspek dalam memastikan "viability". Namun dalam sedar tak sedar terlalu banyak elemen yang dinafikan dalam membuat sesuatu tindakan.

Sepanjang 2 hari sahaja, kematian anak ayam meningkat jauh dari sangkaan saya. Tak tau di mana silapnya, namun setelah ditanya, kesemuanya di lakukan mengikut apa yang telah diarahkan kecualilah 1 sahaja. Pekerja ini melonggokkan anak-anak ayam dari inkubator ke dalam hanya satu kotak perindukan sahaja sehinggakan, kotak yang mampu menampung sebanyak 45 ekor maksima, dilonggokkan sehingga mencecah 70 ekor lebih anak ayam. Dengan keluasan yang amat sempit ditambah pula dengan panas yang kurang, maka anak-anak ayam mati kerana "tertindih" katanya. Hampir kesemuanya.

Sedih juga saya mengenangkan. Bukannya apa, saya dah sediakan 5 kotak "brooder" yang mana 3 daripadanya telah pun berisi dengan kuantiti anak ayam yang telah mencukupi. Akan tetapi, kerana kealpaannya dan kurang peka kepada arahan, maka berlakulah longgokan. Dan yang paling menyedihkan ialah 3 ekor ayam serama dengan telor yang dibeli juga "mampos" kerana tertindih katanya. Walhalnya saya telah belikan kotak khusus untuk 3 ekor anak ayam serama tersebut!

Hari ni, sekejap lagi saya akan bertolak pulang ke Kuala Terengganu dengan harapan kematian anak-anak ayam dapat dikurangkan bila mana saya mengarahkan supaya tidak keluarkan anak-anak ayam dari inkubator. Sehari hampir 50 ekor ayam menetas dan kekhuatiran juga memuncak takut kalau-kalau lebih banyak lagi kematian.

Apapun, saya masih lagi mengatakan ini adalah satu ujian kecil dalam menempuh pelbagai lagi liku2 dalam meneruskan bidang yang serba baru ini. Marah sangat tidak ada, cumanya terkilan sahaja, bila mana berlaku kesilapan percaturan di dalam merancang. Maka inilah yang dikatakan belajar dari kesilapan.

Semoga ada hikmah disebalik kejadian, sekurang-kurangnya ianya mengajar saya supaya lebih "berperancangan" dan yang bagusnya lagi ialah untuk menjadikan saya sebagai orang yang tabah dalam menghadapi ujian yang sekelumit ini.



Nak Jual DOC atau Tidak

Selamat bersua kembali sahabat-sahabat sekalian. Semoga anda diluar sana senantiasa beroleh kerahmatan selalu hendaknya.

Syukur Alhamdulillah kerana masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara yang nyaman di pagi Rabu yang dingin ini. Dingin kerana  semalam adalah hari hujan yang mencurah-curah dan kesejukannya terasa sehingga sekarang. Sudah hampir sebulan berpanasan di kawasan yang kami tinggal. Mungkin suasana panas ini telah sedikit sebanyak merencatkan kadar kesuburan dan peratusan keluran produk-produk pertanian. Apa saja. Tapi saya rasa semuanya akur kerana kita sebagai warga Malayisa yang tinggal di dalam iklim tropikal ini, umumnya mengetahui bahawa bulan May dan Jun merupakan bulan-bulan yang mempunyai kadar kepanasan yang tinggi. Berpeluh sentiasa.

Sehingga sekarang ini, saya masih lagi diperingkat pembelajaran membuat penetasan. Hajatnya untuk membuat skala sederhana besar pada satu ketika nanti. Sekarang ini, kadar 50 ekor DOC telah hampir tercapai walaupun matlamat sebenar ialah sekitar 150 DOC sehari. Akur akan pelbagai permasalahan termasuk pengalaman, bekalan telor yang baik sukar diperolehi, yang tidak konsisten, suhu persekitaran yang terlalu ekstrim adalah penyumbang kepada masalah sekarang ini yang pasti saya kena tempuhi dengan tenang dan dalam masa yang sama terus-menerus membuat analisa dan sedikit R&D bagi memastikan peratusan penetasan meningkat dari semasa ke semasa.

Telah beberapa pusingan penjualan DOC dibuat, timbul satu persoalan sekarang samada wajar saya menjual mahupun terus membela sehingga sedikit besar untuk mendapat harga yang lebih baik ataupun terus saja saya membesarkan ayam tersebut sehingga keperingkat ayam dara yang rata-rata mempunyai nilai pasaran yang baik dan tinggi. Ada juga dalam waktu yang sama, kerana disebabkan taruma mendapat bekalan telor yang langsung tiada kualiti, maka terpfikir juga untuk membesarkannya sebagai induk atau baka sahaja.

Kesemuanya itu adalah menjadi tujuan asal sedikit berkecamuk dengan kerenah-kerenah yang sedang dialami. Masalah paling besar ialah telor yang tidak subur dengan hampir 50% tidak mempunyai benih setelah candling dilakukan. Bakinya termasuklah pertumbuhan embrio yang terbantut dengan ujudnya "blood ring" yang menjurus kepada matinya benih sebelum masa. Selain daripada itu ialah kerana kedudukan inkubator di dalam bilik yang tertutup yang tidak ada peredaran udara dan menjadikannya begitu panas melepasi tetapan sushu penetasan sebenar. Dan yang selebihnya adalaha merupakan faktor kedua terbesar iaitu "Tidak Berpengalaman" dari pelbagai sudut.

Kalau nak dikirakan, harga DOC yang dijual agak bagus juga. Mencecah sehingga RM2.60 seekor dan yang bagusnya kalau setakat 50 DOC sehari, pastinya sentiasa tidak mencukupi.

Maka di sinilah persimpangannya. Mungkin kerana susah untuk mendapatkan bekalan DOC, maka sewajarnyalah harga adalah sedemikian rupa. Tidak perlu untuk membuat sebarang "marketing". Tapi tidaklah sampai terniat untuk menaikkan harga bagi DOC. Atas sebab itu jugalah maka terlintas untuk memungkinkan membela anak ayam ini sehingga sekurang-kurangnya mencecah umur 1 bulan kerana pada saya sekadar untuk membela sehingga 1 bulan usia, ianya masih relevan dengan suasana penetasan. Ianya tidak memerlukan kawasan yang luas dan juga tidak memerlukan makanan yang susah-susah.

Tapi berapa lama lagikah peluang ini harus ditunggu untuk dlaksanakan?..




Wiring Diagram For Thermostat Applications

As has been frequently asked by phone, e-mel & forum, here I post for a very simple connection for a very basic applications. Applicable for all kind of thermostat.

Please take note that, you must make sure to understand the std wiring system.

I am using all AC components. If you are using DC elements, please make sure you use a stepdown voltage or AC - DC adaptor with apppropriate valtage. Failure will lead to a mass damages.

Be careful for all beginners as it might lead to electric shock!


Ayam Serama - Kalau Dah Memang Baka Itu Cantik

Selamat bersua kembali para pengunjung blog sekelian. Apa khabar anda di sana. Doa saya semoga anda diberikan kesihatan dan kelegaan sepanjang waktu dan kita oleh Allah swt. Sekiranya sakit berjumpalah orang yang boleh berusaha untuk menyembuhkan sakit anda. Apa jugga penyakitnya, pasati ada ubat, berdoalah kepadaNya dan selepas daripada itu bertawakallah. Mudah2an doa anda dimakbulkan.

Apa cerita kali ini?

Semenjak 3 minggu yang lalu, saya didatangi oleh seorang pelawat yang tidak saya kenali. Namun setelah beberapa minit berbual, maka tahulah saya bahawa beliaulah secara tak langsung insan yang pernah saya "called" 2 bulan yang lalu, namun tidak berjawab. Beliau yang saya maksudkan ialah "Man Serama", orang Durian Burung, seorang tokey boat nelayan yang juga peminat ayam serama yang tersohor di Negeri Terengganu. Beliau juga menyandang sebagai pengerusi/presiden Kelab Ayam Serama Terengganu.

Diringkaskan cerita, kedatangan beliau ialah untuk memastikan saya adalah pembuat inkubator dan seterusnya beliau cukup berhajat untuk ssya "menetaskan" telor ayam serama sebanyak 59 biji. Alahamdulullah setelah berbincang, Abang Man terus sahaja menghantar telor tersebut untuk saya ramkan pada malam itu juga.

Selang hampir seminggu, saya membuat "candling" dan hasil dari candling itu sebanyak 41 biji didapati tiada benih, 1 biji retak dan satu biji pecah (terjatuh semasa proses "candling dilakukan - kecuaianlah tu). Dan dari 16 biji yang ada janin atau ada pertumbuhan embrio, hanya sekitar lapan biji sahaja mempunyai pertumbhuhan yang nampak macam sihat di mana sebahagian besarnya ialah ujudnya "blood-ring" yang pada akhirnya telor itu didapati "mati" selepas beberapa hari disambung proses pengeramannya.

Sehingga saat posting ini ditulis, hanya 2 ekor yang berjaya menetas (Sepatutnya menetas esok), manakala baki yang 6 biji belum lagi menampakkan tanda-tanda "tebuk" pada cengkerang telor. Kedua-dua ekor itu masih lagi dibiarkan di dalam inkubator, dan dipantau proses pengeringan bulu pada setiap waktu dan ketika.





Hari ini, sudah hampir 2 hari kedua-dua ekor anak serama tersebut ditetaskan. Apa yang sedikit memeranjatkan saya, belumpun sampai 1 minggu atau 2 minggu, anak ayam itu telah menunjukkan rupa dan perlakuan seperti ayam serama dewasa. Belum apa-apa lagi, anak ayam telah membuat posing dengan gaya "menarik". Itu belum sampai tahap matang lagi.

Bertuah "Man Serama", walaupun agak malang kerana tidak mencapai kadar penetasan yang diharapkan, namun beliau cukup berpuas hati, kerana yang menetas itu adalah dari baka yang elok. Yang lebih baik lagi ialah Man Serama tidak menyalahkan inkubator buatan saya sama sekali kerana sebelum ini pun setelah menggunakan khidmat inkubator Brinsea, sukar juga untuk ayam serama menetas.

Dalam waktu yang sama juga, terdapat 2nd batch ayam serama Man Serama dalam proses pengeraman yang berjumah, juga lebih dari 60 biji. Akan tetapi, setelah dijalankan "candling" masih juga kedapatan telor-telor yang tidak subur. Yang berbenih cumalah sekitar 20 biji sahaja. Selepas daripada ini, saya aka berbincang dan bertukar pandangan dengan Abag Man untuk membolehkan beliau mendapat telor yang berkualiti. Ini kerana, hampir ke semua ayam serama milik beliau adalah dari "cross-breeding" yang telah masuk 5 - 7 pusing "darah".

Ternyata, untuk sampai ke tahap ini, ianya memerlukan satu jangkamasa yang panjang, dan penting lagi ialah kemampuan membuat dan mencatat rekod. Kalatanya, ada sesetengah ayam beliau mempunyai "darah" dari 25 tahun keturunan.

Berjaya Atau Tidak - Apa Faktornya

Assalamualaikum kepada kesemua pengunjung blog medanusahawan yang beragama Islam dan selamat berkunjungan kepada yang bukan beragama Islam. Syukur Alhamdulillah sentiasa saya, kerana di pagi yang hening sebegini, Allah memperuntukkan sedikit keinginan untuk saya mencoretkan apa yang saya rasa dan alami sebagai sedikit informasi. Mudah2an ianya akan memanfaakan pengunjung blog semua.

Saya baru saja balik dari Kelantan Darul Naim selepas berkunjungan ke beberapa tempat/lokasi atas pelbagai tujuan; bisnes dan juga famili. Alhamdulillah, kesemua yang dirancang dan di atur menepati sasaran dan harapan. Dari segi bisnesnya, InsyaAllah sekiranya dimurahkan rezeki olehNya, akan ada satu "bulk order". Mudah2an akan dipermudahkan oleh Allah. Dari segi kekeluargaan, Alahamdulillah, orang yang dilawati itu sihat walfaiat dan dapat menjalankan rutin belajar dan beramal dengan ilmu agama Islam dengan baiknya. Syukran!

Berbalik kepada tajuk posting, ianya hanyalah berkisar kepada apa yang saya lakukan sekarang ini. Sebagai pembuat inkubator Automatik sepenuhnya bukanlah sesuatu yang mudah untuk dizahirkan. Terlalu banyak persepsi dan telahan terhadap apa yang dikatakan "AUTO". Memang agak sukar untuk memanupulasikan perkataan "AUTO". Ada sebahagian pengguna (dan bakal pengguna) mahukan AUTO itu berfungsi secara auto dari A - Z, maknanya dia hanya melakukan kerja hanya sekali sahaja iaitu kerjanya hanyalah memasukkan telor (dan telor2) ke dalam inkubator dan membiarkan ianya menetas (dengan harapan) setelah tiba tempoh 21 hari (kalau telor ayam). Dia tidak mahu langsung untuk melihat apa yang berlaku di sepanjang proses pengeraman mahupun proses penetasan. Dia hanya mahu mendapatkan anak ayam sahaja kerana dia memikirkan itulah lebihnya memiliki mesin penetas auto berbanding dengan manual.

Bagi saya, kefahaman itu adalah salah sama sekali, tambah-tambah lagi kalau kita beroperasi dalam kadar yang amat kecil dengan modal yang cukup terhad. Bagi saya sebagai tuan punya bisnes, kita kena ada usaha yang berpanjangan. Orang berkebun pun tidak hanya akan menanam benih dan tunggu sehingga beberapa tahun untuk memungut hasil. Penanam sayur pun perlu membaja, menyiram dan meracun rumput/rumpai dan serangga/hama/bena untuk mendapat dan memastikan hasil yang baik diperolehi.

Senario sedemikian adalah datang dari mereka yang terlalu membandingkan anatara inkubator manual dengan auto. Terlalu berkeras mereka dengan mengatakan, kalau dah auto buat apa hendak ditangani dengan proses memantau. Itukan membazirkan masa!!!

Kadang2 terasa pelik juga, masih kedapatan sebilangan dari kita menjalankan urusan bisnes dengan hanya melakukan proses "labu peram". Bagi saya sikap sedemikian tidak harus ujud pada insan yang ingin memulakan perniagaan terutamanya penternakan unggas atau lebih tepat lagi ialah penetasan. Labih baik mereka menjauhkan diri dari membuat pelaburan kerana tanggapan sedemikian pasti "makan tuan"

Suka saya terangkan di sini, saya terlalu mampu untuk melakukan kesemuanya automatik dari segi proses seperti mana yang pelanggan mahukan. Yang saya tak boleh ialah saya gagal memastikan bahawa tidak ke semua telor yang dimasukkan akan menetas. Terlalu banyak kemungkinan kegagalan. Ini kerana, melakukan penetasan bukanlah sekadar meletakkan telor di dalam inkubator sahaja. Ianya terlalu jauh daripada step tersebut. Tidak ada jalan pintas langung.

Teringat saya satu peristiwa sebagai perbandingan. Disekitar pertengahan tahun 90an, saya selalu berkunjungan ke Negara Korea, di antaranya ialah MANDO, iaitu anak syarikat Gergasi Korea, HALLA Groups Of Company. Lawatan sebagai Technical Collaboration untuk memasang DC motor di Malaysia, khususnya Wiper Motor dan Power WIndow Motor. Ketika iatu saya hanyalah pengurus kilang. Agak memeranjatkan juga kilang yang bangunannya hampir seluar 3 hektar dikatakan menggunakan terknologi automasi sepenuhnya. Kalau nak dikirakan, sudah pasti, tidak ada manusia langsung. Tapi mana ada logiknya. Terbukti bahawa walaubagaimana canggih sekali pun manufacturing lines, ianya tidak dapat lari dari elemen penggunaan tenaga manusia. Memang ada di sesetengah tempah manusia kena lakukan kerja tersebut. Ianya tidak lain dan tidak bukan, iaitu QC Inspection. Ada bahagia kritikal tertentu, manusia mesti mengambil tempat.

Sama juga dalam proses penetasan, tambah tambah lagi skala yang kecil. Antara area yang wajar menggunakan khidmat manusia sepenuhnya ialah kerja "Candling". Ini adalah proses yang penting dalam memeastikan keputusan penetasan adalah tinggi darisegi peratusan. Di samping itu juga, proses candling juga dapat mengurangkan risiko perebakan penyakit yang sukar dikenal-pasti semasa proses pengeraman. Ini kerana telor telor yang rosak dapat dibuang dan tidak bercampur dengan telor-telor yang baik proses pertumbuhan embrionya.

Di samping itu, sekiranya seseorang telah mahir dengan candling, mereka juga dapat memaksimakan ruang penetasan dengan paling efektif sekali.

Maka dengan itu, saya sekali lagi merasakan tanggapan dan persepsi mesin penetas auto mesti diperbetulkan terlebih dahulu sebelum memikirkan untuk memiliki mesin penetas.

Fully Auto bukan bermakna tidak memerlukan usaha dan keringat.




Adakah Ianya Satu Fenomena?

Assalamualaikum untuk sahabat handai, teman seperjuangan dan para pengunjung blog medanusahawan. Syukur Alahamdulillah, diberikan sedikit kekuatan oleh Allah untuk menekan kebod ini untuk berkongsi maklumat baik sebagai pengajaran mahu pun sebagai pedoman. Nasihat saya, mana-mana yang baik ambillah sebagai iktibar dan sekiranya tidak benar dan tidak menyebelahi anda, maka abaikanlah sahaja.

Posting kali ini adalah berkaitan dengan apa yang saya dengar dan saya lihat.

Seperti mana yang sesetengah dari kalangan pengunjung blog ini ketahui, saya memang amat baru dalam bidang penternakan ini, apatah lagi setelah mula mencubanya secara agak serius. Terus terang saya katakan sebagai seorang yang sudah lama meninggalkan kampung halaman, ternakan, binatang peliharaan, kebun buah-buahan dan kebun sayuran, untuk memulakan kehidupan sebagai seorang penternak bukanlah sesuatu yang amat mudah. Namu oleh kerana apa yang sedang saya lakukan sebagai pengeluar mesin penetas telor adalah terlalu berkait rapat dengan bidang penternakan. Lantaran itu, saya berusaha untuk mengambil peluang dengan melebarkan sayap perniagaan saya dengan bidang yang terlalu berkaitan, iaitu membuat penetasan telor unggas.

Alhamdulillah, impian itu terlaksana dengan saya menyediakan 5 buah mesin penetas buatan saya sendiri dari pelbagai saiz dan bentuk. Kalau selama ini saya menjual, kali ini saya menggunakannya sendiri. BARU ada FEEL.

Sebenarnya begini cerita yang ingin saya kongsikan bersama saudara saudara sekelian.

Setelah menceburi bidang penetasan, saya saban hari turun ke pasar borong yang berdekatan. Setiap hari tanpa tertinggal. Beberapa buah pasar. Tujuannya hanyalah ingin mendapatkan telor ayam kampung yang fresh (fresh fresh pun 2 4 hari jugak kot). Alahamdulillah, banyak juga telor yang dapat dikumpul dan memang telor2 ayam kampung itu adalah telor baru. Dari kulit telor kita dah dapat mengetahui. Namun untuk mendaptkan telor secara konsisten adalah amat sukar. Mengeluh juga ramai pemborong-pemborong kerana terlalu berbeza dari segi bilangan atau jumlah bekalan yang dibuat.

Saya tidak bertanya banyak. Maklumlah orang baru. Lebih kepada sekadar memasang telinga sahaja. Juga tidaklah saya peduli sangat akan bekalan yang tidak konsisten itu. Saya betul2 ingin mendapat "FEEL" orang pasar untuk saya lebih menjiwai sebagai seorang "peraih cum penjual" dalam waktu yang sama. Lagi pun benda-benda ini semua belaku di waktu selepas subuh. Di pasar borong orang sudah tidak ada lagi selepas pukul 7 pagi.....

Dalam ramai-ramai penjual dan pemborong itu, aku menghampiri seorang "VETERAN" yang aku nampak begitu "COOL" sekali. Setiap hari. Sama sahaja aku tengok perangai orang tua ini. Dia menyewa satu lot di sebuah pasar borong yang berdekatan. Sewanya murah saja. MBKT hanya menegenakan RM1.00 setiap hari. Yang peliknya, aku tak nampak pun barangan atas meja sewaan beliau. Setiap hari, sama sahaja. Rupa-rupanya veteran ini telah menjual barangan yang dibawa langsung dari rumah, terus menerus diletakkan pada gerai2 pelanggan beliau. Barangan seperti pisang, telor ayam, nangka, sayuran, rebung, kelapa dan pelbagai adalah merupakan "trade" harian beliau.

Lalu aku bertanya kepada beliau. Namanya aku panggil saja Ayah Wan. Bukan Ayah Pin. Hahaha... Tanya aku ialah kenapa setiap orang asyik merungut dan bergaduh sesama sendiri merebut bekalan? Kata aku lagi, kalau macam ni lah, memang peniaga-peniaga di setiap pasar mempunyai rezeki yang murah. Sampai tak tak cukup pembekal. Sampai saja lori atau van atau kereta.....berpusu-pusu pemborong menerkam. Adakah ini satu FENOMENA di pasar ini? Tanya aku pada Ayah Wan

Orang tua itu hanya tersenyum. Memang Ayah Wan terkenal di kalangan pemborong di situ. Veteran yang mempunyai 11 orang anak dari 1 isteri sahaja. Dia suka sedekahkan senyuman kepada orang. Tidak ada main tarik2 muka. Tidak bercakap banyak. Itulah Ayah Wan. Setelah agak serasi selepas beberapa minggu, maka aku mulalah terasa "berani" bertanyakan soalan yang sedemikian.

Sedikit-sedikit dia menceritakan kepada aku. Dalam diam dia mengajak aku minum di warung. Bagus orang tua tu. Tak gelojoh. Aku pun bertanyalah sedikit demi sedikit. Antaranya ialah soklan yang di atas tadi. Lama juga jawapan yang hendak diberi. Rupanya ada hikmah. Beliau tidak mahu aku rasa terkejut. Kerja pasar borong memang begitu. Ini kerana kata beliau, aku orang "BARU". Dia takut aku tak akan datang lagi selepas ini kerana asyik melihat bertapa tidak ada stok selalu.

Bermula dari situlah, Ayah Wan, yang telah berpuluh tahun bekerja sebagai pembekal dan peraih di pasar borong memberi nasihat dan tunjuk ajar. Katanya inilah "FENOMENA" kejadian Allah yang tidak ramai orang ketahui dan mahu mengkaji. Tambahnya lagi, sebagai orang tua dan berpengalaman di kampung dan juga di pasar, kejadian yang berlaku di sekitar bual MAY dan bulan JUN setiap tahun adalah merupakan satu kejutan bagi banyak orang. Katanya lagi, beliau heran, macam mana warga pasar boleh bergaduh sedangkan itulah yang mereka alami saban hari setiap tahun apabila menjelmanya bualan MAY dan JUN. Bekalan sentiasa tidak mencukupi.

Pada beliau yang sudah berumur 65 tahun, bulan tersebut adalah sebahagian dari femomena alam terutamanya di Malaysia. Di lautnya, tangkapan terlalu kurang, di daratnya tumbuhan tidak begitu menjadi kalau dari segi sayur-sayurannya, kalau di kebun pula, buah-buah tidak menjadi atau baru kehabisan atau baru berputik. Kalau di ladang ternak katanya lagi, ternakan senang di serang penyakit, kalau ayam itik, inilah musim peneloran yang paling kurang. Kalau bertelor juga, benihnya tidak subur.

Beliau tidak tahu kenapa kejadian ini berlaku. Sedikit telahan beliau ialah mungkin faktor perubahan cuaca. Namun katanya lagi, kalau saintis boleh mereka roket ke bulan, takkan benda-benda fenomena alam macam ini tak ada pengkaji?

Bijak sungguh orang tua ini berbicara. Aku telah meninggalkan kampung halaman semenjak 32 tahun yang lampau. Bagi aku kejadian alam juga telah banyak berubah. Susah untuk aku membezakan. Aku memang orang kampungan. Malah kampung aku tidaklah banyak berlaku dari segi perubahan pembangunan infra. Masih di tahap kampung lagi. Tapi buah fikiran Ayah Wan tadi, banyak menggamit kenangan aku sebagai budak kampungan. Dan hasilnya adalah apa yang sedang aku alami sekarang.

  • Bekalan yang terlalu kurang (Katanya telor2 pada biasanya taidak menjadi masalah)
  • Telor yang tidak berbenih
  • Telor yang kurang matang benihnya

Semoga, apa yang Ayah Wan curahkan kepada aku akan menjadi pedoman kepada aku dalam berdepan dengan Fenomena pada tahun-tahun yang mendatang. Sekiranya aku dipanjangkan usia dan diberi kesihatan tubuh badan dan akal fikiran.

Terima kasih Ayah Wan kerana memberi peringatan.


Sungguh Tak Ku Sangka

Assalamualaikum warga-warga ternak sekelian. Semoga kalian diberkati ALlah swt hendaknya.


Sambil saya membuat editing beberapa keping poster baru untuk produk keluaran Niche Strategy Marketing, mata mulalah mengantuk. Apa lagi, menjadi satu kebiasaan, setelah mata merasa kepenatan, maka jari jemari ini mulalah meraba-raba kebod tanpa diketahui huruf apakah yang ditekan. Entah macamana, semasa cuba mencari sesuatu menggunakan google search box, terkeluar pulak Video yang dibawah ini.


Hampir tak terperasan pulak bahwa inlah antara video yang pernah saya keluarkan sewaktu saya terlantar sakit di atas katil selama tujuh bulan sehingga seawal tahun 2008 yang lalu. Asalnya gambar/video clips yang dihantar kepada saya oleh seorang sahabat (dah lupa dari mana sumbernya). Formatnya amat pelik, kerana ianya bukan melalui video kemera shooting yang biasa-biasa.



Oleh kerana tidak banyak kerja yang mampu saya lakukan, maka saya godek sana dan godek sini mecari kaedah untuk saya publishkan di dalam blog saya ketika itu dan semoga semua orang dapat menontonnya. Alhamdulillah, setelah pelbagai usaha dibuat dan gagal, maka saya menyuruh isteri saya untuk dapatkan cd atau video converter di IOI Mall. Dan hasilnya ialah di bawah.

Terkejut juga apabila saya melihat begitu banyak komen yang dibuat dan saya sangat seronok melihat pertambahan pelayar (viewer).

Saksikanlah gambar/You Tube di bawah:




Semakin Hari Semakin Secocok

Assalamualaikum sahabat-sahabat dan pengunjung blog sekelian. Sudah agak lama juga saya tidak update blog saya yang satu ini. Agak sibuk sikit mutakhir ini.

Walaupun operasinya adalah kecil, namun tenaga kerjanya pun adalah kecil, maka terlalu banyaklah kepincangan yang terdapat tambah-tambah saya ni adalah "orang baru" di daerah yang baru. Dalam kesibukan untuk menyelia pembuatan inkubator, saya juga sedikit kepenatan berkejaran kehulu-dan kehilir, mundar mandir mencari bekalan dan stok yang berkaitan.

Rupanya, bidang rezeki sedikit berubah setelah operasi berubah daerah. Alahamdulillah, perubahan yang positif ditunjukkan dengan sedikit pertambahan cabang bisnes iaitu penetasan telor ayam. Buat seketika ini, kami hanyalah menumpukan kepada telor-telor ayam sahaja, tak kiralah ayam jenis apa.

Alhamdulillah juga, masyarakat yang berhampiran telah mula mengenali kami walaupun kami masih gagal menaikkan sebarang bentuk "signboard" atau papan tanda di premis perniagaan kami yang tak seberapa ini. Sudah ramai orang yang lalu lalang bertanyakan perihal bisnes yang kami jalankan. Maklumlah, papan tanda yang terpampang adalah lain daripada apa yang sebenarnya kami lakukan. Tuan yang terdahulu punya lah tu!

Alhamdulillah juga, kawan-kawan dan kenalan baru kami, juga melalui bantuan pegawai Veterinar negeri, dapatlah kami mengenali "hardcore" penternak unggas di daerah Kuala Terengganu. Pelbagai cabang ternakan, semuanya saling bantu-membantu. Mereka sebenarnya amat-amat mengalu-alukan kedatangan kami ke sini.

Suasana sudah semakin berubah. Sini-sana sudah ramai kenalan yang ingin berjumpa dan berbual-bual menceritakan perihal pengalaman masing. Hatta, saya kini sudah menjadi sebahagian dari orang pasar. Pelbagai pasar di sekitar daerah Kuala Terengganu. Bukan setakat ingin dapatkan bekalan, malah lebih kepada ingin membuat sedikit kaji-selidik perihal tata-cara, perangai dan adat-adat orang pasar beniaga. Bab kata orang putih (Aku terjemahkan), kalau igin berdagang di rantau orang (termasuk luar dan dalam negeri), maka kenalilah dulu "culture" sesuatu daerah dan kaum. Maka dengan kata2 yang sedemikian, aku telah menjadi semakin seronok dan begitu berkeyakinan bahawa mungkin di sinilah akan berakhirnya pencarian satu tapak yang abadi untuk aku berdagang di atas dunia ini.

Terasa nyaman sekali, sesudah selesai solah subuh, maka aku memulakan hari aku dengan menjengah beberapa pasar sehinggalah kekadang itu sampai pukul 10 pagi. Seronok berbincang dengan taiko-taiko aka pemborong sambil minum-minum kopi. Niat aku satu sahaja, iaitu ingin betul-betul belajar dan mengkaji. Ternyata, setakat ini, walaupun belum sepenuhnya aku mendalami, tetapi aku sekurang-kurangnya telah:


  1. Menjalin hubungan dengan pembeli besaran maka terbentuklah satu jaringan.

  2. Mengenali kaedah berjual beli dengan pemborong dan pembekal

  3. Mengenali kaedah peruncit menjalankan urusniaga

  4. Mengenali dan mengetahui dari manakah datangnya bekalan yang berkaitan.

Memang kalau nak dikirakan, aku telah "terlanjur" jauh dari apa yang pernah aku lakukan sebelum daripada ini dan di era kemuncak perniagaan aku kira-kira 5 tahun yang lepas. Namun aku lakukan semuanya ini adalah kerana aku memikirkan perniagaan aku sekarang lebih mirip kepada penternakan walaupun buat masa sekarang "CORE" bisnes masih lagi pembuatan inkubator. Akan tetapi, kerana melihatkan potensi pembekalan anak-anak unggas adalah begitu besar sekali, maka peluang sedemikian tidak seharusnya aku biarkan berlalu.

Malah dengan kemahiran yang ada, postensi ini akan digarap sebaik mungkin dan sebolehnya aku akan merealisasikannya sebagai sebahagian dari matlamat penghijrahan aku ke Negeri kelahiran aku ini. Kini bukan sahaja aku telah menjalankan proses penetasan untuk telor-telor milik sendiri, malah sudah terdapat ramai penternak yang telah menggunakan "khidmat" mesin penetas telor kepunyaan kami untuk di"kontrak"kan penetasan.

Di saat dan ketika posting ini dinukilkan, aku sedang berada di Puchong kerana menghantar inkubator dan dalam masa yang sama ingin membawa pulang anak2 dan isteri pulang ke kampung bercuti. Sesampainya di Puchong, segalanya terasa kelaianan. Mudah sungguh perubahan perasaan berlaku. Sesungguh tidak terlintas langsung untuk aku melakukan perubahan ini. Semua berlaku kerana takdir dan aku menerima seadanya sebagai tanda mensyukuri segala pemberianNya.