Nak Jual DOC atau Tidak
Selamat bersua kembali sahabat-sahabat sekalian. Semoga anda diluar sana senantiasa beroleh kerahmatan selalu hendaknya.
Syukur Alhamdulillah kerana masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara yang nyaman di pagi Rabu yang dingin ini. Dingin kerana semalam adalah hari hujan yang mencurah-curah dan kesejukannya terasa sehingga sekarang. Sudah hampir sebulan berpanasan di kawasan yang kami tinggal. Mungkin suasana panas ini telah sedikit sebanyak merencatkan kadar kesuburan dan peratusan keluran produk-produk pertanian. Apa saja. Tapi saya rasa semuanya akur kerana kita sebagai warga Malayisa yang tinggal di dalam iklim tropikal ini, umumnya mengetahui bahawa bulan May dan Jun merupakan bulan-bulan yang mempunyai kadar kepanasan yang tinggi. Berpeluh sentiasa.
Sehingga sekarang ini, saya masih lagi diperingkat pembelajaran membuat penetasan. Hajatnya untuk membuat skala sederhana besar pada satu ketika nanti. Sekarang ini, kadar 50 ekor DOC telah hampir tercapai walaupun matlamat sebenar ialah sekitar 150 DOC sehari. Akur akan pelbagai permasalahan termasuk pengalaman, bekalan telor yang baik sukar diperolehi, yang tidak konsisten, suhu persekitaran yang terlalu ekstrim adalah penyumbang kepada masalah sekarang ini yang pasti saya kena tempuhi dengan tenang dan dalam masa yang sama terus-menerus membuat analisa dan sedikit R&D bagi memastikan peratusan penetasan meningkat dari semasa ke semasa.
Telah beberapa pusingan penjualan DOC dibuat, timbul satu persoalan sekarang samada wajar saya menjual mahupun terus membela sehingga sedikit besar untuk mendapat harga yang lebih baik ataupun terus saja saya membesarkan ayam tersebut sehingga keperingkat ayam dara yang rata-rata mempunyai nilai pasaran yang baik dan tinggi. Ada juga dalam waktu yang sama, kerana disebabkan taruma mendapat bekalan telor yang langsung tiada kualiti, maka terpfikir juga untuk membesarkannya sebagai induk atau baka sahaja.
Kesemuanya itu adalah menjadi tujuan asal sedikit berkecamuk dengan kerenah-kerenah yang sedang dialami. Masalah paling besar ialah telor yang tidak subur dengan hampir 50% tidak mempunyai benih setelah candling dilakukan. Bakinya termasuklah pertumbuhan embrio yang terbantut dengan ujudnya "blood ring" yang menjurus kepada matinya benih sebelum masa. Selain daripada itu ialah kerana kedudukan inkubator di dalam bilik yang tertutup yang tidak ada peredaran udara dan menjadikannya begitu panas melepasi tetapan sushu penetasan sebenar. Dan yang selebihnya adalaha merupakan faktor kedua terbesar iaitu "Tidak Berpengalaman" dari pelbagai sudut.
Kalau nak dikirakan, harga DOC yang dijual agak bagus juga. Mencecah sehingga RM2.60 seekor dan yang bagusnya kalau setakat 50 DOC sehari, pastinya sentiasa tidak mencukupi.
Maka di sinilah persimpangannya. Mungkin kerana susah untuk mendapatkan bekalan DOC, maka sewajarnyalah harga adalah sedemikian rupa. Tidak perlu untuk membuat sebarang "marketing". Tapi tidaklah sampai terniat untuk menaikkan harga bagi DOC. Atas sebab itu jugalah maka terlintas untuk memungkinkan membela anak ayam ini sehingga sekurang-kurangnya mencecah umur 1 bulan kerana pada saya sekadar untuk membela sehingga 1 bulan usia, ianya masih relevan dengan suasana penetasan. Ianya tidak memerlukan kawasan yang luas dan juga tidak memerlukan makanan yang susah-susah.
Tapi berapa lama lagikah peluang ini harus ditunggu untuk dlaksanakan?..
0 comments:
Post a Comment