Semakin Hari Semakin Secocok

Assalamualaikum sahabat-sahabat dan pengunjung blog sekelian. Sudah agak lama juga saya tidak update blog saya yang satu ini. Agak sibuk sikit mutakhir ini.

Walaupun operasinya adalah kecil, namun tenaga kerjanya pun adalah kecil, maka terlalu banyaklah kepincangan yang terdapat tambah-tambah saya ni adalah "orang baru" di daerah yang baru. Dalam kesibukan untuk menyelia pembuatan inkubator, saya juga sedikit kepenatan berkejaran kehulu-dan kehilir, mundar mandir mencari bekalan dan stok yang berkaitan.

Rupanya, bidang rezeki sedikit berubah setelah operasi berubah daerah. Alahamdulillah, perubahan yang positif ditunjukkan dengan sedikit pertambahan cabang bisnes iaitu penetasan telor ayam. Buat seketika ini, kami hanyalah menumpukan kepada telor-telor ayam sahaja, tak kiralah ayam jenis apa.

Alhamdulillah juga, masyarakat yang berhampiran telah mula mengenali kami walaupun kami masih gagal menaikkan sebarang bentuk "signboard" atau papan tanda di premis perniagaan kami yang tak seberapa ini. Sudah ramai orang yang lalu lalang bertanyakan perihal bisnes yang kami jalankan. Maklumlah, papan tanda yang terpampang adalah lain daripada apa yang sebenarnya kami lakukan. Tuan yang terdahulu punya lah tu!

Alhamdulillah juga, kawan-kawan dan kenalan baru kami, juga melalui bantuan pegawai Veterinar negeri, dapatlah kami mengenali "hardcore" penternak unggas di daerah Kuala Terengganu. Pelbagai cabang ternakan, semuanya saling bantu-membantu. Mereka sebenarnya amat-amat mengalu-alukan kedatangan kami ke sini.

Suasana sudah semakin berubah. Sini-sana sudah ramai kenalan yang ingin berjumpa dan berbual-bual menceritakan perihal pengalaman masing. Hatta, saya kini sudah menjadi sebahagian dari orang pasar. Pelbagai pasar di sekitar daerah Kuala Terengganu. Bukan setakat ingin dapatkan bekalan, malah lebih kepada ingin membuat sedikit kaji-selidik perihal tata-cara, perangai dan adat-adat orang pasar beniaga. Bab kata orang putih (Aku terjemahkan), kalau igin berdagang di rantau orang (termasuk luar dan dalam negeri), maka kenalilah dulu "culture" sesuatu daerah dan kaum. Maka dengan kata2 yang sedemikian, aku telah menjadi semakin seronok dan begitu berkeyakinan bahawa mungkin di sinilah akan berakhirnya pencarian satu tapak yang abadi untuk aku berdagang di atas dunia ini.

Terasa nyaman sekali, sesudah selesai solah subuh, maka aku memulakan hari aku dengan menjengah beberapa pasar sehinggalah kekadang itu sampai pukul 10 pagi. Seronok berbincang dengan taiko-taiko aka pemborong sambil minum-minum kopi. Niat aku satu sahaja, iaitu ingin betul-betul belajar dan mengkaji. Ternyata, setakat ini, walaupun belum sepenuhnya aku mendalami, tetapi aku sekurang-kurangnya telah:


  1. Menjalin hubungan dengan pembeli besaran maka terbentuklah satu jaringan.

  2. Mengenali kaedah berjual beli dengan pemborong dan pembekal

  3. Mengenali kaedah peruncit menjalankan urusniaga

  4. Mengenali dan mengetahui dari manakah datangnya bekalan yang berkaitan.

Memang kalau nak dikirakan, aku telah "terlanjur" jauh dari apa yang pernah aku lakukan sebelum daripada ini dan di era kemuncak perniagaan aku kira-kira 5 tahun yang lepas. Namun aku lakukan semuanya ini adalah kerana aku memikirkan perniagaan aku sekarang lebih mirip kepada penternakan walaupun buat masa sekarang "CORE" bisnes masih lagi pembuatan inkubator. Akan tetapi, kerana melihatkan potensi pembekalan anak-anak unggas adalah begitu besar sekali, maka peluang sedemikian tidak seharusnya aku biarkan berlalu.

Malah dengan kemahiran yang ada, postensi ini akan digarap sebaik mungkin dan sebolehnya aku akan merealisasikannya sebagai sebahagian dari matlamat penghijrahan aku ke Negeri kelahiran aku ini. Kini bukan sahaja aku telah menjalankan proses penetasan untuk telor-telor milik sendiri, malah sudah terdapat ramai penternak yang telah menggunakan "khidmat" mesin penetas telor kepunyaan kami untuk di"kontrak"kan penetasan.

Di saat dan ketika posting ini dinukilkan, aku sedang berada di Puchong kerana menghantar inkubator dan dalam masa yang sama ingin membawa pulang anak2 dan isteri pulang ke kampung bercuti. Sesampainya di Puchong, segalanya terasa kelaianan. Mudah sungguh perubahan perasaan berlaku. Sesungguh tidak terlintas langsung untuk aku melakukan perubahan ini. Semua berlaku kerana takdir dan aku menerima seadanya sebagai tanda mensyukuri segala pemberianNya.




0 comments:

Post a Comment