Adakah Ianya Satu Fenomena?
Assalamualaikum untuk sahabat handai, teman seperjuangan dan para pengunjung blog medanusahawan. Syukur Alahamdulillah, diberikan sedikit kekuatan oleh Allah untuk menekan kebod ini untuk berkongsi maklumat baik sebagai pengajaran mahu pun sebagai pedoman. Nasihat saya, mana-mana yang baik ambillah sebagai iktibar dan sekiranya tidak benar dan tidak menyebelahi anda, maka abaikanlah sahaja.
Posting kali ini adalah berkaitan dengan apa yang saya dengar dan saya lihat.
Seperti mana yang sesetengah dari kalangan pengunjung blog ini ketahui, saya memang amat baru dalam bidang penternakan ini, apatah lagi setelah mula mencubanya secara agak serius. Terus terang saya katakan sebagai seorang yang sudah lama meninggalkan kampung halaman, ternakan, binatang peliharaan, kebun buah-buahan dan kebun sayuran, untuk memulakan kehidupan sebagai seorang penternak bukanlah sesuatu yang amat mudah. Namu oleh kerana apa yang sedang saya lakukan sebagai pengeluar mesin penetas telor adalah terlalu berkait rapat dengan bidang penternakan. Lantaran itu, saya berusaha untuk mengambil peluang dengan melebarkan sayap perniagaan saya dengan bidang yang terlalu berkaitan, iaitu membuat penetasan telor unggas.
Alhamdulillah, impian itu terlaksana dengan saya menyediakan 5 buah mesin penetas buatan saya sendiri dari pelbagai saiz dan bentuk. Kalau selama ini saya menjual, kali ini saya menggunakannya sendiri. BARU ada FEEL.
Sebenarnya begini cerita yang ingin saya kongsikan bersama saudara saudara sekelian.
Setelah menceburi bidang penetasan, saya saban hari turun ke pasar borong yang berdekatan. Setiap hari tanpa tertinggal. Beberapa buah pasar. Tujuannya hanyalah ingin mendapatkan telor ayam kampung yang fresh (fresh fresh pun 2 4 hari jugak kot). Alahamdulillah, banyak juga telor yang dapat dikumpul dan memang telor2 ayam kampung itu adalah telor baru. Dari kulit telor kita dah dapat mengetahui. Namun untuk mendaptkan telor secara konsisten adalah amat sukar. Mengeluh juga ramai pemborong-pemborong kerana terlalu berbeza dari segi bilangan atau jumlah bekalan yang dibuat.
Saya tidak bertanya banyak. Maklumlah orang baru. Lebih kepada sekadar memasang telinga sahaja. Juga tidaklah saya peduli sangat akan bekalan yang tidak konsisten itu. Saya betul2 ingin mendapat "FEEL" orang pasar untuk saya lebih menjiwai sebagai seorang "peraih cum penjual" dalam waktu yang sama. Lagi pun benda-benda ini semua belaku di waktu selepas subuh. Di pasar borong orang sudah tidak ada lagi selepas pukul 7 pagi.....
Dalam ramai-ramai penjual dan pemborong itu, aku menghampiri seorang "VETERAN" yang aku nampak begitu "COOL" sekali. Setiap hari. Sama sahaja aku tengok perangai orang tua ini. Dia menyewa satu lot di sebuah pasar borong yang berdekatan. Sewanya murah saja. MBKT hanya menegenakan RM1.00 setiap hari. Yang peliknya, aku tak nampak pun barangan atas meja sewaan beliau. Setiap hari, sama sahaja. Rupa-rupanya veteran ini telah menjual barangan yang dibawa langsung dari rumah, terus menerus diletakkan pada gerai2 pelanggan beliau. Barangan seperti pisang, telor ayam, nangka, sayuran, rebung, kelapa dan pelbagai adalah merupakan "trade" harian beliau.
Lalu aku bertanya kepada beliau. Namanya aku panggil saja Ayah Wan. Bukan Ayah Pin. Hahaha... Tanya aku ialah kenapa setiap orang asyik merungut dan bergaduh sesama sendiri merebut bekalan? Kata aku lagi, kalau macam ni lah, memang peniaga-peniaga di setiap pasar mempunyai rezeki yang murah. Sampai tak tak cukup pembekal. Sampai saja lori atau van atau kereta.....berpusu-pusu pemborong menerkam. Adakah ini satu FENOMENA di pasar ini? Tanya aku pada Ayah Wan
Orang tua itu hanya tersenyum. Memang Ayah Wan terkenal di kalangan pemborong di situ. Veteran yang mempunyai 11 orang anak dari 1 isteri sahaja. Dia suka sedekahkan senyuman kepada orang. Tidak ada main tarik2 muka. Tidak bercakap banyak. Itulah Ayah Wan. Setelah agak serasi selepas beberapa minggu, maka aku mulalah terasa "berani" bertanyakan soalan yang sedemikian.
Sedikit-sedikit dia menceritakan kepada aku. Dalam diam dia mengajak aku minum di warung. Bagus orang tua tu. Tak gelojoh. Aku pun bertanyalah sedikit demi sedikit. Antaranya ialah soklan yang di atas tadi. Lama juga jawapan yang hendak diberi. Rupanya ada hikmah. Beliau tidak mahu aku rasa terkejut. Kerja pasar borong memang begitu. Ini kerana kata beliau, aku orang "BARU". Dia takut aku tak akan datang lagi selepas ini kerana asyik melihat bertapa tidak ada stok selalu.
Bermula dari situlah, Ayah Wan, yang telah berpuluh tahun bekerja sebagai pembekal dan peraih di pasar borong memberi nasihat dan tunjuk ajar. Katanya inilah "FENOMENA" kejadian Allah yang tidak ramai orang ketahui dan mahu mengkaji. Tambahnya lagi, sebagai orang tua dan berpengalaman di kampung dan juga di pasar, kejadian yang berlaku di sekitar bual MAY dan bulan JUN setiap tahun adalah merupakan satu kejutan bagi banyak orang. Katanya lagi, beliau heran, macam mana warga pasar boleh bergaduh sedangkan itulah yang mereka alami saban hari setiap tahun apabila menjelmanya bualan MAY dan JUN. Bekalan sentiasa tidak mencukupi.
Pada beliau yang sudah berumur 65 tahun, bulan tersebut adalah sebahagian dari femomena alam terutamanya di Malaysia. Di lautnya, tangkapan terlalu kurang, di daratnya tumbuhan tidak begitu menjadi kalau dari segi sayur-sayurannya, kalau di kebun pula, buah-buah tidak menjadi atau baru kehabisan atau baru berputik. Kalau di ladang ternak katanya lagi, ternakan senang di serang penyakit, kalau ayam itik, inilah musim peneloran yang paling kurang. Kalau bertelor juga, benihnya tidak subur.
Beliau tidak tahu kenapa kejadian ini berlaku. Sedikit telahan beliau ialah mungkin faktor perubahan cuaca. Namun katanya lagi, kalau saintis boleh mereka roket ke bulan, takkan benda-benda fenomena alam macam ini tak ada pengkaji?
Bijak sungguh orang tua ini berbicara. Aku telah meninggalkan kampung halaman semenjak 32 tahun yang lampau. Bagi aku kejadian alam juga telah banyak berubah. Susah untuk aku membezakan. Aku memang orang kampungan. Malah kampung aku tidaklah banyak berlaku dari segi perubahan pembangunan infra. Masih di tahap kampung lagi. Tapi buah fikiran Ayah Wan tadi, banyak menggamit kenangan aku sebagai budak kampungan. Dan hasilnya adalah apa yang sedang aku alami sekarang.
- Bekalan yang terlalu kurang (Katanya telor2 pada biasanya taidak menjadi masalah)
- Telor yang tidak berbenih
- Telor yang kurang matang benihnya
Semoga, apa yang Ayah Wan curahkan kepada aku akan menjadi pedoman kepada aku dalam berdepan dengan Fenomena pada tahun-tahun yang mendatang. Sekiranya aku dipanjangkan usia dan diberi kesihatan tubuh badan dan akal fikiran.
Terima kasih Ayah Wan kerana memberi peringatan.
0 comments:
Post a Comment