Berjaya Atau Tidak - Apa Faktornya

Assalamualaikum kepada kesemua pengunjung blog medanusahawan yang beragama Islam dan selamat berkunjungan kepada yang bukan beragama Islam. Syukur Alhamdulillah sentiasa saya, kerana di pagi yang hening sebegini, Allah memperuntukkan sedikit keinginan untuk saya mencoretkan apa yang saya rasa dan alami sebagai sedikit informasi. Mudah2an ianya akan memanfaakan pengunjung blog semua.

Saya baru saja balik dari Kelantan Darul Naim selepas berkunjungan ke beberapa tempat/lokasi atas pelbagai tujuan; bisnes dan juga famili. Alhamdulillah, kesemua yang dirancang dan di atur menepati sasaran dan harapan. Dari segi bisnesnya, InsyaAllah sekiranya dimurahkan rezeki olehNya, akan ada satu "bulk order". Mudah2an akan dipermudahkan oleh Allah. Dari segi kekeluargaan, Alahamdulillah, orang yang dilawati itu sihat walfaiat dan dapat menjalankan rutin belajar dan beramal dengan ilmu agama Islam dengan baiknya. Syukran!

Berbalik kepada tajuk posting, ianya hanyalah berkisar kepada apa yang saya lakukan sekarang ini. Sebagai pembuat inkubator Automatik sepenuhnya bukanlah sesuatu yang mudah untuk dizahirkan. Terlalu banyak persepsi dan telahan terhadap apa yang dikatakan "AUTO". Memang agak sukar untuk memanupulasikan perkataan "AUTO". Ada sebahagian pengguna (dan bakal pengguna) mahukan AUTO itu berfungsi secara auto dari A - Z, maknanya dia hanya melakukan kerja hanya sekali sahaja iaitu kerjanya hanyalah memasukkan telor (dan telor2) ke dalam inkubator dan membiarkan ianya menetas (dengan harapan) setelah tiba tempoh 21 hari (kalau telor ayam). Dia tidak mahu langsung untuk melihat apa yang berlaku di sepanjang proses pengeraman mahupun proses penetasan. Dia hanya mahu mendapatkan anak ayam sahaja kerana dia memikirkan itulah lebihnya memiliki mesin penetas auto berbanding dengan manual.

Bagi saya, kefahaman itu adalah salah sama sekali, tambah-tambah lagi kalau kita beroperasi dalam kadar yang amat kecil dengan modal yang cukup terhad. Bagi saya sebagai tuan punya bisnes, kita kena ada usaha yang berpanjangan. Orang berkebun pun tidak hanya akan menanam benih dan tunggu sehingga beberapa tahun untuk memungut hasil. Penanam sayur pun perlu membaja, menyiram dan meracun rumput/rumpai dan serangga/hama/bena untuk mendapat dan memastikan hasil yang baik diperolehi.

Senario sedemikian adalah datang dari mereka yang terlalu membandingkan anatara inkubator manual dengan auto. Terlalu berkeras mereka dengan mengatakan, kalau dah auto buat apa hendak ditangani dengan proses memantau. Itukan membazirkan masa!!!

Kadang2 terasa pelik juga, masih kedapatan sebilangan dari kita menjalankan urusan bisnes dengan hanya melakukan proses "labu peram". Bagi saya sikap sedemikian tidak harus ujud pada insan yang ingin memulakan perniagaan terutamanya penternakan unggas atau lebih tepat lagi ialah penetasan. Labih baik mereka menjauhkan diri dari membuat pelaburan kerana tanggapan sedemikian pasti "makan tuan"

Suka saya terangkan di sini, saya terlalu mampu untuk melakukan kesemuanya automatik dari segi proses seperti mana yang pelanggan mahukan. Yang saya tak boleh ialah saya gagal memastikan bahawa tidak ke semua telor yang dimasukkan akan menetas. Terlalu banyak kemungkinan kegagalan. Ini kerana, melakukan penetasan bukanlah sekadar meletakkan telor di dalam inkubator sahaja. Ianya terlalu jauh daripada step tersebut. Tidak ada jalan pintas langung.

Teringat saya satu peristiwa sebagai perbandingan. Disekitar pertengahan tahun 90an, saya selalu berkunjungan ke Negara Korea, di antaranya ialah MANDO, iaitu anak syarikat Gergasi Korea, HALLA Groups Of Company. Lawatan sebagai Technical Collaboration untuk memasang DC motor di Malaysia, khususnya Wiper Motor dan Power WIndow Motor. Ketika iatu saya hanyalah pengurus kilang. Agak memeranjatkan juga kilang yang bangunannya hampir seluar 3 hektar dikatakan menggunakan terknologi automasi sepenuhnya. Kalau nak dikirakan, sudah pasti, tidak ada manusia langsung. Tapi mana ada logiknya. Terbukti bahawa walaubagaimana canggih sekali pun manufacturing lines, ianya tidak dapat lari dari elemen penggunaan tenaga manusia. Memang ada di sesetengah tempah manusia kena lakukan kerja tersebut. Ianya tidak lain dan tidak bukan, iaitu QC Inspection. Ada bahagia kritikal tertentu, manusia mesti mengambil tempat.

Sama juga dalam proses penetasan, tambah tambah lagi skala yang kecil. Antara area yang wajar menggunakan khidmat manusia sepenuhnya ialah kerja "Candling". Ini adalah proses yang penting dalam memeastikan keputusan penetasan adalah tinggi darisegi peratusan. Di samping itu juga, proses candling juga dapat mengurangkan risiko perebakan penyakit yang sukar dikenal-pasti semasa proses pengeraman. Ini kerana telor telor yang rosak dapat dibuang dan tidak bercampur dengan telor-telor yang baik proses pertumbuhan embrionya.

Di samping itu, sekiranya seseorang telah mahir dengan candling, mereka juga dapat memaksimakan ruang penetasan dengan paling efektif sekali.

Maka dengan itu, saya sekali lagi merasakan tanggapan dan persepsi mesin penetas auto mesti diperbetulkan terlebih dahulu sebelum memikirkan untuk memiliki mesin penetas.

Fully Auto bukan bermakna tidak memerlukan usaha dan keringat.




0 comments:

Post a Comment