Penetas/Pengeram Telor Fungsi Automatik
1. Inkubator
Kami merupakan pengeluar penetas telor yang mempunyai fungsi kendalian automatik sepenuhnya. Asas kepada minat menceburi bidang yang jarang-jarang sekali dipelopori oleh masyarakat Malaysia, timbul beberapa persoalan yang menjurus kepada bebrapa kesedaran yang berikut:
1.Semakin ramai rakyat Malaysia yang menceburi bidang penternakan unggas
sekarang ini
2. Kebayakan dari penternak ini mengusahakan penternakan menggunakan sistem tabie atau asli
3. Sekiranya ada penggunaan mesin penetas telor, sebilangan besarnya adalah
menggunakan mesin fungsi "MANUAL" yang terlalu banyak kelemahannya.
4. Sekiranya terdapat pengusaha yang menggunakan mesin penetas automatik, kebarangkalian mesin-mesin tersebut diimport dari luar negeri adalah amat besar sekali. Tambahan pula, mereka membayar dengan harga yang amat mahal serta khidmat selepas jualan yang mungkin kurang mutunya.
Ke empat-empat faktor di atas telah menguatkan semangat kami untuk mengisi kekosongan yang terdapat lantas memanfaatkan kekurangan yang ada. Ditambah pula dengan kemahiran dan pengalaman yang luas dalam bidang berkaitan dengan sistem automasi amnya dan sistem pengeraman & penetasan moden, kami telah mengorak langkah dengan membuat beberapa penyelidikan.
Antara penyelidikan awal yang kami lakukan ialah dengan membuat perbandingan dengan beberapa jenis inkubator yang bermutu dari luar negara yang sudah mempunyai nama tersendiri. Hasilnya ialah sebuah Mini Inkubator mini telah dikluarkan. Buat pertama kalinya, inkubator ini bukanlah untuk dipasarkan, namum hanyalah sekadar untuk tujuan promosi dan juga yang terlebih pentingnya ialah bertujuan untuk proses pengujian operasi.
Gambar di atas adalah gambar asal SPORTMAN INCUBATOR
Setelah pelabagai kaji-selidik dan uji-kaji dijalankan melalui perbandingan, ujian dan beberapa pandangan bakal pengguna, akhirnya kami berjaya membina satu unit inkubator buatan tempatan yang mana spesifikasinya adalah hampir sama dengan apa yang SPORTMAN hadirkan kepada pengguna, tetapi jelas terdapat perbezaan ketara dari segi alat pengawalan yang digunakan.
Inkubator Pertama keluaran kami
Jelaslah, melalui pelbagai rintangan dan ranjau yang sememangnya tidak semudah yang dijangkakan, akhirnya kini kami dapat memasarkan Inkubator Mini yang betul-betul dapat beropersi secara mantap dan berkesan.
Kini kami telah maju dengan mencipta beberapa jenis/saiz inkubator mini untuk dapat disesuaikan dengan pelbagai permintaan yang berbeza-beza. Walaupun pengguna mempunyai permintaan spesifikasi yang pelbagai, kami yakin produk keluaran kami mampu diterima.
Antara beberapa jenis inkubator keluaran kami
Dari semasa ke semasa, kami telah mengorak langkah untuk menampilkan ciri-ciri inkubator yang lebih berdaya saing bukan sahaja dari segi harganya, malah dari segi nilai tambah yang memang sukar diadakan pada inkubator yang diimport.
Sebahagian dari inkubator yang menggunakan "humidity indicator" secara digital
Model/Jenis, Kapasiti & Harga
Terdapat beberapa model inkubator yang kami keluarkan sekarang. Perbezaan hanyalah dari segi kapasiti muatan telor sahaja di samping kita menggunakan beberapa jenis "penunjuk suhu/jangka suhu & meter kelembapan". Dari segi kaedah mesin penetas telor beroperasi, ianya adalah sama sahaja.
Penetas Telor model M103S
- Model ini adalah model asas yang diperbuat daripada gabungan kepingan plywood dan aluminum angle. Sulu boleh dilaras menggunakan thermostat dan suhu akan dipaparkan dengan menggunakan penanda suhu"analog".
- Tray akan dipusingkan secara automatiknya untuk setiap jam. Kami menggunakan alat pengawal dari jenis microprocessor teknolgi.
- Pusingan Tray boleh beroperasi secara automatik ataupun manual. Pergerakan Manual adalah untuk tujuan penyelenggaraan atau proses pengeluaran dan kemasukan telor.
- Pergerakan dan peredaran udara di dalam bilik/kabinet dalah menggunakan circulated air menggunakan kipas
- Saiz inkubator 311/2" (T) x 15" (L) x 281/2" (D)
- Kapasiti muatan telor 310 biji telor ayam kampung, 250 biji telor itik dan 700 - 800 biji telor puyuh.
Harga (tidak termasuk kos penghantaran) ialah RM2,000.00 se unit
Penetas Telor model M103D
- Kesemua spesifikasi adalah sama dengan model M103S, cuma model ini menggunakan penunjuk digital yang mengandungi penunjuk suhu dan juga penunjuk kelembapan (humidity).
- Penunjuk kelembapan ini pula mempunyai fungsi memory bila mana fungsi ini akan membantu anda mengetahui suhu dan/atau kelembapan yang direkodkan.
Harga tidak termasuk kos penghantaran RM2,500.00 se unit
2. Egg Candler
7 comments:
Salam bang,
Saya berminat nak beli model paling murah, M103S. Mintak e-mail saya harga paling best ke azahar@mis.my. Saya akan datang amik sendiri kat Puchong. Saya juga berminat untuk jadi pengedar di bahagian Utara. Saya tinggal di Bukit Selambau.
Saya dah hantar emel kpd En Saad. Terima kasih
saya nak iklankan perniagaan saya dlm web tuan boleh tak?
saya nak harga untuk dua misen ini Model Terbaru - Mini Inkubator,Model MI-102V2
sila hantar nomber tel dan harga kepada iemail saya rajapraveen22@yahoo.com
harga untuk Inkubator Model MI-103V2
steph curry shoes
kyrie 7
jordan shoes
air jordan 1
air jordans
hermes birkin
bape hoodie
off-white
bape
golden goose
Post a Comment