1st New Born Baby!

Assalamulaikum teman-teman seperjuangan dan juga kepada pembaca blog yang tak seberapa ini. Semoga anda sekalian terus dilindungi oleh Allah dari segalam macam kemaslahatan dan kebejatan. Apapun, terima sajalah apa yang diberikan olehNya dengan penuh rasa syukur selalu.

Baiklah, kali ini, tajuk posting agak TRENDY sikit. Orang putih pulak tu! Buat gempak sikit.

Semuanya adalah perihal proses penetasan yang sedang saya lakukan sekarang ini. Sebelum terlupa, ingin saya maklumkan di sini bahawa, di samping membuat dan mengedarkan sepenuhnya produk Sistem Penetasan Telor Unggas Fungsi Automatik ini, saya juga sebenarnya telah memulakan langkah untuk menjadi pembekal anak-anak unggas terpilih. Kerja-kerja sedang giat dijalankan. InsyaAllah dalam 2 - 4 bulan lagi, maka akan terlaksanalah sebahagian dari impian saya yang tersendiri ini.

Tidaklah banyak, cuma untuk permulaan ini (dalam 2 bulan begitulah kot!), saya akan keluarkan sehingga 5,000 ekor anak ayam kampung ORI dan kacuk sekali untuk sebulan pengeluaran. Mungkin bulan-bulan yang berikutnya, akan ditambah lagi sehingga mencecap apa juga angka selagi termampu. Nudah-mudahan!

Alhamdulillah, buat permualaan ini, saya syukur sangat-sangat kepada ahli keluarga saya di kampung ini, yang begitu membantu dalam menjayakan impian ini. Mereka begitu bersungguh-sungguh, sehinggakan untuk mendapatkan telor ayam kampung setakat 250 ekor seminggu, tidak menjadi masalah langsung. Contoh terbaik ialah, pada dua minggu yang lepas, bekalan telor ayam sudah mencecah 400 biji dan sekarang ini telah dimasukkan di dalam pelbagai saiz inkubator yang saya ada.

Nak dijadikan ceritanya lagi, walaupun hampir keseluruhan telor itu adalah dibeli dari pelbagai penternak kampung, kadang2 tu 3 biji pun ada, tetapi kekadang tu, 20 biji seorang pun ada untuk satu- satu hari tertentu. Yang bagusnya lagi ialah, setelah dibuat "CANDLING", dari 180 biji, yang tidak berbaka ialah kurang dari 20 biji. Pada aku itu sudah cukup memadai, terutama bila diambil kira kaedah kutipan dan penyimpanan yang kadang-kadang tu disimpan sehingga 1 minggu genap.

Uuuiiih...panjang pulak mukaddimah. Dah jadi isi kandungan pulak. Sebenarnya, kedai yang saya sewakan ini, yang jaraknya tidak sampai 5 minit ke Bandaraya Kuala Terengganu ini, sebahagiannya saya jadikan tempat tinggal. Sebabnya saya malas untuk pulang ke kampung setiap kerana kemudahan internet yang kurang baik. Jadi di kedai ini jugalah saya dan pembantu peribadi saya (hahaha....anak sulong saya) menginap. Malam tadi, seperti biasa, sambil-sambil melayari internet dan meninjau-ninjau mat-mat rempit merempit di jalan raya, saya terdengar seakan bunyi anak ayam. Saya ingatkan bunyi itu datangnya dari siaran Astro NGC, rupa-rupanya bunyi dari salah satu mesin penetasan.

Alamak! anak ayam dah tetas!. Kelam kabut sayasabab, aku baru memikirkan untuk memindahkannya ke dalam hatcher pagi ini setelah genap 18 hari berada di dalam mesin pengeraman. Nak tak nak, saya terpaksalah juga biarkan anak ayam tersebut di dalam mesin pengeraman itu buat seketika. Anak ayam itu datangnya dari mesin penetasan super mini saya yang berkapasiti 50 biji telor ayam kampung. (Tujuan asala ialah untuk kegunaan penetasan spises eksotik seperti merak, nuri, ayam serama dsb)

Pada perkiraan saya, penetasan awal awal itu bukanlah disebabkan masalah incubator (setter), akan tetapi ianya lebih kepada asal-usul bekalan telor yang diperolehi. Saya peraya, telor yang saya dapat itu adalah datang dari orang kampung sudahpun diramkan terlebih dahulu oleh ibu ayam. Mungkin sekitar 2 hingga 3 hari sebelum dikutip oleh penternak untuk dipasarkan.

Apapun, itu tidaklah menjadi masalah bagi saya. Mungkin secara praktikalnya ia tidak selari dengan teori di mana telor ditegah untuk dipusingkan setelah mencecah hari ke 19 (ayam kampung) sehinggalah ia menetas.

Apapun, yang pastinya kerja say bertambah ke peringkat yang baru iaitu untuk membuat "Brooding Box". Dengan kemahiran yang ada, saya akan cuba untuk automatikkan sistem pengawalan haba di dalam bilik perindukan ini kelak.

Semoga usaha-usaha saya ini akan diberkati oleh Allah dan saya senantiasa berniatkan supaya kerja-kerja yang saya buat ini adalah satu ibadah kerana pertanian itu adalh perniagaan dan perniagaan itu adalah Sunnah Nabi Besar Muhammmad SAW.

Wallahua'lam.



4 comments:

citypull said...

Salam bro biden, cayalah.. dah menjadi penternak sekarang. alhamdulilah satu cabang baru, harap tuan dapat teruskan niat murni ini.. yg penting kosistent dengan bekalan telur n anak.. kalau betul menjadi.. bertambah senanglah penternak nak dapatkan bekalan anak ayam..

Bedin Jusoh said...

Waalaikumussalam Bro Saipul. Tidak lahpulak saya ingin menjadi penternak. Yang saya mahu ialah menetaskan anak saja. Selagi boleh saya belikan telor dari penternak kampung. Kalu dah ak der juga, terpaksalah bela induk/baka sendiri..

Mudah2an mendapat keizinanNya.

Haznul said...

salam... caya la bro.. kami kat BD Farm pun plan nk tetaskan ayam kg sebanyak mungkin, lagi 5 bulan aidilfitri, dh boleh start bela dh if nk jual ayam kg ori.. hehe..

p/s: tak sangka ada mat rempit kat KT, ingat kat KL jer.. huhu..

Schnell Microcomputer by AHS Digital Control said...

Please visit my blog at ahsworkshop.blogspot.com, i sell digital thermocontrol dedicated for egg incubators and hatcher ....

Post a Comment