Penghasilan Model Baru - Pentingnya R&D

Salam berkunjungan kepada semua pelawat blog medanusahawan sekelian. Dan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak yang dah pun bermula pada hari ini.
Lama sungguh saya tidak mengupdatekan blog saya ini. Bukannya tidak aktif tetapi terlalu sibuk dengan pelbagai tugasan yang tak pernah-pernah juga selesai. Entah di mana silapnya, target yang disetkan sentiasa berubah. Moving. Seolah-olah tiada kepuasan dalam mencapai sesuatu target!


Namun perasaan dan semangat kini telah kian pulih kerana sasaran yang disetkan sudahpun terhasil@tercapai dangan terbinanya model baru inkubator keluaran Niche yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama. Mungkin inilah hikmahnya kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Betul-betul kedatangan 1 Ramadhan telah mencabar kewibawaan kami, Niche Strategy Marketing semenjak penubuhannya tiga tahun yang lepas.

Manakan tidaknya, untuk menghasilkan sesuatu yang baik, ianya tidak ada proses sekadar tangkap muat. Maksud saya, tidak akan terhasil sesuatu produk yang baik kualitinya hanya dengan berdasarkan buat untuk seronok sendiri. Maka di sinilah perlunya kepada proses penyelidikan & Pembangunan produk.


Operasi syarikat sekecil Niche Strategy tidak terkecuali dari proses ini. Kami telah dan sentiasa membuat penambah-baikan kepada produk-produk keluaran kami dan sekarang ini telah bermula Versi Baru yang boleh dikatakan sebagai NICHE INCUBATOR V2.0 Ianya tidak semudah yang dijangka. Bermula dari model atau Versi awalan kami yang buatannya adalah 100% kepingan papanlapis 1/2", kini kami telah menempa satu kelainan yang kami rasakan bukan hanya sekadar kelihatan gah, malah model contoh yang kami hasil telahpun membuktikan peningkatan dari segi kadar penetasan serta bacaan parameter yang perlu. Selain dari itu, ianya direka-bentuk untuk lebih mudah dikawal-selia dalam pelbagai aspek.

Semuanya bermula dengan rasa dan keinginan untuk melihat perubahan setelah mengambil-kira pelbagai macam input samada input yang berbentuk komen-komen liar, saranan serta komplen dari pelanggan (bekas-bekas pelanggan pun banyak juga!) serta kawan-kawan yang prihatin. Kami kumpul kesemua itu dan kami adunkan untuk menjadi satu formula yang menjadi asas kepada sandaran produk baru kami seperti yang dapat anda semua saksikan.


Namun, dalam menghasilkan produk seperti ini, kami tidak kesaorangan. Niche Strategy Marketing telah dibantu oleh ramai rakan bisnes dengan memberi pelbagai idea yang tidak putus-putus. Berbulan juga kami perahkan otak untuk menghasilkan sesuatu yang belum lagi kami temui. Terima kasih yang tak terhingga kepada En Bilal yang merupakan seorang usahawan perabut kayu yang unggul dengan mempamirkan idea-idea yang sentisa bernas untuk direalisasikan. Sebagai seorang usahawan perabot yang telah pun mendapat nama di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu beliau adalah pencetus kepada menampilkan rekabentuk inkubator unggul yang langsungnya dinamakan sebagai "Model Peti Sejuk".

Seni Pesonareka adalah nama syarikat milik beliau yang beroperasi di Seberang Takir, Kuala Terengganu. Walaupun beliau hampir tidak menang tangan dalam menangani lambakan pesanan, namun beliau sanggup untuk membangunkan sebuah model asas khas untuk Niche Strategy Marketing. Kehadiran beliau dalam pembinaan model ini begitu membantu sekali setelah 3 syarikat pembuat perabut yang kami bincangkan gagal untuk menghasilkan kotak atau kabinet seperti yang terluah di dalam kotak pemikiran kami.

Kini semuanya telah selesai!


Pembuatan sekarang ini bukan lagi memfokuskan kepada urusan R&D, namun ianya lebih tertumpu kepada proses pengeluaran memandangkan telah banyak tempahan yang diterima terutamanya dari sektor kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri serta badan-badan berkanun seperti Pertubuhan Peladang Kawasan meliputi Sabah & Sarawak. Tempahan juga banyak diterima dari kalangan penternak persendirian. Pelbagai saiz yang ditempah dari yang sekecil-kecilnya 50 biji telor ayam hinggalah kepada kapasiti terbesar kami (mini inkubator) iaitu sekitar 1800 biji telur ayam. Tempahan untuk model V2.0 ini telah melebihi 80 set, pelbagai saiz.

Ramai juga dari kalangan penternak yang telah pernah menggunakan inkubator keluaran Versi 1.0 dulu, telah membuat tempahan semula (repeat order).

Pada ketika ini, saya sedang berada di Kelantan Darul Naim kerana menghantar 13 set inkubator dan juga hatcher pelbagai saiz kesemua 10 jajahan di Kelantan. Uniknya, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan meletakkan inkubator ini di Veterinar setiap daerah (jajahan) dengan mempelawa kepada penternak untuk menghantar telur-telur keluaran masing-masing untuk ditetaskan di Jabatan Veterinar Daerah.

Dengan cara yang sedemikian rupa, maka ini adalah selari dengan gelaran "INKUBATOR" intu sendiri. Tepat dan sesuai.


Selepas daripada ini kami akan bertolak semula ke Selangor@Puchong untuk merehatkan minda dan badan yang telah hampir 4 bulan bertungkus-lumus menghasilkan produk seperti yang seadanya. Kami akan mula memproses segala tempahan seawal seperdua bulan Ramadhan ini. Walaupun telah banyak tempahan yang kami terima, namun sebahagian besar penghantarannya akan dilakukan selepas bulan Ramadhan.

Semoga dengan kedatangan bulan Ramadhan ini akan lebih lagi memberi keberkatan dalam urusan perniagaan kami. Dan mengharapkan juga agar Ramadhan akan menyuntik semangat baru kami. InsyaAllah.

2 comments:

IBU PUSPITA said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

Post a Comment