Cara-Cara Mengawal Kelembapan (Untuk Niche Inkubator)
Artikel yang bakal dicoretkan di sini adalah khusus untuk pengguna-pengguna inkubator keluaran Niche Strategy Marketing sahaja. Namun secara amnya kepada pemilik inkubator yang lain pun boleh mendapat sedikit maklumat untuk dikongsi bersama, walaupun tidak dapat dipraktikkan sepenuhnya pada inkubator masing-masing.
Umumnya, semua pemilik inkubator, apa jenis dan jenama sekali pun, perlu mengetahui bahawa, elemen pengeraman, bukan sahaja setakat mengawal suhu di dalam ruang pengeraman dan penetasan sahaja, malah ada satu fator yang amat penting, melebihi dari suhu itu sendiri, iaitu kelembapan. Tidak sama kaedah penggunaan dan keperluan kelembapan berbanding dengan peranan suhu di dalam satu-satu proses pengeraman dan penetasan. Secara keseluruhannya, bagi inkubator-inkubator bersaiz kecil, kita sering kali gagal untuk mengambil tahu bahawa pengawalan kelembapan yang baik dan bersistematik adalah tersangat penting. Ini juga mungkin, reka-bentuk inkubator itu sendiri tidak mempunyai mekanisma untuk membolehkan perubahan kelembapan dilakukan.
Saban hari, pengguna-pengguna inkubator khususnya keluaran saya sendiri, membuat pertanyaan kenapa dan mengapa kadar penetasan terlalu kurang malah menjurus kepada kegagalan penetasan langsung. Kadang-kadang terkejut pun ada juga bila dapat mengetahui tahap penetasan yang teramat kurang. Dan menambahkan kegusaran saya ialah pertanyaan itu dari orang muda-muda dan yang memang pun sudah mempunyai pengalaman menternak ayam (apa-apa jenis ayam sekali pun). Ini kerana, terdapat dari kalangan warga veteran yang dapat menetaskan telor dengan begitu efisyen sekali hampir 100%. Tambah lagi, warga veteran ini hanyalah menggunakan penetas telor otomatik keluaran Niche yang paling asas (basic).
Dari sinilah saya mengandaikan (sebab saya pun baru mengeluarkan inkubator ini) bahawa kefahaman seseorang itu berbeza antara tua dan muda, berpelajaran atau tidak, tangkas atau lembap, peka atau tidak peka, gelojoh atau penyabar sifatnya. Ini adalah kerana, saya tidak pernah membezakan reka-bentuk inkubator keluaran saya, dan kalau ada pun hanyalah dari segi alat pengawalan suhu sahaja. Maka yang demikian itulah, saya sering memberi penerangan yang cukup jelas berkaitan dengan sistem pemanasan dan kelembapan yang sesuai lagi terbaik sebelum pelanggan membuat keputusan membeli.
Setelah dari itu juga saya selalu memberi penerangan berkaitan dengan kaedah dan keperluan penetasan yang paling baik apabila menggunakan inkubator keluaran saya.
Seperkara lagi, sering saya melihat, terlalu ramai yang takut-takut untuk membuat perubahan suhu di dalam ruang penetasan masing dan terlalu bergantung kepada setting awal yang dibuat. Sifat-sifat takut yang sedemikianlah yang sering memberi keputusan yang amat mencurigakan dan merugikan. Perlu diingat bahawa, pengguna mestilah melakukan setting yang tersendiri berpandukan kepada yang antara lainnya ialah jenis telor yang digunakan. Telor yang berbeza mempunyai ciri-ciri penetasan yang berbeza-beza.
Maka, setelah mengenal pasti akan jadual penetasan, maka hendaklah diambil kira faktor-faktor ringkas yang disebutkan di bawah ini sebagai satu langkah yang wajib:

Setkan suhu di dalam chamber ketahap yang paling stabil dengan pemantauan yang paling baik
Jangan masukkan telor terlebih dahulu sehingga kedua-dua elemen penetasan sudah berada pada tahap yang stabil.
Kenal pasti jenis apakah telor yang bakal diramkan.
Pastikan telor yang bakal dimasukkan ke dalam inkubator dicatat tarikhnya
Pastikan air yang mencukupi berada di dalam inkubator untuk tujuan proses kelembapan terhasil.
Pastikan pintu inkubator bertutup dengan baik dan kurangkan kebocoran udara panas/lembap kecuali melalui dua lubang yang dikhususkan (udara masuk dan keluar)
Kurangkan kekerapan membuka pintu inkubator kecuali terpaksa.
Amalkan proses "scanning" atau "egg candling" ke atas setiap biji telor untuk memstikan hanya telor-telor yang mempunyai janin yang sihat sahaja diteruskan proses pengeraman/penetasan. Untuk pengetahuan, tempoh yang paling terbaik untuk membuat "candling" ialah pada hari ke "1/3" dari tempoh penetasan setiap jenis telor. Contohnya, telor ayam ialah pada hari ke-7, telor itik pada hari ke-10, telor puyuh pada hari ke-6 dan sebagainya. Harus dingat juga, telor-telor tersebut tidak perlu untuk di"candle"kan beberapa kali. Sekali untuk setiap telor adalah memadai.
Dan yang terakhirnya, kawalah kelembapan suhu di dalam chamber mengikut rajah-rajah yang disediakan dibawah ini:
1 comments:
off white clothingoutlet
moncler jackets
paul george shoes
supreme
jordan sneakers
off white x jordan 1
chrome hearts online store
kevin durant shoes
100% real jordans for cheap
off white outlet
Post a Comment