Rupa Bentuk Blog Diubah Lagi.....

Kali ini, terpaksa juga saya ubah sekali lagi rupa-paras dan wajah blog Incubation Specialist ini. Perubahan ini adalah selaras dengan penambahan produk-produk yang telah diwakilkan kepada kami untuk diperdagangkan disamping dengan produk-produk asli keluaran kami.

Walupun tidak secantik mana, itu bukanlah hasrat utama, akan tetapi perubahan ini sangat perlu untuk menampilkan ciri-ciri mesra pelanggan yang ingin berurusan dengan kami. Memang kami tidak menafikan, bahawa kunjungan ke blog kami tidaklah sehebat mana, akan tetapi dengan adanyalah blog ini, telah juga menghadirkan saya dalam bidang pembuatan mesin penetas telor ini.


Sesungguhnya juga, Internet mempunyai kekuatannya yang tersendiri dalam memasarkan apa juga produk dan perkhidmatan. Namun, ianya bukanlah sesuatu yang mudah. Saya yakin, sahabat-sahabat yang di luar sana pun terpaksa bertungkus-lumus membuat pelbagai update terhadap blog-blog mereka. Memang, melakukan pemasaran melalui internet tidaklah sesukar melakukan pemasaran melalui kaedah yang biasa (mengetuk pintu dan/atau edar flyers), tetapi ianya memerlukan kreativiti dan kerajinan yang "superb".

Saya juga dalam proses untuk memahirkan lagi kaedah-kaedah yang lebih berstategik dalam memastikan laman blog saya ini akan mendapat tempat yang tinggi dalam search engine.

Kalau pengujung melihat keadaan blog saya yang berterabur ni, mintak maaf la sekejap yer! Saya dalam proses mengemas-kini kan apa-apa yang patut.
Sekiranya anda mempunyai teguran atau cadangan yang positif, anda bolehlah membuatnya. Saya tersangat bersedia untuk melihat semuanya itu demi untuk kebaikan dan perubahan.
Selamat melayari produk-produk dan perkhidmatan dalam blog saya.

0 comments:

Post a Comment